Anda di halaman 1dari 15

Nama : _____________________________________

Kelas :_______________

PENILAIAN KEMAJUAN SEKOLAH RENDAH 2 2012 BAHASA MALAYSIA


[PEMAHAMAN]

TAHUN 4

50 minit
ARAHAN KEPADA CALON:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif . Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya , ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu. 3. Anda hendaklah menggunakan pensel 2B atau HB.

Kertas soalan ini mengandungi 10 MUKA SURAT soalan yang dicetak pada kedua-dua belah muka surat, tidak termasuk muka surat ini.
[1]

ARAHAN AM: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D.

Antaranya , ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu.
Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1.

Kamal ____________ basikalnya ketika pulang dari sekolah kerana tayarnya pancit. A. memimpin B. menyeret C. D. menyorong memapah

2.

Peragut itu _____________ beg tangan Azila dengan kuat. A. menyentak B. menyamun C. D. merampas menyentap

3.

Wakil rakyat itu berdedikasi. ____________ juga prihatin terhadap masalah dan kebajikan kami. A. Dia B. Kami C. D. Tuanku Beliau

[2]

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4.

Semasa menaiki kereta ke rumah datuk, Yana duduk di ___________ ibunya. A. atas B. sebelah C. D. hadapan belakang

5.

Rumah ____________ Encik Hassan yang terletak di Kelantan itu dibelinya tahun lalu. A. dua B. kedua C. D. berduaan kedua-dua

6.

Norida ______________ barang berharga apabila biliknya dimasuki oleh pencuri semalam. A. menghilang B. kehilangan C. D. menghilangkan penghilangan

7.

Dahan-dahan pokok di tepi Jalan Ipoh akan ____________ oleh beberapa orang pekerja itu mulai hari esok. A. ditarah B. dibelah C. D. dicantas ditebang

[3]

8.

Puan Jamilah rindu ____________ anaknya yang sedang belajar di luar negara. A. dengan B. pada C. D. akan daripada

9.

Di ______________ Kampung Gelam terdapat sebatang anak sungai yang jernih airnya dan menjadi tempat beriadah. A. tepi B. hujung C. D. tengah penjuru

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10.

Hamdan hanya makan dua ____________ durian kerana dia sudah kenyang. A. ulas B. pangsa C. D. biji buah

11.

Tun Dr. Mahathir Mohamad memiliki _________________ yang sangat dikagumi. A. daya cipta B. daya tahan C. D. daya fikir daya upaya

12.

Jangan menurut ____________________, bimbang akan merosakkan diri sendiri, kata emak kepada kakak. A. tutur kata C. kata orang
[4]

B. kata hati 13.

D.

bulat kata

___________ dahulu ____________ kini, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sentiasa hidup aman dan harmoni. A. Dari ke B. Darihingga C. D. Daripada kepada Daripada sehingga

14.

Ayah tidak bekerja hari ini _______________ dia hendak mendapatkan rawatan di klinik. A. supaya B. jikalau C. D. untuk kerana

15.

Buku-buku di rak itu sentiasa disusun dengan _____________ supaya pengunjung mudah mencari buku. A. rata B. bersih C. D. kemas indah

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16.

Pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin itu _______________. A. bagai isi dengan kuku B. seperti bumi dengan langit C. D. seperti cincin dengan permata bagai bulan dipagar bintang

[5]

17.

Ibu mengisar ________________ untuk memasak gulai. A. rempah-ratus B. kayu-kayan C. D. sayur-mayur rumput-rampai

18.

Kami mesti menyerahkan _____________________ daripada ibu bapa untuk mengikuti perkhemahan itu. A. surat permintaan B. surat permohonan C. D. surat kebenaran surat rayuan

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

19.

Emak menyambut ________________ abang ke kampung dengan gembira kerana telah tiga tahun abang merantau. A. dipulangkan B. memulangkan D. C. kepulangan

pemulangan

20.

Nasi yang ditanak oleh kakak hampir masak.

Pilih perkataan berlawan bagi masak.


A. musnah B. mentah 21. C. D. rosak hangit

Wajah Aliza ceria apabila namanya dipanggil oleh guru kelasnya pada waktu rehat.
[6]

Pilih perkataan seerti bagi ceria.


A. riang B. muram Soalan 22 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22. I II III IV Buah kelapa itu tanggal dari pokok kerana telah tua. Nenek tidak dapat mengunyah dodol kerana banyak giginya yang sudah tanggal. Tanggal 31 Ogos merupakan hari yang bersejarah bagi Negara kita, Malaysia. Tayar basikal adik tanggal kerana terkena paku. C. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja C. D. pucat hiba

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja

23.

I II III IV

Ikan itu timbul di permukaan air untuk menyedut udara. Setelah lama tidak datang, akhirnya Hamid timbul sewaktu sesi latihan badminton. Perbalahan itu timbul apabila penduduk tidak bersepakat dan bersatu hati. Rancangan Berita Perdana timbul pada pukul lapan malam.
[7]

A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja 24.

C. D.

I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Saya serahkan jam tangan itu kepada Cikgu Fauziah. A. Bilakah kamu serahkan jam tangan itu? B. Di manakah kamu letakkan jam tangan itu? C. Apakah tindakan kamu setelah menjumpai jam tangan itu? D. Siapakah yang mengambil jam tangan kamu?

25.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Ketinggian Menara Kuala Lumpur adalah 425 meter. A. Siapakah yang membuat reka bentuk Menara Kuala Lumpur? B. Adakah mereka melawat Menara Kuala Lumpur? C. Bilakah kamu melawat Menara Kuala Lumpur? D. Berapakah ketinggian Menara Kuala Lumpur?

Soalan 26 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26. Mak Cik Lela sedang memangku cucunya yang berumur dua bulan. A. Cucu Mak Cik Lela sedang dipangkunya. B. Cucunya yang berumur dua bulan sedang dipangku oleh Mak Cik Lela. C. Mak Cik Lela dan cucunya yang berumur dua bulan sedang dipangku. D. Mak Cik Lela sedang dipangku oleh cucunya yang berumur dua bulan. 27. Cikgu Anis melarang murid-muridnya membuang sampah merata-rata. A. Dilarang membuang sampah merata-rata, kata murid-muridnya kepada
[8]

Cikgu Anis. B. Tolong kutip sampah yang merata-rata ini, kata Cikgu Anis kepada murid-muridnya. C. Murid-murid, jangan buang sampah merata-rata, kata Cikgu Anis. D. Jangan melarang murid-murid membuang sampah merata-rata, kata Cikgu Anis.

Soalan 28 30 Pilih ayat yang betul. 28. A. B. C. D. 29. I II III IV Kasut dia tanggalkan sebelum masuk. Lauk-pauk sudah berhidang apabila kami tiba di rumahnya. Cikgu Masni tidak datang kerana ianya sakit. Raja Perlis dan permaisuri beliau berangkat ke luar negara semalam. Ayah tidak dapat menghadiri majlis itu kerana tidak sihat. Puan Hawa di pasar setiap minggu. Mereka akan membersihkan kawasan sekolah pada minggu depan. Hamid berdiri tetapi adiknya duduk di kaki lima kedai itu. C. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja 30. II III IV I

Pasu bunga itu jatuh lalu pecah. Pemuda itu terpikat oleh kecantikan gadis itu. Semua buku-buku itu disusun dengan rapi. Ibu saya berasal daripada Sarawak. C. II dan III sahaja
[9]

A. I dan II sahaja

B. I dan IV sahaja Soalan 31 35

D.

III dan IV sahaja

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Haida : Mengapakah awak termenung sahaja, Siti? Awak tidak bersarapan di kantin? Siti : Oh, Haida! Saya masih kenyanglah. Pagi tadi saya sudah bersarapan di rumah. Haida : Siti : Mengapa awak duduk seorang diri di bawah pokok ini? Sebenarnya saya berasa risau kerana peperiksaan semakin hampir. Saya masih belum membuat persediaan secukupnya. Saya bukan seperti awak yang tidak ada masalah untuk belajar. Ibu saya tidak mampu membeli buku-buku rujukan yang saya perlukan untuk mengulang kaji pelajaran. Saya memahami keadaan keluarga kami yang miskin. Rezeki kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tambahan lagi, saya mempunyai empat orang adik yang memerlukan perhatian.

Haida :

Saya bersimpati terhadap keadaan awak, Siti. Sebenarnya, banyak cara untuk kita belajar. Awak boleh membaca buku-buku rujukan di perpustakaan atau boleh meminjam buku-buku rujukan daripada rakan-rakan kita. Saya pun bersedia untuk meminjamkan buku-buku saya kepada awak. Guru-guru kita juga dapat membantu kita. Awak mintalah bantuan Cikgu Halim untuk mengajar awak kerana dia tinggal berhampiran dengan rumah awak. Saya yakin bahawa Cikgu Halim tidak akan keberatan.
[10]

Siti

Hal itu saya tahu. Tetapi saya tidak begitu yakin untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan nanti. Ibu pula menaruh harapan terhadap saya supaya menjadi contoh kepada adik-adik saya. Jika saya gagal, tentu ibu akan berasa kecewa.

Haida :

Siti, usahlah berkata begitu. Kamu perlu kuat semangat. Kita masih ada masa. Lagipun peperiksaan itu sebulan lagi. Rakan-rakan yang lain pun akan membantu awak. Kita boleh membentuk satu kumpulan belajar. Saya akan aturkan tarikh pertemuan dengan rakan-rakan kita. Saya akan cadangkan kepada mereka supaya kita belajar di rumah awak. Jadi, awak tidak perlu bersusah payah untuk menemui kami.

