Anda di halaman 1dari 25

MASALAH KOORDINASI TUBUH BADAN DALAM MELAKUKAN AKTIVITI PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN PENGGUNAAN MUZIK DALAM MANIPULASI

ALATAN BAGI PELAJAR TAHAP RENDAH

Oleh

ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mendeskripsi tahap koordinasi murid dan merangka satu program khas bagi membantu murid yang mempunyai masalah untuk menyelaras anggota badan semasa melakukan pergerakan asas dan menggunakan manipulasi alatan dalam pergerakan badan. Untuk kajian ini seramai 20 orang murid dari kelas 1 Harapan dari Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram telah dipilih sebagai responden. Kaedah perlaksanaan kajian memfokuskan cara yang ringkas dan seronok untuk memudahkan murid memahami dan mengaplikasikan teknik teknik dalam pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan. Adalah diharapkan pada masa akan datang, lebih ramai guru akan memperbaiki kaedah ini bagi meningkatkan lagi kemahiran memanipulasi alatan dan pergerakan asas lokomotor di kalangan murid sekolah rendah.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P) YANG LALU

Saya telah ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram dan saya dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid Tahap Rendah. Saya mendapati terdapat beberapa masalah ketika mengajar subjek ini terutamanya apabila berdepan dengan tajuk kecergasan dan subtajuknya ialah koordinasi. Hal ini adalah kerana saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan subtopik ini bersama murid. Ramai di

kalangan mereka yang sukar melakukan aktiviti mudah yang telah dirancang . Contohnya dalam aktiviti melambung pundi kacang, ramai di kalangan murid saya yang menghadapi masalah menyambut kembali pundi kacang kerana kurang tumpuan di antara koordinasi mata dengan tangan. Hal ini menyebabkan P&P saya terganggu dan masalah mengejar sukatan pelajaran pun berlaku. Selain itu, saya mendapati ramai muris saya tidak bersemangat dalam melakukan aktiviti yang dirancang dan kurang memberi tumpuan pada pengajaran sewaktu P&P berlangsung. Ada juga di antara mereka yang mampu melakukan sesetengah aktiviti namun masih di tahap yang sederhana sahaja. Oleh sebab demikian, saya rasa terpanggil untuk mengatasi masalah ini dengan melakukan satu kajian pendek bagi panduan saya dan guru guru lain pada masa akan datang.

1.1

TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

1.1.1 Tinjauan Awal Masalah Tinjauan awal permasalahan dibuat melalui tiga cara untuk mengenalpasti permasalahan ini secara terperinci iaitu melalui pemerhatian berstuktur dan ujian pra.

1.1.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah Hasil daripada tinjauan masalah melalui ketiga tiga kaedah iaitu pemerhatian, soal selidik dan ujian pra, didapati memang pelajar pelajar ini tidak dapat melakukan pergerakan mudah dalam melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor. Berikut adalah data awal yang diperoleh melalui kaedah tinjauan masalah menggunakan pemerhatian berstruktur.

Analisis Ujian Kecergasan 1

76 - 100 3% 49 - 38 19%

skor pelajar
76 - 100 75 - 64 63 - 50 75 - 64 47% 49 - 38 37 - 0

63 - 50 31%

Daripada data ini, ia menunjukkan terdapat pelajar yang lemah dalam subjek ini walaupun rata rata mendapat markah yang sederhana. Jadi, guru rasa terbangkit untuk mengubah prestasi para pelajar ini ke tahap yang lebih baik dan memberangsangkan terutamnaya dalam melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor.

Analisis Ujian Pra


5-0

skala skor pelajar

9-5

pencapaian Series1 pelajar

15 - 10

20 - 16 0 10 Skor jawapan 20 30

Hasil dapatan Ujian pra pula menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang mendapat markah tersangat rendah dan tiada pula pelajar yang mampu mendapat markah gred cemerlang iaitu dalam selang skor 16 -20 dalam pencapaian ujian yang dilkukan ke atas mereka. Maka, ia

menunjukkan bahawa para pelajar ini memang memerlukan bantuan dalam menguasai aktiviti pergerakan asas lokomotor.

