Anda di halaman 1dari 14

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRP : 3013 : KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1 LAPORAN ANALISIS 1


KUMPULAN

EL-A03
DISEDIAKAN OLEH NAMA KWAN SONG SEONG NO. ID D20112053580 NO. TELEFON 0165554055

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: Encik ABDUL RAHMAN BIN DAUD : 26 APRIL 2013

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNAGN 1. Muka Hadapan 2. Isi Kandungan 3. Laporan Analisis 1 4. Gambar 1 5. Gambar 2 6. Gambar 3 7. Gambar 4 8. Lampiran 1 muka surat 1 2 3 3 -5 6 -8 9 -11 12-14 15

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

LAPORAN ANALISIS 1 ( Kurikulum & Pengajaran Bersifat Kontekstual)

Nama : KWAN SONG SEONG Nama Tutor : DR.ABDUL RAHMAN BIN Gambar 1

No. ID : D20112053580 Kump E-Learning :EL-A03

1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

b.Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena /senario yang terdpat dalam gambar. Gambar di atas menunjukkan situasi murid-murid membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat. Beberapa orang murid sedang membeli makanan dan membayar harga kepada penjual itu. Murid-murid harus diberi situasi seperti di atas supaya
3

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

mereka dapat melibatkan diri dan mempraktik dalam keadaan sebenar urusniaga sejak awal lagi. 2. Displin / Mata Pelajaran a. Nama Displin / Mata Pelajaran : Matematik b. Tahun : 1A c. Topik / subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan rujukan Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran). Rujukan : Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Topik : Nombor dan Operasi Subtopik : Wang Hingga RM 10 Standard Kandungan 4.2 Tambah dan tolak melibatkan wang. Standard Pembelajaran Tambah dan tolak: (a) Sen hingga RM1. (b) Ringgit hingga RM10.

d. Huraikan bagaimana keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran /nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik. Objektif pengetahuan adalah murid dapat menggunakan pengetahuan menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi

matematik unutk

tambah dan operasi tolak dalam sen dan ringgit. Objektif kemahiran adalah murid dapat menggunakan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam lingkungan RM 1 hingga RM 10. Nilai adalah murid berpeluang diterap elemen keusahawanan dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan dan mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.
4

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru boleh merancangkan aktiviti urusniaga yang seperti keadaan dalam gambar di atas. Untuk menambah baik keadaan tersebut iaitu melancarkan sesuatu urusniaga, murid harus menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak yang melibatkan wang dengan baik. Untuk tujuan tersebut, semasa guru mengajar matematik khasnya bagi murid tahun 1, guru hendak merancangkan aktiviti yang menarik untuk menarik perhatian murid. Guru boleh menyediakan wang palsu dan pelbagai jenis barangan yang telahpun dilabelkan harga. Kemudian, guru boleh meminta murid menjalankan aktiviti menjual beli di dalam kelas. Melalui aktiviti ini, murid boleh dapat konsep yang lebih jelas mengenai operasi tambah dan tolak yang melibatkan wang. Misalnya, kalau mereka hendak membeli dua jenis barangan, mereka hendaklah menggunakan operasi tamhah untuk menambah kedua-dua harga barangan. Manakala, apabila hendak membayar harga barangan, murid hendak menggunakan operasi tolak iaitu wang yang ada pada murid tolak harga barangan akan dapat bakimya. Dengan aktiviti tersebut, murid diberi peluang seperti berada dalam situasi sebenar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan. Dengan ini, murid dapat menguasai dan menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan dengan wang dalam kehidupan harian.

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

Gambar 2 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena /senario yang terdpat dalam gambar. Berdasarkan gambar di atas, murid- murid sedang menggunakan berus gigi masingmasing untuk mempraktik menggosok gigi dengan gembira. .Muruid-murid dapat belajar dalam suasana yang selesa dan seronok di dalam bilik darjah Mereka dinasihati dan digalakkan menggunakan berus gigi yang bersih dan sesuai untuk mereka.

