Anda di halaman 1dari 1

Pada era langit terbuka ini, pendidikan amat diutamakan oleh kerajaan Malaysia dalam menjadikan Malaysia berdaya

saing dalam kemajuan dan perkembangan ilmu supaya dapat merealisasikan wawasan 2020. Dalam merealisasikan wawasan ini, pelbagai kekurangan dalam aspek pendidikan akan diberikan serius demi menjamin semua rakyat dapat menerima pendidikan yang terbaik. Salah satu usaha bagi memperbaiki kekurangan dalam pendidikan ialah program pemulihan. Kerajaan telah melaksanakan program pemulihan seperti LINUS di semua sekolah. Program LINUS ini dapat membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Dalam program ini, murid- murid pemulihan juga dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan program ini dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Melalui progam ini, semua murid dapat menguasai asas Literasi (Bahasa Melayu) dan Numerasi (Matematik) selapas tiga tahun menduduki pendidikan sekolah rendah menjelang 2012. Kelebihan seterusnya ialah program LINUS ini dapat mengurangkan murid yang celik huruf dan celik nombor dan dapat meninggikan prestasi murid di sekolah. Dalam program ini, para murid didedahkan dengan pelbagai BBM (Bahan Bantu Mengajar) yang disediakan oleh guru pemulihan. Murid-murid akan memahami sesuatu dengan lebih cepat dan mudah diingat kerana mempunyai benda yang konkrit dan dapat mengimaginasi sesuatu benda. Dengan ini, murid dapat belajar dengan lebih berkesan serta dapat kembali ke kelas perdana. Di samping itu, murid juga tidak akan berasa terpinggir oleh guru dan dapat mengembalikan keyakinan diri sendiri. Hal ini demikian kerana dalam kelas perdana, guru perlulah memberi tumpuan kepada semua orang dan tidak dapat memberi tumpuan yang cukup kepada murid yang lemah. Murid yang lemah ini tidak akan faham apa yang diajar oleh guru dan mereka akan mengalami ketinggalan sesi pengajaran. Dengan program LINUS, guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua murid. Guru pemulihan akan menjelaskan satu persatu dengan teliti dan jelas supaya murid betul-betul faham apa yang diajar oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai