Anda di halaman 1dari 39

Masalah Pembelajaran Khusus

Susunan
Shafie bin Haji Mohd Noor
Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
(Diubah suai oleh Cikgu Isa)
APA ITU DISLEKSIA?

Dari segi bahasa, disleksia (dyslexia)


berasal daripada perkataan Yunani
dys yang bermaksud "sukar" dan
lexia yang bermaksud “bahasa”.
Apabila kedua-dua perkataan itu
digabungkan, maksudnya ialah
kesukaran berbahasa.
• Susah menguasai
kemahiran membaca dan
menulis, TETAPI
memiliki bakat,
kepintaran, atau
kecerdasan yang lain

• Disebabkan oleh perbezaan dalam cara


otak memproses maklumat -terutama
sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan
makna.
Otak terbahagi kepada dua sfera:

Sebelah kiri - Sebelah


penggunaan kanan- visual,
bahasa, pemikiran daya kreatif,
logik, susunan, dan kemahiran
struktur seni

Kebanyakan orang dapat mengembangkan


kedua-dua jenis kemahiran tetapi satu
bahagian otak akan menjadi dominan.
Orang disleksik lazimnya cenderung
menggunakan otak kanan.
• cara berfikir dan belajar mereka
berlainan
• berbakat kreatif atau seni
• lemah dalam kemahiran

bahasa, logik,turutan
dan struktur.
Cara orang disleksia memerhati dan
berfikir boleh dianggap satu ‘anugerah’ -
bukan satu ‘masalah’
• Membawa kesan yang berbeza, pada
darjah/tahap yang berbeza, kepada individu
yang berbeza.
• 10-15% mengalami masalah tahap ringan
• 4% mengalami masalah yang teruk.

Lebih ramai kanak-kanak lelaki, berbanding


perempuan, terlibat:
lebih kurang dengan nisbah 3:1.
• Melibatkan campuran beberapa kesukaran
yang berhubungkait.
Cantuman kesukaran berbeza
– cth. kekeliruan bunyi,
susah mengingati turutan,
lemah kemahiran kawalan
otot

Lemah daya ingatan


dan/atau kemahiran
susunan.
• Kita tidak dapat ‘merawat’ disleksia
• kita tidak boleh ubah cara otak
berfungsi.

TETAPI kaedah pengajaran yang


sesuai boleh membantu

• Kebanyakan kanak-
kanak disleksia boleh
belajar membaca dan
menulis dengan
memuaskan.
MENGENALPASTI
KANAK-KANAK
DISLEKSIA
• Dapat dikenalpasti melalui
pelbagai jenis ujian diagnostik
piawai
• Boleh dikenalpasti melalui
pemerhatian yang teliti dan
interaksi dengan kanak-kanak.
CATATAN:-
• Tidak kelihatan dari sifat
fizikal
• Satu petunjuk tidak
mencukupi
• Petunjuk adalah tanda,
bukannya bukti
• Pemeriksaan medikal perlu

untuk kenalpasti tidak ada


masalah kurang upaya lain
Gangguan Penglihatan 1
Gangguan Penglihatan 2
40 Variasi Perkataan ‘Cat’
Petanda bagi Kanak-kanak Prasekolah
• kemajuan pertuturan yang lambat

• susah faham dan/atau ingat arahan

• lemah kemahiran
gerakan kasar, cth.
sentiasa melanggar
barang sekitar, sukar
membaling atau
menangkap bola
• lemah kemahiran
gerakan halus, cth.
memegang alatulis atau
•menggunting
tiada tangan yang dominan
•sukar mengesan perkataan berima
•sukar bertepuk mengikut irama
•sering lupa perkataan yg telah
dipelajari
•kesukaran dengan preposisi - cth.
atas/bawah, dalam/luar,
masuk/keluar
• berbakat kreatif dan/atau
seni

• cekap dengan mainan


binaan
• fikir mengikut gerak hati – melihat
penyelesaian masalah dengan pentas
• sifat ingintahu yang
tinggi, berminat
terhadap perkara baru,
suka tanya banyak soalan
Petanda bagi Kanak-kanak
Sekolah Rendah
• lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan
• kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u
• tulisan cermin
• masalah mengingati
perkataan
• kesukaran memahami
konsep masa
•sering berangan-angan

•pengetahuan am yang luas dan


baik
•bertutur dengan baik

•tidak teratur

•perbezaan ketara dalam


pencapaian
Contoh Tulisan Budak Disleksia
Contoh tulisan

The sad blue


There were crayons, all the colours were used
but blue.
No-one liked blue.
But one girl liked blue.
The end. Hannah
Kunci utama untuk mengecam kanak-
kanak disleksia ialah kepicangan:

• fahaman lisan baik tetapi


lemah dalam bacaan

• bertutur dengan fasih, boleh


bercerita, tetapi kerja tulisan
lemah
• pencapaian yang jauh berbeza dalam
mata pelajaran yang berlainan
•pencapaian tidak menentu, berbeza
pada hari atau waktu yang berlainan

