Anda di halaman 1dari 14

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN SEPTEMBER 2012

Shirley Pauline Juhim 720729-12-5680001 720729-12-5680 0128212690 Ley5680@gmail.com

En. Raffaee Musleh OUM Sabah Learning Centre SEPTEMBER 2012 Semester

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 1.1 Perkembangan dan Pertumbuhan Manusia 2. Sifat dan Fizikal Kanak-Kanak 2.1 Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Fizikal 3. Kognitif kanak-Kanak 3.1 Perkembangan Kognitif kanak-Kanak 4. Ciri-ciri Pertumbuhan Dan Perkembangan 4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan 5. Implikai Perbezaan Dalam Pertumbuhan dan Perkembangan Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran Guru. 5.1 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak 5.2 Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-Kanak 5.3 Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran 5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 Kesediaan Belajar Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran Tingkahlaku Perbezaan Gaya Belajar

6. Kesimpulan Bibliographi

1. Pengenalan 1.1 Perkembangan Dan Pertumbuhan Manusia Bayi adalah orang yang sangat istimewa. Kebanyakan bayi dilahirkan dengan potensi untuk berkembang melalui zaman kanak-kanak dan remaja menjadi dewasa, sihat dan produktif. Setiap orang adalah unik dalam cara ia berkembang. Banyak ciri-ciri khas yang membuatkan setiap individu itu berbeza dari orang lain. Tetapi kita adalah manusia biasa yang membuatkan kita serupa dalam banyak cara. Persamaan dan perbezaan yang seimbang inilah yang membuat perkembangan kanak-kanak satu bidang kajian yang penting. Ibu bapa sentiasa berminat dalam proses pembesaran anak-anak mereka. Tetapi pakar dalam bidang kedoktoran, jururawat, psikologi, guru mengkaji bagaimana kanak-kanak berubah serta berkembang sehingga mereka menjadi dewasa. Pakar telah belajar bahawa kanak-kanak melalui banyak peringkat perkembangan. Perubahan ini biasanya berlaku pada kira-kira usia yang sama dalam setiap kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak berusia 2-tahun adalah lebih sama seperti satu sama lain, tetapi mereka adalah berbeza daripada kanak-kanak berusia 3-tahun. Bagaimanapun banyak faktor yang berbeza boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Walaupun sesetengah pengalaman membantu kepada perkembangan lanjut, orang lain boleh melambatkan kemajuan. Ia adalah penting untuk memahami beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Menurut Atan Long (1980), perkembangan pada manusia adalah yang bersifat kualitif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal dan berlaku berterusan daripada percambahan hingga akhir hayat. Sebagai Contoh, bayi yang baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila sudah berumur 1 tahun, bayi tersebut mula berupaya menyebut 1 atau 2 patah perkataan seperti ma..ma atau pa..pa dan nyatalah bayi ini telah mengalami perkembangan. Perkembangan adalah proses yang berterusan dari lahir hingga kematangan dan hingga akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau yang tidak dapat diukur dengan cara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan

membuat perbandingan sebelumnya. Proses perkembangan juga berlaku secara cepat dan sukar diramal, misalnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih atau beruban. Crow & Crow (1980), mengatakan perubahan secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl G. Garrison, Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. Semua perkembangan yang berlaku, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Oleh itu, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. Beltes, Reese & Nesselroade (1977), pula berpendapat dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal. Mengikut Mohd Nazar (1990), pula perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.

2. Sifat dan Fizikal Kanak-kanak 2.1. Perkembangan Kanak-Kanak Dari Aspek Fizikal Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanakkanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Perkembangan adalah suatu proses yang kompleks. Mengikut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan, pergerakan, manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka menentang tindakan

graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanakkanak tersebut. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanakkanak perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. Dalam aspek kemahiran fizikal tertutup bermaksud kanak- kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Bagi kemahiran terbuka pula bermakna persekitaran dan situasi dimana kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu ada dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam melakukan sesuatu permainan kanak-kanak akan melakukannya di persekitaran yang terbuka. Perkembangan fizikal mempunyai berberapa prinsip asas bagi memastikan perkembangan seseorang individu stabil dan teratur. Prinsip pertama ialah perkembangan yang mempunyai arah tertentu yang dapat diramal iaitu dari tengah badan dan berterusan sehingga ke luar badan. Terdapat dua arah perkembangan iaitu arah dari kepala ke kaki ataupun cephalocaudal dan arah dari tengah ke tepi atau proximodistal. Perkembangan bermula dari tulang belakang menuju ke luar badan dimana pada peringkat prenatal, organorgan yang terbentuk dahulu dan diakhiri oleh pembentukan otot halus. Bagi prinsip yang kedua, susunan perkembangan adalah serupa bagi semua namun ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada peringkat umur yang sama, ada kanak-kanak yang berjaya duduk dahulu namun ada yang lebih lambat. Ada juga yang akan terus berjaya berdiri selepas berjaya duduk namun urutan ini tidak akan berpatah balik ke peringkat sebelumnya. Manakala prinsip yang ketiga, menyatakan bahawa perkembangan bermula daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya dari umum kemudian kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh, apabila bayi merasa sakit, mereka akan menangis.

