Anda di halaman 1dari 42

Terapi Aroma

Terapi aroma

1.Definisi terapi aroma

Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu Aroma bermaksud bau atau haruman, dan Teraphy yang bermaksud rawatan. Terapi aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptomsimptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental

2. Konsep terapi aroma

Cara rawatan penyakit menggunakan aroma yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-bungaan

Penggunaan minyak wangi atau bau-bauan semasa rawatan

Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.

Menggunakan aroma( bau) untuk merangsang bahagian-bahagian otak.

Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk:

menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung. Rangsangan bau mempengaruhi emosi dan hormon di dalam badan

3. Sejarah terapi aroma

Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bunga-bungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya.

Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya.

4. Jenis-jenis terapi aroma

Aroma Terapi Klinik

menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi

Aroma Terapi Holistik

penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga

Aroma Terapi Estetik (kecantikan)

digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit

5. Kegunaan terapi aroma

Kanak-kanak

menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

Autisme membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira

Kehidupan Seharian membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman untuk melegakan sistem pencernaan untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah: o o o o o o o Terencat akal/ Mental Retardation (MR) Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD) Lembam / Slow Learner Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD) Sindrom Down / Down Syndrome Serebral palsi / Cerebral Palsy

6.

Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma

Lavender

berfungsi untuk menghilangkan stress mengawal emosi yang tidak stabil

Jasmin Dapat menghilangkan stress

Ros dapat menenangkan emosi

Blossom dapat meningkatkan tumpuan dapat mengurangkan sakit kepala

LILIN AROMA

JASMIN

LAVENDER

PATI MINYAK WANGI

7. Kepentingan terapi aroma meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana yang tenang memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru atau ibu bapa membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum

8. Cara Pelaksanaan, Alatan, Masalah Dan Cadangan Penambahbaikan Aktiviti Terapi Aroma Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan terapi aroma dapat dilaksanakan sekiranya guru kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Namun begitu, mengajar murid-murid khas lebih mencabar dan guru perlu meningkatkan daya krativitinya bagi memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, perlaksanaan aktiviti seperti murid-murid lain harus dimodifikasikan bagi mengatasi masalah yang berkemungkinan akan berlaku. PERLAKSANAAN Doh Wangi Murid menggunakan doh yang dititis dengan aroma yang menenangkan seperti lavender untuk menghasilkan bentukbentuk obejek berdasarkan imaginasi masing-masing. - Doh - minyak pati Guru perlu membuat sendiri doh dengan Tekstur doh yang lembut, menggunakan tepung, wangi dan berwarna menyebabkan murid cenderung garam, air, minyak masak pewarna untuk memasukkan ke dalam masakan. Elakkan mulut. membeli doh yang sedia ada di pasaran. ALATAN MASALAH CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kraftangan Guru boleh mengajar murid menghasilkan seni tangan dengan menggunakan daun pandan seperti membuat origami ulat dan kipas.

- daun pandan

Terdapat murid-murid yang tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan yang baik. Oleh itu, mereka sukar membuat origami. Urutan Aktiviti urutan dengan menggunakan minyak pati yang harum dapat dilakukan secara berpasangan seperti mengurut tapak tangan dan kaki.Aktiviti ini boleh dipelbagaikan dengan kedudukan murid seperti bermain kereta api dan dalam bulatan. Muzik iringan juga dapat membantu aktiviti terapi ini menjadi lebih

Bimbingan guru dari satu langkah ke satu langkah amat penting mengukut tahap kemampuan murid. Selain menghasilkan origami, murid juga boleh menggunakan daun pandan untuk hasil seni yang lain seperti kolaj dan juga potpuri.

- minyak pati - muzik

Sesetengah murid tidak menyukai sentuhan seperti kanak-kanak Autistik dan terdapat kanak-kanak yang terlampau menyukai sentuhan seperti Sindrom Down.

Bagi kanak-kanak yang tidak menyukai sentuhan oleh orang lain, guru boleh meminta murid tersebut melakukan urutan sendiri atau menggunakan bahan bantu yang lain untuk urutan seperti penggunaan bola kecil untuk aktiviti meramas. Titiskan minyak

menarik.

aromaterapi pada bola tersebut. Bagi kanakkanak yang terlalu meyukai sentuhan, gunakan bau-bauhan yang merangsangkan seperti pudina dan lemon, dan bukannya menggunakan bauan yang menenangkan seperti lavender,vanilla dan madu. Ini kerana, bauan yang merangsangkan akan mengaktifkan murid serta tidak terlalu asyik dengan sentuhan.

