Anda di halaman 1dari 30

UNIT 1

TEORI DAN PRINSIP PEMBELAJARAN PENULISAN


Teori dan Pendekatan Pengajaran Penulisan Kaedah dan Teknik Pengajaran Penulisan

TEORI DAN PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN (1) Teori Pengajaran Penulisan (i) Teori Piaget Jean Piaget (1970) menyatakan bahawa bahasa ialah satu konsep yang digunakan untuk membayangkan kecerdasan otak anak-anak berfikir. Perkembangan bahasa kanak-kanak berkaitan rapat dengan perkembangan mentalnya. Kanak-kanak mula belajar bercakap dalam lingkungan umur dua tahun dan dalam lingkungan umur empat tahun kanakkanak sudah mula pandai bercakap dengan petahnya dan boleh membentuk ayat, menggunakan tatabahasa yang betul serta boleh memahami percakapan orang lain. Apabila seseorang anak mengkhayalkan sesuatu hal atau kelakuan atau peristiwa, maka khayalan itu akan menjadi unsur bahasa, termasuk penulisan. Hal ini bermakna perhatian kepada penggunaan kecerdasan otak kanak-kanak dalam bidang penulisan adalah mustahak. Teori Chomsky Chomsky (1968) menyatakan bahawa bahasa ialah warisan yang diterima daripada gen yang membolehkan anak-anak menguasai tatabahasa dan membuat analisis bahasa. Kebolehan semulajadi ini adalah disebabkan kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang digelar sebagai LAD (Language Acquisition Devise). Secara semula jadi, kanak-kanak yang berada dalam lingkungan tiga tahun sudah boleh bercakap dengan menggunakan tatabahasa transformasi-generatif (kebolehan kanak-kanak membentuk dan memanipulasi ayat-ayat) yang dipelajari kanak-kanak melalui komunikasi lisan dengan orang dewasa dan bukannya dipelajari secara formal. Dalam hal ini, pengajaran penulisan mestilah berpandukan cara kanak-kanak memperoleh bahasa ibunda mereka yang harus dimulakan daripada pengalaman yang terdekat dan beransur-ansur gerak kepada pengalaman yang berada lebih jauh.

(ii)

Pengajaran harus dimulakan dengan lisan dan disusuli dengan kegiatan menulis kemudian. Segala aktiviti harus bertitik-tolak daripada pengetahuan murid itu sendiri.

(iii)

Teori Jensen Jensen (1966) menggariskan bahawa penguasaan bahasa mestilah ada kaitannya dengan dua elemen yang tercerna dalam konsep Theory of Learning. Elemen tersebut ialah konsep peneguhan pada stimulus, organisme dan respon (S-O-R), teori yang dimajukan oleh Skinner. Elemen yang kedua pula ialah konsep Pairing yang dimajukan oleh Freud. Konsep ini menekankan kebolehan anak-anak membuat asosiasi antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain hingga timbul satu bentuk corak makna yang aneh sekali.
Teori Behavioris

(iv)

Pembelajaran bahasa berlaku kerana orang dewasa mengajar kanak-kanak bercakap, misalnya ibu bapa dan ahli keluarga, memberi galakan dengan memberikan sesuatu ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut sesuatu perkataan yang diajar. Ganjaran diberikan untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak dapat menyebut sesuatu bunyi atau perkataan, frasa atau klausa atau kanak-kanak berbuat sesuatu menurut perintah orang dewasa. Teori Behavioris berkait rapat dengan kemahiran menulis, iaitu sesuatu perlakuan dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai seperti ganjaran. Contoh yang dapat diterapkan di bilik darjah melalui kemahiran menulis; (a) Guru mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik, contohnya karangan, pada papan pameran di bilik darjah. Hal ini merupakan satu penghargaan kepada pelajar berkenaan seterusnya meningkatkan motivasi pelajar lain untuk mendapatkan penghargaan yang serupa. Guru menyiarkan karangan terbaik yang dihasilkan oleh pelajar dalam majalah sekolah sebagai salah
3

(b)

satu cara untuk menggalakkan pelajar menghasilkan penulisan yang bermutu.

(2)

Pendekatan Pengajaran Penulisan

PENDEKATAN KEMAHIRAN PENULISAN ASAS (i) Pengenalan Penulisan asas ialah pengajaran penulisan yang dijalankan kepada mereka yang bermasalah atau sering melakukan kesilapan dalam tulisan (Mina P.Shaughnessy, 1981). Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, pendekatan penulisan asas ialah satu pendekatan pengajaran penulisan yang menitikberatkan asas-asas dalam proses penulisan dan menekankan bentuk serta isi yang mudah, sesuai dengan pelajar sasaran. Ann Frank (1965) menyatakan bahawa prinsip asas dalam pengajaran asas penulisan melibatkan empat perkara penting, iaitu aktiviti menulis ialah proses dua hala, aktiviti menulis perlu berdasarkan pengalaman, kemahiran menulis bertambah baik melalui latihan dan makna atau perkara yang ditulis terjadi lebih awal dalam fikiran daripada bentuk atau tulisan. Prinsip Pendekatan Kemahiran Penulisan Asas Prinsip pengajaran penulisan asas berasaskan faktor kuantiti dan isi tulisan itu sendiri. Prinsip-prinsip yang perlu diberi perhatian adalah seperti yang berikut: (a) Isi atau perkara yang akan ditulis banyak berdasarkan apa yang pelajar ketahui secara lisan berbanding apa yang diketahui melalui pembacaan. Apabila guru memilih tajuk atau perkara yang akan ditulis, guru perlu melihat pada perkaraperkara yang diketahui pelajar secara lisan berdasarkan interaksi pelajar dengan orang lain. Pengetahuan secara lisan memudahkan pelajar meniru atau mendapat idea secara bebas.
4

(ii)

(b)

Mengutamakan bentuk penulisan dialog dan naratif Mudah dikuasai berdasarkan interaksi sosial yang membolehkan pelajar menyatakan idea dalam ayat-ayat ringkas. Meniru sebagai aktiviti penulisan yang berkesan Meniru ialah satu aktiviti pembelajaran yang perlu digalakkan pada peringkat penulisan asas. Pelajar digalakkan meniru atau menulis semula bentuk-bentuk penulisan yang dianggap baik daripada buku-buku. Proses peniruan ini membantu pelajar menguasai ejaan, struktur ayat dan gaya penulisan yang baik. Menulis berdasarkan perkara yang berkait rapat dengan pengalaman hidup seharian. Contoh Kucing Saya, Bapa Saya, Ibu Saya dan sebagainya yang bersesuaian dengan peringkat sekolah rendah. Panjang atau jumlah perkataan tidak diutamakan Jumlah isi atau perkataan tidak penting. Yang penting ialah pelajar-pelajar boleh menulis tanpa tekanan dan semua tulisan perlu diterima untuk kali pertama. Tidak menekankan penggunaan ayat yang panjang Pengajaran tidak menekankan penggunaan ayat-ayat yang panjang dan kompleks. Ayat-ayat berbentuk dialog digalakkan bertujuan supaya pelajar boleh melahirkan idea tanpa dikongkong oleh masalah bahasa.

(c)

(d)

(e)

(f)

(iii)

Pelaksanaan Pendekatan Penulisan Asas Aktiviti P&P dijalankan dalam tiga peringkat iaitu: (a) peringkat rangsangan dan peneguhan (b) peringkat penyusunan dan perkaitan (c) peringkat penulisan sebenar
5

(a)

Peringkat rangsangan dan peneguhan (lisan) Murid diberi rangsangan dan peneguhan untuk menjana idea mereka. Guru boleh menggunakan bahan-bahan rangsangan yang berbentuk gambar, filem atau bahan-bahan grafik lain yang berkait rapat dengan tajuk. Berdasarkan bahan rangsangan, guru kemudiannya memberi model-model dialog yang mudah. Melalui gambar-gambar dan keadaan bilik darjah yang tidak terurus, yang terdapat banyak buku yang bertaburan di lantai, guru boleh memperkenalkan dialog-dialog yang berkaitan dengannya. Contohnya, Saya mahu membaca. Membaca buku yang mana? Buku berwarna merah. Ambilkan saya buku itu. Buku ini bertaburan. Seterusnya, guru akan menyenaraikan semua dialog atau ayat yang dibentuk daripada bahan rangsangan dan mengarahkan murid menyusunnya supaya tercerna satu cerita. Contohnya; A B A B : : : : Saya mahu membaca Buku yang mana? Buku berwarna merah. Ambilkan saya buku itu. Buku ini bertaburan.

Untuk aktiviti pengukuhan, guru boleh mengarahkan murid mencipta dialog mereka sendiri serta menyusun dialog tersebut.

(b)

Peringkat penyusunan dan perkaitan (Lisan dan Bertulis) Setelah murid mendapat idea asas dalam bentuk dialog, murid didedahkan pula pada teknik ayat-ayat boleh disambung dalam bentuk ayat yang lebih panjang. Guru akan memperkenalkan perkataan kata hubung seperti dan, tetapi, oleh itu, walaupun, apabila, hingga dan sebagainya. Contoh:
6

Ahmad mahu membaca buku yang berwarna merah. Oleh itu, dia menyuruh Bidin mengambilkannya. Walau bagaimanapun, buku itu bertaburan. Sebagai pengukuhan, murid boleh menggunakan kata hubung tersebut dan guru boleh mengarahkan murid membuat ayat-ayat pendek menggunakan kata hubung tersebut serta menyambungkan ayat-ayat lain untuk mewujudkan satu cerita.

(c)

Peringkat penulisan sebenar Murid diarah menulis perkara yang mudah dan ringkas seperti arahan, mesej dan surat ringkas. Pada peringkat ini, murid tidak lagi menggunakan bahan rangsangan tetapi berdasarkan idea mereka sendiri. Contoh: Guru menyatakan suasana atau latar seperti ketika balik dari sekolah, anda ternampak satu kemalangan jalan raya yang melibatkan anak jiran anda. Buat satu mesej yang akan anda tulis untuk jiran anda itu. Aktiviti seperti ini harus dilaksanakan secara berterusan dan berperingkat daripada yang pendek kepada yang lebih panjang dan daripada perkara mudah kepada perkara yang kompleks supaya dapat membiasakan murid menulis dan menjana idea.

(iv)

Kebaikan Pendekatan Penulisan Asas (a) Tahap penguasaan bahasa murid diberikan penekanan. Murid yang menghadapi masalah sama ada bahasa ataupun penjanaan idea tidak akan diketepikan dalam pengajaran. Murid dapat menguasai kemahiran menulis secara terancang dan dalam keadaan yang tidak tertekan. Proses penjanaan idea dalam kalangan murid akan berjalan dengan lancar. Murid tidak dibebankan dengan jumlah perkataan dan bentuk ayat yang sukar. Murid hanya diberitahu perkara yang akan ditulis dan cara tulisan itu dipermudah.
7

(b)

(c)

(d)

Bentuk tulisan naratif diberikan penekanan memudahkan murid mengaitkan tulisan dengan pengalaman seharian mereka. Memudahkan murid membuat ayat berdasarkan interaksi lisan dan seterusnya interaksi lisan membolehkan murid menjana idea secara lebih bebas.