Analisis Borang Soal Selidik


Kod soalan dan skor jawapan "Ya" terhadap soalan

5%

6% 8% 7% 7% 9%

1 4 7 10 7% 5% 13 16

2 5 8 11 14 17

3 6 9 12 15

6% 4% 5% 4% 4% 6% 5% 5% 7%

Manakala, melalui ujian minat pula rata rata murid didapati kurang meminati aktiviti aktiviti yang dijalankan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana berasa susah untuk melaksanakannya. Mereka juga tidak seronok apabila melakukan aktiviti di padang kerana kurang hiburan diselitkan di dalam aktiviti tersebut.

Berikut merupakan rumusan bagi analisis tinjauan masalah kajian ini.

Cara Penilaian

Catatan

Menyemak Ujian Kecergasan murid

Banyak aktiviti yang gagal dilakukan oleh murid menyebabkan markah pencapaian mereka adalah kurang memberangsangkan.

Ujian Pra

Hasil dapatan ujian ini menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai pergerakan lokomotor yang baik dan manipulasi alatan yang lancar

sepanjang ujian dilakukan ke atas mereka.

Guru mendapati murid kurang meminati aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana terdapat beberapa aktiviti yang susah Soal Selidik secara terbuka dilakukan dan tidak menarik minat murid untuk melakukannya. Selain itu, mereka juga berasa bosan dengan aktiviti padang keran kurang hiburan diselitkan semasa aktiviti dijalankan oleh guru.

2.0

FOKUS KAJIAN

Kajian ini hanya tertumpu pada masalah perherakan asas lokomotor sahaja walaupun saya mendapati terdapat banyak masalah lain lagi yang harus diperbaiki terhadap murid murid ini. Antara kesilapan yang sering dibuat oleh murid saya dalam masalah ini ialah : a) gagal menggunakan manipulasi alatan dengan baik sewaktu aktiviti dijalankan b) tidak dapat melakukan pergerakan mudah dalam aktiviti pergerakan lokomotor seperti skip dan hoping. c) tidak bersemangat ketika melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani Oleh itu, saya merasakan saya perlu membantu mereka memperbaiki kelemahan ini kerana ia sangat penting dalam melakukan kebanyakan aktiviti dalam sukatan pelajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi murid Tahun Satu. 3.0 3.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum

Membantu murid melakukan setiap aktiviti Pendidikan Jasmani dengan lebih baik dan teratur. 3.2 Objektif Khusus a) Menarik minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani b) Membantu murid melakukan pergerakan asas lokomotor dengan lancar

c) Membantu murid menguasai manipulasi alatan dengan baik dan lancar

4.0

SOROTAN KAJIAN

Kecerdasan kinestatik adalah kebolehan kanak kanak mengguna dan mengkoordinasi bentuk badan dengan mahir. Selain daripada mengkoordinasi, kecerdasan yang dimaksudkan juga adalah termasuk kebolehan kanak kanak menggunakan kemahiran fizikal seperti fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan badan. Ia juga adalah merujuk kepada penggunaan anggota badan untuk melakukan sesuatu aktiviti, menyatakan idea atau meluahkan perasaan mereka. Contohnya, melalui aktiviti meniru lompatan seperti katak, berenang, menari dan sebagainya. Kecerdasan kinestatik juga dapat dikaitkan dengan perlakuan aktiviti kanak kanak tersebut di mana pergerakan aktif oleh kanak kanak ini akan melatih otot otot mereka berfungsi dengan lebih cekap dan fleksibel. Hasilnya, kanak kanak ini akan berupaya memanipulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka dengan baik. Kanak kanak yang mempunyai kemahiran kinestatik yang baik akan dapat melakukan pergerakan dengan baik dan berkesan seperti bersukan, menari, bermain bola serta cekap dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan motor anggota tubuh badan. Selain itu, mereka juga akan cekap menggunakan objek dalam aktiviti permainan seperti menunggang basikal ketika bermain dan menggelecek bola dalam permainan bola sepak. Kesannya, koordinasi tubuh badan mereka juga dapat ditingkatkan melalui proses ini. Kajian Barrow Mc Gee (1979) telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati akan mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan serta mata dengan kaki. Koordinasi tubuh badan merupakan salah satu komponen kecergasan. Maka, terbuktilah bahawa topik ini adalah topik asas bagi melatih motor pergerakan kanak kanak dan pergerakan asas tubuh badan merupakan perkara penting dalam mengkoordinasi tubuh badan kanak kanak. Manakala menurut kajian Gallahue (1982), beliau telah mencadangkan dua konsep bagi pembelajaran kenestatik atau pergerakan badan (a) pergerakan dari mudah ke pergerakan yang

