Anda di halaman 1dari 11

MAY /2011

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

<NO MATRIKULASI> <NO. KAD PENGENALAN> <TELEFON> <EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

HBHE3103

PENGENALAN Konsep yang di lancarkan oleh WHO semasa sukan Olimpik di Beijing pada keseluruhannya adalah untuk tetamu dan atlit yang berhimpun di sana, konsep 3 fives ini di buat untuk memastikan semua individu mempunyai makanan yang selamat , makanan yang berkhasiat serta mempunyai aktiviti fizikal yang baik dan sempurna, Persoalan samada konsep ini sesuai untuk masyarakat umum pada dasarnya adalah tepat dan sememangnya ini lah yang sentiasa di kempenkan oleh Kementerian Kesihatan terhadap masyarakat Malaysia. Gaya hidup sihat yang merangkumi pemakanan dan penjagaan kesihatan telah pun menjadi satu trend kepada masyarakat Malaysia, merujuk kepada laporan WHO, Malaysia adalah antara Negara membangun yang sangat menitik beratkan kemudahan perubatan dan penjagaan kesihatan yang cemerlang. Kempen-kempen kesihatan di jalankan di sekolah-sekolah sedari awal lagi untuk memberi minda yang terbuka terhadap kanak-kanak tentang pentingnya kesihatan dan pemakanan yang betul. Makanan yang berkhasiat adalah penting untuk tumbesaran dan peningkatan kepada metabolisme diri kita,d an aktiviti kecergasan adalah untuk mendapatkan riadah yang sempurna untuk otot serta jantung kita.

HBHE3103

3 FIVES - MAKANAN YANG SELAMAT Makanan yang selamat membawa pengertian bahawa ianya selamat untuk di ambil dan bebas dari bacteria yang membawa pelbagai penyakit, makanan selamat adalah satu dari symbol kehidupan yang di naungi dengan rasa tanggungjawab serta mengikut prosedur yang betul. Di dalam anjuran 3 fives WHO beberapa criteria di pertekankan : PENGASINGAN MAKANAN Kenapa ianya perlu dan jenis makanan apakah yang perlu pengasingan ? Semua ini bermula dari kita membeli makanan dari pada supermarket atau restoran. Jika kita membeli makanan yang belum di masak contohnya makanan laut serta makanan berdaging serta sayuran dan dalam masa yang sama kita membeli makanan yang telah di masak contohnya bun roti , pengasingan adalah amat kritikal, kerana makanan yang belum di masak sudah semestinya mempunyai bacteria dan jika ianya tersebut kepada roti atau apa-apa bahan makanan, sudah pasti makanan tersebut tercemar dan pengambilan makanan ini akan boleh mengakibatkan penyakit seperti cirit birit. Asingkan makanan mentah ini kedalam satu plastic kemudian jika perlu letakkan di dalam trolley yang berasingan. Makanan yang sudah di masak pula di dalam bekas yang sempurna. Begitu juga dengan peralatan memasak, seperti pisau, papan pemotong, perlu lah mempunyai pengasingan penggunaan, papan pemotong untuk ikan, ayam dan daging perlulah diasingkankan daripada papan pemotong roti dan sebagainya, kerana selalunya papan pemotong hanya di bilas dengan air biasa dan tidak mematikan kuman atau bacteria. Pisau perlulah di bersihkan dengan sabun untuk penggunaan yang berulang. Di dalam peti ais juga begitu, asingkanlah makanan mentah di tempat sejuk beku jika ianya akan di masak pada waktu lain. MENCUCI MAKANAN DAN TANGAN Keperluan mencuci tangan dengan bersih kerana kita menggunakan tangan untuk memegang makanan, tangan yang tercemar akan mengundang penyakit . Bilakah ianya perlu di basuh ? Mengikut CDC ( Pusat Kawalan Penyakit ) yang bertempat di Atlanta Amerika Syarikat, Dr Nielsen Murdoch, berkata , waktu yang paling vital untuk membersihkan makanan adalah selepas pergi ke tandas dan juga selepas memegang barangan awam , seperti tombol pintu ,
3

