Anda di halaman 1dari 10

Soalan 1 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Kuih bingka itu diperbuat ________________ ubi kayu. A B C D dari untuk kepada daripada

Soalan 2 berdasarkan gambar 2

Kakak memasukkan________________garam ke dalam masakannya A B C D sebiji sebutir secubit sekeping

Tolong ambilkan __________ capal itu, titah Sultan Mahmud kepada dayang. A B C D beta patik tuanku baginda

Nenek Bedah sungguh sayang __________ cucu-cucunya. A B C D tentang akan pada oleh

Kawasan rendah itu tidak akan ditenggelami banjir __________ hujan turun dengan lebat. 2

A B C D

kerana semenjak sementara kendatipun

Soalan 6 berdasarkan gambar 3

Pak Long sedang___________kayu dengan menggunakan sebilah kapak. A B C D mengikat menjemur menyusun membelah

Air sungai di hutan simpan itu ___________ akibat kegiatan pembalakan haram. A B C D tercemar dicemarkan pencemaran mencemarkan

Pada minggu hadapan sekolah Alif __________ mengadakan hari sukan A B C D sudah belum akan telah

Cuma __________ penduduk kampung itu yang tidak bersetuju dengan cadangan ketua kampung mereka. A semua B segelintir C sebilangan D sebahagian

10

Layanan yang saya terima __________ baik __________, kata Pak Mustafa kepada rakan-rakannya. A sungguh sekali B agak sungguh 3

C D 11

terlalu sekali paling sekali

Apabila tiba musim tengkujuh, kaum nelayan_______ yang paling malang. A B C D pun kah tah lah

12

Sang Kancil mencari akal untuk pergi ke ___________ sungai. A B C D seberang tengah dalam tepi

13

Hujan turun agak lebat,____________perlawanan bola jaring itu diteruskan juga. A B C D Oleh sebab itu Sementara itu Namun begitu Lebih-lebih lagi

14

Puteri Bongsu __________ di kamar sambil ditemani oleh dayang-dayangnya. A B C D bersantap bersiram beradu bertitah

15

Makanan telah ___________di atas meja apabila kami pulang dari sekolah. A B C D menyaji sajian tersaji menyajikan

Soalan 16 berdasarkan gambar 4

16

Atiqah menyediakan beberapa____________nasi lemak untuk dijual di Kedai Pak Abu. A ketul B butir C bentuk D bungkus Lidahnya melecur kerana .air yang masih panas itu. A B C D terminum terhisap tertelan tersedut

17

18

Kakitangan kerajaan dikehendaki memakai __________ sewaktu bertugas di pejabat. A tali leher B tanda lahir C tandatangan D tanda nama Apabila guru besar beredar dari Kelas Enam Mawar suasana yang __________ di dalam kelas itu menjadi __________. A hiruk-pikuk senyap-sunyi B senyap-sunyi hiruk-pikuk C senyap-sunyi gegak-gempita D kucar-kacir tunggang-langgang Pelbagai pihak sedang giat berusaha membanteras gejala penagihan dadah dalam kalangan remaja. Perkataan seerti bagi membanteras ialah A membantah B membasmi C mengesan D menghukum Wajah budak perempuan itu tiba-tiba berubah menjadi suram. Perkataan berlawan bagi suram ialah A muram B manis C cantik D ceria

19

20

21

22

Sudah banyak kali dinasihatkan tetapi nasihat itu bagaikan_______________. A B C D hujan jatuh ke pasir ayam kehilangan ibu kaca terhempas ke batu menatang minyak yang penuh

Soalan 23 - 24 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23 I Suasana di tempat ini sungguh asing bagi saya. II Orang kaya baru itu tinggal asing dengan isterinya. III Banyak warganegara asing bekerja sebagai buruh di negara ini. IV Beliau merupakan pemimpin koperasi yang tidak asing lagi di negara kita. A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 24 I II III IV A B C D Dia dihukum kerana melakukan kesalahan yang berat. Novel Salina karya A Samad Said ialah sebuah novel yang berat. Pokok nangka di belakang rumah Nenek Saodah berbuah berat. Makanan berat biasanya membuat kita mengantuk. I dan II II dan IV I, II dan III I, II dan IV

Soalan 25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 25 Abang tiada di rumah. Dia pergi ke perpustakaan. A B C D Abang kamu pergi ke mana? Boleh saya berjumpa dengan abang kamu? Benarkah abang kamu pergi ke perpustakaan? Sudah lamakah abang kamu pergi ke perpustakaan?

