Anda di halaman 1dari 7

Sukaneka G1

Mohd Badiuzaman bin Yob PISMP G1

Nama No I/C Unit

: Mohd Badiuzaman bin Yob : 890119-09-5033 : PISMP (BM/PJ/KS) G1

1.0 REFLEKSI Pada 21hb April 2011 yang lalu, unit G1 telah berjaya mengadakan acara sukaneka di padang bola jaring IPG Kampus Ipoh. Program sukaneka tersebut diketuai oleh Saiful Fadli bin Mohamed Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi berjaya menjalankan tugas beliau dengan cemerlang. Program sukaneka ini dibuat kerana mahu mendedahkan guru pelatih dengan jenis-jenis penaksiran yang berkaitan pengurusan dan pentadbiran. Selain itu, ia dapat membina semangat kesukanan dan hubungan sesama guru pelatih dan pensyarah. Terdapat 6 kumpulan yang menjalankan acara sukaneka masing-masing. Kesemua kumpulan tersebut dibina berdasarkan undian semasa di dalam kelas. Saya melihat pengurusan yang dijalankan begitu konsisten dan sistematik. Mesyuarat berlangsung sebanyak tiga kali sebelum berlangsungnya program sukaneka tersebut. Mesyuarat inilah yang memainan peranan penting bagi membentuk organisasi, membincangkan masalah, tugas dan sebagainya. Selain mesyuarat, perbincangan untuk setiap kumpulan juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan aktiviti yang menarik. Berikut merupakan perkara serta pandangan saya sebelum, semasa dan selepas sukaneka itu berlangsung.

Sukaneka G1

Mohd Badiuzaman bin Yob PISMP G1

1.1 Sebelum Sukaneka Mesyuarat pada kali pertama dijalankan untuk mewujudkan organisasi yang terlibat dalam program sukaneka. Antara jawatankuasa yang diperlukan adalah AJK peralatan, makanan, tempat, juruacara, siaraya, kebersihan, dokumentasi dan buku aturcara. Kesemua AJK ini memainkan peranan yang penting dalam melancarkan program. Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan, semua AJK menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang. Walaupun ada diantara ahli kelas yang tidak terlibat dengan AJK-AJK lain, mereka turut bantu-membantu antara satu sama lain. Saya ingin memuji sikap toleransi dan semangat kerjasama yang ditunjukan sesama rakan. Pemilihan jawatan kuasa ini dijalankan secara undian dimana nama yang dicabut dikehendaki untuk menjadi ahli jawatan kuasa yang disediakan. Rakan-rakan tidak merungut dan menerima dengan hati yang terbuka apabila menjadi ahli jawatan kuasa yang mereka dapat. Seperti saya, menanggung tugas sebagai juru acara majlis bukan suatu tugas yang mudah. Tambahan pula, ini merupakan pengalaman pertama saya untuk mengacarakan majlis. Walaupun ia bukanlah majlis formal sepenuhnya, tapi cukup untuk saya menimba pengalaman sebagai pengacara majlis. Saya digandingkan dengan Nur Amirul Azima untuk menjadi juru acara pada program sukaneka nanti. Sebenarnya, Nur Amirul Azima merupakan seorang yang sudah berpengalaman dan banyak ilmu dalam mengacarakan majlis. Jadi, saya banyak menimba ilmu daripada beliau serta meminta tunjuk ajar daripada beliau merupakan sesuatu yang berharga. Mesyuarat kedua dijalankan untuk membincangkan pakaian, alatan yang akan digunakan dan sebagainya. Perbincangan ini penting kepada AJK peralatan kerana ingin memastikan peralatan yang akan digunakan oleh setiap kumpulan dan program tersebut mencukupi. Jadi, mereka mencatat dan berbincang tentang peralatan dan barang yang akan digunakan semasa program nanti. Antara peralatan yang diperlukan dalam acara sukaneka nanti seperti kon, kayu panjang, pundi kacang, bola pingpong, sudu, dan sebagainya. Segala peralatan yang terdapat dalam unit PJ akan disediakan oleh AJK peralatan. Tetapi peralatan lain yang tidak terdapat di dalam stor haruslah dibawa sendiri oleh kumpulan masing-

