Anda di halaman 1dari 13

3.

0 KAITAN ANTARA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DAN TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara kita telah mengalami pelbagai perubahan dan penambahan sejak dari awal pembentukannya. Pendidikan merupakan medium penting dalam pembentukan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek. Pendidikan ini disesuaikan dengan kemajuan dan cabaran pada era globalisasi kini disamping membantu perkembangan kanak-kanak agar terus berkembang. 3.1 Pendidikan Prasekolah Garis Panduan Kurikulum Prasekolah telah digubal buat pertama kali semasa Projek Imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah annex iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara, garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan

memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini. Program prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Pendidikan perkembangan awal yang berkualiti Kurikulum perlu bagi meningkatkan Kebangsaan

kanak-kanak.

Prasekolah

menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi,
10

perkembangan

kognitif,

kerohanian

moral,

perkembangan

emosi,

perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika.

Pendidikan untuk

kanak-kanak cerdas ini adalah penting, seperti di negara barat, mereka amat menitikberatkan berkaitan pendidikan kanak-kanak diperingkat awal. Hal ini kerana, kanak-kanak perlu di asuh di peringkat awal agar dapat menyumbangkan pelbagai idea kepada negara di masa akan datang. Pendidikan prasekolah ini bertujuan untuk menyuburkan potensi kanakkanak dalam semua aspek pembelajaran, menguasai kemahiran asas, dan memupuk sikap positif sebelum masuk sekolah rendah. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, pada peringkat praoperasi perkembangan bahasa berlaku secara beransuransur dan pemikiran simbolik bermula. Kanak-kanak sudah mula mengenali suku kata, bunyi perkataan dan cara menyebut pada (Haliza & Joy, 2008). Sesuai dengan pembelajaran di peringkat prasekolah, kemahiran berbahasa yang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis diberi penekanan ketika berada dalam sekolah rendah. Pendekatan yang digunakan ialah kaedah bermain sambil belajar. Aktiviti seperti bercerita, mendengar cerita dan berbual dengan rakan. Berdasarkan teori Piaget pada peringkat praoperasional (umur 2-7 tahun) kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan dapat diasah melalui pelbagai aktiviti. Menurut Sufean et al. (2005), kanakkanak yang berada di prasekolah mengikut teori perkembangan kognitif Piaget berada pada peringkat praoperasional dan konkrit operasi. Pada peringkat ini, proses pembelajaran tindakan secara mental terhadap sesuatu perkara ataupun objek berlaku. Semasa proses ini, kanak-kanak belajar bagaimana menggunakan perkataan dan gambaran untuk mewakilkan objek. Kanak-kanak prasekolah sebenarnya sudah

memahami dengan baik tentang bahasa bertulis sebelum mereka belajar

11

membaca dan menulis secara konvensional lagi (Berk, 2008). Kemahiran ini seterusnya boleh diasah melalui pembelajaran menggunakan aktiviti bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan mereka. Aktiviti bermain dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar konsep literasi awal. Apabila kanak-kanak minat untuk terus belajar, mereka memperoleh kemahiran baharu dan kemahiran ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak pada jangka masa panjang (Cristie & Roskos 2009; Almon, 2004). Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) ataupun bahan konkrit dapat membina imaginasi kanak-kanak. Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi

pemahaman yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui

pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani, 2004). Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Kanak-kanak diberi pengajaran yang sesuai pada tahap mereka kerana sesuai dengan teori kognitif yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget.
Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami oleh kanak-kanak peringkat prasekolah. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses

pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Pelbagai aktiviti dalam prasekolah

juga dapat membantu meningkatkan perkembangan operasi mental kanak-kanak melalui aktiviti yang sesuai seperti menyusun mengikut urutan, pengelasan dan keabadian. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini melibatkan
12

pemerhatian,

perbandingan

dan

diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, mengetahui cara bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. 3.2 Pendidikan Sekolah Rendah Pendidikan sekolah rendah merupakan peringkat pendidikan formal yang memberikan asas pembelajaran kepada kanak-kanak. Untuk tujuan ini, Kementerian Pelajaran telah mewujudkan satu kurikulum seragam untuk memastikan subjek-subjek teras diberikan penekanan yang sewajarnya. Pendidikan sekolah rendah bermula dari usia tujuh tahun dan mangambil masa selama enam tahun. Menurut Ee Ah Meng (1995) yang dipetik daripada Syed Ismail Syed Mustafa (2011), kurikulum yang dibentuk perlu menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang meransang perkembangan individu secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang baru dilaksanakan pada tahun 2011 di sekolah rendah. KSSR digubal berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Oleh itu, tidak banyak perbezaan di antara kedua-dua kurikulum tersebut kerana KSSR adalah beriringan dengan KBSR. Kurikulum negara kita telah mengalami transformasi sejak dulu lagi seiring dengan matlamat dan hasrat pendidikan negara. Pelbagai pembaharuan dan penambahan telah dilakukan ke atas kurikulum ini termasuklah pendekatan