(v)

Kelemahan Pendekatan Penulisan Asas (a) Pendekatan ini hanya sesuai digunakan untuk murid yang menulis kali pertama dan murid-murid yang lemah dalam aspek penulisan. Memerlukan guru mengelompokkan murid. Memakan masa yang lain untuk disempurnakan Langkah-langkah pengajarannya memerlukan guru mengambil kira semua murid telah menguasai setiap aktiviti sebelum guru berpindah kepada aktiviti seterusnya. Tidak berkesan dalam jangka masa pendek. Pemberatan yang tidak mementingkan aspek bahasa secara serius boleh mempengaruhi pelajar terhadap penggunaan bahasa yang tidak betul. Masalah kelemahan bahasa dalam tulisan yang berbeza sama ada dari segi struktur ayat dan pilihan kata atau bahasa lisan akan berlaku. Penekanan terhadap bentuk dialog dan naratif hanya membolehkan murid menjana idea tetapi tidak diajar menggunakan bahasa dalam konteks penulisan.

(b)

(c)

PENDEKATAN PROSES (i) Pengenalan Menekankan proses mengarang dan bukannya hasil penulisan yang terakhir. Pendekatan ini membiasakan penulis berlatih menulis draf, menyemak, mencipta dan mengkritik berulang kali. Penulis akan

menyusun atur atau menulis semula perenggan tertentu, menambah yang baru atau menggugurkan perkara yang telah ditulis. Pendekatan ini menyarankan supaya pelajar menyedari bahawa sesutau yang telah dapat ditulis itu bukanlah sudah cukup sempurna tetapi ia masih boleh dibaiki melalui proses penulisan yang betul. Pendekatan ini menggalakkan pelajar mencipta untuk menemui sumber-sumber bahasa semasa mencetuskan idea dan membenarkan maklumat baru bersatu dengan idea-idea yang telah diperoleh. Setiap kesalahan tidak dibetulkan secara formal tetapi dinyatakan sahaja supaya ia dapat diperbaik oleh pelajar sendiri. Selepas proses ini, barulah pelajar diminta menuliskan semula draf mereka dengan memberi pertimbangan kepada setiap kesalahan serta idea-idea baru sekiranya ada. Pendekatan ini sesuai dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar.

(ii)

Aspek Penting Dalam Pendekatan Proses (a) Tajuk yang ingin ditulis terserah kepada pelajar Pelajar bebas untuk menulis mengikut kecenderungan mereka kerana matlamat pengajaran karangan ialah produnya yang baik dan berkesan. Namun begitu, guru boleh membincangkan tajuk tentang sesuatu bidang yang hendak ditulis dengan pelajar dan pelajar memutuskan tajuk sebenarnya. Pengajaran mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar Pendekatan proses dilakukan dalam suasana yang fleksibel. Kebolehan pelajar dianggap berbeza. Pelajar boleh menentukan selama mana mereka perlu berada dalam satu-satu peringkat pembelajaran. Hal ini bergantung pada keupayaan mereka. Pelajar bebas untuk memulakan penulisan Pelajar bebas menentukan masa yang sepatutnya dia memulakan penulisan karangannya, mengikut keupayaan dirinya, persiapan yang dibuat dan sebagainya.

(b)

(c)

(d)

Peringkat pra penulisan melibatkan perbincangan dan membuat catatan yang perlu Perbincangan boleh dilakukan dengan rakan dan guru, malah orang lain yang boleh mencernakan idea dan isi yang sesuai untuk sesuatu tajuk yang dikehendaki. Isi dan idea yang bakal ditulis perlu dicatatkan dan catatan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, umpamanya dalam laman web, carta organisasi, penyenaraian dan sebagainya. Pelajar mengetahui audien yang akan membaca penulisannya Pelajar yang mengikuti penulisan secara pendekatan proses harus saling bertindak sebagai penulis dan audien. Sebagai penulis, dia tahu perkara yang hendak ditulisnya manakala sebagai audiens, dia boleh meramalkan reaksi bakal audiennya apabila membaca hasil tulisannya. Oleh sebab itu, pelajar harus sentiasa cuba memperbaik persembahan hasil penulisannya terutama pada peringkat menulis semula supaya satu hasil yang baik dan berkesan dapat disampaikan kepada audiensnya.

(e)

(iii)

Prinsip Pendekatan Proses (a) Penulisan ialah satu set proses pemikiran yang distingtif yang digunakan oleh penulis untuk mengolah dan menyusun ketika mengarang. Proses pra penulisan, menulis dan menulis semula melibatkan penyertaan mental untuk memikirkan topik dan audiens. Walaupun kesemuanya kelihatan saling bertindih tetapi tetap terpisah dan distingtif. Proses penulisan disusun secara hierarkikal dengan proses-proses mengikut komponen dan dalam komponen yang lain. Berlaku mengikut peringkat-peringkat tertentu dalam pra penulisan, menulis dan menulis semula. Pada setiap peringkat ini pula berlaku sub peringkat. Contoh: Pada peringkat pra penulisan bermula dengan pengumpulan idea, menyusun, menghubung kait isi atau idea dan sebagainya sebelum penulisan sebenar dimulakan.