Bau-bauan Guru menunjukkan kepada murid pelbagai objek yang berbau seperti kulit kayu manis, bunga ros, daun pudina, wangian bunga kering, tisu yang disembur pewangi dan lain-lain. Murid memegang bahanbahan tersebut dan menghidu setiap satunya. Kemudian, murid menceritakan bahan yang digemari dan juga bahan yang tidak disukai serta menyatakan pendapatnya mengenai bahan-bahan tersebut. Ini akan membantu murid meluahkan apa yang dirasai dan mengetahui kegemarannya.

- kulit kayu manis - bunga ros - daun pudina - wangian bunga kering - tisu - pewangi

Segelintir murid khas tidak menyukai bau-bauan yang dibawa oleh guru.

Tindakan guru adalah cuba menggunakan pelbagai jenis bauan lagi dengan kaedah yang berbeza seperti haruman kopi, bau rumput-rumput hijau, bau hujan, bau kek dibakar dan lain-lain lagi. Guru juga boleh meminta murid membawa sendiri bauan yang diminati untuk dikongsi bersama-sama rakan yang lain.

Hiasan Beg Potpouri Setiap murid diberikan satu beg kecil setiap - beg kecil seorang. potpouri Selepas itu, guru (hirisan daun memberi potpouri kepada pandan, setiap murid dan bunga melur, meminta mereka untuk bunga memasukkannya ke kenanga, dalam beg kecil tersebut. bunga ros, bunga Kemudian, murid cempaka) diminta untuk mengikat beg kecil tersebut dan menghiasnya. Terdapat murid yang tidak dapat menerima sesetengah bau atau potpouri yang diberikan. Guru perlu mengenal pasti bahan-bahan potpouri yang dicampurkan agar dapat menghasilkan satu baubauan yang menyenangkan muridmurid.

10. Penutup Kesimpulannya, terapi aroma ini banyak memberi manfaat dan kebaikan terutamanya kepada murid-murid Pendidikan Khas dalam memperbaiki kualiti hidup dari segi mental dan emosi serta dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh itu, guruguru dan ibu bapa perlulah menggalakkan dan melibatkan murid-murid dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah

ataupun dalam aktiviti seharian mereka di rumah.

TERAPI OZON (G5.7)

KONSEP DAN DEFINISI TERAPI OZON Istilah yang menggambarkan beberapa amalan yang berbeza di mana oksigen, ozon atau hydrogen peroksida ditakbir melalui cecair atau gas untuk membunuh mikroorganisma yang jahat, meningkatkan fungsi sel, dan menggalakkan penyembuhan tisu yang rosak. Rasional di sebalik terapi ozon ini ialah seperti yang mereka sering dikenali, tanggapan bahawa selagi keperluan antioksidan bagi badan dipenuhi, penggunaan bahan oksidatif tertentu akan merangsang pergerakan atom oksigen daripada saluran darah ke sel badan. Ozon sendiri terdiri daripada oksigen, terhasil apabila sinaran ultraungu atau aliran elektrik melalui udara atau oksigen.

Kanak-kanak merupakan anugerah yang tidak ternilai

SEJARAH AWAL TERAPI OZON

Sejarah terapi ozon bermula di German di mana Werner Von Siemens membina paip sedutan pertama untuk membunuh mikroorganisma pada tahun 1857. Baron Justus Von Liebig pula ahli kimia pertama yang meneroka aplikasi ozon untuk kegunaan manusia. Kemudian para sainstis Rusia mempercepatkan penyelidikan perubatan dan berkongsi pengetahuan dengan Negara-negara Bersatu. Selain itu, pengetahuan tersebut juga dikongsikan bersama dengan seluruh dunia terutama sekali selepas Perang Dunia Kedua.

Werner Von Siemens Di Sepanyol, terapi ozon mempunyai kesan yang bermanfaat di mana gas di dalam badan diperbaiki. Ozon bertindak sebagai anti oksida dan merangsang sel darah putih yang akan meningkatkan pertahanan badan sekaligus sel darah merah akan meningkatkan pembebasan oxygen untuk pengangkutan oxygen ke sel-sel badan yang baik. Manakala doktor-doktor di Jerman akan menggunakan anti oksida sebelum dan selepas sesi terapi ozon. Langkah ini penting bagi memastikan badan kita tidak menghasilkan radikal bahaya yang boleh memulakan proses mutasi.

KEPENTINGAN TERAPI OZON

DARI SEGI KESIHATAN Menyahaktif virus, bakteria, kulat fungus dan protozoa Merangsang sistem pertahanan badan atau imun Memusnahkan radikal bebas Mencegah koma dan kejutan Menghentikan pendarahan Menghalang dan merawat penyakit berjangkit Menghalang penyakit degeneratif Memperbaiki fungsi otak dan ingatan Meleraikan gumpalan sel darah merah, memperbaiki pengangkutan oksigen, dan aliran darah Menstabilkan penghasilan hormon dan enzim Memecahkan lemak iaitu kolestrol dan trigliserid membersihkan arteri & vena Mengurangkan radang atau inflamasi Menyingkirkan toksin

Amalan hidup sihat dapat membantu kanak-kanak membesar dengan bijak

DARI SEGI MAKANAN Menyahtoksik buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, ikan, daging Menghapuskan racun serangga, bahan kimia pada makanan Menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran ranggup Mengeluarkan antibioti pada bahan makanan Mengekalkan kesegaran makanan

Galakkan anak-anak makan buah-buahan dan sayur-sayuran

DARI SEGI KEBERSIHAN Mensteril peralatan dapur dan botol susu bayi Membantu mengatasi masalah kelemumur, jeragat, jerawat dan bintik hitam

Kebersihan persekitaran seperti bilik darjah perlu dititikberatkan

PROSES-PROSES TERAPI OZON

Terapi ozon dijalankan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu

PENGGUNAAN TERAPI OZON

MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI OZON DI MALAYSIA

Keratan akhbar mengenai terapi ozon

KOS MAHAL

Memerlukan kos yang mahal untuk setiap sesi Mesin tabung yang mengandungi gas ozon yang terkawal pengambilannya

KESAN SAMPINGAN

Umumnya pesakit akan mengalami beberapa gejala sampingan (side effect) akibat dari menjalani terapi ozon Sakit dada Sesak nafas Pening

Contoh mesin terapi ozon Pesakit terapi ozon ini seharusnya mengambil antioksidan selama menjalani terapi. Fungsi antioksidan sangat penting kerana khuatir doktor memberikan dos ozon yang berlebihan, sehingga memberikan radikal dalam tubuh yang menyebabkan gangguan pada sel tubuh. Antioxidant akan membuat proses terapi ozon ini tetap terkawal (keep the process in check). Tubuh manusia yang sihat memiliki kadar antioksidan yang cukup, sehingga aktiviti radikal bebas dapat disekat.Namun apabila menjalani terapi ozon, ianya memberikan radikal baru dari luar.

CADANGAN TEMPAT-TEMPAT PERKHIDMATAN TERAPI OZON

Klinik Penawar, Semenyih Sentral

Perubatan Ozone Medical & Rejuvenation Specialist Centre

Pusat Perubatan Kampung Baru,Kuala Lumpur

Ozone TherapeuticAction Sdn Bhd, Danau Kota

Pusat Terapi Ozon Kota Bharu, Kelantan

p/s : sila tekan link untuk mendapat maklumat lanjut

KESIMPULAN TERAPI OZON

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai bakal pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kreatif dalam membantu kanak-kanak menempuhi proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum sekaligus dapat membantu dalam menjalani kehidupan. Namun begitu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan kanak-kanak dengan keperluan khas diberi rangsangan yang cukup bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka (Jamila K.A. Mohamed, 2006).

Bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, guru bolehlah menjalankan program terapi. Terapi merupakan kaedah yang dapat membantu individu yang mempunyai kepelbagaian masalah yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor dalam mencapai perkembangan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat banyak aktiviti terapi boleh dijalankan kepada kanak-kanak khas seperti terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan lain-lain. Kemajuan dunia dalam bidang perubatan banyak memberi kebaikan kepada manusia. Begitu juga dengan perkembangan terapi. Kini, terapi ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Terapi ini dikatakan dapat mengubati banyak penyakit seperti eczema, AIDS, dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan yang meluas kepada pelbagai penyakit berikut telah menarik ramai orang untuk mencuba kaedah alternatif ini. Namun begitu, penggunaan terapi kepada kanak-kanak khas di negara ini masih lagi di peringkat awal. Mungkin terdapat kekangan yang menghalang kanak-kanak khas daripada mencuba terapi ini seperti penggunaan alat yang mahal, sukar didapati di kawasan berhampiran sekolah dan lain-lain. Malahan, terdapat kajian atau data yang mengatakan bahawa penggunaan terapi ozon sebagai pilihan terapi untuk kepelbagaian jenis keadaan kesihatan kurang mencukupi bukti keselamatannya dan tidak diyakini mempunyai kelebihan daripada terapi-terapi lain. Oleh itu, sebagai seorang guru, pemilihan terapi yang betul dan teliti akan dapat membantu murid-murid mengalami pengalaman baru sekaligus membantu meminimumkan masalah yang mereka hadapi untuk menempuh alam kehidupan. Biarlah kepelbagaian terapi diterapkan kepada murid-murid agar mereka berasa seronok dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

TERAPI MULTISENSORI (G5.4) 1.0 DEFINISI TERAPI MULTISENSORI

Multi-sensory therapy is an activity which usually takes place in a dedicated room where

patients experience a range of unpatterned visual, auditory, olfactory and tactile stimuli (Baker et al, 1997) Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autisme, epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, maternity, psikiatri, strok dan traumatic brain injury, penyakit kronik, dan penjagaan dementia. Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak bekeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan sendi.

2.0 SEJARAH TERAPI MULTISENSORI Berasal dari Netherland pada 1960-an. Mula diterangkan di UK oleh Hulsegge & Verheul (1987). Merupakan satu penemuan baru yang berkait rapat dengan terapi stimulasi deria. Terapi ini juga mula dikenali sebagai snoezelen . Snoezelen merupakan perkataan Belanda yang bermaksud meneroka dan berehat. Sukar untuk mencari aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dan sesuai dengan peringkat umur untuk murid bermasalah pembelajaran. Pada masa yang sama, pesakit yang menghadapi kecacatan yang teruk dan pelbagai sering berhadapan dengan psikologikal dan ransangan sensori yang terhad terutama dalam membuat pilihan dan kawalan yang terhad dalam kehidupan. Dikembangkan sebagai aktiviti senggang untuk murid bermasalah pembelajaran dengan persekitaran yang memberansangkan dan menyenangkan. Pesakit boleh memilih, mengawal dan meneroka ransangan yang terdapat di persekitaran mereka. Terapi ini telah berkembang ke seluruh dunia dalam pelbagai bidang terutama bidang perubatan dan kebanyakan unit terapi multisensory telah mempunyai pelbagai peralatan yang diperlukan.

3.0 TUJUAN TERAPI MULTISENSORI

Its aim is to be a relaxing activity, designed to create a feeling of safety, novelty and stimulation which is under the users control (Ashby et al, 1995) and in which there are no expectations for performance" (Baillon, S. , Diepen, E. V. & Prettyman, R. (2002)

Terapi multisensory ini telah direka untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi: Pergerakan motor kasar Pergerakan motor halus Masalah pembelajaran Kebolehan kendiri Kebolehan bermain Kognitif dan konsep asas Psikososal Kemahiran hidup dan vokasional

Pergerakan motor kasar murid boleh berjalan sambil menyeimbangkan badan

Untuk mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang: lemah tidak boleh melompat, berlari, merangkak, mengesot dan duduk secara betul. Untuk mengatasi masalah tidak boleh: menggunakan alat permainan menggunakan tangan dalam sebarang aktiviti memegang pensel untuk melukis dan mewarna bermain dengan permainan yang terlalu banyak.

Pergerakanan motor halus contoh aktiviti motor halus Masalah pembelajaran Cara untuk memperbaiki: lemah tumpuan gelisah lambat dan lembab tidak teratur dan tidak kemas tumpuan amat sedikit hiperaktif tidak boleh mengikut arahan

murid hiperaktif Cara untuk mengatasi kurang berdikari dari segi: menyuap makanan memakai baju pergi ke tandas menjaga kebersihan diri

Kebolehan kendiri belajar memberus gigi Cara berhadapan dengan masalah: tidak pandai memanipulasi alat permainan tidak faham cara bermain mengenal alat permainan kebolehan bermain terhad

Kebolehan bermain murid boleh bermain dan mengenal alatan Kognitif dan konsep asas murid boleh mengenal bentuk, warna dan nombor Membantu kanak-kanak mengenal konsep asas: warna bentuk benda tempat rasa nombor huruf keadaan (dll) Membantu kanak-kanak menghadapi masalah: pemikiran yang lemah tidak menerima, memahami dan mengikut arahan Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.