Soalan 26 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 26 Mengapakah Pak Kassim menternak kambing? A B C D Penternakan kambing mendatangkan hasil yang lumayan kepada pak cik. Pak cik menternak kambing apabila ada masa lapang. Ya, pak cik menternak kambing untuk dijual. Pak cik suka menternak kambing. 6

Soalan 27 28 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 27 Tanah runtuh berlaku di kawasan itu setelah hujan turun sejak malam tadi. A B C D 28 Hujan lebat yang turun semalam menyebabkan kawasan itu telah runtuh. Tanah di kawasan itu runtuh akibat hujan yang turun sejak malam tadi. Hujan lebat malam tadi menyebabkan tanah di kawasan itu runtuh. Apabila hujan lebat turun malam tadi tanah di kawasan itu runtuh.

Majlis kenduri kahwin terpaksa ditunda kerana banjir kilat. A B C D Banjir kilat berlaku semasa kenduri kahwin itu. Banjir kilat telah menyebabkan kenduri kahwin itu terpaksa ditangguhkan. Majlis kenduri kahwin itu diadakan semula kerana banjir kilat. Banjir kilat yang melanda melewatkan kenduri kahwin itu.

Soalan 29 30 Pilih ayat yang betul. 29 I II III IV A B C D Berbagai jenis buku dijual di kedai itu. Semua murid-murid mendengar ucapan guru besar dengan teliti. Daun manggis yang bertaburan di halaman rumah disapu oleh kakak. Di kawasan belukar itu terdapat banyak rama-rama yang cantik. I dan III II dan III III dan IV I, III dan IV

30

I II III IV A B C D

Di masa kebakaran itu berlaku, dia tiada di rumah. Murid-murid bergotong-royong bersih bilik darjah. Mereka masih di padang ketika hujan turun. Orang yang kurus itu siapa? I dan II I dan IV II dan III III dan IV 7

Soalan 31 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Penduduk negeri Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Iban, Melanau, Kayan, Kelabit, China dan sebagainya. Bagi kaum Melayu di Sarawak, satu daripada hasil kraf tangan mereka yang terkenal ialah kain tudung kelingkam. Kraf tangan ini biasanya dijalankan di rumah oleh golongan wanita yang mahir. Beberapa alat perlu disediakan sebelum proses penyulaman kain tudung kelingkam dimulakan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kain nipis yang disebut kain robia, benang kelingkam, kain belacu, benang kapas atau nilon, jarum pipih berulang dua, bingkai kayu sebagai pemidang, gunting, lilin, dan pisau. Selepas semua alat disediakan, barulah proses penyulaman dapat dimulakan. Proses penyulaman memerlukan kesabaran, ketelitian, ketekunan, dan kemahiran yang tinggi.Hal ini supaya sulaman yang halus dapat dihasilkan. Corak-corak sulaman pula biasanya diilhamkan daripada motif alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Apabila proses penyulaman siap, kain yang telah disulam pada bingkai kayu pemidang tadi dipotong. Kemudian, tepi kain itu dibakar dengan lilin agar benangnya tidak terburai. Warna kain kelingkam turut menjadi aspek yang penting. Pemilihan warna yang tepat akan dapat menimbulkan benang yang disulam. Biasanya warna kain yang dipilih ialah merah dan hitam. Bagi masyarakat Melayu Sarawak, kain tudung kelingkam amat berharga dan penting dalam kehidupan harian mereka. Kain tudung ini digunakan juga oleh kaum wanita dalam upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan keramaian. Kini, kain tudung dipelbagaikan penggunaannya seperti dijadikan hiasan dinding dan cenderamata.