lebih kompleks

(b) kemahiran meningkat secara beransur dari kemahiran umum kepada

kemahiran khusus. Contohnya kanak-kanak perlu menguasai kemahiran pergerakan lokomotor seperti berjalan dan berlari sebelum mereka menguasai kemahiran yang lebih khusus seperti melompat melepasi halangan. Oleh itu, guru seharusnya melatih murid melakukan aktiviti asas sehingga cekap sebelum melakukan aktiviti yang lebih kompleks atau mempunyai gabungan beberapa aktiviti kecil. Koordinasi tubuh badan merupakan suatu elemen yang penting bagi murid menguasai sesuatu aktiviti permainan atau sukan yang ingin diceburi kelak dengan baik. Selain itu, ia juga mampu mengasah potensi yang terdapat dalam diri seseorang murid untuk mahir dalam sesuatu permainan dan sukan. Koordinasi juga boleh dikaitkan dengan masa, kuasa, imbangan, ketangkasan, kepantasan dan tindak balas seseorang. Kelancaran menyelaras koordinasi tubuh badan dapat dilatih melaui gabungan aktiviti yang melibatkan pergerkan asas lokomotor dan manipulasi alatan seperti melambung, menyambut, manampar, melantun, memukul, berlari, berjalan, skip dan coklang. Kesemua aktiviti ini dapat dilakukan secara individu, berpasangan mahupun melalui pecahan beberapa kumpulan kecil. Namun senario yang terdapat di kebanyakan sekolah kini menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu mempunyai koordinasi tubuh badan yang kurang baik. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kelancaran proses P&P guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah (Bucher, 1999). Murid yang mempunyai masalah dalam menyelaras anggota badan akan membataskan proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang sama juga dihapaimoleh murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram di mana hasil pemerhatian menunjukkan bahawa ramai murid Tahun Satu yang gagal menyelaras anggota badan dengan baik ataupun koordinasi sewaktu aktiviti di padang yang melibatkan aktiviti pergerakan asas dan manipulasi alatan.

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid Tahun Satu Harapan dari Sekolah Kebangsaan Raja Dihilir Ekram yang terdiri daripada 13 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki.

6.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 6.1 Perancangan Langkah Langkah Tindakan Pelan tindakan untuk kajian ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946). Langkah Pertama : Merancang Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan. Langkah Kedua : Meninjau Analisis Masalah Menentukan aktiviti aktiviti dan tempoh masa perlaksanaan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Langkah Ketiga : Perlaksanaan Tindakan Dalam melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini. Langkah keempat : Pemerhatian dan Menganalisis Data Pemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis. Langkah Kelima : Refleksi dan Penilaian Hasil dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa akan datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.

6.2

Perancangan Cara Mengumpul Data Data akan dikumpul mengikut dua fasa iaitu data kuantitati dan data kualitatif. Menerusi fasa pertama, data kuantitatif akan dikumpul jumlah murid yang tidak dapat menguasai atau melakukan aktiviti yang dijalankan. Dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisis bagi mendapatkan jumalh murid yang tidak dapat melakukan aktiviti. Fasa kedua melibatkan pungutan data secara kualitatif di mana guru menjalankan kajian ke atas dua puluh orang murid yang dpilih secara purposive dengan menggabungkan kaedah temubual dan pemerhatian guru unutk mengumpul data.

Dalam konteks penyelidikan, guru telah melakukan tinjauan awal masalah bagi rutin harian murid terutamanya untuk aktiviti permainan di rumah yang melibatkan koordinasi. Guru memperuntukkan masa 30 minit selama dua bulan unutk tujuan tersebut. Pengumpulan data secara kualitatif yang dijalankan dalam fasa kedua ini dapat membantu dalam membuat intrepetasi ke atass keseluruhan kajian. Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas muird yang mengalami masalah dalam melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Murid dikehendaki menjalankan aktiviti fizikal diiringi dengan muzik secara berterusan selama 15 minit setiap hari atau 30 minit dua kali seminggu dilakukan pada masa matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan semasa di rumah pada waktu petang.