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

2. Displin / Mata Pelajaran a. Nama Displin / Mata Pelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi b. Tahun : 3A c. Topik / subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan rujukan Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran). Rujukan : Dokumen Standard Prestasi Dunia Sains Dan Teknologi Topik : Sains Hayat Subtopik : 2. Manusia Standard Kandungan 2.2 Mengamalkan penjagaan gigi
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Mempraktikkan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek penjagaan.

d. Huraikan bagaimana keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran /nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik. Objektif pengetahuan adalah murid dapat mengamalkan penjagaan gigi dengan baik dalam kehidupan harian. Amalan ini harus dipupuk sejak awal usia. Berus gigi yang digunakan hendaklah sesuai dan bersih. Murid harus menggunakan ubat gigi semasa menggosok gigi. Objektif kemahiran adalah murid-murid dapat belajar menggunakan berus gigi dengan betul dan dapat memberus gigi dengan cara yang betul. Melalui cara belajar sambil mempratik, murid-murid akan lebih menumpu perhatian dan dapat menguasai kemahiran memberus gigi. Nilai ialah seperti menyayangi diri sendiri dengan cara selalu meggosok gigi supaya gigi selalu dalam keadaan bersih dan sihat.

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Topik penjagaan gigi amat penting untuk murid-murid. Mereka patut diajar cara penjagaan gigi sejak kecil lagi. Melalui topik ini, murid akan diajar menjaga kesihatan gigi melalui aspek penjagaan. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru boleh menunjukan gambar melalui slaid power point yang mempunyai langkah-langkah menggosok gigi yang betul. Guru meminta murid memerhati gambar dengan teliti dan menjelaskan cara yang betul semasa menggosok gigi. Selepas itu, guru boleh menyuruh murid menggunakan berus gigi untuk mempratik menggosok gigi seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Semasa murid mempratik memggosok gigi, guru boleh menggunakan replika gigi untuk menunjukkan cara menggosok gigi yang betul sambil memberi penerangan. Dengan ini, murid dapat mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru semasa menggosok gigi dan dapat menguasai kemahiran memberus gigi dengan baik dan betul.

Gambar 3
8

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran. a. Gambar

a. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena /senario yang terdpat dalam gambar. Menurut gambar di atas, terdapat beberapa orang murid sedang bekerjasama membersihkan kelas. Seorang murid lelaki sedang memadamkan papan hitam dan seorang lagi sedang menyusunkan buku di rak buku supaya nampak kemas. Murid perempuan dalam gambar pula sedang menyapu lantai.

2. Displin / Mata Pelajaran


9

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

a. Nama Displin / Mata Pelajaran : Pendidikan Moral b. Tahun : 3A c. Topik / subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan rujukan Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran). Rujukan : Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 Topik : 12. Kerjasama Standard Kandungan 12.1 Memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti di sekolah.
Standard Pembelajaran : 12.1.1 Menyenaraikan aktiviti yang dilakukan bersama-sama di sekolah. 12.1.2. Menceritakan kebaikan bekerjasama di sekolah. 12.1.3 Menyatakan perasaan apabila bekerjasama di sekolah.

d. Huraikan bagaimana keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran /nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik. Objektif pengetahuan adalah murid dapat memahami nilai kerjasama dan selalu bersedia melakukan sesuatu aktiviti untuk kepentingan bersama. Objektif kemahiran pula berkenaan dengan bekerjasama untuk menjaga kebersihan di dalam kelas. Kelas merupakan tempat yang penting untuk murid belajar di sekolah. Suasana dan keceriaan sesebuah kelas sangat penting kepada murid. Murid akan seronok belajar di dalam kelas yang bersih dan kemas, sebab itu murid harus selalu bekerjasama menjalankan tugas mereka masing-masing dengan penuh bertanggungjawab. Nilai seperti menyayangi persekitaran dan selalu bersikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan. e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar.
10