Psikososial murid boleh berkomunikasi dengan rakan lain Membantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.

Kemahiran hidup dan vokasional murid belajar berkebun

4.0 FAEDAH TERAPI MULTISENSORI

MASALAH PEMBELAJARAN

murid dapat belajar menggunakan pelbagai ransangan seperti muzik (audio) dan warna Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan Meningkatkan kesedaran kendiri

Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi

Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran Meningkatkan morality

Mengurangkan kelakuan yang stereotype Membina tingkah laku positif

Membina keseronokan

MASALAH TINGKAH LAKU

meningkatkan tumpuan dan fokus Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan Mengurangkan ketakutan dan kesedihan Meningkatkan tumpuan Meningkatkan komunikasi Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah Membaiki moral KESAKITAN mengurangkan tekanan dan kesakitan Mengurangkan tahap kesakitan Mengurangkan tekanan dan depresi Membantu pesakit sembuh Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan 5.0 PERALATAN TERAPI MULTISENSORI

contoh keadaan dan peralatan dalam bilik terapi multisensori

keadaan persekitaran dan alatan dalam bilik terapi multisensori PERALATAN Bilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel Tiada tingkap Tempat duduk beanbag atau kerusi khas Lantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan pad yang sensitif pada tekanan Cermin dan spotlight berwarna RASIONAL Mengurangkan kesan cahaja yang dipantulkan Mengurangkan cahaya luar Memberikan keselesaaan Memberikan keselesaan dan ransangan pada kaki

Memancarkan bentuk-bentuk yang bergerak dalam bilik Projektor

berwarna

Memancarkan objek abstrak yang bergerak

Fiber-optic spray atau langsir Peralatan dan pemain muzik

atau imej pada dinding

Penyembur aromaterapi Objek yang boleh dipegang atau disentuh Tiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air yang diterangi dan telus cahaya Sample makanan Kawasan soft-play, ball pools atau spa pools

Warna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakit Memainkan muzik yang menyenangkan serta digemari Memberi ransangan bau Memberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatan Memberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan Memberi ransangan rasa dan bau

Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat

VIDEO BERKAITAN DENGAN BILIK DAN PERALATAN TERAPI MULTISENSORI

6.0 Pelaksanaan Terapi Multisensori Melalui Pelbagai Jenis Persekitaran

1. Persekitaran Soft Play

Sesuai untuk semua kebolehan dan pelbagai persekitaran. Menggalakkan ekspresi dan interaksi melalui senaman fizikal yang menyeronokkan. Bermain dan belajar dalam persekitaran yang selamat. Ia ditempatkan di dalam ruang yang tertutup, dinding dan lantai yang lembut dan susun atur yang terdiri daripada pelbagai-tahap.

2. Bilik Gelap

Mempunyai siling dinding, dan latar belakang hitam yang membolehkan imej dapat dibentangkan dengan jelas dan gangguan penglihatan yang minimum. Persekitaran bilik seperti ini ideal untuk rangsangan visual dan boleh digabungkan dengan penggunaan lampu ultraviolet dan semburan serat optik. Digunakan untuk kanak-kanak yang pasif dan lemah dan memerlukan rangsangan deria. 3. Bilik Putih/Terang

Ini adalah jenis asal bilik deria yang terdiri daripada dinding, siling dan lantai putih untuk menyediakan skrin 3D bagi membentangkan kesan visual secara berasingan atau dengan kombinasi kesan visual dan bukan visual yang lain, seperti titik pin, bola cermin, tiub gelembung dan gentian optik untuk mewujudkan kawasan santai yang menenangkan. VIDEO CONTOH BILIK TERAPI MULTISENSORI

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasa melaksanakan sesi terapi multisensori.

Masalah yang dihadapi oleh pesakit. Peralatan yang digunakan. Faktor keselamatan. Kepakaran staf dalam mengendalikan peralatan dan sesi terapi.