3. Kognitif Kanak-Kanak 3.1 Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Menurut Piget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea dengan idea yang lain. Piget juga menjelaskan bahawa kita bukan saja mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman kita, tetapi juga mengadaptasikan pemikiran dengan memasukan idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang satu perkara.

4. Ciri-Ciri Pertumbuhan Dan Perkembangan Seperti penerangan yang terdapat didalam buku kamus dewan, pertumbuhan dan perkembangan adalah hamper sama. Tetapi, dari pandangan psikologi, kedua-duanya membawa maksud yang berlainan. Jadual 1 menunjukkan perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan.

Jadual 1: Proses Pertumbuhan Aspek (Perubahan Kuantitatif) Murid A (L) Jasmani Tinggi sedikit dari murid B Murid B (P) Susuk tubuh agak gempal berbanding murid A Mental Dapat berfikir dengan logik Kebanyakan pemikiran terpengaruh dari rumah Dapat memahami dan bertutur sedikit dalam bahasa lain selain bahasa ibunda seperti Boleh memahami dan membaca buku bahasa lain tetapi tidak dapat bertutur dalam bahasa Proses Perkembangan (Perubahan Kualitatif) Murid A (L) Aktif dan cergas Murid B (P) Tidak aktif

Bahasa Inggeris

tersebut.

Contohnya

bahasa Inggeris. Sosial Mudah mesra dan ramai kawan Emosi Menyayangi keluarga, guru dan orang yang rapat sahaja Pemarah Pendiam Dapat bergaul dengan pelajar perempuan dan lelaki Memahami perasaan orang lain Hanya bergaul dengan murid perempuan sahaja Tidak dapat mengawal perasaan marah

4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terdiri daripada dua faktor, iaitu factor endogen dan eksogen. Faktor endogen merupakan sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga lahir. Oleh yang demikian individu akan mempunyai sifatsifat ibubapanya. Faktor eksogen pula merupakan factor yang datang daripada luar diri individu, seperti pengalaman, keluarga, persekitaran dan sekolah.

Darren Oscar Clifford ( Responden Pertama ) Dalam kajian saya dari segi faktor endogen terhadap responden pertama merupakan seorang yang aktif dan suka dengan cabaran. Responden mempunyai sifat yang diwarisi dari sebelah bapa. Seperti warna kulit dan perwatakannya serta rupa paras. Dari segi fizikal responden adalah normal dan tidak mengalami apa-apa kecacatan. Menurut Boss & Plomin (1997), dari

segi fizikal, individu akan mewarisi sifat fizikal ibubapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna rambut, temperamen dan sebagainya. Dari segi faktor eksogen responden mempunyai ramai kawan dan amat disenangi oleh guruguru serta hormat dan patuh pada ibubapa. Responden diasuh dari mula untuk tidak ponteng ke sekolah kecuali menghadapi masalah yang tidak dapat dielakan. Mengikut Baumrind (1995), cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletakkan batasan yang perlu diikuti. Ini kerana cara otoritatif dapat membentuk anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, suka bekerjasama, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian. Responden tinggal di kawasan luar bandar, dan ini tidak menghalang responden untuk belajar sama seperti pelajar yang tinggal di kawasan bandar . responden tidak terpengaruh dengan apa yang ada di bandar seperti cara berpakaian dan pemakanan tetapi responden masih dapat menggunakan atau belajar menggunakan alat elektronik contohnya komputer. Responden suka membuat kerja sekolah atau latihan-latihan yang diberi oleh guru.

Nurcahaya Ridzuan (Responden Kedua) Bagi responden kedua, responden juga mempunyai fizikal yang normal dan tidak mengalami sebarang kecacatan. Dari segi faktor endrogen, responden mempunyai sifat dari kedua-dua ibubapa responden. Dari segi perwatakan responden mewarisi dari ibunya manakala dari segi sifat dalaman responden mewarisi dari ayahnya. Menurut Bee (1995), terdapat juga kajian yang mendapati sahsiah adalah diwarisi daripada ibu atau ayah melalui baka. Beliau mengatakan bahawa temperamen, iaitu tret personality adalah diwarisi daripada ibubapa dan akan berkekalan pada individu sepanjang hayat. Dari segi faktor eksogen pula , responden

agak pendiam, tetapi mempunyai suara yang lantang dan kurang mendapat perhatian dari rakan-rakan di sekolah. Responden kelihatan agak matang dari usia sebenarnya. Ini adalah disebabkan dari pengaruh persekitaran dan keluarga. Contohnya, cara responden bercakap dengan rakan sekelasnya seperti kata-kata orag dewasa atau pun apa yang didengarinya dari rumah ataupun diperkatakan dari keluarganya, resonden akan meniru cara tersebut. Di sekolah responden agak ketinggalan ini disebabkan responden kerap tidak hadir ke sekolah, disebabkan oleh ayah responden yang sibuk dengan kerja dan tidak dapat menghantar pelajar ke sekolah. Sungguhpun begitu, responden dapat mengikuti pelajaran dan pembelajaran dengan baik.