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

Berdasarkan gambar, murid sedang mejalankan tugasan harian di dalam kelas yang telah diaturkan oleh guru. Biasanya, aktiviti membersikan kelas dalam sehari hanya melibatkan lima atau enam orang murid sahaja. Ini mungkin belum cukup lagi untuk murid menghayati nilai kerjasama dengan sepenuhnya. Untuk menambah baikkan keadaan ini, semasa pengajaran dan pembelajaran topik kerjasama, guru boleh mengadakan aktiviti bergotongroyong membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini boleh melibatkan semua murid di dalam kelas. Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong, guru meminta murid untuk meneliti kawasan sekolah. Kemudian guru meminta murid-murid menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama. Selepas bergotong-royong, guru boleh memberi peluang kepada murid untuk menyatakan perbezaan sebelum dan selepas bergotong-royong dan menceritakan kebaikan bekerjasama di sekolah. Murid juga diberi peluang untuk menyatakan perasaan apabila bekerjasama di sekolah. Dengan merancangkan aktiviti sebegini, murid tentu dapat menghayati nilai kerjasama dan dapat mengamalankannya dalam kehidupan harian mereka.

Gambar 4

1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam masyarakat/persekitaran.


11

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

a. Gambar

b. Huraian tentang keadaan/situasi/fenomena /senario yang terdpat dalam gambar. Gambar ini dirakamkan ketika kanak-kanak makan di koridor sekolah. Muridmurid ini menghadiri kempen motivasi di sekolah pada cuti sekolah. Pada waktu rehat, ketiga-tiga murid ini makan makanan yang dibawa sendiri iaitu burger sebagai sarapan pagi mereka. berkhasiat untuk kesihatan. Mereka telah mengambil makanan yang tidak

2. Displin / Mata Pelajaran a. Nama Displin / Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan b. Tahun : 2C

12

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

c. Topik / subtopik yang berkaitan dengan keadaan/situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar di atas ( Sila nyatakan dengan tepat dengan rujukan Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan Pelajaran / Dokumen Standard Kandungan / Dokumen Standard Pembelajaran). Rujukan : Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Topik : Modul 1 Kesihatan Fizikal Subtopik : Pemakanan Standard Kandungan 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.
Standard Pembelajaran : 1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan. 1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat.

d. Huraikan bagaimana keadaan/situasi/fenomena/senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran /nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik. Objektif pengetahuan adalah murid dapat meningkatkan pengetahuan

mengenai pemakanan yang sihat dan selamat. Selain itu, murid-murid dapat mengenal pasti dan mengamalkan amalan pemakanan yang baik pada setiap masa. Objektif kemahiran adalah murid-murid dapat menyatakan kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat. Mereka akan memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan. Nilai seperti menjaga kesihatan diri dengan selalu makan makanan yang berkhasiat supaya badan sentiasa sihat. e. Cadangan tindakan/aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/fenomena/senario yang terdapat dalam gambar. Gambar di atas telah memberi satu gambaran yang jelas bahawa murid-murid
13

KRP 3013 KWAN SONG SEONG (EL-A03)

TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS 1

sekolah rendah kurang mempunyai kesedaran tentang makanan yang sihat dan selamat. Mereka suka makan makanan yang tidak yang tidak berkhasiat. Makanan ini akan menjejaskan kesihatan mereka. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan , guru harus memberi kesedaran kepada murid-murid supaya mengamalkan amalan pemakanan yang sihat pada setiap masa. Contohnya, guru boleh menunjukkan poster piramid makanan sebagai BBM yang menarik dan memberi penerangan yang jelas kepada murid mengenai makanan yang sepatutnya diambil. Melalui poster itu , murid juga dapat mengenal pasti makanan yang harus dimakan banyak dan sebaliknya seperti yang ditunjukkan di dalam piramid makanan. (sila rujuk lampiran 1).

Lampiran 1

14

Anda mungkin juga menyukai