Siti

Terima kasih, Haida. Awak begitu mengambil berat tentang masalah saya.

Haida:

Awak sahabat saya, Siti. Eh, loceng sudah berbunyi!! Mari kita masuk kelas.

[11]

31. berlaku? A. Pada waktu pagi. B. Pada waktu rehat. C. Pada waktu tengah hari. D. Pada waktu petang. 32. dihadapi oleh Siti?

Bilakah perbualan ini

Apakah masalah utama yang

A. Dia tidak mempunyai wang untuk membeli buku-buku rujukan. B. Dia belum bersedia untuk belajar. C. Kemiskinan keluarganya. D. Dia belum membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.

33.

Yang berikut merupakan

cadangan Haida untuk membantu Siti kecuali? A. Meminjam buku-buku rujukannya kepada Siti. B. Membaca buku-buku rujukan di perpustakaan sekolah. C. Mendapatkan bantuan Cikgu Halim. D. Mengadakan kumpulan belajar dengan rakan-rakan yang lain di rumah Haida.

34. perwatakan Haida ialah? A. B. C. D. 35. benar tentang Siti. A. B. C. D. Siti lebih bijak daripada Haida. Rajin. Ramah. Prihatin. Penyayang.

Berdasarkan dialog di atas,

Pilih pernyataan yang tidak

Siti berasa runsing kerana memikirkan peperiksaan yang semakin hampir. Siti tidak mempunyai buku-buku rujukan. Siti anak sulung dalam keluarganya.

Soalan 36 40 Baca petikan di bawah dengan teliti. Di dalam sebuah hutan, tinggal Sang Monyet yang sombong. Monyet-monyet lain menjauhkan diri daripadanya kerana tidak suka akan sikapnya itu. Sang Monyet juga kedekut. Dia tidak gemar berkongsi buah-buahan dengan rakan-rakannya. Suatu hari, Sang Monyet berehat di atas pokok di tepi sungai. Sang Monyet ternampak seekor kura-kura terkial-kial menarik sebatang pokok pisang di tepi sungai itu. Sang Monyet turun dari pokok seraya mendapatkan kura-kura. Mengapakah kamu bertungkus lumus menarik pokok pisang ini? Lagipun, pokok ini tidak berbuah, hanya ada daun. Saya hendak menanam pokok ini. Apabila pokok ini besar, tentulah pokok ini akan mengeluakan buah. Dapatlah saya merasa hasilnya nanti, jawap kura-kura.

Jika aku mengambil bahagian pucuk pokok pisang ini, tentulah aku dahulu yang dapat makan buahnya, kata Sang Monyet dalam hatinya. Sang Monyet menawarkan bantuan untuk menarik batang pokok itu tetapi dia mengenakan syarat kepada kura-kura. Pokok pisang ini mesti dibahagi dua bahagian, katanya. Kura-kura bersetuju. Sang Monyet memotong pokok pisang itu. Bahagian pucuk diambilnya lalu ditanam manakala bahagian batang diberikannya kepada kura-kura. Keesokannya, Sang Monyet terkejut apabila melihat pucuk pisangnya kuning. Sebaliknya, pokok pisang kura-kura mulai bertunas. Beberapa bulan kemudian, buah-buah pisang kepunyaan kura-kura mulai masak. Sedarlah Sang Monyet bahawa perbuatannya yang tamak itu telah menyebabkan dirinya kerugian. Jawab soalan-soalan yang berikut. 36. Apakah yang dilakukan oleh kura-kura di tepi sungai? A. B. C. D. Berehat. Menarik pokok pisang. Menanam pokok pisang. Berbual dengan Sang Monyet.

37. Semua yang berikut tentang sikap Sang Monyet kecuali? A. B. C. D. Malas. Haloba. Bongkak. Mementingkan diri.

38. Mengapakah Sang Monyet memilih bahagian pucuk pokok pisang? A. B. C. D. Dia gemar makan pisang. Dia tidak mahu ditipu oleh kura-kura. Dia hendak makan pisang yang ditanamnya. Dia menyangka bahagian itu akan cepat berbuah.

39. Rangkai kata pucuk pisangnya kuning dalam petikan bermaksud? A. Hidup subur. B. Tidak mengeluarkan buah.

C. Mengeluarkan buah yang sedikit. D. Akan layu dan mati.

40. Apakah kesudahan cerita tersebut? A. Sang Monyet menyesal dan insaf. B. Sang Monyet berfikir dahulu sebelum bertindak. C. Kura-kura memberi pisangnya kepada Sang Monyet. D. Kura-kura bersahabat baik dengan Sang Monyet.

*S O A L A N

T A M A T*

Anda mungkin juga menyukai