1. Masalah yang dihadapi oleh pesakit. Masalah pesakit perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi terapi. Ia bertujuan untuk membolehkan ahli terapi untuk memilih jenis terapi multisensori yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi pesakit seterusnya terapi yang dijalankan akan memberikan kesan yang maksimum. Tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan terapi multisensori. Berikut merupakan jenis-jenis masalah yang boleh mendapatkan perkhidmatan terapi multisensori.

a. Individu dewasa yang bermasalah pembelajaran b. Pesakit dementia (Alzheimers disease dan vascular dementia) c. Kanak-kanak berkeperluan khas d. Pediatrik e. Ibu bersalin f. Pengurusan penyakit kronik g. Psikiatrik dewasa h. Strok dan trauma kecederaan otak

2. Peralatan yang digunakan. Dalam merancang dan melengkapkan persekitaran multisensori, pertimbangan yang teliti harus diambil kira agar mampu memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Peralatan yang digunakan adalah agak berbeza berdasarkan jenis persekitaran namun terdapat juga peralatan yang sama digunakan bagi persekitaran yang berbeza.

3. Keselamatan Faktor keselamatan yang perlu diambil kira ialah dari segi pengurusan dan kawalan pesakit, peralatan, dan kawasan persekitaran.

a. Pengurusan dan kawalan pesakit. Pesakit perlu sentiasa dipantau agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini. Arahan yang diberikan kepada pesakit haruslah yang mudah difahami. b. Keselamatan peralatan. Peralatan yang disediakan perlu bersesuaian dengan kumpulan pesakit. Mempunyai ciri-ciri keselamatan dan ketahanan yang tinggi. Berfungsi dengan baik. Peralatan tidak tajam. Lembut dan tidak mendatangkan bahaya. c. Keselamatan kawasan Permukaan tapak yang tidak licin. Perbezaan aras tapak dapat dilihat dengan jelas bagi mengelak pesakit tersadung. Peralatan teratur dan kemas bagi mengelak kemalangan.

4. Kepakaran staf mengendalikan peralatan dan sesi terapi. Staf yang melaksanakan sesi terapi haruslah seseorang yang betul-betul mengenali pesakit dengan baik iaitu dari segi latar belakang, kesihatan, masalah yang dihadapi dan cara pesakit meluahkan ketidakselesaan dan keutamaan mereka. Hal ini penting agar staf tersebut dapat mengurus keperluan pesakit dengan baik dan tidak akan menghadapi sebarang masalah berat semasa menjalankan sesi terapi.

7.0 APLIKASI TERAPI MULTISENSORI UNTUK MASALAH DISLEKSIA

Teknik multisensory untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensory untuk rawatan disleksia.

Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensory iaitu kesedaran fonologi, gabungan bunyi dan simbol, pembinaan suku kata, morfologi, sintaksis dan semantik.

Kaedah multisensory semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.

Philomena Ott (1997) mengatakan kaedah multisensory dalam mengajar bacaan ialah seperti berikut:

kaedah multisensori boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan Murid melihat perkataan menggunakan mata. Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut. Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut. Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.

murid menulis perkataan yang dilihat

murid membaca perkataan yang ditulis Aktiviti ini perlu diulang seningga menjadi tabiat.

Coterall (1970) meringkaskan kaedah multisensory Fernald seperti berikut: Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai. Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru. Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru. Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat. Murid melipat kertas tersebut. Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori. Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis. Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.

Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika

mengatakan kaedah pembelajaran multisensory ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensory lebih berkesan daripada kaedah fonetik.

Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.

Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini.

8.0 CONTOH AKTIVITI TERAPI MULTISENSORI

Mendengar muzik instrumental sambil membuat pergerakan

mendengar muzik memerhatikan pola lampu yang berkelip-kelip

memerhatikan pola lampu memerhatikan buih warna yang bergerak dalam tiub buih

memerhatikan buih dalam tiub buih bermain buaian

bermain buaian berbaring, bermain dan memeluk bantal membuat pelbagai suara dengan menggunakan alatan yang khusus bermain dengan bola

bermain dengan bola merasa dan menghidu pelbagai jenis sampel makanan merasa sampel makana memerhatikan imej yang terpancang pada dinding

corak abstrak pada dinding menggunakan projektor

Anda mungkin juga menyukai