Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

Bil 1 2 3 4 5 1.0 Pengenalan 1.0 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3.0 Definisi Komuniti Setempat 4.0 Jenis-Jenis Komuniti Setempat 5.0 Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah Dalam Menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 6 7 8 1.0 Rumusan BIBLIOGRAFI Forum E-Learning 10 11 12 Perkara Halaman 1 1 2 3 6

1.0 Pengenalan Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Sekolah berperanan dalam menyedia, menyelenggara dan mengurus prasarana supaya pelajar-pelajar dapat memperolehi pengajaran dan pembelajaran secara licin, optimum dan selamat.

Sekolah adalah institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah terpuji. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid harus diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Penyediaan meja, kerusi, rak buku dan papan tulis adalah contoh prasarana yang disediakan oleh sekolah. Selain itu, sekolah juga perlu menyelenggara kemudahan yang telah disediakan seperti perpustakaan dan bilik media agar sentiasa berkeadaan baik. Pentadbiran yang sempurna dapat mengawal keadaan sekolah agar lebih terkawal dan berdisiplin.

2.0 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.

Konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

3.0 Definisi Komuniti Setempat Komuniti dapat didefinisikan sebagai sekumpulan individu yang mendiami satu kawasan yang sama dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain untuk satu jangkamasa yang lama yang mana melalui interaksi ini akan mewujudkan satu ikatan atau hubungan di antara mereka. Selain itu, komuniti juga dapat diasaskan atau daripada perasaan dan pengalaman hidup yang sama, budaya serta perasaan kekitaan. Menurut Warburton (1998) menjelaskan bahawa komuniti adalah satu proses yang dinamik dimana komitmen dan usaha yang di kongsi bersama menerusi tindakan manusia yang menyedari dan komited kepada prinsip kerja bersama untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Pembangunan komuniti pula merupakan penglibatan yang aktif daripada masyarakat setempat untuk menjalankan program-program yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka (Ploch, 1976). Menurut pandangan daripada Hope (1980) pula mengatakan bahawa

pembangunan komuniti merupakan satu proses yang bermula daripada mengenalpasti masalah masyarakat yang terlibat sehinggalah kepada proses pemyelesaian masalah tersebut. Menurutnya juga, perubahan yang berlaku hanya akan dapat dirasai oleh masyarakat yang terlibat sekiranya proses ini disertai oleh semua pihak sarna ada pihak kerajaan, bukan kerajaan serta masyarakat itu sendiri.

4.0 Jenis-Jenis Komuniti Setempat 4.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah. PIBG mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya ialah membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah, meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat, meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan. 4.2 Rukun Tetangga Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti

Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara. Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat. Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum. 4.3 Ibu Bapa Sebagai Komuniti Faktor-faktor persekitaran keluarga di dapati memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka. Institusi keluarga merupakan institusi terawal dan terpenting serta bertanggungjawab di dalam pembentukkan peribadi individu samada dari segi akqidah, syariah atau pun akhlak (Mustafa Haji Daud, 1989). Ini dapat diperjelaskan dengan melihat sendiri betapa besarnya pengaruh ibu bapa terhadap anakanaknya sehinggakan ia mampu membentuk sahsiah seorang anak tersebut. Perasaan pertalian kasih sayang mampu membentuk ketaatan dan kesetiaan dalam memudahkan anakanak menerima tunjuk ajar dan nasihat daripada kedua ibu bapanya. Ini adalah bersifat kekal dan berpanjangan serta mampu mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka. 4.4 Persatuan Murid-murid Tua Peranan utama Persatuan Murid-murid Tua ialah menjadi satu badan yang bertanggungjawab mengumpulkan semua bekas murid-murid dan bersama-sama menjalinkan hubungan yang baik dan erat antara satu sama lain. Selain itu, persatuan murid tua memelihara dan mempertahankan kebajikan dan hak asasi murid-murid dalam sekolah dengan menerima