(b)

10

(c)

Penulisan ialah satu proses yang berpandukan matlamat, iaitu hasil penulisan seperti karangan. Dalam karangan terkandung satu rangkaian maklumat secara hierarkikal seperti isi utama, huraian dan contoh dan seterusnya. Setiap isi mendokong matlamat penulisan. Semasa menulis, penulis menjadikan matlamat penulisan sebagai dasar persembahan penulisannya yang meliputi isi utama, cara ia harus dihuraikan dan contoh yang harus disertakan untuk menyokong atau mengukuhkan hujah isi berkenaan.

(iv)

Peringkat-Peringkat Pendekatan Proses (a) Proses Mengarang Tiga Tahap Ruggiero (1981) menamakan peringkat ini sebagai perancangan (planning), menulis (writing) dan menyunting (editing). Pada peringkat perancangan, idea-idea disatukan agar ia dipusatkan pada tajuk. Penulis memilih ayat dan struktur bahasa agar dapat menghasilkan penulisan yang jitu pada peringkat menulis. Pada peringkat penyuntingan, penulis mencari kesalahan, membuang perkara-perkara yang tidak perlu dan membetulkan pendapat bagi menghasilkan karangan yang baik dan berkesan. Baugh (1975) menyenaraikan proses menulis mengikut cara yang sama seperti yang berikut: Langkah Pertama : Peringkat Prapenulisan Aktiviti yang dijalankan ialah mengenal pasti dan menyatakan tujuan, mengenal pembaca, menyediakan ruang lingkup perbincangan dan menjalankan penyelidikan latar belakang dan mendapatkan data. Langkah Kedua : Peringkat Menulis Aktiviti yang dijalankan ialah menyusun data yang diperoleh dan membuat rangka kasar karangan. Mencatatkan rancangan penulisan dan menuliskan draf yang pertama.
11

Langkah Ketiga : Menyemak Aktiviti yang dijalankan ialah menyunting dan menulis semula draf pertama dengan jelas, baik, ringkas dan tepat. Memeriksa kesalahan nahu, ejaan dan kesalahan yang tidak disengajakan. Memastikan salinan terakhir bebas daripada kesan padam, tanda pangkah, kotoran dan sebagainya. (b) Proses Mengarang Empat Tahap Crowley (1977) mencadangkan empat tahap dalam proses mengarang, iaitu persediaan (preparation), menyimpan (incubation), menulis (writing) dan menyemak (revising) seperti yang berikut: Langkah Pertama : Aktiviti Pra penulisan Pada peringkat persediaan, penulis mula mencadangkan tajuk, memilih tajuk yang sesuai, mengenali pembacanya, dan memilih bentuk karangan. Aktiviti pra menulis ini melibatkan kemahiran memerhati, berfikir, membaca dan mengingat semula yang dilakukan sama ada dengan mencatat ayat pertama, melakar, menurunkan perkataan-perkataan atau sebagainya. Penulis akan berfikir sambil menulis, iaitu Apakah yang hendak dikatakan?, Kepada siapa hendak dikatakan? dan Bentuk apa yang hendak dikatakan? Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti yang berikut: (a) Mengumpul Maklumat Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan papan tulis dan pelajar menggunakan buku nota mereka. Contohnya: Memperkenalkan tajuk. - memberikan masa kepada pelajar untuk membincangkan tajuk.
12

- dilakukan secara berkumpulan atau secara berpasangan dan kemudian guru mencatatkannya pada papan tulis. Membuat perbincangan - pelajar secara berkumpulan atau berpasangan membuat perbincangan dan pada akhir aktiviti, pelajar diminta menulis isi-isi tambahan dalam senarai mereka. Pelajar menjawab berkaitan. soalan yang

Meminta pelajar mengisi borang soal selidik. Mengadakan sesi laporan.

(b)

Rangka Piramid Antara aktiviti yang dijalankan adalah : Membuat salinan petikan yang sama kepada pelajar secara individu. - petikan menceritakan pengalaman yang boleh menarik minat pelajar. - petikan digunakan sebagai bahan rangsangan. Secara individu, pelajar diminta menyenaraikan isi yang berkaitan dengan petikan. Secara berpasangan, pelajar berbincang tentang isi masing-masing. Akhirnya, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan isi yang diperoleh mereka dan pasangan yang sama tidak boleh berada dalam kumpulan yang sama.

(c)

Peta fikiran
13

Pelajar menggunakan peta fikiran untuk membuat catatan sebelum menulis. Pelajar diminta mencatatkan seberapa banyak isi yang mungkin tentang tajuk yang diberi. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan papan hitam.

(d)

Rajah idea Pelajar boleh menggunakan rajah idea untuk tujuan yang sama. Aktiviti ini memerlukan pelajar secara kelas mengeluarkan seberapa banyak idea atau pendapat berbentuk sama ada setuju atau tidak tentang sesuatu tajuk. Menyusun dan Menentukan Maklumat Menggunakan gambar yang menunjukkan kehidupan, pemandangan dan lain-lain. Gambar yang digunakan perlulah jelas dan menampakkan hubungan manusia dengan objek. Soalan yang berkaitan dengan gambar boleh membantu pelajar untuk memahami gambar berkenaan dan dengan menggunakan gambar, pelajar boleh melihat kepentingan penulisan mereka. Sumbangsaran Dijalankan secara berkumpulan atau kelas.

(e)

(f)

berpasangan,

(g)

Menulis Bebas Memerlukan pelajar mencerna idea atau pendapat tentang tajuk yang diberikan. Teknik ini boleh mengatasi masalah halangan untuk berfikir. Memerhati dan Membuat Catatan Aktiviti ini merupakan pembelajaran melalui penemuan dan pelajar boleh
14

(h)

membina kemahiran memerhati, membuat catatan dan menyusun idea atau pendapat mereka. Menggalakkan pelajar bercakap tentang objek yang terdapat di dalam auat di luar bilik darjah dan kemudian, semasa perbincangan dijalankan, perkataan atau frasa diisi dalam ruang yang sesuai pada papan tulis.

