Anda di halaman 1dari 2

7.

5 Dato Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak (Teks m/s: 174-176) (i) Latar belakang - Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak - pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor - pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak (ii)Faktor Penentangan a) Mengambil Hak Mengutip Cukai - 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai - Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani - Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor b) Mencabar Ketuanan Melayu - kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak - pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British - kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen - Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu c) Memperkenalkan Cukai Baru - Birch bertindak sesuka hati - Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak - Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin d) Mencabuli Adat Resam - Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu - Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya (iii)Peristiwa Penentangan - Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang - mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch - Dato Maharaja Lela dan pengikutnya Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan

diri untuk membunuhnya - mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak - pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British - Dato Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch - Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak - Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak - pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban - pertempuran ini dikenali sebagai Perang Perak dan berlaku hampir setengah tahun - pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua - pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong (iv)Kesan Penentangan - tahun 1877 Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak - Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi - Raja Ismail dibuang negeri ke Johor - British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah - Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu

http://cikgurazak.blogspot.com/2010/04/nota-sej-ting-2-rentap-sm-dml.html