pandangan murid dan menjadi orang tengah antara pihak sekolah dengan pelajar. Persatuan ini juga menjalankan program bagi membantu murid-murid dari semua aspek kearah yang baik seperti pelajaran, tingkahlaku dan masa depan mereka. Tambahan pula, persatuan ini menjadi satu badan yang mengumpulkan semua tenaga bantuan bekas murid-murid kepada sekolah samada dalam bentuk kewangan, semangat sukarelawan dan apa-apa jua yang dapat membantu sekolah menjayakan dasar-dasar sekolah apabila diperlukan. Akhir sekali, persatuan ini merancang dan menjalankan program untuk mengelakkan murid-murid daripada terjerumus dalam gejala-gejala yang kurang sihat. 4.5 Bahagian Kesihatan Dan Pergigian Hospital Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) merupakan satu rancangan kebangsaan yang bersepadu di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang boleh dianggap sebagai sebahagian penting daripada perkhidmatan masyarakat. Objektif Rancangan Kesihatan Sekolah ialah mengendalikan pendidikan kesihatan dan pemakanan di sekolah, memberi rawatan penyakit dan kecemasan kepada murid ketika di sekolah, mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit, menilai dan menafsir taraf kesihatan murid. Tujuan Perkhidmatan Kesihatan ialah mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid, mengesan masalah kesihatan seawal yang mungkin serta membuat rujukan mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan. Selain itu, Rancangan Kesihatan Sekolah menjalankan usaha-usaha untuk mengenal dan menentukan murid sekolah yang memerlukannya,menggalakkan hidup sihat di sekolah dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohani serta menggalakkan kerjasama yang erat antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah ialah Perkhidmatan Tambahan (RMT) dan Kantin Sekolah. 4.6 Polis Polis adalah organisasi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat menurut undang-undang negara. Di dalam kerajaan mereka berada di dalam cabang eksekutif iaitu pelaksana undang-undang sivil (kecuali Polis Kesihatan,Hidup Sihat Di Sekolah, Kerjasama Antara Sekolah dan Masyarakat Untuk Kesihatan, Rancangan Makanan

Tentera yang melaksanakan undang-undang ketenteraan). Sebagai cabang yang sangat mustahak dalam kerajaan, perkataan polis memang sesuai sekali kerana politeia bermaksud kerajaan atau pentadbiran dalam bahasa Yunani. Di setengah negara seperti United Kingdom polis dikenali sebagai Konstable, diambil dari perkataan Inggeris constable, iaitu nama awal untuk pegawai polis. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia (Poltera).

5.0 Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah Dalam Menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat lima jenis komuniti setempat yang memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Antaranya ialah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Rukun Tetangga, ibubapa sebagai komuniti, Bahagian Kesihatan dan Pergigian dan polis. 5.1 Penglibatan PIBG Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti

Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah PIBG ialah rakan kongsi sekolah. Penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah melalui permuafakatan, perancangan yang teliti, dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Kita perlu sedar bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti, sebagaimana institusi keluarga, masjid, perpustakaan awam, dan sebagainya. Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan, dan digerakkan oleh masyarakat di sekelilingnya. Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu bersama-sama komited demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah. Cabaran kini dan mendatang dalam pendidikan di sekolah menuntut kita memerlukan PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya. PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang

dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah. Pihak PIBG telah memberi sumbangan dengan mengadakan pelbagai projek untuk kemajuan sekolah. Projek-projek yang biasanya dilaksanakan :1. Menganjurkan kelas-kelas tambahan bagi murid-murid sekolah ini. 2. Mengambil bahagian dalam kempen gotong-royong dan membantu pihak sekolah dalam hal-hal menceriakan kawasan sekolah. 3. Bersama-sama pihak sekolah menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah, Hari Guru, Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Malam Anekaragam. 4. Berjaya mendapat kutipan derma melalui Majlis Malam Anekaragam. 5. Menyediakan kemudahan wifi di kawasan sekolah supaya semua warga sekolah melayari internet dengan mudah. 6. Membina laman web sekolah. 7. Memulakan kelas komputer untuk membolehkan semua murid sekolah ini mempelajari dan menguasai kemahiran asas ICT. 8. Mengadakan tabung pendidikan dan memberi wang insentif kepada setiap murid yang mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. 5.2 Penglibatan Ahli-ahli Rukun Tetangga Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

