Anda di halaman 1dari 11

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang

kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lainlain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK) Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia memerlukan satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat antarabangsa.10 Berasaskan kesedaran tersebut, kerajaan telah menggubal satu dasar kebudayaan kebangsaan dengan mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun, serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat pertemuan telah menyebabkan berlakunya proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur budaya. Tambahan pula dengan kedudukannya yang strategik, menjadi tumpuan dan penyerapan pelbagai unsur kebudayaan yang sesuai dengan kebudayaan asal rantau ini. Kebudayaan kebangsaan hendaklah mempunyai tiga sifat berikut: (i) (ii) (iii) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti. Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai sebahagian dari keadaan tempatan. Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain. Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan. Prinsip-prinsip itu ialah (i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang mendiami rantau ini11 sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.12 Oleh itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan unsurunsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Pembentukan kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu khususnya bagi sebuah negara membangun dan yang terdiri daripada berbagaibagai kaum seperti Malaysia. Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:

(ii)

(iii)

(i) (ii) (iii)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan kebangsaan. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi. Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme; Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Beberapa pihak telah terlibat sebagai penggerak ke arah pelaksanaan dasar ini. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam hal ini dan usaha mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama badan-badan lain termasuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kesenian. 10.6 WAWASAN 2020

Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk Malaysia: The Way Forward di Majlis pelancaran Malaysian Business Council.13 Kertas kerja ini mengandungi satu rangka kerja mengenai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali sebagai Wawasan 2020.14 Sebenarnya Wawasan 2020 bukanlah merupakan sebuah dasar khas, sebagaimana dasar-dasar lain yang dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan suatu tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 wajar dibincangkan di sini kerana ia berkaitan rapat dengan usaha kerajaan untuk membangunkan dan mencapai taraf sebuah negara maju. Wawasan 2020 menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, iaitu (i) Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan,

(ii)

(iii) (iv) (v)

(vi)

(vii) (viii)

(ix)

membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain. Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan boleh dicontohi oleh negara-negara membangun lain. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Membentuk sebuah masyarakat yang matang yang bersifat toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut. Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap. Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selaga terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu. Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.15 Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu berkenaan termasuklah:

(i)

(ii)

(iii)

Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Rakyat di negara ini tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah tertentu seperti perpaduan kaum, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan. Negara Perindustrian. Mengubah corak ekonomi dari negara pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian, tetapi juga perubahan dalam teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama. Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan, sebaliknya membawa keburukan.

(iv)

Keadilan Ekonomi dan Sosial. Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama seperti pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosio-ekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta semua rakyat Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang diberi kepada sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan yang wujud dalam masyarakat. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud, kekuatan dan kemajuan sesebuah negara terletak pada keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi keluarga.16

KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI MURNI

Budi Bahasa Budaya Kita Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Perbuatan Situasi

di

mana

Tidak pemandu

tidak

Berbudi bertimbang rasa

di

jalan

Bahasa raya, hati, merbahaya kesilapan, pelanggan ialah

Orang ramai Memotong barisan tabiat Tidak memohon Bercakap kasar dengan

membuang sampah sesuka memandu yang kurang sopan dan maaf apabila melakukan pelanggan / kekasaran terhadap para larangan merokok

Merokok di kawasan kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam

Senyuman Ikhlas Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini. Beberapa pakar berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum meluas.

Rakyat Kelas Pertama Dapat kita rasakan bahawa ungkapan first class infrastructure, third class mentality itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden. Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas Utama Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Nilai-nilai

Murni

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan

yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

Aktiviti

Yang

Dijalankan

1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan) Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga. 2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran) Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.

3. Mengadakan

aktiviti

seperti

Berbudi Minggu

Budi

Bahasa,

Kenali

Bahasa Jiran Anda

dan

Kempen

(Kemasyarakatan) Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan) Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih. 5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', 'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil' Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita Kini kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.

Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenangkenangan.