Sukaneka G1

Mohd Badiuzaman bin Yob PISMP G1

masing. Contoh peralatan yang tidak disediakan seperti kain pelikat, biskut, baldi, belon dan sebagainya. Bagi pemilihan pakaian, kami memilih untuk seragam mengikut kumpulan. Hal ini kerana ingin menampakkan kelainan dan perbezaan bagi setiap kumpulan. Ada banyak pilihan baju untuk setiap kumpulan. Antaranya baju rumah sukan, baju t-shirt pengakap, baju putih olahraga, baju kuning, biru, merah dan lain-lain. Kami sempat memilih baju putih olahraga kerana semua ahli kumpulan memiliki baju tersebut. Mesyuarat pada kali ketiga memerlukan kami untuk memikirkan nama kumpulan masing-masing. Pengerusi sukeneka telah menetapkan tema iaitu kartun. Jadi, nama kumpulan yang hendak diberi haruslah berkenaan kartun. Tema kartun ini ditetapkan oleh pengerusi kerana ingin menampakkan keriangan dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak kami. Kartun tidak dapat dipisahkan dengan kanakkanak. Kanak-kanak sangat aktif dan sentiasa ingin melakukan sesuatu. Kita tidak boleh menyekat perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, tema kartun ini dipilih untuk menunjukkan yang kami merupakan pelatih guru yang aktif dan riang untuk menjalankan sukaneka. Kumpulan saya memilih nama Usop Sontorian sebagai nama kumpulan. pemilihan nama Usop Sontorian ini dibuat kerana ia merupakan sebuah kartun yang menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak kami. Kartun tersebut disiarkan di televisyen pada tahun 1998 iaitu 13 tahun yang lalu. Antara karektor yang terdapat di dalam cerita Usop Sontorian seperti Usop, Abu, Dol, Abang Budin, Kak Kiah dan lain-lain. Jadi, antara semua karektor yang terdapat dalam cerita Usop Sontorian ini, kami memilih empat karektor untuk setiap ahli kumpulan kami. Kumpulan-kumpulan lain pula memilih kartun Spongebob, Tarzan, Upin Ipin, Doraemon dan Mojako. Setiap orang juga harus memiliki karektor berdasarkan kartun yang mereka pilih itu. Pengerusi meminta setiap kumpulan memikirkan katakata semangat dan tema yang sesuai mengikut nama kumpulan masing-masing. Bagi perjumpaan bagi kumpulan kami iaitu Usop Sontorian, kami

menggunakan waktu yang terluang untuk membincangkan mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari sukaneka nanti. Aktiviti yang kami jalankan nanti haruslah menarik dan sesuai untuk murid-murid.

Sukaneka G1

Mohd Badiuzaman bin Yob PISMP G1

Sehari sebelum berlangsungnya sukaneka, kami bersama-sama dengan AJK persiapan tempat menyiapkan tempat sukaneka tersebut. Selain itu, kami juga membuat beberapa percubaan untuk memastikan perjalanan sukaneka pada hari esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. AJK peralatan juga memastikan semua peralatan yang akan digunakan pada hari esok ada dan disimpan di tempat yang selamat. Saya memuji sikap toleransi dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh kesemua rakan-rakan saya semasa meyediakan tempat dan membuat percuabaan tempat. Mereka saling membantu antara satu sama lain tidak mengira AJK dan tugas. Mungkin ini yang menyebabkan kerja yang susah menjadi senang kerana sikap tolong-menolong dan bantu-membantu.

