Anda di halaman 1dari 13

Praktikal 2 : Taksonomi dan Kepelbagaian Biologi Tujuan : Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Teori :

SCE 3107

Biodiversiti mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar. Biodiversiti adalah gabungan dua perkataan iaitu Bio yang bermaksud benda hidup dan Diversiti pula adalah kepelbagaian. Gabungan dua perkataan ini memberi maksud kepelbagaian hidupan. Hidupan yang dimaksudkan itu termasuklah flora ( tumbuhan ), Fauna ( haiwan ), mikroorganisma, sumber tenaga, air dan mineral. Semua komponen ini saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Biodiversiti biasanya dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah Diversiti Genetik. Diversiti Genetik bermaksud kepelbagaian dalam sesuatu spesies. Sebagai contoh, manusia yang berbeza warna kulit, jenis rambut dan ketinggian. Ini semua disebabkan oleh perbezaan dan kepelbagai genetik. Peringkat kedua pula adalah Diversiti Spesies. Diversiti Spesies adalah kepelbagaian benda hidup di bumi ini. Misalnya, gajah, harimau, ikan, burung, pokok meranti dan pelbagai jenis lagi. Manakala Diversiti ketiga adalah Diversiti Ekosistem, iaitu kepelbagaian habitat seperti hutan hujan tropika, hutan paya bakau, habitat laut dan pelbagai lain. Menurut Loh Suet Ling, (2007), Malaysia merupakan Pusat Megadiversiti yang keempat di dunia, di mana terdapat 286 spesies mamalia, 738 spesies burung, 268 spesies reptilian, lebih kurang 12 500 spesies tumbuhan berbunga, lebih daripada 1100 pakis, 40 000 spesies serangga, dan lebih 20 000 spesies invertebrate lain.Oleh kerana bilangan spesies yang berlainan di bumi terlalu banyak, maka amat penting bagi saintis mencipta satu skema atau kaedah bagi mengenalpasti organisma untuk dikelaskan ke dalam kumpulan-kumpulan utama. Menurut I.G Caunter,(1983), Sistem pengkelasan dan penamaan organisma yang kini digunakan oleh taksonomis berasal daripada kajian seorang ahli ilmiah daripada Sweden, iaitu Carolus Linnaeus (1707-1778). Linnaeus telah memerhatikan bahawa alam boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu tumbuhan dan haiwan. Seterusnya kepelbagaian di dalam setiap alam dibahagikan pula kepada subkumpulan tertentu berasaskan keserupaan dari segi ciri-ciri morfologi dan anatomi terpilih. Tony Jones,(2003) pula menyatakan bahawa pengelasan bermaksud pengumpulan organisma berasaskan trait yang sama dan sejarah evolusi. Taksonomi dan sistematik ialah dua bidang sains yang mencuba mengelaskan organisma. Pengelasan membolehkan saintis mengkaji perhubungan di antara organisma, peranannya dalam ekosistem dan kepentingan Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 1 sesuatu

oganisma tersebut kepada manusia. Pada tahun 1969, R.H Wittaker telah mencadangkan supaya organisma dikelaskan kepada lima alam. Lima alam tersebut adalah Monera ( Prokaryotae ), Protista (Protoctista), Fungi, Plantae dan Animalia.( Lee Ching, 2008). Alam Monera terdiri daripada sel tunggal iaitu bacteria dan alga yang berwarna birukehijauan. Sel ini dinamakan sianobakteria. Manakala Alam Protista pula terdiri daripada berbagai hidupan yang merangkumi semua eukariot yang bukannya haiwan, tumbuhan ataupun kulat seperti protozoa yang merupakan protis unisel dan motil. Alam seterusnya adalah Alam Fungi yang terdiri daripada kulat. Dikelaskan sebagai tumbuhan pada asalnya, kulat langsung bukan tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain. Sebenarnya, kulat kini dianggap lebih berkait dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kekadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulan monofili, bersama-sama dengan haiwan. Disebabkan alasan-alasan ini, kulat kini dimasukkan dalam alam sendiri Seterusnya, Alam Plantae iaitu alam tumbuhan. Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji. Dan yang kelima Alam Animalia atau Metazoa iaitu alam haiwan. Kebanyakan haiwan adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup. ( www.ms.wikipedia.org). Pengelasan Taksonomi adalah pengelasan secara saintifik ke atas haiwan ataupun tumbuhan. Dalam pengelasan biologi, taksonomi merujuk kepada tahap (kedudukan relatif) dalam hierarki taksonomi dan diwakilkan kepada kumpulan berasaskan cirinya. Pangkat taksonomi terdiri daripada kelas, keluarga, genus dan spesies. Kelas adalah satu aras dalam pengelasan taksonomi organisma. Ia terletak antara filum (zoologi) atau divisi (botani) yang kurang khusus dan susunan yang lebih khusus; iaitu, satu filum atau divisi mengandungi lebih dari satu atau lebih kelas, dan satu kelas mempunyai satu atau lebih susunan. Sebagai contoh, harimau adalah dalam kelas mamalia, burung dalam kelas Aves dan semua serangga dalam kelas Insecta. Keluarga atau famili berada di antara genus dan order. Contoh: "Walnut dan Hikori tergolong dalam famili Walnut" merupakan cara ringkas untuk mengatakan: Walnut (genus Juglans) dan Hikori (genus Carya) tergolong dalam famili Walnut (family Juglandaceae). (www.ms.wikipedia.org/spesies)

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 2

Genus merupakan kelompok dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang serupa dari segi morfologi. Oleh itu, semua spesies, contoh anjing ( termasuk anjing, serigala, dan jackal) tergolong dalam genus Canis. Spesies daripada genus yang sama dipercayai berketurunan daripda spesies yang sama. Mengikut konvensyen, nama genus diberikan dalam italic, dengan awalan huruf besar. Spesies adalah aras yang paling rendah dalam sistem pengelasan biologi. Setiap spesies ialah kumpulan organism yang menyerupai satu sama lain atau terdiri daripada beberapa jenis yang berbeza dan juga semuanya boleh saling membiak untuk menghasilkan anak. Spesies ditandai dengan nama genus yang diikuti oleh nama spesies. Sebagai contoh, Canis lupus (serigala). Spesies terbahagi kepada tiga kategori iaitu Spesies Asli, Spesies Semulajadi dan Spesies Eksotik. Spesies Asli ialah spesies yang telah wujud dalam sebuah negara sekurang-kurangnya dari masa prasejarah. Manakala Spesies Semulajadi ialah spesies yang diketahui telah diperkenalkan oleh manusia dari negara lain, tetapi telah dapat menyesuaikan diri dan Spesies Eksotik pula spesies yang memerlukan penglibatan manusia untuk terus hidup. Dianggarkan bahawa satu spesies menjadi pupus setiap hari melalui pemusnahan habitat. (Tony Jones, 2003).

Senarai bahan : gambar Moonmorf ( haiwan bulan )

Senarai alatan : Kaedah : 1. Sebanyak 29 Moonmorf dikumpulkan. 2. Spesies yang telah dikenalpasti dikelaskan kepada tujuh kumpulan. 3. Satu kumpulan haiwan dikeluarkan dan dikumpulkan dalam satu spesies. 4. Andaian dibuat dengan menyatakan semua spesies adalah pada tahap matang dan tiada perbezaan dapat dilihat diantara spesies jantan dan betina. Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 3 kertas, gunting dan gam

Gambarajah :

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 4

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 5

Pemerhatian / Data : Kumpulan Spesies A Moonmorf

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 6

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 7

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 8

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 9

Analisis Data : i) Spesies A : - i. mempunyai bentuk badan yang pendek ii. mempunyai ekor ii) Spesies B : - i. mempunyai bentuk badan yang pendek

ii. mempunyai ekor iii. mempunyai tentakel iii) Spesies C : - i. badan bercorak

ii. mempunyai sepasang mata iii. kaki hadapan berkuku iv) Spesies D : - i. mempunyai bentuk badan yang panjang

ii. mempunyai sesungut iii. mempunyai sirip v) Spesies E : - i. mempunyai bentuk badan yang pendek

ii. badan bercorak iii. mempunyai empat kaki iv. kaki tidak berkuku v. mempunyai sepasang mata vi) Spesies F : - i. mempunyai bentuk badan yang bulat

ii. badan berbintik-bintik iii. mempunyai sesungut iv. mempunyai sepasang mata vii) Spesies G : -i. mempunyai bentuk badan pendek

ii. ekor berbentuk V ( arrow ) iii. mempunyai sesungut bercorak iv. badan berbintik-bintik v. mempunyai sepasang mata

