Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ِل ْمدُ لِ الّذِ يْ َأ ْر َسلَ رَ ُسوَْلهُ بِالُدَى َودِيْ نِ الَقّ ِليُ ْظ ِهرَ هُ عَلَى الدّيْ نِ كُلّ ه
َا
ُحمّدًا َعبْ ُده
َ ُ أَ ْشهَدُ أَنْ ل ِإَلهَ إِلّ الُ وَأَ ْشهَدُ أَنّ َسيّ َدنَا م.َوََلوْ َك ِرهَ ا ُلشْرِ ُك ْون
ِحمّدٍ َوعَلَى آلِ هِ وَأَ صْحَاِبه
َ ُصلّ وَ سَلّمْ وَبَا ِر كْ عَلىَ َسيّدِنَا م
َ ّ ال ّلهُم.َُورَ ُسوُْله
.َُومَنْ َتِبعَهُمْ بِِإ ْحسَانٍ ِإلَى َي ْومِ الدّْينِ َأمّا َبعْد
.َ َحقّ ُتقَاِتهِ وَلَت ُموْتُنّ إِلّ وَأَْنُتمْ ُمسْ ِل ُموْن،ََفيَا ِعبَادَ الِ ! إِّت ُقوْا ال
Saya menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan
melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarangan, mudah-
mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan
di akhirat.
Islam menganjurkan umatnya agar berakhlak dan berbudi perkerti mulia dalam
setiap perbuatan mahupun tuturkata. Kerana kemuliaan dan kehormatan
seseorang itu akan dinilai melalui ketinggian keperibadian akhlak. Sejarah telah
membuktikan bahawa umat yang maju adalah umat yang memiliki keperibadian
akhlak yang tinggi sebaliknya umat yang tidak berakhlak akan menyebabkan ia
menjadi lemah dan membawa kehancuran.
Kerana itulah, misi utama diutuskan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.
adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sebagaimana sabdanya :
1
Maksudnya : “ Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia ”
( H.R. Thabrani )
Dewasa ini, kita sering mendengar tentang masalah yang menimpa umat Islam.
Di mana umat Islam samaada di negara kita mahupun di seluruh dunia sedang
menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang cukup membimbangkan. Sekiranya
keadaan ini tidak dibendung dan diatasi sudah pasti akan membawa umat Islam
kelembah kehinaan dan kemurkaan Allah s.w.t.
Terdapat segelintir umat Islam yang telah hilang keperibadian sebagai seorang
mukmin sejati, mereka seolah-olah hidup kembali seperti di zaman jahiliah. Dan
yang lebih parah lagi terdapat umat Islam yang memisahkan dan mengasingkan
urusan dunia dengan urusan hidup seharian bahkan beranggapan bahawa
agama tidak memberi apa-apa sumbangan dalam pembangunan bangsa dan
negara. Mereka percaya bahawa hanya ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu sains dan
lain-lain yang terpisah dengan agama sahaja yang dapat membawa manusia
kepada kemajuan dan ketamadunan. Ini semua merupakan petanda ke arah
memisahkan agama daripada kehidupan manusia yang akan meyebabkan
manusia hidup dalam budaya yang rosak dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.
Kerana itu, kita sebagai orang yang mengakui beriman kepada Allah s.w.t.
hendaklah menjadi umat yang kuat dan tidak akan mudah diseleweng atau
terpesong dengan fahaman tersebut atau bertindak mengikut kemahuan hawa
nafsu semata-mata. Disebabkan kita yakin bahawa dalam Islam kebebasan
2
manusia bukanlah membawa maksud manusia itu bebas melakukan apa saja
sesuka hati mereka, kerana Allah s.w.t. telah menetapkan batasan dan peraturan
yang mesti dipatuhi oleh setiap manusia yang mukallaf dengan ketentuan halal
dan haram begitu juga soal ganjaran pahala dan dosa.
