Anda di halaman 1dari 6

AMALI 1 : PENGUKURAN Tujuan : Untuk mengambil dan membandingkan ukuran menggunakan pelbagai jenis alat pengukur.

Bahan / peralatan :

1. Pembaris meter 3. Tolok skru mikrometer 5. Neraca elektronik 7. pensil 9. 1 sudu teh pasir

2. Angkup vernier 4. Neraca tiga alur / palang 6. Dawai kuprum 8. asbestos

Prosedur :

Aktiviti 1 : Mengukur panjang

1. Diameter sebatang pensil, dawai kuprum dan ketebalan asbestos diukur menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru micrometer. 2. Pengukuran bahan dilakukan 2 kali lagi untuk mendapatkan bacaan purata. 3. Keputusan direkod dalam jadual di keputusan.

Aktiviti 2 : Mengukur jisim

1. Jisim sebatang pensil dan 1 sudu pasir ditentukan jisim dengan mengunakan neraca tiga alur dan neraca elektronik. 2. Pengukuran bahan dilakukan 2 kali lagi untuk mendapatkan bacaan purata. 3. Keputusan direkod dalam jadual di keputusan.

Keputusan :

Aktiviti 1 : Mengukur panjang.

i)

Pembaris meter

Objek Diameter pensil Dawai kuprum Tebal asbestos

Diameter/cm 1 0.7 0.1 0.3 2 0.7 0.1 0.3 3 0.7 0.1 0.3

Purata/cm 0.7 0.1 0.3

ii)

Angkup Vernier

Objek Diameter pensil Dawai kuprum Tebal asbestos

Diameter/cm 1 0.77 0.07 0.36 2 0.79 0.06 0.35 3 0.74 0.09 0.36

Purata/cm 0.77 0.07 0.36

iii)

Tolok skru mikrometer

Objek Diameter pensil Dawai kuprum Tebal asbestos ( tiada ralat sifar )

Diameter/cm 1 0.78 0.07 0.36 2 0.77 0.07 0.36 3 0.78 0.08 0.36

Purata/cm 0.78 0.07 0.36

Keputusan :

Aktiviti 2 : Mengukur jisim

i)

Neraca tiga alur

Objek Pensil 1 sudu pasir + kertas turas 1 sudu pasir

Jisim/g 1 5.35 8.29 2 5.30 8.32 3 5.30 8.35

Purata/g 5.32 8.32

8.18

8.22

8.25

8.22

(jisim kertas turas : 0.1 g)

ii)

Neraca elektronik

Objek Pensil 1 sudu pasir + kertas turas 1 sudu pasir

Jisim/g 1 5.35 8.35 2 5.35 8.36 3 5.35 8.35

Purata/g 5.35 8.35

8.25

8.26

8.25

8.25

(jisim kertas turas : 0.1 g)

Kesimpulan :

Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang baik dalam menyukat objek.

Langkah berjaga-jaga :

1. Mengelakkan ralat paralaks. 2. Mengelakkan ralat sifar. 3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaant erbaik. 4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca. Soalan :

Aktiviti 1 : mengukur panjang

1) Dari ketiga-tiga alat ukur tersebut, yang manakah paling persis dan yang manakah paling tepat membuat pengukuran.

Alat yang paling baik untuk membuat pengukuran ialah tolok skru mikrometer. Ini kerana ukuran yang diambil tidak mencatat perbezaan yang ketara manakala pengukuran boleh diambil untuk ukuran yang paling terdekat berbanding angkup vernier yang mencatat perbezaan yang agak besar dalam pengukuran. Pembaris meter pula cuma mengambil ukuran terdekat jadi tidak tepat.

2) Jika seorang pelajar mencatatkan 4.32 cm sebagai ketebalan objek yang diukur dengan pembaris meter. Jelaskan mengapa data yang direkod itu adalah tidak realistik.

Tidak realistik kerana ukuran pembaris meter ialah ukuran terdekat iaitu 0.1 cm (satu titik perpuluhan) jadi ukuran 4.32 cm adalah tidak wajar kecualilah 4.3 cm.

3) Terangkan bagaimana ketebalan sehelai kertas dapat dibuat.

Ialah dengan mengunakan tolok skru mikrometer kerana alat ini mempunyai tahap kepekaan yang sangat rapat iaitu 0.01 mm atau 0.001 cm. ketebalan 10 keping kertas

akan diambil terlebihdahulu kemudian dibahagi dengan 10. Hasil yang diperolehi ialah ketebalan 1 helai kertas.

Soalan : Aktiviti 2 : mengukur jisim

1) Dari kedua-dua alat ukur tersebut, yang manakah paling persis dan yang manakah paling tepat membuat pengukuran.

Neraca elektronik paling persis dan paling tepat kerana ia mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding neraaca tiga alur. Neraca elektronik juga mencatatkan nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar berbanding neraca tiga alur.

2) Namakan satu neraca penimbang yang lain yang biasa digunakan.

Neraca tuas, neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung.

p/s : maaf kawan amali 2 kena buat sendiri sbb pita ukur masing-masing.. buat dgn tulisan tangan aje prosedur tu boleh la buat computer tp pengiraan pecutan kena buat dgn tangan la. Utk maklumat lanjut telefon la jgn nak tunggu wak siap aje. Ha,,hammm ,,ha jgn mare haaaa utk maklumat lanjut call la atau dtg ke rumah

nak senang hari jumaat nie salin wak aku la.