Berikut adalah beberapa alatan yang perlu ada untuk menjahit dan kegunaannya. Alatan Asas Jahitan 1. Alatan Mengukur Alatan mengukur Pita ukur kegunaan . Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik
Pembaris lurus
2. Alatan Mendraf Pembaris L Membuat sudut tepat Membuat garisan lurus 90 darjah
Pembaris Lengkung
membuat garis melengkung dalam kerja menderaf pola. membentuk garis melengkung dalam
Pensil
Kertas karbon
Kapur
Jarum peniti
Menyemat pola kertas pada fabrik dan juga menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit secara kekal. . Digunakan untuk menetapkan pola pada fabrik semasa menggunting atau menjahit Untuk menandakan kedudukan
Gunting fabrik
Menggunting fabrik
Snipper
Penetas jarum
Alat Menjahit Alatan Jarum tangan kegunaan Menjahit jahitan tangan pada fabrik sama ada kekal atau sementara. Untuk jahitan biasa spt menjahit jelujur ,sembat dan menyembat kelepet Sesuai untuk semua jenis fabrik
Jarum mesin
. Saiz 9-10 digunakan untuk kain yang halus . Saiz 12-14 untuk kain sederhana . Saiz 14-16 untuk kain yang tebal
Pencucuk benang
Memasukkan benang pada jarum tangan atau mesin. Digunakan untuk membantu memasukkan benang ke lubang jarum tangan atau lubang jarum mesin
Mesin jahit
Menjahit dan mencantum fabrik Menjahit jahitan sulaman, lubang butang Mengemas tepi fabrik
Alatan Lain Alatan Benang kegunaan Mencantum kedua-dua kain atau fabrik. Gunakan benang yang padan dengan kain dan jahitan yang hendak dibuat
Alat menekan Alatan menekan Seterika Kegunaan Menekan dan menyeterika setiap proses pada semua peringkat jahitan supaya kemas dan rata
Bod Seterika
http://rafflesia4.wordpress.com/2012/05/11/kategori-alatan-jahitan-2/ kemahiran hidup tahun 5 alatan jahit http://jahitankht5.blogspot.com/p/alatan-jahitan.html the tools of the trade-alat-alat jahitan http://www.oocities.org/zulmz65/notajahitan.pdf
THURSDAY, FEBRUARY
4, 2010
Peralatan yang saya paparkan di sini adalah berdasarkan apa yang saya guna atau yang saya tahu. Terdapat banyak lagi alatan lain yang saya sendiri tak tahu macam mana nak guna. Cikgu KH masa tingkatan 3 dulu pun tak pernah ajar pun. Oh mungkin juga masa dulu alatan itu belum wujud.
Cikgu Kama sendiri pun hanya menggunakan peralatan2 asas yang boleh didapati dalam "Grandma's sewing box" ekekeke..
Ok. Cikgu Kama ialah emak saya. Beliau merupakan guru ERT (ex, sebab sekarang dah pencen) dan beliau tidak pernah mengajar ERT di sekolah saya sebab beliau mengajar sekolah lain. Okey..sebelum saya melalut ke laut, kita kembali ke tajuk asal..
Alat-Alat Jahitan
Gunting
Ini adalah gunting2 yang saya gunakan. Yang besar tu untuk menggunting kain sahaja. Yang kecik di tengah tu untuk potong benang atau digunakan semasa menjahit sulam tangan. Gunting warna hijau tu untuk memotong kertas. Satu hari nanti saya nak ambik pinjam gunting Singer Cikgu Kama yang besar, berat dan bersinar dan juga mahal itu untuk dimasukkan dalam koleksi gunting saya.
Pita Pengukur
Pita pengukur atau measuring tape boleh didapati dalam ukur imperial (inci) dan matriks (cm). Yang warna biru to retractable tapi dah rosak sebab anak2 suka main tarik2 pastu tekan kat tengah tu dia gulung sendiri.
Ini merupakan alatan2 yang digunakan melakar pola (pattern) dan menanda basi jahitan (seamline). Kapur tu saya jarang guna. Saya suka guna pensil warna merah dan biru. Safiya pun suka guna pensil tu untuk conteng-conteng *sigh* Pen yang berwarna purple dan biru muda tu saya suka guna juga. Yang berwarna purple tu -Air Erasable manakala yang berwarna biru tu - Water Erasable. Bila kita guna pen ini untuk membuat lakaran, dakwat dari air erasable lebih cepat hilang berbanding water erasable. Dakwat dari water erasable pen akan hilang bila kita semburkan air padanya.
Penetas Jahitan
Oh ini adalah favourite saya. Penetas jahitan( Seam Ripper / Seam Unpicker) ini digunakan untuk membuka jahitan atau membuat lubang butang.
Jarum untuk jahitan tangan.Ada bermacam jenis. Gunalah ikut kesesuaian. Contoh, jarum yang panjang dan nipis macam kat tengah di antara 3 jarum tu digunakan untuk menjahit manik. Jarum Milliners pula selalunya digunakan untuk sulaman benang khasnya untuk menjahit bullion. Needle Threader pula digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Saya beli yang banyak dan murah. Beli kat Mydin aje. Tapi jenis ni memang cepat rosak.
Jarum Peniti
Ada macam-macam bentuk jarum peniti ni. Saya suka guna jarum peniti yang panjang dan ada kepala warna warni tu. Gunalah jarum peniti yang tajam supaya tidak merosakkan fabrik.