pembelajarannya. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang digunakan adalah lebih menarik disamping penambahan beberapa mata pelajaran baru sesuai dengan keperluan semasa dan kemampuan murid. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah
13

pembelajaran melalui bermain. Kaedah ini amat sesuai digunakan terutamanya kepada murid sekolah rendah. Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main (Isenberg & Jolongo, 1997). Dalam pendidikan peringkat sekolah rendah, guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan murid-murid mendapat hasil yang optimum hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya mengenal pasti kebolehan dan kemampuan seseorang murid di dalam kelas. Kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. Menurut Piaget, semua orang melalui proses

perkembangan kognitif yang sama tetapi masa untuk mereka sampai ke tahap tersebut adalah berbeza. Oleh itu, guru mestilah memilih aktiviti yang sesuai dengan kemampuan dan kepelbagaian murid agar proses P&P berjalan dengan lancar dan menarik minat pelajar. Selain itu, pendekatan P&P yang digunakan ialah pembelajaran merupakan secara proses

konstruktivisme.

Pendekatan

konstruktivisme

pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di mana guru hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Pada peringkat sekolah rendah, murid berada dalam peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Mereka sepatutnya memahami proses transformasi,
14

keterbalikan dan menaakul (Haliza & Joy, 2008). Pada peringkat sekolah rendah, kanak-kanak belum mampu untuk melakukan operasi-operasi pada perkara-perkara abstrak. Beberapa pemikiran boleh dikuasai secara beransur-ansur oleh kanak-kanak pada peringkat ini. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation). Standard pembelajaran yang

terkandung dalam KSSR telah menerapkan konsep pengekalan dalam proses pembelajaran kanak-kanak, sesuai dengan kemampuan dan kebolehan kanak-kanak pada peringkat ini. Konsep pengekalan ini lazimnya diaplikasikan dalam pembelajaran sains dan matematik. Menurut Haliza dan Joy (2008), terdapat tiga prinsip asas dalam konsep ini iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi, dan prinsip keterbalikan. Aplikasi konsep ini termasuklah pembelajaran isipadu yang terkandung dalam matematik dan sains. Sebagai contoh, murid akan mengetahui isipadu air yang

dipindahkan ke dalam bekas yang lain adalah tetap sama walaupun bekas tersebut mempunyai saiz yang sama berdasarkan prinsip identiti. Kanakkanak juga berupaya untuk menguasai proses pengelasan. Melalui kemahiran ini, mereka dapat mengklasifikasikan objek ke dalam satu set kumpulan. Kemahiran ini penting dalam membantu kanak-kanak

menjalani proses P&P dengan lancar dan seterusnya meningkat kefahaman mereka dalam mata pelajaran tertentu. Berdasarkan teori yang telah dikemukakan oleh Robert Havighurst, kanak-kanak pada umur enam hingga 12 tahun sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira (3M). Menurut Ishak (2004), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberi tumpuan kepada kemahiran 3M. Hal ini bertepatan dengan fokus KSSR yang menekankan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Oleh itu, kurikulum yang disediakan pada tahap sekolah rendah jelas bertepatan dengan kemampuan kanak-kanak berdasarkan teori yang telah dikemukan. Kemahiran asas ini penting
15

dikuasai pada tahap ini untuk membantu perkembangan kanak-kanak khususnya dalam bidang pendidikan. Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran ini, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjalani proses P&P dengan lancar. Tambahan lagi, kurangnya penguasaan terhadap kemahiran ini akan mempengaruhi perkembangan mereka serta mengikis minat belajar mereka. Namun begitu,

perkembangan kanak-kanak ini tidak seharusnya dipaksa. Guru dan ibu bapa harus memainkan peranan yang penting. Kurikulum Standard Sekolah Rendah juga menekankan aspek fizikal dan estetika. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni

melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Bagi peringkat umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak ini berada dalam peringkat perkembangan pergerakan asas (Gallahue & Ozmun, 2006). Berdasarkan teori Robert Havighurst, kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah sudah mampu untuk menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan seperti berlari dan melompat. Oleh itu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada peringkat sekolah rendah ini sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Harris (1992), menegaskan bahawa peranan guru Pendidikan Jasmani ialah memperkembangkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan sikap melalui aktiviti sukan supaya murid menjadi pengamal dalam membudayakan sukan untuk kesihatan dan kecergasan. Selain daripada untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek, pendidikan jasmani ini adalah salah satu medium untuk mendidik kanak-kanak agar mengamalkan gaya hidup yang sihat. 3.3 Program Permata Negara Program Permata lahir daripada buah fikiran Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau merupakan pencetus idea projek tersebut pada tahun 2006
16

sehingga tertubuhnya Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanan-Kanak Negara (NCDRC) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 21 Jun 2007. Permata menekankan kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara terancang serta bersepadu. Mengenai program untuk pendidik dan pembantu pendidik Permata dari seluruh Malaysia itu, ia diadakan untuk menyemai semangat kerjasama kepada semua peserta. Kurikulum PERMATA ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia. Bagi menyesuaikan kurikulum dengan

perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka ia dipecahkan dalam lima modul. Di antara modul program pendidikan awal kanak-kanak yang didapati paling sesuai dirujuk ialah Program Surestart dari Pen Green Center, Corby, United Kingdom (Aminah Ayob et al, 2008). Teori perkembangan kognitif Jean Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak pada 2 hingga 7 sudah mula menggunakan menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Melalui kurikulum Permata, perkembangan kognitif bukan sahaja untuk penguasaan kemahiran akademik semata-mata bahkan sebagai perkembangan deria dan pengetahuan mengenai dunia. Kurikulum PERMATA menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik. Pengalaman pembelajaran yang positif, di samping persekitaran emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak melalui pembentukan lebih banyak sinaps yang seterusnya akan berkekalan. Perkembangan ini akan mempengaruhi pembangunan ilmu kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak tersebut dewasa kelak. Laporan Kajian Keberkesanan Program PERMATA telah disediakan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengikuti Program PERMATA telah menunjukkan tahap

perkembangan yang memberansang sekurang-kurangnya 1 tahun,


17

misalnya

kanak-kanak

berumur

tahun

telah

mencapai

tahap

perkembangan kanak-kanak berumur 3 tahun. Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka

memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang segar. Oleh itu, kurikulum PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara ini. Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Berdasarkan teori Piaget, kanak-kanak sudah boleh menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema. Oleh itu, teknik pembelajaran yang digunakan dalam program ini sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif. Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kanakkanak boleh mengadaptasi pengalaman daripada aktiviti bermain ini. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian, interaksi dan komunikasi, pemikiran dan bacaan, memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak serta belajar melalui bermain. Perkembangan bahasa dan komunikasi pula mendapai 80% kanakkanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak bukan PERMATA. Menurut Havighurst (1962), kanakkanak pada peringkat 0 hingga 6 tahun mula menyebut dan

berkomunikasi melalui bunyi. Oleh yang demikian, proses perkembangan komunikasi bahasa dapat dikembangkan dengan cepat melalui program ini. Kemahiran berkomunikasi menunjukkan bahawa 72% kanak-kanak
18

PERMATA boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak bukan PERMATA, perkembangan sosial pula

mendapati 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul dan berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA. 3.4 Program LINUS Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS). Literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. Murid juga perlu menggunakan kemahiran membaca dan menulis itu dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Numerasi pula ialah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik. Murid perlu memahami idea matematik yang mudah. Mereka perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik itu dalam kehidupan harian. Pelaksanaan LINUS bermula pada tahun 2010. Murid-murid tahun 1 mengalami ujian saringan. Ujian saringan pertama dijadualkan pada bulan Mac, saringan kedua pada bulan Jun dan saringan ketiga pada bulan September. Pelaksanaan program LINUS membantu kanak-kanak dalam perkembangan kanak-kanak. Pada tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3),
19

kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak pada peringkat 7 hingga 11 tahun sepatutnya sudah boleh menguasai kemahiran asas 3M termasuklah dalam numerasi dan literasi. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk menguasai kemahiran asas ini, program LINUS ini sangat membantu dalam proses perkembangan kanak-kanak seterusnya memudahkan kanak-kanak untuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan berkesan. Peranan guru sangat besar bagi memastikan program ini berjaya. 3.5 Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) Dasar Satu Murid Satu Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah (KPM, 2010). Dasar ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang akan melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Dasar ini menyeru dan memberikan peluang kepada pelajar yang kurang aktif bersukan untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti sukan. Bidang sukan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar ini akan membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal. Dasar ini mempunyai perkaitan di antara teori perkembangan kanak-kanak Robert Havighurst yang menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat sudah mampu menguasai kemahiran fizikal. Menurut
20

Arasoo (1989), terdapat dua faktor utama yang mengawal kemahirankemahiran motor iaitu sikap atau persekitaran dan faktor genetik, termasuklah perkembangan sistem saraf pusat dan fungsi neurogikal. Oleh itu, penubuhan dasar ini akan membantu dalam meningkatkan kemahiran-kemahiran motor khususnya untuk aktiviti-aktiviti sukan seperti olahraga. Selain itu, Dasar 1M 1S ini juga menggalakkan murid-murid untuk bersaing secara sihat terutamanya dalam sukan. Melalui sukan juga kanak-kanak dapat membina hubungan sosial yang baik. Teori

perkembangan Havighurst mengatakan bahawa pada peringkat ini kanakkanak sudah dapat menjalin hubungan sosial yang baik antara rakan sebaya. Oleh itu, melalui sukan kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam perhubungan harian.

21

4.0 RUMUSAN Usaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan modal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi kerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan sahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang mungkin dihadapi masa akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga bagi masa depan negara. Kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Pembangunan modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup. Oleh itu, adalah penting bagi memastikan semua sistem dalam masyarakat bermula dari ibu bapa, keluarga dan masyarakat dan sistem sekolah, untuk bekerjasama sepenuhnya bagi memaksimumkan potensi kanak-kanak itu dalam persekitaran holistik merangkumi lingkungan intelektual, kebudayaan dan kerohanian

22