Langkah Kedua : Aktiviti Penulisan Tahap ini ialah tahap meneroka idea. Idea terus diterokai dan mesej dijelaskan, tepat dan sesuai dengan tujuan, golongan pembaca dan bentuknya. Draf awal belum lagi sempurna kecuali telah dilakukan penyemakan semula. Langkah Ketiga : Penyemakan Semula Merangkumi proses penyemakan semula dan membuat penyuntingan. Sewaktu penyemakan semula, penulis perlu mengkaji semula sama ada idea-idea yang dinyatakan bersesuaian dengan tujuan, golongan pembaca dan bentuk. Proses berfikir semula, membentuk semula dan menulis semula agar idea dan mesej cukup mantap dan sampai kepada pihak pembaca akan berlaku dalam langkah ketiga. Setelah idea disusun dengan mantap, proses penyuntingan dijalankan. Penelitian baris demi baris dilakukan agar struktur ayat, tatabahasa, ejaan dan sebagainya betul dan tepat. Langkah Keempat : Penerbitan

15

Proses ini menggalakkan penulis berkongsi bahan dengan orang lain. Hasil pelajar boleh dipamerkan atau diedarkan untuk pembacaan dan penerbitan mendorong serta memberikan sumbangan dalam meningkatkan usaha penulis untuk terus menulis.

(v)

Strategi Pendekatan Proses Dalam KBSR (a) Menekankan penglahiran idea pada peringkat awal, manakala aspek ejaan, tatabahasa dan mekanis dilewatkan pada peringkat akhir penulisan, iaitu apabila idea dan organisasi sudah cukup sempurna mengikut taraf kebolehan seseorang pelajar. Guru tidak berperanan sebagai penilai, tetapi guru membaca hasil karangan murid untuk menggalakkan mereka banyak menulis. Peranan guru adalah sebagai pembaca. Murid melalui beberapa peringkat atau tahap latihan sebelum menghasilkan karangan seperti yang berikut: Draf Draf Draf Draf (d) I Idea II Perkembangan III Organisasi Idea IV Penyuntingan

(b)

(c)

(e)

(f) (g) (h) (i)

Aktiviti pra penulisan atau peringkat persediaan sangat penting sebelum murid mula menulis. Pada peringkat ini, murid membuat pelbagai aktiviti seperti lisan, bacaan dan aktiviti menulis atau mencatat. Aktiviti perbincangan terus dijalankan, bermula daripada aktiviti pra penulisan hinggalah kepada aktiviti menulis draf. Perbincangan boleh diadakan antara guru dengan murid yang dipilih atau secara kelas. Perbincangan sesuai bagi semua pelajar (lemah atau cerdas). Hanya masa yang diambil sahaja yang membezakannya. Komen guru bersifat positif bercorak membina dan memberangsang murid untuk terus menulis. Proses penulisan dalam jangka masa tertentu (mungkin satu minggu) Pendekatan ini sesuai untuk semua murid dan boleh membantu pelajar yang lemah dalam penulisan. Membolehkan pelajar mengembangkan daya intelek mereka, terutama apabila mereka membuat penyemakan semula pada draf karangan.
16

(j)

Penulisan karangan bukan sahaja dimonopoli oleh mereka yang kreatif sahaja tetapi aspek kreatif itu boleh ditonjolkan.

(vi)

Prosedur Mengajar Menggunakan Pendekatan Proses (a) Pelajar menulis sendiri mengikut perkara yang terlintas dihatinya dan bebas menulis sebanyak mana yang dikehendaki. Langkah ini termasuk dalam peringkat pra penulisan dan bersifat bebas. Walaupun begitu, bimbingan guru masih diperlukan seperti memupuk kemahiran penyoalan diri. Kemahiran penyoalan diri wajar diterapkan lebih awal seperti belajar menyoal diri dengan soalan-soalan tertentu seperti: apakah yang ingin ditulis?, apakah yang banyak anda ketahui?, apakah perkara yang anda ingin tulis tetapi tidak banyak diketahui? Pelajar menulis draf yang pertama Penulisan dilakuakn tanpa mengambil kira kesalahan ejaan, ketidaktepatan penggunaan tanda baca dan konvensyen serta pemerengganan. Perkara yang penting ialah penghasilan satu draf yang mengandungi ciri-ciri sebuah karangan dengan tajuk yang telah ditentukan. Konferens guru dengan pelajar Bermaksud pelajar berjumpa dengan guru dan rakan pelajar lain untuk tujuan menyemak draf pertama yang telah disiapkan. Boleh diadakan antara guru dengan tiga atau empat orang pelajar secara serentak. Dalam konferens itu, draf pertama yang menjadi hasil awal penulisan pelajar dibincangkan tetapi guru tidak membacanya kecuali bertanya sejauh mana kemajuan proses penulisan itu telah dijalankan. Guru boleh bertanya tentang perkara selanjutnya yang akan ditulis oleh pelajar. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pendengar, malah guru boleh mengemukakan soalan yang diharap dapat membantu pelajar menggerakkan fikiran untuk penulisan semula yang lebih baik.
17

(b)

(c)

Guru tidak digalakkan menegur kesalahan yang dilakukan pelajar pada peringkat ini.