HBHE3103

pemegang bar keretapi dan sebagainya. Bakteria akan melekat di tempat itu, dan jika kita tidak membersihkan dengan jel pembersih dan sabun ianya boleh membersihkan kuman atau bacteria sebanyak 99%. Sebagai pengendali makanan samada untuk industri ataupun di rumah, keperluan ini dikira satu kewajipan. Cuci lah tangan anda dengan betul dan berkala. Mencuci makanan sebelum di masak akan membantu membuang kotoran yang melekat pada sisi makanan yang kita tidak nampak. Pembersihan ini adalah untuk memastikan semasa kita memasak, segala darah , cebisan apa jua dapat di keluarkan dan proses memasak akan jadi lebih sempurna dan teratur. MEMASAK MAKANAN Api ditemui beberapa juta tahun dahulu, dan manusia dahulu kala menggunakannya untuk memasak dan begitu juga pada zaman moden ini, kajian yang dilakukan berdekad lalu menunjukkan bahawa betapa kuman masih boleh hidup jika makanan tidak di masak dengan suhu yang tinggi dan sempurna. Makanan seperti daging / ayam adalah merupakan makanan yang sukar untuk masak pada suhu yang rendah, untuk memastikan ianya di masak perlu lah kita menghiris dan melihat di bahagian dalam daging tersebut samada masih merah lagi atau sebaliknya.. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna pasti mengandungi bacteria. Selepas memasak makanan pastikan ianya di letakkan di tempat yang mempunyai pengudaraan sempurna dan jangan tudung makanan yang terlalu panas kerana ianya akan membiak kembali bacteria yang mana akan aktif di dalam suhu bilik dibawah 30 celcius. MENYIMPAN MAKANAN Simpanlah makanan anda di tempat yang selamat dan jika anda perlu kemana-mana letakkanlah makanan anda didalam peti air, suhu peti ais yang berada di bawah -0 darjah celcius akan menyah aktifkan bacteria dan ianya boleh di simpan dengan lebih lama. Begitu juga dengan makanan mentah, penyimpanan haruslah di asingkan di tempat sejuk beku supaya bacteria pasti akan berhenti membiak. Makanan yang sudah di masak perlu diasingkan didalam satu bekas yang berkedap dan ianya tidak boleh bercampur dengan makanan mentah, contohnya daging mentah dan gulai tidak boleh di letakkan di tempat sama kerana ianya akan tercemar antara satu sama lain.
4

HBHE3103

3 FIVES MAKAN MAKANAN BERKHASIAT Makanan berkhasiat adalah terdiri daripada makanan yang mengandungi vitamin serta protein yang membantu menyihatkan manusia . Makanan terbahagi mengikut pyramid makanan supaya disiplin pemakanan mampu memberi individu tersebut berdaya saing dan mempunyai imun terhadap penyakit. Dalam brosur 3 Fives , menyarankan pengambilan susu ibu, sejak bayi hinggalah bayi berusia 6 bulan , kepentingan susu ibu adalah kerana sifat susu itu yang multi vitamin serta mempunyai nutirien yang pelbagai pertumbuhan bayi, Susu ibu merupakan satu perisai kepada bayi dari dihinggapi penyakit . Susu ibu mempunyai kandungan kalsium yang tinggi kerana ianya berguna untuk pembentukan tulang dan otak. Susu ibu mempunyai bisodifilus iaitu bacteria bagus yang berada di dalam usus anak-anak kita untuk memastikan anak sentiasa sihat . Makanan bersifat bijirin, sayuran , buah-buah , produk tenusu , ikan berada dalam katogeri terbawah di dalam pyramid makanan, dan ianya perlu diambil dengan banyak, manakala makanan seperti daging, ayam , minyak , gula dan garam perlu diambil sedikit dan perlu di kawal. Makanan sayur-sayuran dan bijirin Makanan sayuran dan bijirin adalah makanan tinggi keroten kerana sifat hijau sayuran itu sendiri, sayuran bayam contohnya mempunyai vitamin A yang tinggi dan bersifat anti kanser, ianya membekalkan vitamin A, B1 dan D untuk kulit dan juga menggantikan sel-sel yang mati pada kulit.Sayuran asparagus , kobis bunga dan jagung mempunyai serat yang tinggi dan mampu membantu penghadaman yang sempurna, ianya juga membekalkan vitamin yang pelbagai untuk mata , pencernaan serta baik untuk pengaliran darah. Kandungan bijirin seperti oat dan gandum mempunyai karbohidrat yang tinggi dan mampu mengantikan nasi yang juah lebih tinggi karbohidratnya, dan nasi perlu lah dikurangkan terutama yang menghidap diabetes, manakala gandum pula mempunyai karbohidrat yang rendah tetapi mampu membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Oat telah terbukti sebagai makanan yang memberikan jantung yang sihat kerana sifat oat itu mempunyai lemak kurang tepu dan mencairkan kolestrol pada badan kita.
5

