Anda di halaman 1dari 1

Semua PTJ/ Pusat Pembayaran Gaji , Y.

Bhg Dato/Datuk/Tuan/Puan,

PENAMBAHBAIKAN CIRI KESELAMATAN MAKLUMAT BAGI SISTEM E-PENYATA DAN LAPORAN. Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 11 September 2013, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) telah ditambahbaik dengan beberapa ciri keselamatan bagi tujuan melindungi maklumat Penyata Gaji Bulanan dan Tahunan penjawat awam Kerajaan Persekutuan. eSPGL kini ditambahbaik dengan ciri-ciri berikut: 1. Notifikasi melalui sms dan e-mail kepada pengguna sistem yang Daftar Semula Bagi tujuan ini, pengguna diminta mengemaskini maklumat no. telefon bimbit dan alamat email agar notifikasi berkaitan tindakan pendaftaran semula dapat dihantar kepada pengguna. 2. Mengunci masuk maklumat yang diperlukan oleh sistem bagi tujuan Daftar Semula. Sebelum penambahbaikan sistem dibuat, hanya no. K/P dan nombor gaji sahaja yang perlu dikunci masuk bagi tujuan pendaftaran semula dibuat. Memandangkan maklumat no. K/P dan nombor gaji mudah diperolehi , Sistem ePenyata Gaji dan Laporan di ditambahbaik dengan membuat semakan nombor akaun bank pembayaran gaji pengguna. Oleh itu, pengguna yang Daftar Semula perlu mengunci masuk no akaun bank pembayaran gaji bagi membolehkan sistem membuat semakan. Dengan adanya penambahbaikan ciri keselamatan ini, diharap agar keselamatan maklumat Penyata Gaji Bulanan dan Tahunan penjawat awam Kerajaan Persekutuan dapat dilindungi. Sekian, terima kasih. "Inovasi Penggerak Transformasi Perakaunan Akruan"

Unit Gaji

JANM Kedah

Anda mungkin juga menyukai