6.3

Perancangan Menganalisis Data Guru akan menggunakan hasil dapatan data daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk mengukur keberkesanan kaedah ini dalam membantu murid meningkatkan kemahiran pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mereka. Perisian Microsoft Excel digunakan sebagai instrumen analisis data. Pengugkuran yang akan diambil kira dalam analisis ini pula adalah melalui perbandingan skor min, median dan sisihan piawai terhadap markah kedua dua pencapaian murid.

6.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Murid akan diberi masa untuk berlatih dan melakukan aktiviti seperti yang dirancang selama 2 bulan bagi mamastikan keberkesanan keadah yang dijalankan. Cadangan aktiviti yang ingin dijalankan di sekolah dan di rumah pada waktu petang adalah seperti jadual di bawah : Pelan Tindakan Jangka Pendek Aktiviti pergerakan asas lokomotor

HARI

MASA

AKTIVITI

Selasa

7.40 8.10 pagi

- congklang diiringi muzik - skip diiringi muzik - congklang dan skip secara individu diiringi muzik. - berjalan diiringi muzik

Rabu

7.40 8.10 pagi

- skip berpasangan diiringi muzik - congklang berpasangan diiringi muzik. - congklang dan skip berpasangan diiringi muzik. - berjalan berpasangan diiringi muzik.

Pelan Tindakan Jangka Pendek Cadangan Permainan Semasa Di rumah

HARI

MASA

AKTIVITI/PERMAINAN

Isnin

5.30 6.30ptg

- Permainan Musang dan Ayam - Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau.

Selasa

5.30 6.30ptg

- Permainan menggunakan tali

skipping * skipping berpasangan * jengket * lompat tali skipping berpasangan 5.30 6.30ptg

Rabu

- Permainan menggunakan bola * bola sepak * bola baling * tuju kasut * bola jaring

Khamis

5.30 6.30ptg

- Permainan Batu Seremban

Jumaat

5.30 6.30ptg

- Permainan Timbang Bola Kecil atau besar menggunakan tangan atau kaki.

Sabtu

5.30 6.30ptg

- Permainan Aci Lut Duduk

Ahad

5.30 6.30ptg

- Permainan Belalang Belatuk - Permainan Nenek Kebayan

Setelah tempoh berlatih tamat, murid akan diuji semula dengan ujian post bagi menilai keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Dalam ujian tersebut, murid akan dinilai

secara individu dan guru akan menjadi penilai mutlak ke atas keupayaan murid melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Ujian Minat Guru akan menyediakan satu ujian minat ke atas murid dan meminta murid menjalani ujian tersebut secara terbuka. Prosesnya adalah seperti di bawah : 1. Guru menjalankan ujian ini di dalam kelas. 2. Murid diberi arahan supaya duduk di tempat masing masing dan tidak dibenarkan bercakap anatara satu sama lain sewaktu ujian dijalankan. 3. Guru meberi arahan kepada murid supaya mengangkat tangan sebagai jawapan ya apabila guru membacakan soalan dan tidak menangkat tangan apabila mengatakan tidak kepada soalan tersebut. 4. Guru dikehendaki mencuba beberapa soalan mudah dahulu sebelum memulakan ujian bagi menguji keberkesanan arahan guru terhadap murid. 5. Ujian dimulakan dan guru menanda nama pelajar yang menjawab dengan betul. 6. Ujian ditamatkan pada soalan ke 17 . Ujian Post Ujian ini adalah ujian yang sama bagi ujian Pra yang dilakukan sebelum ini bagi meninjau masalah murid terhadap aktiviti dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ujian ini dilakukan di padang dan semua responden wajib melaksanakannya. Prosedur perlaksanaan ujian adalah seperti di bawah : 1. Guru meminta murid melakukan pemanasan badan (warm up) dan regangan badan (stretching muscles) mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru. 2. Setelah selesai, murid dikehendaki beratur dalam satu barisan yang lurus mengikut nama yang dipanggil oleh guur tersebut. 3. Ujian dilakukan secara individu dan guru dikehendaki menilai pada masa yang sama. 4. Ujian dilaksanakan tanpa mengikut tempoh masa dan santai sahaja. 5. Murid diberi dua kali percubaan bagi melakukan setiap aktiviti bagi ujian tersebut. 6. Ujian ditamatkan apabila semua responden selesai melakukan aktiviti.

