Anda di halaman 1dari 2

Sistem Maklumat Murid Versi 4.02 Di dalam versi ini terdapat beberapa perubahan dari segi aplikasi (SMMAPP).

Walau bagaimanapun ia tidak akan mengganggu data yang sedia ada. Selain daripada pembetulan ralat aplikasi terdapat beberapa pertambahan kemudahan yang dapat membantu guru/penyelaras dalam mengemas kini data. Antara kemudahan yang ditambah adalah: a. Paparan Utama.

Maklumat aplikasi yang digunakan berserta sumber data yang diperolehi.

b. Tukar Sumber Data

Pengguna boleh menukar sumber data

Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan pengguna untuk menukar sumber data (SMMDATA). Sumber data tersebut boleh diletakkan di dalam folder C:\HEM , di dalam Pendrive atau di mana yang disukai. SMMDATA boleh ditukar dengan nama lain, contoh SMMDATA_JANUARI atau SMMDATA_JUN dan sebagainya.

c. Pendaftaran Tahun 1

Terdapat pertambahan medan kelas/kohot bagi memudahkan proses eksport mengikut kelas/kohot

d. Semakan

Terdapat pertambahan semakan terutama bantuan yang diterima oleh murid.

Terdapat 4 tambahan pada menu semak : a. Bantuan KPM Bertindih b. Bantuan Agensi Bertindih c. Tanpa Sebarang Bantuan KPM d. Tidak Menerima SPBT Menu ini ditambah disebabkan terdapat terdapat sekolah yang tidak memasukan bantuan-bantuan tertentu seperti SPBT atau memasukan bantuan yang sama berkali-kali.

Amat Sazali / Md Yusuf Jabatan Pelajaran Pulau Pinang 11/03/2010

Anda mungkin juga menyukai