Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, Penolong Kanan,

panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. "Kepentingan Mempunyai Hobi yang Menguntungkan" adalah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan buat hadirin semua. Hadirin dan Hadirat sekalian, Hobi merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Hobi boleh dilakukan tidak kira di mana jua, sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Banyak kepentingan dan faedah yang boleh kita peroleh daripada hobi yang kita lakukan setiap hari. Kita boleh memanfaatkan kepentingan dan faedah itu pada masa hadapan. Contohnya, hobi yang menguntungkan ialah melayari internet, membaca buku dan juga membaca surat khabar. Kita boleh memanfaatkan hobi ini dengan menambahkan ilmu dari segi pengetahuan am dan juga tentang isu-isu semasa. Kawan-kawan sekalian, Hobi boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua mahupun yang muda. Ini kerana terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat. Contohnya, bersukan atau bersenam. Ini juga adalah hobi yang menguntungkan kerana ia dapat menyihatkan badan bukan sahaja setakat kesihatan fizikal malah kesihatan mental juga. Selain itu, bercucuk tanam juga adalah salah satu hobi yang sangat menguntungkan. Bak kata pepatah, "berbudi kepada tanah, pasti akan mendapat hasilnya". Dengan hasil tanaman tersebut, kita boleh menjualnya untuk menambahkan pendapatan. Di samping itu, kita juga dapat mengurangkan suhu cuaca yang kini menjadi semakin panas. Kesimpulannya, jelaslah bahawa mempunyai hobi yang menguntungkan amatlah berguna kepada kita semua. Seperti yang saya nyatakan tadi, selain daripada mengisi masa lapang, kita juga mendapat banyak faedah yang mana kita boleh memanfaatkannya sebaik yang mungkin. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, ingin saya sampaikan serangkap pantun yang telah di reka khas; Banyak burung berterbangan, Burung bayan, burung merpati, Kepentingan hobi amat menguntungkan, Faedah dan kebaikan kita manfaati. Sekian terima kasih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, Penolong Kanan, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. "Kepentingan Mempunyai Hobi yang Menguntungkan" adalah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan buat hadirin semua. Hadirin dan Hadirat sekalian, Hobi merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Hobi boleh dilakukan tidak kira di mana jua, sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Banyak kepentingan dan faedah yang boleh kita peroleh daripada hobi yang kita lakukan setiap hari. Kita boleh memanfaatkan kepentingan dan faedah itu pada masa hadapan. Contohnya, hobi yang menguntungkan ialah melayari internet, membaca buku dan juga membaca surat khabar. Kita boleh memanfaatkan hobi ini dengan menambahkan ilmu dari segi pengetahuan am dan juga tentang isu-isu semasa. Kawan-kawan sekalian, Hobi boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua mahupun yang muda. Ini kerana terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat. Contohnya, bersukan atau bersenam. Ini juga adalah hobi yang menguntungkan kerana ia dapat menyihatkan badan bukan sahaja setakat kesihatan fizikal malah kesihatan mental juga. Selain itu, bercucuk tanam juga adalah salah satu hobi yang sangat menguntungkan. Bak kata pepatah, "berbudi kepada tanah, pasti akan mendapat hasilnya". Dengan hasil tanaman tersebut, kita boleh menjualnya untuk menambahkan pendapatan. Di samping itu, kita juga dapat mengurangkan suhu cuaca yang kini menjadi semakin panas. Kesimpulannya, jelaslah bahawa mempunyai hobi yang menguntungkan amatlah berguna kepada kita semua. Seperti yang saya nyatakan tadi, selain daripada mengisi masa lapang, kita juga mendapat banyak faedah yang mana kita boleh memanfaatkannya sebaik yang mungkin. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, ingin saya sampaikan serangkap pantun yang telah di reka khas; Banyak burung berterbangan, Burung bayan, burung merpati, Kepentingan hobi amat menguntungkan, Faedah dan kebaikan kita manfaati. Sekian terima kasih.