Anda di halaman 1dari 10

1.0 ABSTRAK. 1.

1 Menurut Kamus Dewan (2006) mendefinisikan Melayu merujuk kepada nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia. Asal-usul perkataan "Melayu" mengikut R.O Winstedt dalam bukunya The Malays, A Cultural History membahagikan pengertian Melayu kepada dua makna iaitu pertama, orang Melayu adalah bumiputera di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Makna kedua pula orang Melayu adalah penduduk asal kepulauan Melayu, Farmosa, Filipina dan beberapa puak yang mendiami wilayah Indo-China. 1.2 Berdasarkan Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit yang berkembang di dua tempat yang berbeza. Pertama di seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya iaitu Malaya manakala kedua di seberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi kepada Melayu. 1.3 Bukti seterusnya ialah catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis sekitar tahun 644 Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama Melayu bagi kerajaan Melayu itu berasal dari nama sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebut iaitu sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu.. 1.4 Mengikut UNESCO (1972) merumuskan bangsa Melayu adalah satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama; bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut halus, mempunyai ketinggian sederhana; dan penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur kemudian dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan. 2.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU Bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu

memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti : 2.1 Berasal dari Asia Tengah 2.1.1 J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K 2.1.2 J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. 2.1.3 Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasaAustronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. 2.1.4 Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. 2.1.5 J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal

daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. 2.1.6 R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini. 2.1.7 Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. 2.1.8 Bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik. 2.1.9 Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut. (a) Orang Negrito Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang MelayuProto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru. (c) Melayu-Deutro Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. MelayuDeutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini. Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme. 2.2 Berasal dari Nusantara 2.2.1 Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat. 2.2.2 K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal

pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan MonKhmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. 2.2.3 Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. 2.2.4 J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. 2.2.5 Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis". 2.2.6 Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratanAsia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada

masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia. 2.2.7 Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. 2.2.7 Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasabahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah. 2.2.8 Proses penghijrahan Pendapat yang menyatakan bahawa asal bangsa dan bahasa Melayu adalah dari Tanah Besar atau lebih dikenali sebagai Teori Yunan telah diterima umum dan lebih popular. Ini mengukuhkan kepercayaan penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertalian bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan sekaligus pertaliannya dengan dataran Asia Tengah atau Yunan. 2.2.9 Berpandukan teori ini, mengatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama iaitu ditandai dengan perpindahan orang Melayu Negrito, Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro. Sebelum perpindahan pendudukAsia berlaku, Kepulauan Melayu iaitu Nusantara ini telah ada penghuninya yang dikenali sebagai penduduk asli. 2.2.10 Di sini jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui tentang wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar iaitu lautan Pasifik dan lautan Hindi. Hubungan dengan rumpun bahasa Melayu Pengetahuan mengenai asal-usul bangsa Melayu sebagai rumpun bahasa Melayu diperoleh dari bahan-bahan peninggalan purbakala. Maka dengan itu, orang-orang Melayu dan orang-orang yang seketurunan dengannya di seluruh Kepulauan Melayu dikatakan berasal dari Tanah Besar Asia (Asmah Haji Omar, 1985).