Tujuan Kempen Kerajaan merasakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni perlu diadakan kerana sesetengah rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup yang kasar, melanggar peraturan bahasa, membelakangkan adap sopan dan tidak mengendahkan tatasusila. Dan sekiranya dilihat kepada jabatan kerajaan secara khususnya cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai terutamanya oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan kurang cekap, ini seterusnya telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang ramai yang berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan. Walaupun rasuah di Malaysia belum sampai ke tahap kritikal tetapi kerajaan mahu membenteras rasuah sebelum ianya menjadi satu gejala yang berleluasa. Kurangnya pemahaman nilai murni serta menjalankan kerja secara jujur dan amanah menyebabkan amalan yang buruk itu terus berleluasa. Stigma yang menyatakan kakitangan kerajaan menerima rasuah telah menyebabkan ramai kakitangan kerajaan malu untuk mengaku bahawa mereka bekerja dengan kerajaan Sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan Malaysia makin terhakis. Memiliki mentaliti kelas pertama amat penting dalam memastikan usaha kerajaan membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Begitu juga jika dilihat kepada infrastuktur kerajaan dengan terdirinya Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ianya berdiri megah dan memukau mata sesiapa yang memandang, dengan segala kemudahan kelas pertama. Bagaimana pula dengan pengisiannya? Menyediakan tenaga kerja dan pegawai kerajaan kelas pertama perlu diperhebat agar ia seiring dengan kemudahan yang ada. Mentaliti kelas pertama dikalangan kakitangan kerajaan ditagih dan nilai-nilai murni perlu menjadi teras kepada mentaliti yang hendak dipupuk. Peranan dan tangungjawab dalam memupuk mentaliti kelas pertama dikalangan kakitangan kerajaan adalah dipikul oleh setiap ketua sesebuah organisasi. Ianya dapat dijayakan dengan dengan memupuk budaya kerja yang terbaik.

Dapatkan buku kecil dengan memuat turun pdf fail ini.

KEMPEN

RUKUN

NEGARA

Pada 27 Januari 2006, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen Rukun Negara yang merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia.

Objektif Kempen Ia dilaksana berikutan timbulnya kepincangan masyarakat di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat toleransi antara kaum. Segelintir rakyat negara ini seolah-olah mengetepikan perasaan kaum lain dengan mengeluarkan kata-kata berbau perkauman membabitkan pelbagai kepentingan dan isu. Jika ini tidak dihentikan ia boleh merebak. Melalui penghayatan Rukun Negara, rakyat dapat diingatkan ada perkara yang boleh disentuh dan yang tidak seharusnya

diperkatakan. Misalnya isu berkaitan agama, kaum dan kepentingan kelompok. Dalam hal ini Rukun Negara dapat menjadi landasan, tambah beliau.

Aktiviti

dan

program

yang

dianjurkan:

Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengemukakan cadangan supaya lafaz ikrar Rukun Negara diadakan selepas nyanyian lagu Negaraku dalam semua majlis rasmi kerajaan dan swasta. Ia bagi membolehkan rakyat lebih memahami dan menghayati setiap prinsip Rukun Negara selain lagu Negaraku dalam mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum. Kempen tersebut akan berlangsung dalam tempoh lima tahun sehingga 2010 secara berterusan menerusi pelbagai pendekatan supaya rakyat negara ini benar-benar memahami setiap prinsip Rukun Negara. Pameran, ceramah, kuiz, pertandingan penulisan esei, aktiviti sivik dan bengkel kesedaran.

KEMPEN KAMI PRIHATIN

Kempen Kami Prihatin

Dilancarkan berdasarkan usaha kerjasama antara KPWKM, Utusan Malaysia, Astro and Karyawan. Majlis akan dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri KPWKM pada 8 April 2010

Tujuan

Bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya lebih menghargai dan menyayangi bayi dan kanakkanak.

Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di Malaysia

Sasaran Semua lapisan masyarakat.

Konsep kempen konsep jaya waris iaitu anak orang anak kita.

Aktiviti 8 Apr 2010; Majlis Perasmian Kempen Kami Prihatin pada pukul 4 Petang bertempat di Lobi Aras 2, KL Sentral.

http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/05/integrasi-dan-perpaduan-kaum-melalui.html

AKTA BAHASA KEBANGSAAN


Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu: Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa

Pelancaran slogan Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa

Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah

Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967

Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat -peringkat

Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977

Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris

Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

SUKAN UNTUK PERPADUAN


Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita: penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi

dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat

aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja

aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan

Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali

SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri