Anda di halaman 1dari 1

Tugasan Projek Sebagai seorang guru anda harus dapat menghuraikan kandungan bidang kajian ilmu sintaksis, yang

merangkumi susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama, ayat dalam bahasa Melayu termasuk frasa, klausa, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk dan proses penerbitan ayat. 1. Secara berkumpulan (2 orang) atau secara individu anda dikehendaki mencari bahan yang panjangnya lebih kurang 1000 patah perkataan dari media cetak atau elektronik yang bersesuaian dengan tahap pemikiran anda. 2. Secara berkumpulan (2 orang) atau individu juga, anda dikehendaki mencari sekurang-kurangnya 10 jenis ayat yang terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan dari teks yang telah dipilih dan menganalisisnya dengan menggunakan rajah pohon yang sesuai. 3. Anda juga dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya 6 contoh proses penerbitan ayat dengan menggunakan konsep transformasi generatif. 4. Setiap ahli dalam kumpulan, secara individu menulis refleksi kendiri tentang bagaimanakah kerja kursus ini dapat membantu anda memahami konsep sintaksis dalam bahasa Melayu. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.