HBHE3103

Tugas oat adalah bersesuaian kepada orang yang menghadapi masalah kolestrol tinggi kerana ia membantu menghilangkan kolestrol. Buah-buahan dan produk tenusu Buah-buah membekal glukos bukan gula kepada badan , makanan seperti pisang mempunyai vitamin A dan B, ia juga adalah agen anti penuaan dan juga mengeluarkan satu bahan kimia yang mengurangkan stress. Sangat baik juga diambil kerana ia mempunyai serat yang tinggi. Buahbuahan seperti apricot, kiwi, orange mempunyai vitamin C, D dan E dan ini memberikan nutrient yang cukup terhadap keperluan vitamin, vitamin C contohnya membantu memberikan satu imun terhadap selsema dan deman. Mengikut pakar pemakanan , Kevin Zahri, pemakanan buah-buahan seperti mengambil vitamin yang semulajadi dan ianya sebati dengan system pencernaan kita. Produk tenusu seperti susu kambing dan lembu adalah produk rendah lemak tepu, dan ini adalah menyihatkan, produk tenusu mempunyai kandungan kalsium tinggi serta sesuai di ambil oleh golongan dewasa untuk mengantikan dan menguatkan tulang anda. Makanan yang perlu di elakkan Makanan memberi tenaga tetapi ianya juga boleh membunuh jika pengambilan tidak di kawal. Contohnya gula, gula adalah perlu untuk tenaga, ianya membebaskan tenaga yang diperlukan oleh badan, pengambilan yang berlebihan dan tidak mampu dip roses oleh hati dan buah pinggang akan menjadikan kita menghidap diabetis. Diabetis adalah penyakit berbahaya kerana ia akan merosakkan buah pinggang serta penghidap diabetis boleh mengalami strok. Pengambilan minuman dalam tin seupama mengambil 6 sudu gula secara terus jadi elakkan lah mengambil gula secara berlebihan dan minumlah air masak sebanyak yang mungkin iaitu 3 liter sehari. Garam juga akan menyebabkan penyakit hipertensi kerana garam itu mempunyai kalsium yang tinggi, lebihan daripada garam yang tidak dicerna oleh badan akan tinggal di dalam pembuluh darah dan akhirnya mengeraskan pembuluh darah lalu ianya menjadi tidak anjal seterusnya menyebabkan penyempitan salur darah dan akhirnya menjadi jantung bekerja lebih keras untuk

HBHE3103

mengepam darah dan menuju kepada masalah darah tinggi, masalah darah tinggi yang berpanjangan akan menjadikan kita berisiko untuk menghidap masalah koronari jantung.

Makan makanan berlemak dan tinggi kolestrol seperti daging burger, udang , sotong dan makanan laut kecuali ikan menjurus kepada penyimpanan lemak tepu dari makanan tersebut. Masalah besar lemak tepu itu adalah ianya membekalkan kolestrol, kolestrol merupakan sesuatu barang yang tidak boleh dicerna dan akan tinggal di dalam salur darah. Kolestrol akan menjadikan seseorang itu obes dan berpenyakit. Makanan seperti ini haruslah dielakkan dan tidak diambil tetapi didalam kuantiti yang sangat sedikit . Makanan pada hari ini mengandungi pelbagai kandungan barang kimia yang tidak stabil, bahan kimia ini akan pada akhirnya merosakkan organ dalaman kita secara perlahan-lahan dan akhirnya akan mengakibatkan kita berhadapan dengan pelbagai penyakit. Antara contoh makanan yang perlu di elakkan adalah ayam goreng KFC kerana ianya mempunyai sodium monoglutamate dan bahagian berlemak seperti kulit ayam itu sendiri mempunyai lemak tepu yang berisiko tinggi untuk sakit jantung dan sebagainya.