5. Implikasi Perbezaan dalam Pertumbuhan dan Perkembangan ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Guru. Perbincangan implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran dari adalah segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran, tingkahlaku mengganggu pengajaran, perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar dan perbezaan personaliti.

5.1 Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak dalam peringkat umur 7 tahun ini telah mengalami perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan dan kanak-kanak dalam lingkungan umur ini juga kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberikan kepada mereka. Pada usia 7 tahun ini, kanak-kanak boleh diajar bermain alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah pun mengalami perkembangan otot-otot halus. Perkembangan otot-otot halus ini membantu mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas dan kuat. Selain itu, ibu bapa dan guru boleh melibatkan kanak-kanak ini dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berbasikal dan gimnastik kerana aktiviti seperti ini mampu menguatkan otot, daya tahan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap. Pendidik boleh menyediakan aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki seperti bermain bola sepak, takraw dan

hoki kerana kanak-kanak lelaki cenderung untuk melakukan aktiviti lasak. Manakala pendidik juga perlu menyediakan permainan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perempuan seperti bola jaring dan bola baling. Selain menyediakan aktiviti fizikal, kanak-kanak juga perlu disajikan dengan makanan yang seimbang dan bersesuaian dengan tahap umur mereka, contohnya rancangan makanan tambahan (RMT). Dalam lingkungan umur ini mereka perlu disajikan dengan makanan yang mampu memberikan tenaga kepada mereka kerana kanak-kanak di antara 7 tahun ini sangat aktif bergerak dan bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk mejalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Mengikut Gorbin dan Lindsey (1994), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran psikomotor halus menjadi lebih baik dan cekap. Dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian diri seseorang individu. Jika diperhatikan, dalam sebuah kelas akan terdapat perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk badan pelajar. Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi dan rendah. Selalunya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik pelajar yang berbeza dari aspek bentuk fizikal. Namun perbezaan fizikal mengikut kaum merupakan ciriciri universal dan dapat diterima umum. Pelajar tidak merasakan perbezaan kaum mengganggu kehidupan mereka seharian. Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan seperti kanak-kanak yang mempunyai saiz badan yang besar, gemuk, pendek dan sebagainya.

5.2 Implikasi Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Menurut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu.

Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi

intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Menurut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar ke dalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah. Dalam implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komplex. Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. contohnya, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh pelajar.

5.3 Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran 5.3.1 Kesediaan belajar. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru

mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir.

5.3.2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Ini adalah kerana tahap kebolehan murid adalah berbeza. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan. 5.3.3. Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contohnya bising, agresif, vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif. Contohnya,responden pertama suka berkhayal, jadi dalam p&p dia kurang menumpukan perhatian tetapi setelah diberikan latihan responden akan bertanya apa yang hendak di buat. Guru juga perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dengan murid setelah memahami tingkah laku, serta kebolehan dan minat murid yang berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya. 5.3.4. Perbezaan Gaya Belajar Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar secara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individu dan ada juga secara berkumpulan. Contohnya respondent kedua, reponden suka mewarnakan gambar yang terdapat dalam lampiran kerja yang diberi oleh guru atau melukis pada mukasurat yang kosong atau tidak bergambar. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian.

6. KESIMPULAN

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami. Perkembangan juga merupakan aspek perubahan yang dialami oleh seseorang individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah mengikut peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan. Peringkat perkembangan akan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu dan biasanya dijangkakan. Perkembangan biasanya dipengaruhi oleh baka dan juga persekitaran. Baka akan menentukan had perkembangan manakala persekitaran pula akan membantu individu bagi mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah

merupkan satu bahagian yang saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

(2757 patah perkataan)

BIBLIOGRAPHI

eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf http://en.wikipedia.org/wiki/Emotional_intelligence http://www.journal.au.edu/au_techno/2002/jul2002/article5.pdf http://www.scribd.com/doc/54990356/Implikasi-Perbezaan-Individu-Dalam-p-p fskpm.upsi.edu.my/.../study_kes_sem_3.pdf http://en.wikipedia.org/wiki/Howard_Gardner

Anda mungkin juga menyukai