Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL Karnival permainan tradisional merupakan suatu acara yang dianjurkan oleh PPG Pengajian

Jasmani 1 dan Pengajian Jasmani 2 untuk semester ini. Karnival pada kali ini telah dikelolai oleh guru-guru PPG ambilan Jun 2011 untuk melengkapkan tugasan Pengurusan Kokurikulum pada semester ini. Program tersebut telah berjaya dengan jayanya bermula dengan pelantikan AJK sehingga berakhirnya pertandingan ini pada 6 Okt 2013. Sebelum menjalankan karnival ini, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan ahli jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan hari karnival akan berjalan dengan lancar. Mesyuaratmesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti serta perkara-perkara yg berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai amanah untuk disempurnakan. Saya telah berada di bawah ahli jawatankuasa penyelaras permainan. Antara tugasan yang perlu disempurnakan ialah menguruskan peralatan untuk permainan lompat untai getah. Selain itu, tugasan ini juga memerlukan kami untuk member penerangan awal mengenai prosedur pertandingan dan teknikal kepada semua peserta yang terlibat. Semasa hari karnival berlangsung, saya masih menjalankan tanggungjawab yang diberi sebagai AJK hadiah dan cenderamata selain sebagai pengadil untuk permainan lompat untai getah. Kerjasama yang ditunjukkan sesama jawatankuasa penganjur juga melibatkan aspek persiapan tempat daripada awal pertandingan sehinggalah kepada akhir pertandingan. Persiapan ini melibatkan aspek yang memerlukan tenaga sehinggalah kepada aspek yang memerlukan kreativiti contohnya aspek persiapan gimik perasmian kejohanan. Secara tuntasnya, kejohanan ini telah banyak membantu membina jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Kejohanan ini juga turut mendidik diri kami dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu program. Kesimpulannya, Karnival Permainan Tradisional yang dijalankan serta

dikelolakan oleh kami memberikan impak yang positif dalam melahirkan modal insan guru yang beraspirasi tinggi lantas menjayakan hasrat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.