1.2 Semasa Sukaneka Acara sukaneka bermula pada pukul 8.30 pagi. Namun, kami dikehendaki datang awal oleh pengerusi sukaneka iaitu seawal pukul 7.00 pagi lagi untuk penyediaan tempat kali terakhir. Antara yang perlu dilakukan ialah mengumpulkan semua alatan di tepi padang supaya senang dan cepat untuk digunakan. Selain itu, kami juga menggunakan tepung untuk membuat beberapa garisan menandakan kawasan sukaneka. Garisan tersebut tidak dibuat pada hari penyediaan tempat kelmarin kerana dikhuatiri berlakunya hujan menyebabkan garisan tersebut hilang. Jadi, kami membuat keputusan untuk membuat garisan tersebut pada pagi sebelum proram bermula. Mengikut tentatif program yang telah dibincangkan semasa mesyuarat yang lalu, pada pukul 7.40 pagi merupakan pendaftaran para peserta. Pendaftaran ini cuma untuk memastikan semua pelatih hadir semasa sukaneka tersebut. Kami menjemput En. Wahid bin Mat Piah sebagai VIP pada hari tersebut. Turut bersamasama kami ialah En Sabri bin Tan merupakan pensyarah PJM 3112 yang bertindak sebagai penilai pada hari tersebut. Segala nasihat dan tunjuk ajar dari En. Sabri bin Tan kami gunakan sepenuhnya semasa program sukaneka itu berlangsung.

Sukaneka G1

Mohd Badiuzaman bin Yob PISMP G1

Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan perarakan masuk para peserta. Setiap kumpulan mempamerkan kreativiti masing-masing mengikut karektor kartun yang dipilih. Kemudian, kami menyanyikan lagu Negaraku, doa, dan berikrar. Bacaan doa disampaikan oleh saudara Mohd Razi bin Yahsin manakala lafaz ikrar dibacakan oleh saudara Khairul Naim bin Mohd Sudin. Tidak lengkap sekiranya kami tidak mendapatkan ucapan perasmian dari VIP yang hadir iaitu En. Wahid bin Mat Piah. Dalam ucapan beliau, beliau meminta agar kami melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh dan mengaharapkan kejayaan yang cemerlang kepada kami. Selesai saja ucapan perasmian, semua peserta melakukan aktiviti senam pagi yang diketuai oleh saudari Nur Amirul Azima. Senam pagi ini bertujuan untuk menaikkan semangat para peserta disamping sebagai pemanas badan sebelum menjalankan aktiviti sukaneka. Terdapat enam aktiviti sukaneka yang dijalankan. Acara sukaneka dimulakan dengan permainan Biskut Nyam-nyam oleh kumpulan Usop Sontorian iaitu kumpulan saya. Seterusnya permainan Memancing Ikan, Bola Berhalangan, Berlari Dalam Guni, Belon Berperisa dan Pam-pam Halangan. Bagi permainan Biskut Nyam-nyam, aktivitinya mudah saja. Permainan ini mementingkan keseimbangan tubuh badan. Terdapat tiga stesen yang perlu ditempuhi oleh stiap peserta. Stesen yang pertama ialah berlari dengan meletakkan pundi kacang di atas kepala tanpa memegangnya. Jika pundi kacang tersebut jatuh di dalam perjalanan, peserta harus bermula dari tempat pemulaan kembali. Stesen kedua ialah membawa bola pingpong di dalam sudu menggunakan mulut. Aktiviti ini sama juga dengan stesen yang pertama iaitu jika bola pingpong tersebut jatuh, peserta hendaklah bermula kembali di tempat permulaan tadi. Stesen yang ketiga ialah memakan sekeping biskut yang disediakan sehingga habis. Setelah selesai memakan biskut tersebut, jelly akan diberikan kepada peserta. Kiraan mata dikira mengikut jumlah jelly yang berjaya dikumpul oleh setiap kumpulan. Aktiviti bagi kumpulan lain juga tidak kurang hebatnya. Ada di antara kumpulan lain menjalankan aktiviti lari dalam guni, pecahkan belon, puzzle, dan sebagainya. Apa yang pasti, semua aktiviti yang dibina oleh setiap kumpulan amat menarik. Kami begitu gembira ketika menjalankan aktiviti yang dibina oleh mereka.

