Anda di halaman 1dari 5

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Izah rasa benar-benar tersinggung.

Cuti persekolahan kali ini terpaksa dihabiskan bersama-sama ibu dan ayah sahaja. Cuti persekolahannya tidak seindah dan seceria cuti Amylia. Penat lelahnya menghabiskan kerja-kerja sekolah lebih awal daripada biasa tidak berpada. Susah payahnya mencuci kasut sepulangnya dari sekolah siang tadi seperti tidak bermakna. Penat fikirannya merancangkan aktiviti sepanjang percutiannya juga menjadi sia-sia. Minggu depan mereka berjanji akan pulang, Haji Din menyatakan pesanan anakanaknya tadi. Ayah percaya? tanya Izah yang yakin janji itu akan dimungkiri lagi. Kita sahajalah yang pergi. Tidak pun Izah ulang kaji pelajaran sahaja di rumah. Haji Din cuba memujuk ketika Izah merungut-rungut kerana marah akan Along dan Angah yang sering mungkir janji. Hari-hari Izah belajar. Cuti sekolah Izah nak berehatlah pula, rungut Izah yang masih tidak puas hati. Tadi sebelum waktu terakhir persekolahan, dia terpaksa mengaku kepada teman karibnya bahawa keluarganya akan ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan ini. Izah berasa jengkel kepada Amylia hingga terpaksa mengakui perkara yang dia sendiri tidak yakin. Kita berehat sahaja di rumah. Badan pun tak penat. Nanti ayah masakkan nasi tomato kegemaran Izah. Bagaimana? Haji Din memujuk lagi. Dia yang tua pun tersinggung hati apatah lagi Izah yang masih kanak-kanak. Namun sebagai orang tua, Haji Din memahami masalah anak-anaknya. Izwan sudah berkeluarga. Izani pula terpaksa balik ke kampung suaminya kerana bapa mentuanya sakit. Haji Din yakin suatu hari nanti Izah akan lebih memahami.

Bagaimanakah perasaan Izah apabila mengetahui bahawa abang dan kakaknya tidak dapat menunaikan janji mereka? A B C D Tidak puas hati Tersentuh Hampa Marah

Mengapakah Izah beria-ia untuk bercuti dengan abang dan kakaknya? A B C D Mereka telah berjanji untuk membawanya pergi bercuti. Ayahnya tidak mahu menemaninya ke Pulau Langkawi. Izah berasa penat menghadap pelajaran sahaja. Amylia juga akan bercuti ke Pulau Langkawi.

Siapakah Amylia? A B C D Kakak Izah Kawan Izah Anak Haji Din Anak jiran Izah

Semua perbuatan Izah yang berikut menunjukkan bahawa dia sudah bersiap sedia untuk pergi bercuti kecuali A B C D Izah telah membereskan kerja-kerja sekolahnya. Izah telah merancangkan aktiviti untuk percutian itu. Dia telah meminta ayahnya memasakkan nasi tomato. Dia mencuci kasut sekolah sebaik-baik sahaja pulang dari sekolah.

Haji Din memujuk Izah dengan A B C D mengatakan akan memasak nasi tomato kegemaran Izah. membenarkan Izah pergi bercuti bersama-sama abangnya. berjanji akan membawa Izah melawati abangnya. membeli hadiah untuknya.

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kebelakangan ini aku amat terasa kehilangan sesuatu. Sebaik saja aku masuk ke bilik guru, biasanya Noni akan menyapaku terlebih dahulu. Kami saling bergurau sebelum aku ke pejabat untuk menanda kedatangan. Kemudian, kami beriringan ke tapak perhimpunan. Jika kebetulan aku dan Noni tidak ada kelas pada waktu pertama, kami akan ke kantin. Kami menyambung cerita semasa di kantin sambil bersarapan. Di sekolah, Noni merupakan ketua panitia Bahasa Malaysia. Sebagai ketua panitia, waktu mengajarnya tidak sebanyak guru penolong biasa. Masa yang terluang digunakan untuk menyediakan bahan pengajaran, memantau pengajaran guru, dan sebagainya. Tegasnya, Noni menggunakan sepenuhnya waktu yang terluang itu. Jika memantau kami, dia amat berhati-hati memberikan teguran walaupun ada perkara yang tidak kena di hatinya. Selama tujuh tahun berkawan, aku tahu benar perangainya. Dia menjadi guru contoh di sekolah kami. Guru yang bersemangat keras, rajin, dan pandai bergaul. Dengan itu, tidak menghairankan jika Noni cepat naik pangkat. Setiap tahun sekolah kami mengadakan kursus motivasi untuk para pelajar. Dialah yang menjadi tulang belakang kursus tersebut. Program-program yang diatur amat berkesan dan dapat mencetuskan kesedaran dalam kalangan pelajar. Kini semuanya tinggal kenangan. Noni ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti Malaya. Sehari sebelum pemergiannya, kami mengadakan jamuan perpisahan. Ketika menyampaikan ucapannya, dia mengimbas kenangan silam. Kehidupannya dibelit kemiskinan, adik-adik banyak dan bapanya meninggal ketika dia masih kecil. Kesulitan itu tidak menghalang dia mencapai tahap sekarang memiliki ijazah sarjana dalam bidang pendidikan. Begitulah secebis kisah hidup Noni, Noni yang tidak sombong, tidak suka merendah kebolehan orang lain. Justeru, semua orang terasa kehilangannya lebih-lebih lagi aku. Noni banyak menurunkan ilmu kepadaku, menyedarkan aku tentang amanah yang akan terus kujunjung.

Apakah kehilangan yang dialami oleh aku? A B C D Kemesraan Noni Kasih sayang Noni Guru yang dedikasi Kawan yang banyak berbudi

Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Noni pandai menjaga hati kawan-kawannya? A B C D Dia jarang marah. Cermat menyusun kata-kata. Menegur kesilapan dengan baik. Pandai bergurau senda dan berjenaka.

Tulang belakang dalam petikan bermaksud A B C D orang yang mengepalai sesuatu program. orang yang berjaya menguatkan semangat seseorang. orang yang berjaya menimbulkan keinsafan di hati seseorang. orang yang memainkan peranan penting dalam sesuatu perkara.

Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan Noni meraih Ijazah Sarjana Pendidikan? A B C D Nasibnya memang baik. Bijak mengatur masa lapang. Dia memang layak memiliki ijazah itu. Kemiskinan bukan penyekat kemajuan.

10

Apakah amanah yang akan terus kujunjung itu? A B C D Meneruskan program motivasi pada masa akan datang. Mengekalkan hubungan baik dengan Noni. Mengajar dan mendidik anak bangsa. Menurunkan ilmu kepada Noni.

JAWAPAN PETIKAN CERITA No Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah A B / / / / / / / / / / 3 2 3 2 C D

Anda mungkin juga menyukai