Anda di halaman 1dari 2

JURNAL 1 2012

Tarikh : 27-07-2012 Tajuk : Menangani murid pasif dalam kelas

Pengenalan Ini merupakan minggu pertama saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior. Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar kelas 3 Pekerti dan 4 Pekerti. Saya telah memasuki sebuah kelas dan mendapati ada seorang murid yang pasif dalam kelas.

Isu Terdapat seorang murid yang kelihatan pasif. Sepanjang pemerhatian saya, dia jarang sekali melihat ke arah saya ketika saya memberikan makluman ataupun mengajar. Dia juga jarang sekali kelihatan duduk menghadap ke hadapan.

Analisa Isu Dia tidak seperti kawan-kawan kelasnya yang mana berani untuk bersuara. Mungkin kerana dia tidak mempunyai keyakinan diri. Bimbang dimarahi guru jika tersalah memberikan jawapan. Ataupun dia tidak berminat untuk belajar.

Cadangan Penambahbaikan Untuk mengatasi murid-murid pasif ini, saya seharusnya selalu memanggil namanya di dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana saya mahu menggalakkan dia membuka mulut untuk bertanya ataupun berani untuk memberikan pendapatnya sendiri. Selain itu, saya patut melibatkan dia dalam setiap pergerakan seperti mengedarkan lembaran kerja dan sebagainya. Selain itu, saya harus mengelakkan penggunaan kata-kata negatif terhadapnya dan

JURNAL 1 2012
memperbanyakkan penggunaan peneguhan positif. Hal ini kerana saya ingin membina keyakinan dalam dirinya. Penutup Pada usia sebeginilah seorang guru harus tahu bagaimana untuk membina keyakinan seorang murid. Hal ini kerana murid-murid mempunyai perjalanan yang jauh untuk ditempuhi. Bukannya membunuh keyakinan murid-murid.