5.3

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti

Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah Dalam konteks sekolah itu sendiri, jika kebersamaan dengan komuniti wujud, peranan ibu bapa sentiasa dianggap penting kerana tindakan yang diambil oleh ibu bapa secara positif boleh membantu proses pendidikan. Merujuk kepada model tersebut penglibatan ibu bapa bukan sahaja tunggak utama kepada proses kejayaan anak-anak malah kepercayaan mereka terhadap kebersamaan juga tidak kurang pentingnya. Di sekolah, penglibatan sebenar ibu bapa boleh berlaku apabila mereka bertindak berdasarkan kepercayaan bahawa aktiviti pendidikan merupakan salah satu aspek tanggung jawab mereka dalam meningkatkan pencapaian anak-anak hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Perkara seperti ini perlu diatasi terlebih dahulu kerana pengalaman-pengalaman lepas ketika berhubung dengan sekolah akan mencorakkan persepsi ibu bapa mengenai sekolah anak mereka. Oleh yang demikian bagi menjayakan konsep hubungan sekolah dan komuniti ke arah melibatkan komuniti dalam pelaksanaan dasar KPM, maka pihak sekolah perlu mengatasi segala masalah berkaitan seperti juga yang dinyatakan oleh Wentzel (1998) iaitu, masalahmasalah seperti guru tidak memahami keperluan ibu bapa, ibu bapa tidak memahami kerja sekolah anak, guru tidak menyokong usaha ibu bapa, ibu bapa tidak berminat untuk melibatkan diri, masalah komunikasi, ibu bapa tidak memahami dasar di sekolah dan ibu bapa tidak pasti cara untuk menyumbang kepada sekolah. Sekiranya masalah-masalah yang telah dikenal pasti seperti ini dapat diatasi maka akan memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi mencapai tujuan bersama iaitu memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran.

5.4 Penglibatan Bahagian Kesihatan Dan Pergigian Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah

Pegawai-pegawai Kesihatan membuat penilaian kesihatan atau pemeriksaan perubatan, mengukur berat badan dan tinggi dan membuat ujian awal penglihatan.selain itu, pegawaipegawai kesihatan yang datang ke sekolah memberi rawatan penyakit(cacing, kutu dan lainlain) dan rawatan kecemasan kepada pelajar-pelajar. Di sekolah rendah, pegawai-pegawai perubatan memberi imunisasi kepada murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Enam mengenai Double antigen, BCG, Polio, Rubella (pelajar perempuan). Mereka juga member rujukan, rawatan dan tindakan susulan kepada muridmurid. Bukan itu sahaja,mereka membuat pemeriksaan kanak-kanak cacat, mengadakan Rancangan Kesihatan Pergigian dan pemeriksaan kesihatan pergigian. Pegawai-pegawai kesihatan membuat demonstrasi memberus gigi, pengagihan berus gigi dan ubat gigi percuma serta memberi bimbingan kesihatan.

5.5

Penglibatan Polis Dalam Membantu Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti

Pendidikan Di Kalangan Para Pelajar Sekolah Dalam menangani pemasalahan disiplin di kalangan pelajar, sekolah telah mewujudkan rangkaian hubungan dengan pihak polis. Selain itu, polis menugaskan seorang pegawai polis yang bertindak sebagai pegawai perhubungan di setiap sekolah menengah di seluruh Negara. Langkah tersebut bertujuan untuk menangani gejala salah laku di kalangan pelajar selain mengeratkan hubungan dengan polis. Salah satu daripada usaha yang dilakukan ialah dengan mewujudkan pegawai perhubungan polis di sekolah-sekolah. Hubungan baik antara sekolah dengan pegawai perhubungan polis ini telah sedia wujud. Isu-isu pelajar yang memerlukan peranan pihak polis akan dibincangkan secara bersama. Salahlaku pelajar di sekolah seharusnya dipandang serius oleh semua pihak-guru, ibu bapa dan ahli masyarakat. Oleh sebab itu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mahu pegawai polis berucap pada perhimpunan pagi di sekolah-sekolah menggambarkan betapa seriusnya kerajaan dalam menangani masalah samseng di sekolah. Salah satu program yang dianjurkan oleh sekolah bersama dengan pihak polis ialah Sehari Bersama Polis, di mana pengisian program ini meliputi ceramah, pameran dan demonstrasi anjing pengesan. Dengan adanya hubungan baik ini di antara kedua-dua pihak, ianya banyak

10

membantu sekolah ini dalam usaha-usaha memantapkan disiplin pelajar dan seterusnya hasrat untuk membina keperibadian unggul di kalangan pelajar akan tercapai.

6.0 Rumusan Komuniti setempat memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Penglibatan komuniti penting untuk kemajuan sekolah secara menyeluruh. Penglibatan masyarakat, guru, pelajar dengan sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah sekolah. Sekolah harus dijadikan sebagai tempat dimana keluarga dilibatkan dalam kehidupan pelajar di sekolah. Sekolah adalah kepunyaan bersama dan mereka perlu bersamasama bertanggungjawab terhadap kejayaan sekolah. Hubungan dua hala masyarakat memajukan sekolah dan sekolah memajukan masyarakat. Ini akan mewujudkan kesefahaman dan saling mempercayai antara sekolah, ibu bapa dan komuniti. Peranan sekolah dan komuniti adalah membantu keluarga untuk membangunkan persekitaran di dalam rumah tangga agar boleh menyokong pembelajaran pelajar. Ini mewujudkan hubungan dua-hala yang berterusan, bermakna dan berkesan antara sekolah dengan komuniti dan mengurus bantuan dan sokongan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Mewujudkan sokongan dan bimbingan daripada guru, keluarga dan komuniti boleh membantu murid di rumah untuk menyelesaikan kerja sekolah dan segala aktiviti sekolah. Perkhidmatan dalam komuniti untuk memperkasa sekolah, keluarga serta pembelajaran dan pembangunan pelajar. Penglibatan aktif keluarga dan komuniti setempat dapat membantu peningkatan prestasi sekolah. Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan mengharapkan anak-anak membantu mereka apabila dewasa kelak. Kebanyakan guru juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting bagi membantu peningkatan prestasi akademik pelajar kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Walaupun demikian, pemahaman pihak sekolah tentang kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa di sekolah dengan lebih bermakna didapati masih kurang. Bagi memenuhi hasrat ini, pihak

11

sekolah perlu melakukan pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa supaya mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan. Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, ko-kurikulum dan pembangunan fizikal sekolah.

BIBLIOGRAFI Zaini Bin Abdullah, Mohmad Noor Bin Mohmad Taib, Ikhsan Bin Othman, Norila Binti Md Salleh, Abu Bakar Bin Yusuf, Abdul Talib Bin Mohamed Hashim, (2011) KPD3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:Falsafah Dan Dasar. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohamad Shatar Sabran, (2003). Model Pembangunan Komuniti. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(2): 135-145 Abd. Jalil Ali, (2000), Sulitnya menangani gejala gangsterisme di sekolah. Dewan Masyarakat. Mei . Kuala Lumpur: Dewan Masyarakat. Kamarudin Hj Kachar,(1989). Kepimpinan profesional dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.

http://zulkiflihasim.blogspot.com/2011/12/penglibatan-aktif-keluarga-dan-komuniti.html (15hb November 2012 )

http://www.yayasanamir.org.my/downloads-3/downloads-2/ya-conference/sk-ewapresentation/ (15hb November 2012 )

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

(16hb November 2012 )

12

13

Anda mungkin juga menyukai