Pembaris
Pembaris sesiku L dan pembentuk digunakan untuk membuat pola (pattern) baju. Saya guna pembaris pembentuk tu untuk buat bentuk curve pada bahagian bawah baju kurung pahang atau baju kurung pesak gantung. Pembaris sesiku L tu saya tak pernah guna pun sebab saya tak pernah buat sendiri
pola baju.
Ok. Ini adalah alat-alat yang saya tak pernah guna dan juga tak tahu namanya dalam bahasa melayu. Tracing wheel digunakan bersama tracing paper. Thimble tu digunakan semasa jahit tangan di mana ianya untuk menekan jarum dan lebih relevan digunakan semasa hand basting masa buat quilt.(saya rasa lah, kalau salah tolong betulkan ye :)
Benang
Benang juga ada bermacam jenis dan kegunaan. Macam gambar kat atas ni ada benang cotton, polyester, rayon, benang getah(elastic thread) dan benang untuk jahit tepi. Tapi jika anda baru mula nak menjahit. beli saja benang biasa tu, jenis spun polyester. Saya suka beli yang banyak-banyak colour kat Mydin.
Ini pula adalah benang yang digunakan untuk sulaman tangan dan cross-stitch. Benang yang bersusun dalam bekas tu, saya buat sendiri tempat lilit benang tu hehe.. ala..potong kertas keras aje, pastu lilit benang.
Ram
Ram yang digunakan untuk meregangkan kain semasa sulaman tangan, sulaman riben dll. Ada ram dari kayu, plastik dan getah. Gambar di atas menunjukkan ram plastik dan kayu.
Jarum yang digunakan untuk sulaman riben dan penebuk kain untuk memudahkan jahitan sulaman riben.
Selain daripada mesin jahit dan juga seterika dan ironing board, senarai di atas adalah alat-alat jahitan asas. Alatan yang tidak tersenarai di atas, pada saya adalah lebih kepada 'gadget', di mana kalau kita memilikinya, ianya banyak membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan kerja. Oh ya, ada satu lagi benda yang penting - buku nota untuk mencatat nota, ukuran atau untuk conteng-conteng. ini saya punya..alamak nampak sangat notebook company
Sekian sajalah untuk entry kali ni. Next time saya update lagi untuk alat2 yang lain. Daaa!
Alatan Jahitan
1) Alatan Mengukur
PEMBARIS FLEKSIBEL Dibuat daripada plastik atau kayu yang licin Menanda & ukur garisan lurus dan garisan melengkung
PEMBARIS LURUS Membuat garisan lurus Mengukur jarak Mengukur & menanda kerja membuat fola.
KAD TOLOK JAHITAN/ KAD UKUR Menanda lebar kelepet, lisu dan ukuran kecil. Menandakan kedudukan butang dan lubang butang 2) Alatan Mendraf
PEMBARIS MELENGKUNG. membuat garis melengkung dalam kerja menderaf pola. membentuk garis melengkung dalam kerja menderaf pola.
LENGKUK PERANCHIS membentuk garis yang melengkung seperti di keruk lengan, garis leher dan garis puteri. Memudahkan kerja penyesuaian pola pakaian.
PENSIL membuat garisan di pola pakaian. Jenis-jenis: pensil kapur, pensil biasa dan pensil boleh serap air. (water soluble pencil)
PEMBARIS SESIKU L membuat sudut tepat membuat garis lurus 90 memastikan ira lurus selari. 3) Alatan Menanda
RODA SURIH -Memindahkan garis dan tanda ke fabrik. - jenis mengikut mata roda.
KERTAS KARBON -Memindahkan garis dan tanda ke fabrik. bersama roda surih.
KAPUR &
PENSIL Menanda garisan, garis lipatan, garis gunting dan memindahkan tanda Ke fabrik
KUSYEN -Menyemat pola pada fabrik -Mencantum kepingan fabrik yang hendak dijahit 4) Alatan Memotong
GUNTING FABRIK
GUNTING SULAM
SNIPPER
PENETAS
5) Alatan Menjahit
JARUM JAHIT TANGAN JENIS TAJAM -Jahitan biasa untuk semua jenis fabrik. - Jarum sulam, lebih halus, panjang & tajam
JENIS DEWANGGA -Jahitan hiasan dan sulam - mata tumpul dan lubang benang lebih besar
JARUM JAHIT MESIN -untuk jahitan mesin. -Pelbagai saiz mengikut benang yang akan -Digunakan dan jenis mesin.
PENCUCUK BENANG -Untuk memasukkan benang pada jarum tangan atau mesin
JIDAL -Melindungi jari dari jarum yang tajam. -Jenis logam, plastik dan seramik. -Hasil jahitan lebih kemas.
6) Alatan Menekan
BOD LENGAN -Bahagian kecil seperti kelim, lengan baju, kaki seluar dan garis leher
PRESS MITT -Bahagian melengkung, kecil dan lengan yang lebih terbuka
SEAM ROLL -Bahagian berbentuk lisu dan kelim melengkung yang sukar dibuat guna bod biasa.
BOD SETERIKA -Semua proses jahitan , terutama bahagian yang lebih besar
ALAT MENEKAN INDUSTRI -Melekat lepik pada fabrik lebih cepat dan rata.
SETERIKA WAP - untuk menekan dan seterika mengikut jenis fabrik dengan tahap kepanasannya 7) Alatan Menyelenggara
PEMUTAR SKRU -Memasang dan menanggalkan jarum dari mesin jahit industri
PENYEPIT -untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum mesin jahit industri. -Menarik benang dari bahagian yang rumit dalam mesin jahit
MINYAK MESIN -Melancarkan perjalanan mesin jahit. -Membersihkan bahagian dalam aksesori jahitan seperti sekoci, gelendong atau tapak mesin.