Anda di halaman 1dari 5

Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah setiap hari.

Huraikan kebaikan dan keburukan hospital


Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampung peningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik dan buruk yang timbul daripadanya. Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatan kemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakit yang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktor yang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untuk memastikan penyakit mereka sembuh.

Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal. Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta. Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin? Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia secara tidak sah. Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital swasta tidak menmgambil kesempatan atas pesakit mereka.

Buah-buah import semakin banyak di negara ini. Jelaskan langkah-langkah yang mampu dilaksanakan untuk mengawal keadaan ini.
Buah import merujuk buah yang ditanam atau dibawa masuk dari luar negara seperti epal dan anggur. Manakala buah tempatan ialah buah yang ditanam di Malaysia seperti rambutan dan durian. Sememangnya ada banyak langkah yang mampu direalisasikan oleh pelbagai pihak untuk mengawal fenomena mengutamakan buah-buahan import ini. Langkah pertama yang boleh diambil oleh kerajaan ialah negara mengenakan kadar cukai yang tinggi terhadap buah import. Tindakan mengenakan cukai ini akan menyebabkan harga buah import akan meningkat secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak mampu untuk membelinya dengan kerap. Jadi, langkah ini pasti memberi kesan dalam aspek pembelian pengguna. Kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran mengutamakan buah-buahan tempatan. Kempen ini menjelaskan kebaikan-kebaikan membeli buah-buahan tempatan menerusi penggunaan media massa. Iklan dan ceramah mengenai buahbuah tempatan dijalanakan secara giat terutama di kawasan urban. Sesungguhnya, kempen ini menimbulkan kesedaran kepada pengguna untuk memilih buah-buahan tempatan daripada import. Selain itu, peladang buah-buah tempatan seharusnya meningkatkan kualiti buah mereka. Penanaman buah-buah tempatan seharusnya menggunakan teknik moden untuk menghasilkan buah yang lebih baik, menarik, dan sesuai dengan cita rasa pengguna. Keunikan buah-buahan tempatan akan menarik lebih banyak pengguna untuk membelinya. Jelaslah, peladang harus mencari benih dan buah yang terbaik. Malahan, pengguna juga harus berubah paradigma mereka apabila membeli buahbuahan tempatan. Kita seharusnta membuang sikap menganggap buah import lebih baik daripada tempatan. Persepsi yang negatif ini harus dikikis dengan segera melalui pembelian buah tempatan. Maka, pengguna harus bijak dengan membeli buah-buahan tempatan sahaja. Kesimpulannya, buah tempatan sememangnya sama taraf dengan import. Semua pihak terutama pengguna harus memberi peluang kepada buah-buahan tempatan kerana tanpa pengguna industri buah-buahan tempatan akan musnah. Hargailah produk tempatan dan bukannya keluaran negara asing.

Dewasa ini, banyak pelajar bekerja sambilan semasa cuti persekolahan. Pada pendapat anda, wajarkah pelajar bekerja secara sambilan.
Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turut dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan

atau membantu suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja. Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan. Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagai kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benarbenar melaluinya. Malah, remaja mampu membentuk personality yang menarik menerusi kerja sambilan ini. Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan mereka menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini. Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu tinggi kepada remaja. Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan kewangan,lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat. Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.

Karangan Hospital Swasta- Baik dan Buruk


Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah setiap hari. Huraikan kebaikan dan keburukan hospital swasta.

Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampung peningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik dan buruk yang timbul daripadanya. Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatan kemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakit yang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktor yang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untuk memastikan penyakit mereka sembuh. Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal. Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta. Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin? Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia secara tidak sah. Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital swasta tidak mengambil kesempatan atas pesakit mereka.

Anda mungkin juga menyukai