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 10

Perbincangan : Semasa proses pengelasan dibuat ciri ciri fizikal spesies tersebut diberi keutamaan kerana genetiknya tiada maklumat diperolehi. Antara ciri fizikal yang paling ketara menunjukkan perbezaannya adalah bentuk badan, kaki, mata, sesungut, tentakel dan ekor. Dua Moonmorf yang berlabel 7 dan 15 dikelaskan bersama kerana mempunyai ekor dan bentuk badan yang sama. Berbanding dengan Moonmorf 8, 13, 14, 25, dan 28. Walaupun mempunyai ekor dan bentuk badan yang sama tetapi ia tidak dapat dikelaskan bersama kerana mempunyai sepasang tentakel yang pendek. Terdapat juga Moonmorf yang telah dikelaskan bersama berdasarkan ciri-ciri fizikalnya seperti corak pada badan yang sama tetapi masih terdapat kelainan ciri kerana terdapat variasi pada spesies ini seperti bentuk jari yang pendek dan panjang. Antara Moonmorf yang telah dikelaskan ke dalam kumpulan ini adalah Moonmorf 2, 4, 5, 18, 22, dan 23. Kumpulan moonmorf ini dilabelkan sebagai Spesies E. Berdasarkan Ciri-ciri yang telah dikenalpasti tersebut, kesemua 29 Moonmorf dapat dikelaskan kepada 7 kumpulan dan dilabelkan sebagai Spesies A, Spesies B, Spesies C, Spesies D, Spesies E, Spesies F dan Spesies G. Berdasarkan kumpulan-kumpulan spesies tersebut, terdapat 4 kumpulan spesies yang mempunyai ciri yang hampir serupa seperti badan bercorak tetapi berbeza dari segi jari yang berkuku tajam dan tidak berkuku iaitu Spesies C dan Spesies E, juga bentuk badan pendek tetapi berekor dan tidak berekor iaitu Spesies A dan Spesies B. Dari apa yang diperhatikan, berkemungkinan spesies-spesies ini adalah tergolong di dalam Genus yang sama. Soalan : 1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam kumpulan yang sama ? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut ? Kenapa tidak pilih yang lain-lain ? Antara ciri-ciri yang diberikan keutamaan adalah bentuk badan, mata, sesungut, tentakel, dan ekor. Ciri-ciri tersebut dipilih kerana ciri dapat menunjukkan perbezaan yang lebih jelas dan dominan berbanding ciri-ciri yang lain seperti bentuk kepala, bentuk sesungut atau bilangan jari. 2. Adakah semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesis?

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 11

Tidak, dalam satu spesies tidak semestinya mempunyai keseluruhan persamaan disebabkan oleh variasi. Tidak terhad kepada jumlah tetapi kepada tahap variasi itu sendiri samada tahap variasi yang tinggi atau tahap variasi yang rendah. 3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang terlalu rendah? Jika menerima variasi individu yang sangat tinggi, untuk satu spesis hanya akan mempunyai seekor haiwan yang mewakilinya, manakala jika menerima variasi yang sangat rendah pula satu spesis akan mempunyai bilangan haiwan yang terlalu banyak.

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada dua atau lebih spesies "baru. Taksonomis dapat membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu spesis terjadi? Variasi berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan factor persekitaran. 6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies? Spesis Moonmorf dikenali sebagai morfospesis disebabkan spesis tersebut dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dengan jelas pada sesuatu spesis.

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 12

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi. Spesies tersebut tidak dari kalangan spesies biologi kerana tiada maklumat atau data tentang genetik, jantina, DNA atau maklumat lain yang lebih spesifik ditemui dan spesies ini hanya dapat dikelaskan mengikut morfologinya sahaja iaitu berdasarkan ciri-ciri luaran ( ciri fizikal ).

Kesimpulan : Berdasarkan hasil dapatan , kesimpulan yang dapat dibuat adalah kepelbagaian spesies dapat dikelaskan secara morfologi iaitu berdasarkan ciri-ciri fizikal yang sepunya atau sama.

Rujukan : I.G. Caunter, Z. H. (1983). JIB 101 Kepelbagaian Tumbuhan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Lee Ching. ( 2008). Complete text & guide BIOLOGY form 4 . Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Loh Suet Ling, A. M. (2007). Complete text & guide PMR bilingual science form 2. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Tony Jones, S. K. (2003). Sains Rujukan Meja Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Spesies. (t.t). Didapatkan February 22, 2013, daripada http://www.wikipedia.org/spesies Variasi genetik. (2013, February 21).Didapatkan February 22, 2013, daripada http://www.ms.wikidepia.org

Asrullida bt Abdul Samat /PPG SCE 4Q Page 13

Anda mungkin juga menyukai