Dalam Islam, kamajuan material sahaja bukanlah kamajuan yang utama yang
ingin dicapai, kerana Islam juga menitik beratkan soal pembangunan modal
insan iaitu melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan,
bermanfaat untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Berasaskan konsep inilah
Islam muncul sebagai agama yang menjamin keharmonian, kesejahteraan,
kebahagian dan kedamaian.
Justeru, mimbar jumaat pada hari ini ingin mengajak para jamaah dan seluruh
umat Islam agar sama-sama menghayati dan memahami tanggungjawab
memelihara jati diri sebagai seorang muslim. Kita perlu melihat adakah kita
telah melaksanakan semua perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangannya,
seperti menjadi hamba yang tetap melaksanakan ibadah-ibadah yang khusus
seperti sembahyang, berpuasa dan ibadah-ibadah yang umum seperti
melaksanakan tugas dan tanggungjawab, menyayangi keluarga, menunaikan
tanggungjawab sesame manusia, bercakap benar, memakan makanan yang halal,
mencari sumber pendapatan yang halal dan sebagainya. Kerana sebagai seorang
muslim kita sentiasa dituntut agar berusaha mendekatkan diri serta mencari
keredhaan Allah s.w.t.
Sebagai seorang muslim sejati hidup kita hendaklah sentiasa didasarkan atas
keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Sekiranya berlaku
pengabaian terhadap pengukuhan keimanan kepada Allah maka sudah tentu
perjalanan hidup seseorang akan mudah diseleweng dan terpesong menurut
kemahuan hawa nafsu semata-mata. Maka kerana itulah keimanan yang mantap
adalah penting sebagai penghalang daripada terjerumus ke lembah maksiat
disamping ia mengatur perjalanan hidup yang selamat dan diredhai Allah s.w.t.
3
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati
mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka
bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah ( bertawakal )”.
Oleh itu, perkara yang paling utama ialah membebaskan pemikiran kita dari
sebarang bentuk ketergantungan kepada sesuatu yang lain selain dari Allah
s.w.t. yang boleh membawa kita kepada syirik terhadap Allah. Kerana
sesungguhnya melakukan syirik terhadap Allah merupakan suatu dosa dan
kezaliman yang besar.
Yang bermaksud : “Sesungguhnya perbuatan syarik itu adalah satu kezaliman yang
besar " .
Sebagai seorang yang beriman dengan Allah s.w.t. serta mengakui kita sebagai
seorang muslim sejati, maka sudah tentu kita tidak dapat lari dari
tanggungjawab melaksanakan semua perintah Allah dan perkara-perkara
ma’aruf serta meninggalkan semua yang mungkar, kerana ianya merupakan
salah satu usaha dakwah dalam Islam. Maka sudah tentu tugas menyeru
4
manusia kearah kebaikan menjadi keutamaan sesuai dengan ajaran Islam yang
membawa maksud selamat dan sejahtera.
Yang bermaksud : “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu
pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.
5
بَارَكَ الُ لِىْ وََلكُمْ فِى اْل ُق ْرءَانِ اْلعَ ِظيْمِ ،وََن َف َعنِى وَِإيّا ُكمْ ِبمَا ِفيْهِ مِنَ اْليَاتِ
لوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال سّ ِميْعُ اْلعَ ِليْ مُ ،أَقُولُ
وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ مِ ،وََت َقّبلَ ِمنّىْ َو ِمنْكُ مْ تِ َ
َقوْلِى هَذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ اْل َع ِظيْمَ لِىْ وَلَكُمْ ،وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْ ِل ِميْنَ وَاْلمُسْ ِلمَاتِ،
ُسـَت ْغ ِفرِيْنَ وَيَــا نَجَاةَ
َاسـَت ْغ ِفرُوهُ فَي َا َف ْوزَ اْلم ْ
ْنـ وَاْل ُم ْؤ ِمنَاتـِ ،ف ْ
وَاْل ُم ْؤ ِمِني َ
التّاِئِبيْنَ.
6