Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu hari, aku berasa sangat gembira kerana mendapat hadiah sebuah basikal daripada ayahku.

Hadiah itu kerana aku mendapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun. Aku sudah lama ingin memiliki basikal lasak seperti yang dihadiahi ayahku. Tanpa lengah, aku terus ke padang untuk melakukan aksi lasak seperti yang dilakukan oleh kawan-kawanku. Sebelum itu, aku membuat halangan menggunakan papan yang dilapik dengan batu-bata. Setelah itu, aku mengayuh basikalku dengan laju dan melalui halangan itu. Aku sungguh seronok kerana basikalku melompat tinggi. Tidak cukup dengan halangan itu, aku membuatnya lebih tinggi. Aku mencuba lagi, tetapi kali ini nasibku tidak baik. Basikalku melompat tinggi, tetapi aku terjatuh dan tanganku patah. Di rumah, sebelum membawaku ke klinik, ibu bapa memarahiku. Mereka tidak membenarku menggunakan basikal itu lagi. Sejak itu, aku serik melakukan sesuatu yang berbahaya. Setiap kali aku berbasikal, pengalaman pahit itu sentiasa bermain di fikiranku.