31

Kain tudung kelingkam dihasilkan oleh... A B C D Kaum Iban Kaum Kelabit Kaum Melayu Kaum Melanau

32

Frasa kayu pemidang dalam petikan bermaksud... A B Kayu yang digunakan untuk mengalas kain Yang digunakan untuk meregang kain 8

C D 33

Kayu yang dilekatkan pada kain Kayu yang dipaku pada kain

Mengapakah agaknya penggunaan kain tudung kelingkam dipelbagaikan? A B C D Supaya pembeli mudah membawanya Untuk menunjukkan kehalusan nilai seninya Untuk mengekalkan tradisi budaya dan warisan negara Supaya kraf tangan ini dikenalkan oleh semua lapisan masyarakat

34

Pernyataan yang berikut adalah tidak benar kecuali A B C D Warna merah dan hitam biasanya digunakan sebagai benang sulaman Kain tudung kelingkam turut dipakai oleh pengantin semasa bersanding Perusahaan kain tudung kelingkam dijalankan secara besar-besaran di Malaysia Corak sulaman kain tudung kelingkam biasanya menggunakan motif alam semula jadi

35

Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memasarkan hasil kraf tangan kita ke luar negara? Meningkatkan mutu kraf tangan itu dan mengadakan promosi jualan di luar A negara B Menjual hasil kraf tangan dengan harga yang murah C Menjadikan hasil kraf tangan sebagai cenderamata D Tidak membeli hasil kraf tangan dari negara luar

Soalan 36 40 Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Gotong royong Sekolah Kebangsaan Seputih Pada hari Sabtu, 23 Januari 2010, sekolah saya telah mengadakan gotong royong.Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Para guru, ibu bapa dan murid-murid telah menyertai gotong royong ini. Ibu bapa yang hadir datang dengan membawa peralatan yang sesuai untuk bergotong royong. Kaum ibu menyiapkan makanan dan minuman kepada semua yang terlibat dalam program ini. 9

Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah ini. Pihak sekolah telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah untuk merasmikan program gotong royong ini. Namun demikian, beliau tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur tetapi beliau telah menghantar wakil sebagai pengganti. Program ini telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG seterusnya wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah telah merasmikan program ini. Pada pukul 8.30 pagi, semua yang hadir mula menjalankan tugas masing-masing. Ada yang menebas rumput di padang dan di sekeliling kawasan sekolah, mencuci longkang dan ada juga yang menanam pokok bunga. Mereka juga turut membina semula taman dan kolam ikan untuk mengindahkan lagi kawasan sekolah. Program gotong royong ini berakhir lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas itu, mereka menikmati makan tengah hari di kantin sekolah Sebelum berpisah, guru besar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Proram gotong royong ini berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Disediakan oleh, Ahmad Idham. ( Ahamad Idham b Zamri) Setiausaha PIBG 30 Januari 2010

36

Siapakah perasmi program gotong royong Sekolah Kebangsaan Seputih? A B C D Guru Besar Yang Dipertua PIBG Pegawai Pelajaran Daerah Wakil Pegawai Pelajaran Daerah

37

Siapakah yang menulis laporan program ini? A B C D Ketua Murid Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG Pegawai Pelajaran Daerah

38

Program gotong royong disertai oleh golongan berikut kecuali A B C D Ibu bapa Guru-guru Murid-murid Guru besar

10

39

Berapa lamakah mereka bergotong royong? A B C D Dua jam Tiga jam Empat jam Lima jam

40

Mengapakah guru besar mengucapkan terima kasih kepada peserta gotong royong? A Gotong royong telah selesai B beliau seorang yang peramah dan baik hati C Mahu mengambil hati ibu bapa yang bergotong royong D Menghargai kerjasama mereka menceriakan kawasan sekolah

11

Anda mungkin juga menyukai