(d)

Pelajar menulis draf kedua Setelah berlaku konferens dengan guru dan rakan sebaya, pelajar menulis draf kedua yang melibatkan pertambahan, penguranga, penggantian atau pembuangan isi atau idea yang tidak berkaitan. Konferens semula Bertujuan memantapkan lagi isi dan idea yang mungkin masih boleh dibaiki dan proses ini boleh berlaku antara dua hingga tujuh kali. Jumlah bergantung pada keperluan draf-draf yang ditulis dan dibaik dari pelbagai aspek. Guru membaca pruf sambil menyemak maklumat yang ditulis dan ketepatannya Guru memberi isyarat seperti memaklumkan bahawa hasil tulisan itu telah sempurna dan konferens diberhentikan Hasil penulisan diterbitkan atau dipamerkan Setiap hasil penulisan yang baik seharusnya diterbitkan dalam pelbagai bentuk yang sesuai ataupun dipamerkan di dalam kelas untuk tatapan pelajar-pelajar lain. Salah satu cara untuk memberi penghargaan dan meneguhkan keyakinan pelajar terhadap usaha penulisannya. Hasil penulisan pelajar dihantarkan kepada guru Sebaik-baiknya pelajar menghantarkan hasil penulisan mereka ke dalam folder supaya memudahkan penyemakan guru. Menurut Danielson dan LaBonty (1994:91), konsep penghantaran dalam folder ialah satu cara pelajar dapat menyimpan hasil kerja penulisannya dengan lebih terurus. Untuk penilaian, guru tidak menanda kesalahan pelajar, sebaliknya memberi komen yang berbentuk soalan terhadap perkara-perkara yang masih tidak jelas atau kesilapan yang masih ada.
18

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

(j)

Guru mengembalikan penulisan kepada pelajar Hasil penulisan yang telah diberi komen yang sesuai perlu dikembalikan kepada pelajar supaya mereka dapat mengetahui penilaian guru dan membuat penilaian kendiri berdasarkan komen guru. Dengan cara tersebut, hasil penulisan tersebut dapat dijadikan contoh supaya penulis meningkatkan kemahiran menulis atau membaiki kesilapan yang masih ada.

(vii)

Kelebihan Pendekatan Proses (a) Pelajar menguasai kemahiran secara berperingkat. Penguasaan kemahiran oleh pelajar dapat dipupuk secara beransur-ansur mengikut peringkat mana proses penulisan itu dijalankan. Contohnya, peringkat pra penulisan dapat memupuk kemahiran mencari isi, merujuk kamus dan mencari bahan rujukan sendiri. Kesilapan dapat dielakkan lebih awal. Setiap kesilapan dapat dikesan mengikut peringkat kerana pendekatan proses dilakukan secara berperingkat. Contohnya, jika tersalah memilih isi dapat dikesan pada peringkat pra penulisan, pada peringkat penulisan, kesilapan tersebut tidak akan berlaku lagi. Pelajar dapat menguasai kemahiran menulis karangan dan bukannya isi karangan sahaja. Melatih pelajar menguasai penulisan dengan sempurna. Pelajar akan mampu dan tahu bertindak untuk merancang penulisan mengikut proses secara sistematik sehingga terhasil penulisan karangan yang baik apabila diberikan apaapa tajuk.

(b)

(c)

(viii) Kelemahan Pendekatan Proses (a) Pengajaran karangan menjadi aktiviti yang berulang-ulang. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana mungkin tajuk yang sama terpaksa ditulis oleh pelajar berkali-kali daripada draf pertama sehingga draf terakhir. Pelajar akan berasa bosan dan kewujudan pelajar yang menyerah kalah juga boleh wujud jika mereka gagal
19

membuat peningkatan kualiti daripada draf pertama hingga draf seterusnya. (b) Mengambil masa yang lama. Pendekatan proses mengandungi banyak komponen yang membentuk satu proses lengkap penulisan faktor masa yang lama. Tumpuan pada perkembangan isi berkurangan berbanding dengan peningkatan kemahiran menulis. Peningkatan dari segi isi dan ilmu berkurangan kerana proses penulisan yang menggunakan pendekatan ini mungkin menggunakan satu tajuk sahaja untuk beberapa waktu walaupun peningkatan kemahiran menulis berlaku. Guru boleh mengatasi kelemahan ini dengan menggabungkan kaedah kumpulan yang akan menulis tajuk-tajuk yang berbeza. Perbezaan tajuk berlaku perbezaan bidang ilmu dan isi yang akan disediakan oleh pelajar.

(c)

(3)

Kaedah dan Teknik dalam pengajaran penulisan (i) Kaedah Pengucapan Terkawal Pincas (1982) menyatakan bahawa penekanan dilakukan secara progresif daripada penggantian perkataan dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat-ayat dalam perenggan yang pelbagai jenis. Penggantian tersebut ialah lambang atau alat penulisan dalam esei atau cerita. Pada peringkat awal, pelajar dibantu oleh guru dengan dinyatakan perkara yang sepatutnya dilakukan mereka. Kemudian, mereka digalakkan untuk memperkembang istilah penggantian mereka sendiri. Skema pengajaran, pelbagai latihan penggantian jenis ini, mengandungi hanya satu peringkat skema latihan, iaitu: (i) latihan penggunaan pelbagai perbendaharaan kata dan pembentukan ayat dalam penulisan dan lisan. (ii) latihan yang melibatkan penghasilan perbandingan peningkatan lisan dan tulisan. Penghasilan oleh pelajar hanya apabila mereka telah bersedia dan tahu menghargai atau menggunakan pelbagai ciri penulisan.
20

(iii) (iv)

latihan dengan menggunakan gaya penulisan yang berbeza bagi tujuan yang berlainan. penulisan karangan yang melibatkan penggantian yang pelbagai.

