Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SMA NILAI 2013 2 OGOS 2013

TINDAKAN TEKS PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT MAKLUMAN AWAL Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

. .
Yang Berusaha Ustaz Mohammad Jamil Bin Othman Pengetua Sekolah Menengah Agama Nilai Yang Dihormati Puan Rashidah Binti Jailani Guru Penolong Kanan Akademik Yang Dihormati Puan Siti Aminah Ngan Binti Abdullah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati Puan Norizan Binti Mohamed Kalam Guru Penolong Kanan Kokurikulum Ketua-ketua Bidang Guru-guru dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka kata.


Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Menengah Agama Nilai bersamaan 1434H ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi hadir pada Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Menengah Agama Nilai bersamaan 1434H pada pagi ini. Semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat, Angkat doa jari sepuluh, Doa minta biar selamat. Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Mohammad Al Alim Bin Ahmad Sapian untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan... BACAAN DOA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Mohammad Al Alim Bin Ahmad Sapian di atas bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dimuliakan. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ustazah Normardiah Binti Nordin untuk menyampaikan sedikit tazkirah . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Normadiah Binti Nordin di atas tazkirah itu tadi. Majlis Khatam Al-Quran bermula Di persilakan Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Ustaz Mohammad Jamil Bin Othman untuk menyampaikan ucapan & perasmian penutup Ihya Ramadhan (Majlis Khatam Al-Quran) Sekolah Menengah Agama Nilai. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN PENGETUA Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Ustaz Mohammad Jamil Bin Othman, Pengetua Sekolah Menengah Agama Nilai di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta Khatam AlQuran. Dijemput Puan Rashidah Binti Jailani mengiringi Ustaz Mohammad Jamil Bin Othman Pengetua Sekolah Menengah Agama Nilai memberi cenderahati kepada peserta Khatam Al-Quran. Dipersilakan.. Untuk itu dipersilakan penerima cenderahati. Kita mulai dengan peserta: 1.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Rashidah Binti Jailani dan terima kasih juga kepada Ustaz Mohammad Jamil Bin Othman kerana sudi menyampaikan cenderahati sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Untuk memeriahkan majlis kita pada pagi ini Mempersilakan kumpulan Nasyid Soutul Fauzan Sekolah Menengah Agama Nilai untuk membuat persembahan Terima kasih diucapkan. Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi. Alhamdulillah.. Dengan persembahan nasyid sebentar tadi maka Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Menengah Agama Nilai 1434H pada kali ini sampai ke penghujungnya. Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada hadirin dan hadirat yang sudi hadir ke majlis pada pagi ini. Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi. Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat. Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah

Al-Asr. Sekian. WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT. PENGUMUMAN Kepada semua pelajar di minta berdiri untuk majlis bersalam-salaman Terima kasih.