Anda di halaman 1dari 10

Ayat 1 Rakyat perlu memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kemajuan serta pada masa yang

sama mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jenis ayat : ayat majmuk pancangan Subjek : Rakyat perlu memperkasakan bahasa Melayu Predikat : sebagai bahasa ilmu dan kemajuan serta pada masa yang sama mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Frasa nama : rakyat, bahasa Melayu, bahasa, ilmu, asing, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin Frasa kerja : memperkasakan, kemajuan, mempelajari, menguasai,ada Frasa adjektif : -Frasa sendi nama : pada, untuk

Ayat 2 Beliau berkata masyarakat wajar mengambil iktibar daripada sejarah orang Eropah dahulu yang mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang terdapat dalam bahasa itu. Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan Subjek : beliau berkata masyarakat wajar mengambil iktibar Predikat : daripada sejarah orang Eropah dahulu yang mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang terdapat dalam bahasa itu Frasa nama : beliau, masyarakat, orang, Eropah, bahasa, Arab, ilmu Frasa kerja : berkata, mengambil, iktibar, mempelajari, menguasai, terdapat Frasa adjektif : -Frasa sendi nama : daripada, untuk, dalam

Ayat 3 Katanya orang Eropah kemudiannya menggunakan bahasa mereka sendiri untuk memperkayakan ilmu yang diperolehi. Jenis ayat : Ayat keterangan Subjek : katanya orang Eropah kemudiannya menggunakan bahasa mereka sendiri Predikat : untuk memperkayakan ilmu yang diperolehi Frasa nama : orang, Eropah, bahasa, mereka, ilmu Frasa kerja : katanya, menggunakan, memperkayakan, diperolehi Frasa adjektif : Frasa sendi nama : untuk

Ayat 4 Mereka menulis karya-karya agung dalam bahasa mereka sendiri. Jenis ayat : Ayat penyata Subjek : mereka Predikat : karya-karya agung dalam bahasa mereka sendiri

Frasa nama : mereka, bahasa Frasa kerja : menulis Frasa adjektif agung Frasa sendi nama dalam

Ayat 5 Universiti-universiti didirikan untuk mengajar ilmu yang baru ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah. Jenis ayat : Ayat penyata Subjek : universiti-universiti Predikat : didirikan untuk mengajar ilmu yang baru ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah

Frasa nama : universiti-universiti, ilmu, bahasa-bahasa, Eropah Frasa kerja : didirikan, mengajar, ditemui Frasa adjektif : baru Frasa sendi nama : untuk, dalam

Ayat 6 Hari ini, orang Eropah tidak perlu lagi mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Jenis ayat : Ayat keterangan Subjek : hari ini, orang Eropah Predikat : tidak perlu lagi mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi

Frasa nama : hari, Eropah, bahasa, Arab, ilmu, bidang, sains, teknologi Frasa kerja : mempelajari, menguasai Frasa adjektif : Frasa sendi nama : untuk, dalam

Ayat 7 Mereka telah berjaya mencipta ilmu dalam bahasa mereka sendiri dan mengembangkannya ke seluruh dunia dan akhirnya bangsa Eropah menjadi bangsa yang maju dan bahasa mereka menjadi bahasa yang maju. Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan Subjek : mereka Predikat : telah berjaya mencipta ilmu dalam bahasa mereka sendiri dan mengembangkannya ke seluruh dunia dan akhirnya bangsa Eropah menjadi bangsa yang maju dan bahasa mereka menjadi bahasa yang maju Frasa nama : mereka, ilmu, bahasa, dunia, bangsa, Eropah Frasa kerja : berjaya, mencipta, mengembangkannya, menjadi Frasa adjektif :

Frasa sendi nama : dalam

Ayat 8 Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII yang dianjurkan oleh Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan

Subjek : Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran Predikat : berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII yang dianjurkan oleh Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini Frasa nama : ketika, Menteri Pelajaran, majlis, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII, Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari

Frasa kerja : berkata, berucap, dianjurkan Frasa adjektif : Frasa sendi nama : di, oleh

Ayat 9 Beliau berkata para pejuang bahasa mempunyai peranan penting untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan memupuk sikap positif rakyat terhadap bahasa kebangsaan itu.

Jenis ayat : Ayat majmuk Subjek : beliau Predikat : berkata para pejuang bahasa mempunyai peranan penting untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan memupuk sikap positif rakyat Frasa nama : beliau, bahasa, Melayu, sikap, rakyat, terhadap, kebangsaan

Frasa kerja : berkata, mempunyai, peranan, memartabatkan, memupuk, terhadap Frasa adjektif : penting, positif Frasa sendi nama : untuk, dengan