Sukaneka G1

Mohd Badiuzaman bin Yob PISMP G1

Kami juga menjalankan cabutan bertuah kepada para peserta pada setiap peralihan kumpulan supaya kumpulan seterusnya dapat bersedia untuk menjalankan aktiviti sukaneka mereka. sebenarnya cabutan bertuah ini dibuat untuk memenuhi masa yang terluang antara satu kumpulan ke satu kumpulan supaya masa di situ tidak menjadi kosong. Setelah selesai aktiviti bagi satu kumpuluan, kumpulan seterusnya memerlukan masa untuk menyediakan tempat dan peralatan. Setelah selesai semua aktiviti bagi setiap kumpulan, tiba kepada

penyampaian hadiah yang disampaikan oleh En. Wahid bin Mat Piah kepada pemenang-pemenang. Antara kategori yang dipertandingkan ialah pakaian terbaik, kumpulan paling sporting, kumpulan sorakan terbaik, juara kumpulan, naib johan kumpulan dan tempat ketiga. Program tamat tepat pada pukul 10.30 pagi. Alhamdulillah kerana perjalanan majlis sukaneka ini berjalan mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Pada rancangan awal, kami menjangkakan bahawa program sukaneka ini akan berlanjutan sehingga pukul 11.00. Tapi, pengerusi serta AJK tentatif program lebih mengetahui perkara ini. Kami tidak terlalu terkejar-kejar untuk mengikut masa yang ditetapkan dalam tentatif.

1.3 Selepas Sukaneka Selesai saja program sukaneka ini, kami tidak menunggu lama untuk mengemas dan menyimpan barang-barang yang telah digunakan oleh kami. Menangguh kerja merupakan sesuatu yang tidak elok. Jadi, kami menyelesaikan kerja-kerja pembersihan, penyimpanan alatan dan sebagainya sebaik sahaja tamat program sukaneka itu. Saya melihat antara kebaikan program ini ialah mereka bekerjasama, saling bantu-membantu dan mengambil berat terhadap tugas masing-masing. Contohnya semasa AJK peralatan mengangkat peralatan yang akan digunakan, rakan-rakan lain turut membantu. Semasa penyediaan tempat juga, banyak rakan-rakan yang bersama-sama membantu untuk menyiapkan tempat. Jadi, hubungan yang terjalin sesama kami semakin rapat dengan wujudnya program seumpama ini.

Sukaneka G1

Mohd Badiuzaman bin Yob PISMP G1

Kekauatan program sukaneka pada kali ini juga adalah program sukaneka berjalan mengikut tentatif yang telah dirancang. Tidak berlaku lebih masa atau kekurangan masa ketika menjalankan aktiviti. Mungkin kerana kami menjalankan percubaan beberapa kali sehari sebelum program sukaneka tersebut. Dari situ kami mengambil kira berapa jumlah masa yang sesuai bagi setiap kumpulan. Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang wujud sepanjang program ini dijalankan. Antaranya juruacara juga perlu bersama-sama menjalankan sukaneka tersebut. Sepatutnya, bagi memastikan kelancaran sesuatu majlis itu, perlu ada seorang yang menjaga peralatan audio dan juruacara. Jadi, mereka tidak perlu terkejar-kejar untuk menjaga audio dan menjadi juruacara. Namun, perkara itu tidaklah begitu mencacatkan majlis tersebut. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Wahid bin Mat Piah yang sudi datang bersama-sama kami memeriahkan dan merasmikan program sukaneka tersebut. Tidak lupa kepada En. Sabri bin Tan, merupakan pensyarah PJM 3112 kami yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta nasihat dari awal program sehinggalah terjadinya program sukaneka dengan jayanya. Tanpa beliau, kami tidak akan berjaya untuk sampai ke tahap ini sekarang. Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan program ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, program ini tidak mungkin berjalan dengan lancar. Mengakhiri ruangan refleksi pada kali ini, saya akhiri dengan pepatah melayu yang sesuai dengan kejayaan semua ahli unit G1 iaitu yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.