6.4.1 Jadual Pelaksanaankajian Tindakan Tarikh Perlaksanaan 24 Mei 2013 2 Jun 2013

Bil. 1 2

Aktiviti Mengenalpasti masalah pelajar Menulis dan membina proposal kajian Merancang Tindakan yang perlu dibuat iaitu dengan membuat

perjumpaan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan membincangkan permasalahan bersama.

4 Jun 2013 10 Jun 2013

Melaksanakan ujian pra ke atas pelajar Membincangkan permasalahan yan g timbul bersama Ketua Panitia tentang hasil ujian pra dan langkah langkah yang perlu diambil

14 Jun 2013

Melaksanakan aktiviti pertama iaitu dengan melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor. Membincangkan perkembangan pelajar melalui aktiviti pertama bersama dengan Ketua Panitia Melaksanakan aktiviti kedua iaitu menjalankan ujian minat ke atas murid. Membincangkan perkembangan pelajar sepanjang menjalankan aktiviti kedua bersama Ketua Panitia Menjalankan aktiviti ketiga ke atas pelajar iaitu melaksanakan ujian Post abgi mengesan keberkesanan kaedah yang digunakan. Membuat refleksi terhadap ujian yang dilakukan Membina laporan kajian Membentangkan laporan kajian kepada Ketua Panitia

18 Jun 2013 25 Jun 2013

28 Jun 2013

18 Julai 2013

10 11 12 13

20 Julai 2013 24 Julai 2013 26 Julai 2013 28 Julai 2013

6.4.2 Kos Kajian Bil 1 2 3 4 5 6 Bahan / item Ink printer Kertas A4 Pundi kacang Bola Gelung Riben Jumlah Keseluruhan Harga seunit RM 80.00 x 1 RM 9.80 x 2 disediakan oleh pihak sekolah Jumlah RM80.00 RM 19.60 RM 99.60

7.0

BIBILIOGRAFI

7.1

Rujukan buku ilmiah

Azali bin Rahmat,, "Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Menengah" , 2012, Emeritus Publications Baungartner, A. T. & Jackson, S. A. (1991) Measurement For Evaluation In Physical Education And Exercise Science . USA : Wm. C. Brown Publisher Clayne R. Jensen. (1972). Health Education,physical education, and recreation series. USA : Lea & Febiger Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan : Sri Bistari

7.2

Rujukan jurnal pendidikan

A Tool For Improving Teacher Quality And Classroom Practice. Katherine A. O'Connor, H. Carol Grene, & Patricia J. Anderson (Department of Curriculum and Instruction, East Carolina University). Teaching Games for Understanding (TGfU) in primary and secondary physical education, Paul I. Webb et al (2006), Faculty of education,University of Wollongong, New Zealand

7.3

Rujukan laman sesawang

http://www.slideshare.net/amirhebat/proposal-kajian-tindakan
http://www.scribd.com/doc/100568684/Isu-PJ-Boleh-Jadi-Kajian-Tindakan http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/15%20Abd%20Gafar.pdf http://gggb5023.blogspot.com/2009_05_01_archive.html

Berikut adalah maklumat berkaitan kebolehan murid ketika menjalankan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan.

Senarai Semak Pergerakan Lokomotor BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 NAMA


AHMAD AZAMUDDUN BIN JAAFAR A.SAGAYA MARY A.SHAMINI ALIF BIN SAAFI AMIR BIN M. MOKHTAR AMIRUL AQMAL BIN MOHD. ZAIN B.BALENDRAN NAZIFA BINTI MD. SHUKRI NOOR HALIZA BINTI BAHATOM NOOR MAISARA BINTI ISMAIL NOR ASMA BINTI IRSHAD NOR AZLIN BINTI ISMAIL ONG CHONG LEH R.SARALAH

SKIP x x x x x x x x x x x / x x

HOPING / / / x x / / / / / x x x /

CONGKLANG x x x / / x x x x x / x / x

15 16 17 18 19 20

S. SASIK KALAH S. SURYAKALA TAN XIAO JIN WANG HUI SHAN YAP JIM HUI YONG JIN XIAN

/ / x x / x

x x / x x /

x / x x x x

Senarai Semak Manipulasi Alatan


BIL NAMA MELAMBUNG MENYAMBUT MELANTUN MENGGELECEK

AHMAD AZAMUDDUN BIN JAAFAR A.SAGAYA MARY A.SHAMINI ALIF BIN SAAFI AMIR BIN M. MOKHTAR AMIRUL AQMAL BIN MOHD. ZAIN B.BALENDRAN