•tampak cerdik dan berkemampuan


seperti murid lain tetapi sentiasa
mengalami masalah dalam kerja
sekolah
“Kanak-kanak disleksia membingungkan.
Dia tampak cerdik dan berkemampuan,
segar dan berminat, mempunyai kemahiran
lisan yang baik … tetapi kemahiran
membaca dan menulis lemah daripada apa
yang dijangkakan, semacam dibawah
potensinya. Dia senang dianggap tidak
menumpukan perhatian, malas atau cuai.”
- Memahami Disleksia:Institut Disleksia
Petanda untuk Ibubapa
• Kesukaran berpakaian
sendiri -cth. memakai
butang, mengikat tali
kasut

• Lambat, atau menghadapi kesukaran,


dalam kemajuan bertutur dengan jelas
atau cenderung salahguna perkataan
•Tidak cekap atau
kekok dalam gerak-
giri seperti
melompat, meloncat,
tangkap dan tendang
bola
•Boleh guna dua
tangan atau lambat
menentukan mana
satu tangan ‘lebih
cekap’
• Terdapat ahli keluarga yang menghadapi
kesukaran yang serupa

• Enggan ke sekolah – terutama kalau


bermula dengan cergas tetapi semakin
ketinggalan atau kehilangan minat
• Masalah emosi dan
kelakuan – menjadi
pendiam atau suka
menyendiri, degil,
agresif dan
memberontak
Implikasi Disleksia Terhadap
Kanak-kanak
• Menyedari ada sesuatu yang ‘tidak kena’
tetapi tidak dapat memahaminya
• Cuba menyembunyikan kesukarannya

• Menggunakan strategi-strategi seperti


menyalin kerja budak lain untuk
menyembunyikan masalahnya
• mengelak dari membuat kerja
sekolah
Perasaan Budak-budak Disleksia

Otak saya macam ada terlalu banyak perkataan


berpusing-pusing di dalamnya.

Setiap kali saya menulis, saya sendiri tak dapat baca


apa yang ditulis kerana begitu banyak kesilapan.

Saya selalu cuba menulis dan mengeja apa yang saya


fikirkan. Tetapi saya tidak dapat pindakan fikiran saya
daripada otak kepada tangan. Saya perlu fikir begitu lama
susunan huruf sehingga saya lupa apa yang saya sedang
cuba menulis itu.
Bagaimana membantu
• Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
kanak-kanak itu
• Mengenalpasti bakat, kebolehan atau
kemahiran khusus yang dimiliki

• Mengenalpasti pola kesilapan atau


masalah spesifik dalam bacaan, tulisan
atau cara membuat jawapan matematik
•Mengenalpasti samada terdapat
sebab-sebab yang menjejaskan
kemajuan - cth. masalah emosi di
rumah?

• Cuba berbagai cara untuk menarik


minat dan tambah motivasi

• Memahami gaya pembelajaran budak


berkenaan
Pendekatan Pengajaran

• Guna pelbagai deria:


sebut, dengar, lihat, rasa,
sentuh, cth. menulis atas pasir,
bina bentuk huruf

• Kerap ulang:
Melalui cara yang berbeza-beza untuk
mengukuhkan fahaman dan ingatan
•Memupuk sifat otomatik:
Kemahiran asas, cth. kenalan huruf dan
perkataan mesti menjadi otomatik
sebelum daya fikiran boleh digunakan
untuk fahaman ayat

•Bersifat struktur dan turutan:


Bertindak dari unit kecil dalam turutan
jelas, usahakan kemajuan melalui
langkah kecil dan berperingkat
• Kumulatif:
Kaitkan maklumat baru dengan apa yang
telah dipelajari, gunakan contoh berbeza-
beza untuk pengukuhan dan pembinaan
yakindiri
• Gunakan strategi ingatan/hafalan:
cth. peta minda, lukisan, carta
Dekati kanak-kanak melalui
kekuatan mereka
Ingatkan ciri-ciri otak
kanan
• Kecerdasan visual, kepekaan
warna, bentuk/pola-pola
• Kreatif, berbakat seni
atau muzik
• Daya imaginasi kuat

• Fikiran spontan,intuitif, holistic


Izinkan kanak-kanak bentang
kerjanya melalui cara yang sesuai
dengan bakat/keupayaan:
• jaringan
• gambarajah
• carta aliran

• pita rakaman (lisan)

• menaip ganti menulis


Ingatlah – budak disleksik:
• Mudah letih – kurangkan
bebankerja

• Sukar ingat arahan panjang


 jangan berikan arahan
yang banyak serentak
 berikan arahan jelas
 gunakan kod warna untuk
membantu ingatan
• Tidak teratur - susunkan
struktur dan rutin

• Mungkin tidak upaya salin dari


papanhitam - sediakan salinan nota
atau nomborkan setiap baris ayat

• Izinkan penggunaan
kalkulator bila boleh
• Mungkin tidak berupaya menulis
karangan dengan ejaan betul serentak –
izinkan mereka tulis dahulu, betulkan
ejaan kemudiaan

• Mungkin sukar mengukur


masa – sediakan jam

• Mungkin sukar menentukan arah – tidak


dapat pastikan mana kiri/kanan
RUMUSAN
Pengesanan dan intervensi awal
sungguh penting
Fahaman, galakan dan sokongan
dari ibubapa dan guru-guru amat
perlu
Kaedah mengajar pelbagai deria dan
pelbagai kecerdasan memang berkesan
Tindakan tidak diambil – budak yang
berpotensi nanti menjadi masalah sosial

Anda mungkin juga menyukai