3.0 ELEMEN-ELEMEN YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU. 3.1 Walaupun bahasa Melayu bukan sebuah tetapi bahasa Melayu dan bahasa bangsa asli iaitu Jakun dan Temuan digolongkan dalam bahasa Austronesia. Sebelum istilah Austronesia digunakan, Austronesia dikenali sebagai MalayuPolinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wilhelm Von Humboldt. Perhubungan ketigatiga rumpun bahasa dalam filum bahasa Austrik ialah rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Tibet dan rumpun bahasa Austroasia. 3.2 Rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga iaitu bahasabahasa Nusantara (Kepulauan Melayu), Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan sistem bunyi, pembentukan kata, perbendaharaan kata dan pembentukan ayat. 3.3 Cabang bahasa Nusantara dipercayai mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Keluarga bahasa Nusantara atau keperluan Melayu dibahagikan kepada kelompokkelompok dan setiap kelompok boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian mengikut kawasan. 3.4 Bagi memudahkan penelitian, keluarga bahasa Nusantara dibahagikan mengikut daerah dan pulau iaitu Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Filipina, Nusa Tenggara, Maluku, Madagaskar dan Tanah besar Asia Tenggara. Kelompok Kalimantan atau Borneoterdapat pelbagai jenis bahasa yang tersebar luas di pelbagai daerah dari KalimantanIndonesia hingga ke Sarawak, Sabah dan negara Brunei. Kelompok bahasa Kalimantanterdiri daripada Melayu, Dayak, Melanau, Bisaya, Murut, Dusun, Bajau, Sulu, Tidung, Basap, Labu, Kenyah dan Kayan. Bahasa Dayak mempunyai beberapa jenis seperti Iban, Bidayuh, Kedayan, Mualang, Ambawang, Selakau dan lain-lain. 3.5 Di Malaysia pengertian Melayu mempunyai implikasi keagamaan Islam sebab dalam Perlembagaan, orang Melayu ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu. Jika dilihat dari sudut yang lebih luas, takrifan Melayu itu telah menjadikan suku bangsa Melayu sebagai satu sistem terbuka bermaksud sesiapa sahaja dapat menjadi ahli suku bangsa Melayu asalkan dia memenuhi keperluan-keperluan dalam takrifan itu. Ungkapan masuk Melayu dapat menggambarkan konsep ini seperti suku bangsa lain yang memeluk agama Islam. Sistem terbuka juga diterapkan di Sarawak terutama di kalangan kaum bumiputera yang terdiri dari

pelbagai suku bangsa dan agama. Apabila seseorang dari suku bangsa lain memeluk agama Islam maka dia dikenal sebagai orang Melayu. 3.6 Alat-alat yang mereka gunakan seperti kapak dan gendang tembaga pernah ditemui di gua-gua di Semenanjung dan di Sungai Tembeling di Pahang telah memperlihatkan persamaan peralatan yang terdapat di Tonkin di negeri China, Jawa dan Bali. 3.7 Gendang-gendang yang ditemui di Tonkin menunjukkan lukisan perahu yang sama dengan perahu yang digunakan oleh suku-suku bangsa di Borneo dalam upacara kematian. Sementara pada gendang-gendang itu terdapat lukisan orang menumbuk padi atau meniup alat muzik seperti seruling yang sama dengan alat muzik orang Dayak. 3. Perpindahan bangsa Melayu dari daratan Asia itu berlaku secara berperingkatperingkat. Peninggalan-peninggalan purbakala yang dijumpai itu ada yang berasa dari budaya palaeolit, mesolit dan neolit. H. Kern, seorang sarjana Belanda berpendapat bahawa perpindahan itu bermula kira-kira 1500 tahun sebelum Masihi. 3.9 Kepercayaan dan adat kebiasaan juga dapat menunjukkan arah gerak perpindahan dan perkaitan antara suku-suku bangsa di seluruh kepulauan yang dikenali sebagai kepulauan Melayu itu. Kepercayaan dan adat-adat kebiasaan itu juga boleh dikaitkan kepada kepercayaan dan adat yang terdapat di dataran Asia. 3.10 Suku-suku bangsa dalam rumpun Melayu ini juga percaya pada petandapetanda baik dan buruk dari binatang seperti burung, ular dan rusa serta bunyi binatang tersebut. Adatadat dalam menyambut anak yang baru lahir, kematian dan menanam padi serta rentak irama dalam tarian menunjukkan persamaanpersamaan dari suku bangsa ke suku bangsa.

Nik Safiah Karim ~bahasa Bahasa Melayu termasuk dalam Austronesia ialah satu rumpun bahasa-bahasa Golongan bahasa dalam filum bahasa Sumatera bersama-sama dengan Austris bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, rumpun bahasa Austroasia dan Minangkabau, Nias, Lampung dan SUSUR GALUR BAHASA Orang MELAYU Tibet-China. Laut.

BAHASA MELAYU PURBA

BAHASA MELAYU KUNO BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA ABAD KE-19 & 20 BAHASA MELAYU MODEN

PERKEMBANGAN B.MELAYU