2 3 4

/ / /

x x x

x x x

/ / /

NAZIFA BINTI MD. SHUKRI NOOR HALIZA BINTI BAHATOM NOOR MAISARA BINTI ISMAIL NOR ASMA BINTI IRSHAD NOR AZLIN BINTI ISMAIL ONG CHONG LEH R.SARALAH S. SASIK KALAH S. SURYAKALA TAN XIAO JIN WANG HUI SHAN YAP JIM HUI YONG JIN XIAN

10

11

12

13 14 15 16 17 18 19 20

/ x x / / x / x

x / / / / / x x

x / x / / / / x

/ / x x x x / /

CONTOH SENARAI AKTIVITI YANG DIRANCANG

Aktiviti Melambung Bola

Aktiviti Menyambut Bola

Aktiviti Melantun Bola

Aktiviti Menggelecek Bola

UJIAN PRA / POST

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA DIHILIR EKRAM JALAN PASIR PUTEH 31650 IPOH, PERAK

PENILAIAN KECERGASAN MURID TAHUN SATU HARAPAN

NAMA

: __________________________________________

TARIKH :_______________________

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Skip Hoping Coklang

Kriteria Penilaian 0.50 0.50 0.50 0.50 0.50 0.50 0.50

Pemarkahan 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.00 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50 1.50 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00 2.00

Catatan

Melambung Melantun Menyambut Menggelecek

Total

Jumlah Markah

UJIAN MINAT

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA DIHILIR EKRAM JALAN PASIR PUTEH 31650 IPOH, PERAK

Ujian Minat Murid

Soalan 1. Adakah anda menyukai matapelajaran Pendidikan jasmani dan Kesihatan?

Soalan 2. Adakah anda menyukai aktiviti yang dilakukan di padang ?

Soalan 3. Adakah anda boleh meniru aktiviti yang dilakukan oleh guru anda?

Soalan 4. Adakah anda berasa susah melakukan aktiviti yang dibuat oleh guru anda?

Soalan 5. Adakah anda menjadi malas untuk melakukan aktiviti apabila berasa susah untuk melakukannya?

Soalan 6. Adakah anda sukakan muzik?

Soalan 7. Adakah anda rasa bermain di padang dengan iringan muzik adalah lebih seronok?

Soalan 8. Adakah anda suka dengan alatan permainan ynag diberikan oleh guru kepada anda?

Soalan 9. Adakah anda berasa susah untuk memegang alatan permainan ketika bermain bersama guru di padang?

Soalan 10. Adakah anda berasa alatan permainan kurang menarik?

Soalan 11. Adakah anda pernah melakukan aktiviti yang sama di rumah?

Solan 12. Adakah anda berasa ingin bermain permainan seperti di sekolah ketika berada di rumah?

Soalan 13. Adakah anda berasa seronok bermain di rumah?

Soalan 14. Adakah anda bermain berseorangan di rumah?

Soalan 15. Adakah anda bermain bersama rakan ketika berada di rumah?

Soalan 16. Adakah anda suka bermain sambil mendengar lagu di rumah?

Soalan 17. Adakah anda suka bermain dengan alatan sukan ketika berada di rumah?

Jawapan Kriteria Bil. Nama Pelajar Penilaian YA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20 AHMAD AZAMUDDUN BIN JAAFAR A.SAGAYA MARY A.SHAMINI ALIF BIN SAAFI AMIR BIN M. MOKHTAR AMIRUL AQMAL BIN MOHD. ZAIN B.BALENDRAN NAZIFA BINTI MD. SHUKRI NOOR HALIZA BINTI BAHATOM NOOR MAISARA BINTI ISMAIL NOR ASMA BINTI IRSHAD NOR AZLIN BINTI ISMAIL ONG CHONG LEH R.SARALAH S. SASIK KALAH S. SURYAKALA TAN XIAO JIN WANG HUI SHAN YAP JIM HUI YONG JIN XIAN TIDAK Catatan