Anda di halaman 1dari 12

MODUL PENTAKSIRAN BERASAS SEKOLAH BAHASA MELAYU (TAHUN TIGA) MEI 2013

NAMA

KELAS :

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 10 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Kakak saya pergi ke ___________ untuk menimba ilmu. A pasar B kebun C pejabat D sekolah

2. Guru mengajar kami menggunakan _________ di makmal komputer. A pen B basikal C komputer D telefon bimbit

3. Emak menghadiahi saya sebuah _______________. A buku B mesin C komputer D pencetak

4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan ___________, Kedah. A Ipoh B Pekan C Alor Star D Georgetown

5. Irdina ialah salah seorang murid ____________ A Jalan Kinabalu B Universiti Malaya C Hospital Kuala Lumpur D Sekolah Kebangsaan Bukit Tambun

6. _______________ Safirah belajar melayari internet? A Apakah B Siapakah C Berapakah D Di manakah

7. Haikal menyimpan ______________ itu ke dalam laci. A disket-disket B komputer-komputer C pencetak-pencetak D monitor-monitor

8. Sikap Cikgu Azhar yang ______________ itu membuatkan beliau disayangi oleh murid-muridnya. A baik hati B hidung tinggi C berat sebelah D ada hati

9. ________, Fazli! Apakah yang sedang kamu lakukan? A Hai B Wah C Aduh D Aduhai

10. Balqis ____________ Fatin sedang melayari internet di makmal komputer sekolah. A dan B atau C sambil D dengan

11. Profesor Datuk Dr. Mazlan binti Othman merupakan seorang wanita yang __________. A hebat B cerewet C lemah D jahat

12. Pemandangan di tepi laut itu memang _________ A sepi B sayu C indah D halus

13. Perempuan yang _____________ itu ialah guru saya. A gagah B kacak C cantik

D lembut

14. ________ yang mengambil disket saya ? A Bilakah B Apakah C Siapakah D Di manakah

15. ____________ kamu bersetuju dengan pendapat itu ? A Apakah B Adakah C Siapakah D Manakah

16. Cikgu Rozita mengajar kami ______________ menggunakan komputer. A agar-agar B cara-cara C cepat-cepat D pandai-pandai

17. Kisah perjuangan tokoh negara itu akan saya ingat sampai ____________ A mati-mati B lusa-lusa C bila-bila

D tua-tua

18. Shalin merupakan ____________ Encik Zulkifli dan Puan Norida. A anak tunggal B darah daging C berat sebelah D basuh tangan

19. Walaupun beliau telah berjaya namun tidak bersifat _____________. A berat hati B bulat hati C anak angkat D hidung tinggi

20. Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris. Murid-murid diingatkan supaya menggunakan komputer dengan cermat. A dekat B deras C busuk D berhati-hati

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Kalau tuan ke Kuala Kedah, Jangan lupa naik perahu; Wahai kawan mari beriadah, Tentu kita cergas selalu. Pagi hari peria ditanam, Peria ditanam oleh Pak Mamat; Setiap pagi kita bersenam, Badan pasti menjadi sihat. Kalau tuan hendak ke Rungkup, Jangan tuan menaiki rakit; Rehat dan tidur mestilah cukup, Dapat jauhi semua penyakit . Kalau salai ikan haruan, Guna sedikit kayu arang; Jika lalai jaga kesihatan, Tentu penyakit mudah menyerang. Inang ditari oleh Cik Siti, Ditari pula dengan Encik Dolmat; Gosoklah gigi setiap hari, Pasti gigi putih dan kuat.

21. Apakah yang terjadi jika kita mendapat rehat dan tidur yang cukup? A Kita dapat berehat selalu. B Kita dapat melakukan riadah.

C Kita dapat mengembirakan hati. D Kita dapat menghindari diri daripada penyakit. 22. Bagaimanakah caranya kita menjaga gigi? A Berkumur setiap hari. B Menggosok gigi setiap hari. C Membasuh mulut selepas makan. D Berjumpa dengan doktor gigi setiap hari.

23. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk bersenam? A tengah hari B malam C senja D pagi

24. Yang berikut adalah pesanan di dalam pantun kecuali A Beriadah boleh mencergaskan badan. B Kita mesti banyakkan makan dan tidur. C Kita mesti mendapat tidur dan rehat yang cukup. D Jika kesihatan tidak dijaga kita mudah dihinggapi penyakit.

25. Apakah maksud perkataan beriadah? A berehat B berbual C berlatih

D bersenam

Susun pernyataan di bawah mengikut susunan yang betul. 1 Keringkan rambut dengan menggunakan tuala yang bersih atau alat pengering rambut. 2 Letakkan syampu pada rambut dan gosok perlahan-lahan. 3 Basahkan rambut terlebih dahulu. 4 Bilaslah rambut dengan air sehingga bersih. 5 Urutlah kulit kepala dan keseluruhan rambut selama tiga hingga lima minit. ..

Tulis lima pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Faizal murid Tahun 3 Bestari. Dia tidak boleh berjalan kerana kedua-dua kakinya lumpuh sejak kecil. Dia bergerak menggunakan kerusi roda tetapi dia tidak berasa malu dengan kecacatannya itu.

Dia murid yang rajin dan aktif. Dia dikagumi oleh guru dan rakan-rakan kerana sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Setiap kerja yang diberi oleh guru akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Hobinya pada masa lapang ialah bermain alat muzik. Dia bercita-cita menjadi pemuzik yang terkenal. Faizal yakin dengan kebolehannya. Dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya kerana dia pandai menguruskan masanya.

.................

Anda mungkin juga menyukai