Anda di halaman 1dari 5

ELEKTRIK Mengira Kos Tenaga Elektrik Membaca Meter Kilowatt Jam (kWJ) Meter kilowatt jam (kWj) digunakan

untuk menyukat jumlah tenaga elektrik yang digunakan. Meter kilowatt jam (kWj) jenis digital mempunyai beberapa ruang nombor yang menunjukkan bacaan ribuan, ratusan, puluhan, unit, dan persepuluh. Meter kilowatt jam (kWj) yang dipasang adalah jenis meter digital Tenaga elektrik yang digunakan disukat dalam unit ukuran kilowatt jam. 1 kilowatt = 1000 watt 1 kilowatt jam = 1 000 watt x 1 jam (1000 watt digunakan dalam masa 1 jam) 1 kilowatt jam = 1 unit (tenaga digunakan) Meter kWj Jenis Digital Meter kWj jenis digital menggunakan satu siri nombor mewakili 10 000, 1 000, 100, 10, 1 dan 0.1 Bacaan meter dibaca mengikut digit besar ke digit kecil Digit di ruang terakhir tidak perlu dibaca kerana nilainya kurang daripada satu unit. Mengira Kos Penggunaan Tenaga Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab membekalkan tenaga elektrik dan membaca meter kWj pada setiap bulan. Pengguna akan menerima bil pada setiap bulan berdasarkan jumlah tenaga yang telah digunakan. Pengiraan bil elektrik Langkah-langkah: 1. Dapatkan bacaan meter terbaru 2. Dapatkan bacaan meter bulan lepas 3. Dapatkan unit yang digunakan = Bacaan meter terbaru - Bacaan meter bulan lepas 4. Mengira jumlah bayaran 4.1. Rujuk jadual kadar tarif (di bil elektrik) Contoh: Bagi 200 unit pertama sebulan 0.218 Bagi 800 unit berikutnya sebulan 0.334 4.2. Contoh unit yang digunakan ialah 300 unit 200 unit x 0.218 = RM 43.60 100 unit x 0.334 = RM 33.40 300 unit RM 77.00 Jumlah bayaran dikira dengan mendarabkan jumlah unit tenaga elektrik yang digunakan dengan kadar seunit. Kadar seunit adalah berdasarkan Jadual Kadar Tarif yang telah ditetapkan oleh pihak pembekal seperti Tenaga Nasional Berhad. Kadar tarif yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut keperluan dan penggunaannya. Antara yang telah ditetapkan adalah seperti tarif kediaman, perdagangan, perindustrian, perlombongan, dan lain-lain. Membaca Maklumat pada Plat Perincian Motor DC Plat perincian motor boleh didapati pada badan motor atau pada badan peralatan elektrik. Ia mengandungi banyak maklumat tentang motor yang digunakan dalam sesuatu peralatan elektrik. Antara maklumat yang biasa didapati pada plat perincian motor ialah jenis (type), voltan (volt), pusingan seminit (rpm), dan kuasa (watt).

Mengenali Jenis-jenis Motor Motor elektrik menghasilkan tenaga kinetik sebagai penggerak utama untuk menjalankan sesuatu kerja. Aci motor berputar apabila motor dibekalkan dengan sumber bekalan elektrik arus terus (DC) atau arus ulang-alik (AC). Terdapat dua jenis motor elektrik. Motor arus terus (DC) dan Motor arus ulang-alik (AC) Peralatan dan Jenis Motor yang Digunakan Peralatan Mesin gerudi cordless Mesin gerudi lantai Mesin canai Sander Jenis Motor Motor DC Motor AC Motor AC Motor AC

Bahagian CItama Motor Arus Terus (DC) Motor arus terus (DC) terdiri daripada bahagian-bahagian berikut, iaitu rangka utama, magnet kekal, gegelung angker, berus karbon, dan penukartertib (komutator). magnet kekal

Rangka Utama Bahagian yang dikenal sebagai menempatkan komponen-komponen lain.

yoke

berfungsi

untuk

menyokong

atau

Magnet Kekal Magnet kekal dipasang pada rangka utama dan terdiri daripada lapisan teras besi dan gegelung medan. Gegelung Angker Gegelung angker akan menjadi elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama pula akan menolak. Berus Karbon Berus karbon yang diperbuat daripada karbon ini dipasang pada bahagian atas dan bawah penukartertib. Bekalan arus terus akan mula mengalir ke dalam berus ini sebelum mengalir ke penukartertib. Penukartertib (Commutator)

Penukartertib berbentuk silinder didapati di dalam pemutar. Komponen ini terdiri daripada susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain. Bilangan ruas ini bergantung kepada bilangan lilitan angker. Pada hujung setiap belitan angker akan dipateri pada palang logam tersebut. Arah Pusingan Motor DC Pusingan sesuatu motor DC boleh diubah mengikut pusingan jam atau lawan jam dengan menukarkan sambungan punca bekalan pengaliran arus elektrik. Arus elektrik ini akan menggerakkan peralatan elektrik yang berasaskan motor.

Prinsip Pergerakan Motor DC

1 Ketika keadaan gegelung mendatar dan suis bekalan elektrik dihidupkan (on), litar lengkap akan terhasil kerana penukartertib bersentuhan dengan berus karbon. Arus yang mengalir melalui gegelung akan mewujudkan elektromagnet. Medan magnet dari gegelung dan medan magnet dari magnet kekal akan berpadu menyebabkan gegelung berputar suku putaran mengikut arah jam.Pada masa ini, gegelung berada dalam keadaan menegak.

Gegelung yang berada pada kedudukan menegak menyebabkan berus karbon tidak bersentuhan dengan penukartertib. Oleh itu, arus tidak akan mengalir ke dalam gegelung kerana litar tidak lengkap. Kesan paduan daripada medan magnet menyebabkan gegelung terus berputar suku putaran lagi menjadi separuh putaran lengkap. Ketika ini, gegelung berada pada kedudukan mendatar.

3 Gegelung pada kedudukan mendatar sekali lagi mewujudkan litar lengkap kerana berus karbon yang bersentuhan dengan penukartertib. Medan magnet terhasil sekali lagi di dalam gegelung dan mewujudkan elektromagnet yang berpadu dengan magnet kekal. Ini akan menyebabkan putaran gegelung berlaku suku putaran lagi dan gegelung akan berada pada kedudukan menegak semula.

4 Ketika gegelung dalam keadaan menegak, tiada arus mengalir ke dalam gegelung kerana litar tidak

lengkap. Bagaimanapun, kesan daripada paduan medan magnet akan terus memutarkan gegelung suku putaran lagi menjadi satu putaran lengkap. Proses ini akan berterusan untuk menghasilkan putaran pada gegelung dalam motor elektrik.

Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC Motor DC yang menerima bekalan elektrik dari sumber akan menghasilkan putaran dan menghantar kuasa kepada peralatan elektrik dan seterusnya berfungsi. Arah pusingan motor boleh diterbalikkan dengan menyongsangkan sambungan punca bekalannya.

Contoh penghantaran kuasa motor DC ialah dengan cara: (a) dari aci kepada gear contoh: jam, mesin gerudi mudah alih, dan alat permainan kanak-kanak. (b) dari aci kepada takal dan tali sawat contoh: pemain radio kaset dan kit robot. Bahagian yang terlibat untuk sistem penghantaran kuasa ini adalah seperti: (i) Roda (wheels) (ii) Gear (gears) (iii) Takal (pulley) (iv) Tali sawat (belting) Mengenal Pasti Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC Motor DC di dalam sesebuah peralatan elektrik dihantar dalam bentuk mekanikal. Penghantaran kuasa berlaku apabila sumber bekalan disambungkan. Contoh mekanisme penghantaran kuasa ialah melalui aci kepada gear atau aci kepada takal dan tali sawat. Merujuk kepada pengisar makanan, tali sawat yang terpasang pada takal pertama di aci motor DC akan memutarkan takal kedua alat pengisar untuk menghasilkan putaran pada pengisar. Seterusnya pengisar dapat berfungsi membantu kerja di dapur.

Anda mungkin juga menyukai