Anda di halaman 1dari 6

Mengarusperdanakan pendidikan teknikal, latihan vokasional Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi

berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus, berbanding hanya 10 peratus di Malaysia. Penambahbaikkan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikkan laluan akademik pendidikan tertiari. Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang diusahakan akan memberi peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TEVT dengan akademik seperti yang ditunjukkan dalam pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah yang mempunyai dua aliran utama iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti: lMenambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar; lMembangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;

lMempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan industri; dan lMemperkemas penyampaian TEVT. Penambahbaikkan persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajarTerdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri. tempoh RMK-10, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan penambahbaikkan persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula dari tingkatan empat berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini akan bertanggungjawab menyediakan panduan ke aliran vokasional dan kemahiran di sekolah teknik yang akan dijenamakan semula bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar berkecenderungan teknikal dan meningkatkan kesedaran berkaitan TEVT. Bagi memberi tumpuan yang lebih tinggi kepada bidang vokasional yang lebih menitikberatkan kepada latihan hands-on dan menyediakan lebih banyak kursus yang sesuai, sebanyak 69 daripada 88 sekolah teknik akan ditukar menjadi sekolah vokasional dan enam sekolah vokasional baru akan dibina menjelang tahun 2015.

Pembelajaran berasaskan projekPendekatan pembelajaran berasaskan pen- geluaran dan berasaskan projek akan diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti dan daya tarikan program TEVT kepada majikan dan pelajar. Pendekatan ini akan menggalakkan penyertaan industri secara langsung dalam program latihan kemahiran, di samping mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan peralatan di institusi TEVT. Pendekatan ini akan menggandakan enrolmen di sekolah menengah aliran vokasional dan kemahiran pada akhir tempoh rancangan yang mana enrolmen semasa adalah seramai 32,000 pelajar. Peningkatan ini akan memberi sumbangan yang ketara dalam menambah bilangan pekerja mahir dan separa mahir. Kerajaan akan menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan program sangkutan industri dan pekerjaan kepada pelajar lepasan institusi TEVT Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun. Selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain. http://qalish.com/2010/12/pendidikan-teknikal-dan-latihan-vokasional.html Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebagsaan, Tinjauan Mengenai Cabaran-cabaran Pendidikan Vokasional di Malaysia.

www.moe.gov.my/bptv/ Pembangunan Pendidikan 2001-2010 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Imran Bin Idris. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan. Perubahan Dunia Vokasional - Satu Cabaran Kepada Sistem Pendidikan. (Kuala Lumpur: Percetakan kerajaan), pp.10. Malaysia menunjukkan sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40 bagi jurusan sains/teknikal:sastera. Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian masih jauh daripada sasarannya di mana hanya 27.7 peratus sahaja pelajar memilih jurusan sains/teknikal. Dasar pemilihan jurusan oleh pelajar merupakan faktor kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional, trend menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah meningkat, iaitu daripada 5.12 peratus pada 1980 kepada 16.0 peratus pada tahun 2000. Dijangkakan pada tahun 2010 terdapat kekurangan sebanyak 78,466 tempat bagi pendidikan vokasional dan sebanyak 15,525 bagi pendidikan teknikal. Menurut Imran (1998) adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi berasaskan proses yang mudah kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan kepakaran 153,000 jurutera dan pembantu teknik. Jumlah tenaga kepakaran dan pembantu teknik ini pernah dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keperluan sumber manusia yang begitu banyak pasti memberi cabaran yang besar kepada pendidikan teknik dan vokasional Menurut Yahya (1993), hasrat dan harapan negara terhadap pendidikan dalam bidang teknik dan vokasional adalah amat tinggi. Kepincangan di dalam sistem latihan ataupun pendidikan vokasional akan mengakibatkan kekurangan tenaga mahir yang seterusnya akan menyebabkan pertumbuhan industri menjadi lembab dan pengeluaran nasional menjadi rendah. Oleh itu, kajian-kajian tentang cabaran-cabaran pendidikan vokasional di kala kegawatan ekonomi Malaysia banyak dijalankan bagi mencapai penyelesaian kepada masalah ini. Menurut Richard (1991), pendidikan vokasional mempunyai peranan untuk memperkenalkan konsep dunia pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Adalah tepat sekali bahawa pendidikan vokasional perlulah memberi pendedahan yang secukupnya kepada alam pekerjaan. Di samping itu, ramai lulusan sekolah vokasional telah dihantar ke luar negara, terutamanya ke Jepun untuk mendalami kemahiran masing-masing, tetapi sejak kita dikejutkan dengan kejatuhan 4 nilai ringgit Malaysia pada penghujung tahun 1997. Kementerian Pendidikan telah membekukan

penghantaran pelajar keluar negara, kesan dari kegawatan ekonomi ini juga telah memberi satu tamparan kepada pendidikan vokasional. Pendidikan vokasional akan menghadapi tugas yang lebih mencabar lagi berat untuk menyediakan tenaga manusia bagi membantu mencapai negara maju menjelang tahun 2020 di waktu ekonomi dunia tidak menentu ini. Pendidikan vokasional mampunyai peranan untuk mengubahsuai sistem pendidikan sekarang dan membina sistem baru bagi menampung keperluan pekerjaan masa hadapan (Noraini, 1998). Segala perubahan yang dilakukan hendaklah dibuat dengan kerjasama pihak industri. Perubahan tersebut perlu fleksibel dalam lima aspek iaitu pengurusan proses pendidikan vokasional, kurikulum, penilaian, cara penyampaian dan tenaga pengajar. Menurut Yahya (1993), pendidikan sekolah menengah vokasional pada masa depan akan berorientasikan keperluan dan pembangunan individu yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif, intelektual dan berlandaskan nilai-nilai murni yang kukuh. Ini semua adalah untuk membolehkan para pelajar bersaing dalam era yang lebih kompetetif. Sistem peperiksaan di vokasional juga perlu lebih fleksibel bagi memenuhi keperluan para pelajar berbanding satu paiwaian asas. Menurut George R. Knight (1982), pendidikan bukan hanya terhad kepada pembelajaran di peringkat sekolah sahaja, malah ia lebih merupakan suatu proses pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan menjelang Abad ke-21 bukan sahaja untuk memberikan pelajaran asas kepada pelajar-pelajar sekolah sahaja, bahkan ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap individu yang berminat untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran diri sendiri mengikut perubahan semasa. Ini adalah selaras dengan Matlamat Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan menghayati ilmu

pengetahuan. Kejayaan program pendidikan lanjutan di luar negeri sepatutnya dijadikan iktibar bagi mewujudkan program pendidikan lanjutan tempatan. Objektif kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang menarik minat pelajar mengikuti aliran PTV, mengkaji sama ada kemudahan/infrastruktur yang terdapat di sekolah mencukupi serta mengkaji kurikulum dan dasar PTV sama ada seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan alam pekerjaan METODOLOGI KAJIAN Lokasi dan Masa Kajian Penyelidikan ini melibatkan lokasi kajian di Sekolah Menengah Vokasional, Segamat, Johor.