HBHE3103

3 FIVES GAYA HIDUP SIHAT Badan manusia adalah seumpama enjin kereta yang sentiasa perlukan perhatian, oleh itu kita perlulah melakukan senaman sebagai langkah memantapkan tubuh badan kita, senaman adalah merupakan satu riadah yang berguna untuk seluruh otot kita. Otot kita umpama badan kereta yang perlu kita jaga kerana otot juga perlu regangan. Senaman adalah merupakan satu riadah sihat untuk mengeluarkan peluh, peluh ini akan bertindak sebagai pemecah lemak dan membakar kalori yang berlebihan, sebelum kita bersenam kita perlulah menjalani sedikit regangan kepada tubuh badan kita agar nadi kita sama aras dengan aktiviti fizikal . Dengan melakukan warm up adalah bertujuan untuk menaikkan nadi kepada 120 detik seminit dan kemudian lakukanlah aktiviti fizikal Aktiviti fizikal pula tidaklah perlu secara harian hingga menjadikan ianya satu keperluan hingga ianya perlu ada senantiasa, tetapi lakukanlah berkala seperti 3 kali seminggu dan selama setengah jam, aktiviti begini adalah lebih baik dari melakukan setiap hari . Aktiviti riadah berguna untuk mengurangkan berat badan dan untuk menyihatkan jantung. Selain daripada itu aktivit riadah ini adalah untuk mengurangkan tekanan, telah terbukti melalui kajian daripada Institut Jantung Negara menyatakan, aktiviti fizikal adalah baik kerana otak akan merembes satu tindak balas kimia dan mengurangkan tekanan. Aktiviti riadah ini juga akan menyebabkan pelakunya akan tidur dengan nyenyak pada waktu malam. Tidur yang nyenyak adalah untuk memastikan sel-sel yang mati dapat diganti dengan efisin oleh badan kita, tidur juga merihatkan tubuh badan kita yang saban hari bekerja dan tidur yang secukupnya menyihatkan minda anda dan anda rasa lebih ceria . Bagi kebanyakan orang , mereka berfikir bahawa melakukan aktiviti riadah adalah umpama seperti satu rejim yang keras, tanggapan ini salah, aktiviti riadah ini boleh dilakukan secara santai antara contohnya adalah memotong rumput di halaman, mengemaskan rumah, berjalanjalan dipersekitaran kejiranan anda, apa juga aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal maka ianya dianggap sebagai satu aktiviti yang baik dan sihat.
8