(ii)

Kaedah Pengucapan Bebas Pelajar digalakkan untuk menghasilkan pengucapan secara ekstensif tanpa mengambil kira bilangan dan jenis kesalahan atau gaya bertutur atau menulis yang menarik. Pelajar diarah menulis secara cepat dengan sedikit ulang kaji. Erazmus (1960) menegaskan bahawa kuantiti penulisan pelajar adalah lebih baik daripada hasil penulisan yang sempurna. Kaedah ini memperkukuh pengalaman bahasa pelajar melalui setiap penggunaan perkataan yang baru dan kepelbagaian dalam sekuen sintatik. Kaedah ini menekankan kuantiti daripada kualiti dan menunjukkan kejayaan. Contohnya, melalui program kefasihan yang dilakukan oleh Brieve (1966), pelajar menghasilkan banyak bahan dengan kesalahan yang minimum. Dalam kumpulan percubaan, pelajar menulis secara bebas selama enam minit. Hanya dua kesalahan dapat dikesan oleh pengajar. Karangan mingguan antara 300 hingga 500 patah perkataan telah diberikan kepada pelajar dan penulisan ilmiah sepanjang 1000 patah perkataan diperlukan. Karangan diperiksa secara teliti dan pelajar menerima gred ke bawah disuruh menulis semula karangan mereka. Ujian akhir menunjukkan terdapat pengurangan kadar kesalahan dan peningkatan pada kuantiti (output) semasa program dijalankan. Brieve (1966) merumuskan bahawa penerimaan sementara terhadap hipotesisi yang memberi penekanan pada permulaannya harus diletakkan pada kuantiti penulisan dan bukannya kualiti penulisan. Kaedah Retorika Kaedah ini merujuk teori retorika dan latihan yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti ciptaan, susunan dan stail dalam penulisan.

(iii)

21

Ciri tradisi retorika yang popular ialah pengiktirafan bentukbentuk prosa deskriptif, naratif, ekspositori dan argumentatif. Kebanyakan teks yang berdasarkan teori retorika mengarahkan pelajar menggunakan skema berdasarkan bahan yang boleh disusun. Penekanan diberikan pada bentuk organisasi yang berlainan berdasarkan perenggan-perenggan yang berkemungkinan dilakukan melalui proses analisis, kontras, analogi dan lainlain.

(iv)

Kaedah Mengarang Berdasarkan Teks Setelah memastikan objektifnya, guru hendaklah mendapatkan bahan-bahan bertulis yang boleh digunakan sebagai bahan perbincangan atau latihan-latihan yang berkaitan untuk memulakan sesuatu penulisan (Gorman, 1973). Pada peringkat permulaan, bahan atau perenggan yang dipilih akan dibaca dan dibincangkan. Senarai kata-kata yang tidak difahami akan dibincangkan jika pelajar perlu memahaminya untuk memahami keseluruhan teks berkenaan. Pada tahap ini, guru perlu menarik perhatian pelajar terhadap bentuk nahu tatabahasa yang perlu diketahui dan diambil perhatian oleh pelajar. Contohnya, beri tumpuan pada bahagian yang mungkin boleh disalahertikan oleh pelajar atau tunjukkan beberapa transformasi kata nama dalam perenggan tersebut. Guru perlu memberi pelajar maklumat tentang penulis dan kepada siapa bahan itu ditujukan. Dengan ini, perbincangan boleh dijalankan untuk mengetahui tujuan penulisan itu, kesan yang diharapkan dan berdasarkan faktor-faktor ini, bentuk dan gaya yang digunakan untuk menulis (melihat cara penulis memilih peraturan pengucapan, nahu dan perkataan yang sesuai). Pada peringkat yang lebih tinggi, perbincangan boleh dibuat oleh pelajar berdasarkan beberapa sudut pandangan atau pendapat pembaca yang berlainan. Semua tugasan mestilah bertujuan pelajar membuat pendekatan dan kerap merujuk teks itu. Latihan yang memerlukan pelajar menulis semula bahagian teks itu atau meringkaskannya adalah digalakkan.
22

Sebagai permulaan, latihan ini boleh dijalankan oleh guru bersama-sama pelajar dengan bantuan papan tulis atau OHP.

(v)

Teknik Menggabung Ayat Teknik mengajar murid supaya pandai menggabungkan ayat secara betul dan berkesan. Pada peringkat sekolah rendah, latihan menggabungkan ayat biasanya melibatkan kata hubung (penggabung kata) seperti dan, tetapi, sambil, sungguhpun dan kerana yang biasanya digunakan dalam wacana lisan atau penulisan. Tujuannya adalah untuk menggabungkan dua ayat yang mudah menjadi satu ayat yang lebih panjang dan kompleks. Teknik Manipulasi Ayat Teknik mengajar murid-murid supaya pandai memanipulasi ayat. Kemahiran memanipulasi ayat amat penting dalam penulisan kerana kemahiran boleh membantu murid-murid menulis dengan gaya yang lebih berkesan. Memanipulasi ayat bermakna menjana, membentuk, atau menukarkan variasi ayat supaya ekspresi penulisan menjadi lebih tepat dan berkesan menurut maksud yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Latihan yang terlibat dalam teknik ini adalah seperti yang berikut: (i) Latihan menjana ayat mudah secara gramatis. (ii) Latihan menggabungkan ayat mudah dengan betul dan berkesan. (iii) Latihan menukarkan bentuk ayat biasa kepada bentuk ayat songsang. (iv) Latihan menukarkan bentuk aya songsang kepada bentuk ayat biasa. (v) Latihan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. (vi) Latihan menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif. (vii) Latihan menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. (viii) Latihan menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk. Teknik Perbincangan Dalam bidang pendidikan bahasa, teknik perbincangan sering digunakan untuk mencari dan menyusun isi karangan.

