Anda di halaman 1dari 1

Nyanyikan lagu di bawah beramai-ramai. Kemudian, jawab teka-teki yang terdapat dalam lagu.

Can mali can, hoi hoi, Can mali can, hoi hoi, Can mali can ketipung payung Korus 2x

Dualah tiga kucing berlari, Mana nak sama dengan si kucing belang, Cubalah teka si bijak bestari, Terbang ke mega bukannya burung helang.

Jangan dimain benda yang tajam, Benda yang tajam membawa luka, Malam mencelik siang terpejam, Wahai bestari cubalah kamu teka.

Sungguhlah enak si udang kara, Si udang kara dimasak berlada; Cubalah teka wahai saudara, Masa bersuara rupanya tiada.

Cubalah jawab jangan tersasar, Kalau tak dapat boleh belajar, Ada yang kecil ada yang besar, Itulah saja yang semua orang kejar.

Kalaulah kita ke Batu Pahat, Ke Batu Pahat menaiki kereta, Ada mata tak dapat melihat, Tidak berbunyi kalau berkata-kata.

Pergi berkelah membawa bekalan, Bekalan dibawa ke Tanjung Sepat, Menjerit dia barulah berjalan, Cubalah teka sehingga kamu dapat.