HBHE3103

Beriadah juga bermaksud seseorang itu juga haruslah berfikiran positif , kerana fikiran positif amatlah membantu seseorang untuk lebih produktif pada setiap hari nya, bersyukur dengan apa yang ada dan berceritalah dengan kawan ada jika anda mempunyai masalah, jangan diamkan kerana ini boleh mengkibatkan anda berdepan dengan tekanan jiwa yang akhirnya akan menjadikan anda mengambil tindakan di luar jangkaan. Beriadah di sekitar kejiranan anda memboleh kan anda bertemu muka dengan jiran anda dan ini adalah satu aspek kehidupan yang positif kerana ianya akan membantu untuk anda hidup bermasyarakat dan lebih rasa saling memerlukan antara satu sama lain.Jauhilah diri anda dari merokok dan meminum arak, setelah melakukan segalanya dengan betul dua tabiat buruk ini perlulah di buang, merokok akan merosakkan diri anda dan orang sekeliling, asap rokok adalah racun kerana ia mengandungi karbon dioksida seumpama asap kereta dan kandungan rokok itu juga pada kala ini adalah terdiri daripada bahan kimia berbahaya. Rokok akan merosakkan paruparu, mengakibatkan gangrene, barah mulut dan tekak serta berisiko mengalami serangan jantung. Merokok juga akan mengkibatkan seseorang itu cepat penat apabila melakukan kerja walaupun kerja yang ringan. Meminum arak yang beralkohol juga adalah berbahaya, kerana alcohol berguna untuk tujuan perubatan atau untuk memanaskan badan terutama yang berada di kawasan sejuk tetapi pengambilan berlebihan akan mengkibatkan kerosakan hati . Hati bertugas untuk memproses toksin dalam badan tetapi jika hati anda rosak anda berhadapan dengan implikasi lain seperti hepatitis B yang mana anda akan mengalami kencing manis kerana hati tidak mampu menghasilkan insulin untuk badan. Mengambil dadah juga adalah merupakan aktiviti yang amat tidak sihat, kerana ianya pasti akan menjadikan anda penagih dan setiap penagih akan berisiko untuk mengalami penyakit AIDS, dadah boleh merosakkan diri anda terutama di bahagian otak, sebab itu penagih dadah tidak dapat bertindak secara rasional apabila mereka dalam keadaan sawai ketagihan dadah. Dadah merupakan satu masalah dikalangan masyarakat sekarang kerana keadaan hidup yang penuh dengan stress manusia mengambila jalan singkat untuk melupakan masalah hidup , sememangnya dadah dapat melupkakan masalah tetapi untuk jangka masa yang singkat sahaja , kesan secara lansung dan panjang adalah nanti mereka akan menjadi sampah masyarakat, pencuri dan juga akhirnya akan dibuang oleh komuniti itu sendiri.
9

HBHE3103

KESIMPULAN Konsep 3 Fives ini adalah merupakan satu kewajaran yang perlu di teruskan kepada seluruh masyarakat, kerana ini adalah umpama kualiti kehidupan yang diperlukan, kita perlulah menukar konsep cara kita berfikir tentang makanan yang kita makan, apakah makanan yang sihat, serta menjalani kehidupan yang sihat . Kita perlu mengambil perumpamaan at noon eat like a prince, at night eat like a beggar dimana ianya menyarankan kita mengambil makanan mengikut keperluan semasa, waktu pagi dan tengahari adalah waktu paling penting untuk makan dengan banyak dan selaras dengan keperluan hari, namun pada waktu malam , makanlah sedikit terdiri daripada bijirin oat yang menyihatkan dan mengenyangkan tetapi kurang karbohidrat. Setelah makan dengan sihat maka beriadahalah untuk keperluan badan yang lebih baik kerana senaman ini akan membantu anda lebih ceria sepanjang hari. Kerajaan Malaysia secara berterusan berusaha untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang perlunya kehidupan yang baik bermula daripada makanan dan kehidupan sihat, kempen yang sentiasa dijalankan menunjukkan kempen 3 Fives ini bukan eksklusif untuk atlit sukan olimpik tetapi adalah masyarakat umum, dan ini bukan perkara baru, kesedaran untuk mendapat gaya hidup sihat telah pun menjadi satu trend, kerana jika dilihat bagaimana pada waktu ini kerajaan tempatan mula melabel restoren atau tempat menjual makanan dengan gred-gred tertentu sebagai isyarat kepada pengguna supaya menggunakan restoren bergred bagus untuk dilanggani. Pihak kerajaan juga telah menaik taraf kedudukan buah-buahan tempatan seperti rambutan, mempelam , buah naga dan sebagainya sebagai makanan alternative yang telah dikaji sihat nya perkara tersebut terhadap manusia, dan kerajaan juga telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaik taraf kawasan rekreasi untuk riadah masyarakat umum supaya mereka merasa satu keadaan yang santai untuk badan mereka dan juga untuk merehatkan minda.

10

HBHE3103

Rujukan http://opzaney.wordpress.com/2007/06/04/gaya-hidup-sihat-perlu-keseimbanganrohani-dan-jasmani/
http://anizyn.blogspot.com/2011/05/kawal-kolestrol-tinggi-dengana.html#ixzz1ODe5PXMe

Jones, D. H., Havel, Y., & Lewinson, R. M. (1992). Living arrangements: Knowledge of health Risks and stress as determinants of health risk behaviour among college students. Journal of American College Health, 41(2), 43 - 48. WHO website : www.who.int/foodsafety/consumer/3_fives.../en/index.html

11