(vi)

(vii)

23

Perbincangan boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu antara guru dengan murid di dalam kelas atau dalam kalangan murid sendiri dalam kumpulan kecil. Perbincangan yang dilakukan adalah berfokus pada sesuatu tajuk karangan yang bertujuan membincangkan isi penting dan relevan dengan kehendak tajuk karangan. Contohnya, tajuk baik baruknya tinggal di bandar. Selain isi, aspek penyusunan isi itu sendiri perlu dibincangkan supaya karangan tersebut teratur, mudah difahami dan sedap dibaca. Dalam perbincangan antara guru dengan murid, isi penting akan dicatat dan disusun oleh guru pada papan hitam. Proses memahami tajuk karangan dan merangka isi karangan berlaku dalam perbincangan tersebut dan akhirnya murid menyalin rangka dan isi penting sebagai panduan untuk mengarang berdasarkan tajuk tersebut. Dalam perbincangan ini, murid boleh membuat draf dan mencatatkan isi-isi penting, seterusnya mengarang berdasarkan tajuk tersebut dan pada kebiasaanya, karangan yang dihasilkan oleh murid melalui teknik ini adalah lebih baik dan tersusun isinya serta kesilapan yang dilakukan mereka juga adalah kurang, termasuklah kesilapan tatabahasa.

(viii) Teknik Mengarang Secara Terkawal Teknik ini bertujuan melatih atau menguji pelajar dalam bidang penulisan. Ia bercorak formatif dan biasanya digunakan pada peringkat sekolah rendah. Kebebasan teknik ini sangat terhad kerana banyak perkara telah disediakan oleh guru. Guru memberikan murid-murid satu rangka isi tentang perkara atau subjek yang perlu ditulisnya. Contoh 1: Arahan Yang berikut ialah butir tentang diri seorang murid. Tulis satu perenggan karangan tentang murid tersebut. Nama Umur : : Nayli Syafiqah bt Mohamad Sofri 12 tahun
24

Darjah Sekolah Hobi Tempat tinggal Adik-beradik Pekerjaan bapa Pekerjaan ibu (ix)

: : : : : : :

Enam Mawar Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Pulau Pinang Membaca, mendengar radio dan melayari internet. No. 24, Taman Sri Relau, Relau, Pulau Pinang. Tiga orang, iaitu satu perempuan dan dua lelaki Kontraktor Guru

Teknik Mengarang Secara Terpimpin Teknik ini merupakan teknik lanjutan daripada latihan menulis secara terkawal. Melalui latihan menulis secara terpimpin ini , isi atau rangka karangan yang perlu dihasilkan oleh pelajar agak bebas. Contohnya, murid akan diberikan hanya sedikit panduan seperti menyediakan ayat yang pertama atau ayat yang terakhir, menyediakan rangka karangan dan gambar bersiri atau gambar komposisi sebagai panduan kepada pelajar dalam penulisan karangan. Teknik melatih atau menguji murid-murid mengarang ini sesuai digunakan pada peringkat rendah dan peringkat menengah rendah. Selain cara di atas, guru juga boleh memberikan muridmurid satu rangka karangan dan mereka dikehendaki mengarang berpandukan rakng tersebut. Contoh: Arahan Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk yang berikut. Kamu hendaklah menggunakan rangka karangan yang diberikan sebagai panduan. Baik Buruk Tinggal di Bandar 1. Kebaikan (a) Banyak kemudahan (b) Banyak kemudahan (c) Banyak kemudahan (d) Banyak kemudahan

membeli-belah. hiburan. rekreasi. pengangkutan.


25

(e)

Kemudahan air, elektrik, tenaga menggunakan pelbagai alat elektrik)

(senang

2.

Keburukan (a) Kesesakan lalu lintas. (b) Pencemaran udara. (c) Kebisingan. (d) Suhu yang panas. (e) Tidak dapat berkebun atau menternak ayam atau kambing.

(x)

Teknik Mengarang Secara Bebas Teknik melatih atau menguji murid-murid menulis dan mengarang tanpa memberikan sebarang panduan rangka atau isi karangan. Murid-murid dikehendaki menulis dan mengarang berdasarkan tajuk karangan yang diberikan yang mungkin terdiri daripada beberapa tajuk. Pelajar bebas memilih satu daripada tajuk tersebut dan bebas merancang perkara-perkara yang perlu dilakukannya dalam proses menghasilkan karangan iaitu seperti yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Memilih dan memahami sesuatu tajuk karangan dan memikirkan idea-idea yang berkaitan. Merangka karangan. Menulis draf (biasanya dalam latihan) Menyemak dan membaik draf. Menulis versi akhir karangan.

Teknik ini bercorak sumatif kerana ia menguji segala aspek subkemahiran mengarang di atas. Teknik ini boleh digunakan pada peringkat sekolah menegah atau rendah, iaitu setelah murid-murid menunjukkan kebolehan menulis dan mengarang secara terkawal dan terpimpin. Pada peringkat sekolah rendah, guru boleh melatih murid menulis tentang tajuk karangan jenis naratif, deskriptif atau ekspositori (penerangan atau pendedahan).

26

27

28

29

30