Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

SOALAN 1

TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan


menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
SOALAN 2

LIMA KATEGORI PENGENALAN DALAM PENGAJARAN

1. Kaedah mengimbas pelajaran yang sebelumnya.


- Untuk mengingatkan pelajar tentang topik dan isi pelajaran yang telah diajar.

2. Pengenalan mengenai perkara pokok.


- Menggunakan isu semasa yang berkaitan dengan topik. Biasanya digunakan
apabila memasuki tajuk yang baru.

3. Pengenalan secara anekdot.


- Menggunakan pendekatan analogi yang berkaitan dengan topik yang akan diajar.

4. Sejarah
- Menggunakan fakta sejarah untuk memulakan pengajaran. Sesuai untuk
beberapa minit sahaja. Fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan subjek yang
diajar akan membuatkan mereka menjadi minat.

5. Kejutan ( Shock)
- Pengenalan yang dramatic untuk membawa murid-murid kepada kenyataan.
Misalnya tentang perkerjaan buruh yang berat dan penat untuk member
pengajaran kepada murid supaya rajin belajar.

SOALAN 3
Pembelajaran Informal
Perlakuan pelajar yang terlaksana secara tidak lansung atau secara tidak sedar. Pelajar
mendapat pengetahuan daripada didikan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-
rakan , menghadiri seminar, menonton tv dan sebagainya.

Ciri-ciri Pembelajaran Informal


1. Diterima secara tidak langsung tanpa sebarang sukatan pelajaran
2. Diserap secara tidak sedar daripada persekitaran melalui pemerhatian,
perbualan dan pengalaman.
3. Pembelajaran informal adalah berterusan bagi setiap manusia sepanjang
hidup.
4. Pembelajaran informal berlaku setiap masa tanpa mengira tempat.

Pembelajaran Non-Formal
Pembelajaran non formal diadakan bagi melengkapkan lagi hasil pembelajaran
yang melalui system formal. Biasanya pengajaran seperti ini memerlukan perancangan
yang teliti dan pengendaliannya dilakukan oleh pendidik dan pakar tertentu.

Ciri-ciri pembelajaran non-formal


1. Sesebuah intitusi akan mengadakan kursus-kursus pendek, ceramah-ceramah
secara formal, forum, bengkel dan sebagainya.
2. Pembelajaran non-formal berlaku apabila ada keperluan menambah dan
mempertingkatkan kepakaran pelajar dalam bidang-bidang tertentu
3. Kursus-kursus ini biasanya melibatkan beberapa jam atau beberapa hari.

SOALAN 4
Penggunaan peta minda adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta
memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam
melakar peta minda, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara
sistematik:-
Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak
dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca
dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.
Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara
menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan
topik bahan bacaan tersebut.
Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan
ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai
cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya, pemetaan minda ini lebih
sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu
penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan
sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.
Penggunaan peta minda adalah baik khususnya untuk memudahkan pelajar
membuat semakan dan ulangkaji dengan cepat dan berkesan.

SOALAN 5
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid bekerja
bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi
kehendak tugasan individu atau kumpulan.
Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas
dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling
menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid.
Banyak kajian tentang pembelajaran koperatif telah dilakukan dan keputusan-
keputusan mereka adalah agak menakjubkan. Dari aspek kognisi, murid-murid telah
menunjukkan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan
psikologikal mereka. Mereka ada gambaran diri yang lebih baik dan lebih suka belajar
serta juga suka sekolah mereka. Adalah menarik untuk lihat murid-murid bekerjasama
dan tolong menolong satu sama lain. Manakala dari aspek metakognisi pula, murid murid
tahu bersosial, menghormati rakan-rakan dan guru juga meningkatkan kemahiran
berkomunikasi sesama mereka.
Inilah gambaran yang sepatutnya semua orang ada terhadap pendidikan, sesuatu
yang menarik dan menyeronokkan. Beberapa orang sarjana-sarjana terkemuka yang
banyak menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembelajaran koperatif seperti Robert
E. Slavin, Spencer Kagan dan Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson.

BAHAGIAN 2
SOALAN 1

Gaya pembelajaran bermaksud kecenderungan individu dalam cara menerima


dan memproses maklumat yang merupakan satu faktor perbezaan individu.
Gaya pembelajaran adalah indikator yang stabil tentang bagaimana pelajar
melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran.
Umumnya, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Oleh
itu, perlu kaedah pengajaran yang pelbagai sesuai dengan gaya pembelajaran
pelajar.

a) Soal selidik mengenai gaya pembelajaran Kolb telah dijalankan keatas sepuluh
orang murid. Didapati setiap murid mempuyai gaya pembelajaran yang tersendiri.
Berikut ialah dapatan daripada soal selidik yang diperolehi.

1 Doer ( Accomodator ) 2 Orang 20%


2 Watcher ( Diverger ) 2 Orang 20%
3 Thinker ( Assimilator ) 3 Orang 30%
4 Feeler ( Converger ) 3 Orang 30%

SOALAN 2

a) Kumpulan murid yang mempunyai gaya pembelajaran Thinker dan Feeler adalah
yang terbanyak iaitu masing-masing 30% daripada keseluruhan. Kemudian diikuti
dengan kumpulan Doer dan Wather yang masing-masing mempunyai 20%
daripada keseluruhan.
Daripada dapatan yang diperolehi, ini menunjukkan murid-murid adalah
berbeza gaya pembelajarannya dan mempunyai kebolehan tertentu. Ia juga
dipengaruhi oleh factor baka dan keturunan murid itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai