Anda di halaman 1dari 11

KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
PENDAHULUAN

Dalam kehidupan kita seharian sebagai manusia biasa, kita mudah untuk memberi

persepsi atau tanggapan yang berbagai-bagai terhadap seseorang, sesuatu benda atau

kejadian. Persepsi yang diberikan adalah merupakan gambaran daripada proses

pemerhatian dan pengalaman yang telah kita lalui. Pepatah Inggeris ada mengatakan

“Don’t jugde the book by its cover”, kata-kata ini cukup signifikan untuk dikaitkan

dengan persepsi dan pembentukan impresi seseorang. Sesuatu yang cantik dan indah di

luar tidak semestinya melambangkan isi yang terdapat di dalamnya begitulah juga

sebaliknya. Ini adalah untuk menggambarkan betapa persepsi kita jika tidak diberikan

makna dengan teliti ianya akan memberi sesuatu yang berbeza daripada yang sebenarnya.

Justeru itu, persepsi yang kita berikan kadangkala boleh jadi salah, tersasar dan

sebagainya.

Adalah sering menjadi masalah dalam perhubungan antara seorang individu

dengan individu yang lain iaitu kesukaran untuk memahami dan mengenal pasti siapakah

dan bagaimanakah sikap individu itu yang sebenarnya. Bentuk rupa luaran seseorang

seringkali tidak dapat menjelaskan realiti dalamannya seperti sikap, perasaan, kehendak,

kepercayaan dan sebagainya. Kadangkala kita membuat penilaian yang salah pada

seseorang sekadar hanya berdasarkan bentuk paras rupa dan tindakan-tindakan luaran

sahaja. Kita perlu sedar bahawa manusia sangat unik sifatnya dan mempunyai unsur-

unsur dalaman yang kaya, terdiri daripada kepercayaan, nilai, harapan, niat, emosi dan

sebagainya.

1
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
DEFINISI KONSEP

Menurut kamus dewan, persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati

atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi pancaindera dan tanggapan. Menurut

Devito (1978), persepsi adalah satu proses yang memberi kesedaran kepada individu

tentang objek atau peristiwa melalui sistem deria mata, telinga, sentuhan, rasa dan

hidung. Persepsi adalah proses pengumpulan maklumat dan pemberian makna terhadap

maklumat tersebut. Terdapat tiga langkah asas dalam proses persepsi yang berlaku

serentak dan cepat. Mereka adalah pemilihan, penyusunan dan interpretasi. Dalam proses

ini kita akan memilih apa yang kita amati iaitu kita akan menghadkan kuantiti

rangsangan yang diterima untuk diberi makna. Kita membuat pilihan itu kerana kita

terdedah kepada terlalu banyak rangsangan setiap hari. Kita juga selalunya memilih untuk

memfokuskan kepada mesej-mesej yang bermakna kepada kita. Dan apa yang kita amati

adalah berdasarkan pengalaman kita sendiri.

PERBINCANGAN

Persepsi

Berdasarkan definisi yang telah dikumpul, berikut akan membincangkan

bagaimana pengetahuan dalam lingkungan persepsi dan pembentukan impresi ini dapat

membantu menjadi seorang kaunselor sekolah yang berkesan. Sepertimana yang telah

diketahui persepsi adalah satu proses asas yang penting dalam kehidupan kita seharian

2
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
untuk mengetahui dan memahami orang lain atau sesuatu kejadian. Dalam konteks kita

sebagai seorang kaunselor, ilmu pengetahuan dalam bidang ini amat penting dan berguna

sekali dalam mempraktikkan kerjaya di sekolah nanti. Untuk menjadi seorang kaunselor

yang berkesan, seseorang individu itu perlulah peka dalam membuat persepsi. Dalam

seseorang membentuk persepsi, petanda yang awal yang dapat dilihat adalah petanda

non-verbal. Ini dapat dilihat melalui ekspresi muka, kontak mata, gerak geri badan dan

sebagainya.

Ekspresi Muka

Perlakuan non-verbal ini biasanya menggambarkan perasaan, mood atau emosi

semasa seseorang. Ekspresi wajah yang timbul dari penglahiran rasa hati, emosi, fikiran,

penilaian dan keadaan diri individu perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh

kaunselor. Contohnya apabila seorang pelajar kelihatan sugul dan tidak bermaya. Ini

dapat dilihat melalui air mukanya yang suram dan muram. Sekurang-kurangnya seorang

kaunselor yang bijak dapat membaca apa yang sebenarnya masalah yang dihadapi oleh

pelajar tersebut. Kemungkinan pelajar tersebut baru dimarahi guru, diugut rakan sekelas

atau mempunyai masalah-masalah yang lain. Dalam bab ini ada menerangkan ekspresi

muka seseorang individu itu adalah bersifat universal iaitu berdasarkan banyak kajian

hampir sama berlaku kepada semua budaya di dunia ini. Contohnya ekspresi muka

seperti menunjukkan rasa takut, terkejut, marah, kecewa, sedih dan gembira adalah

bersifat sejagat tidak kira bangsa atau budaya seseorang itu. Jadi sebagai seorang

kaunselor terlatih tidaklah menjadi suatu masalah untuk mengenal pasti gambaran dari

3
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
apa yang ditunjukkan oleh klien walaupun klien yang datang itu dari bangsa dan budaya

yang berlainan.

Kaunselor perlulah menunjukkan muka yang manis apabila berhadapan dengan

orang ramai tambahan lagi kepada klien yang datang untuk meminta khidmat darinya.

Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling terutama sekali di peringkat

awal sesi tersebut. Ini adalah kerana senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang

baik antara kaunselor dan klien. Lazimnya, senyuman kaunselor boleh meredakan

ketegangan emosi klien. Apa yang penting diingat oleh kaunselor ialah ia perlu mengikut

kesesuaian situasi. Sekiranya senyuman tidak bersesuaian akan mengakibatkan kesilapan

interpretasi di kalangan klien. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien

mungkin tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau keadaan serba salah.

Terdapat juga klien yang tersenyum untuk mengejek, sedih atau betul-betul gembira.

Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi

kaunseling yang dijalankan itu sesuai dan menepati matlamatnya.

Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej

yang hendak disampaikan. Oleh itu amat penting bagi para kaunselor mempamerkan

ekspresi muka yang dapat meyakinkan klien. Ini adalah kerana tanggapan pertama klien

itu akan menentukan perjalanan sesi kaunseling. Impresi pertama ini dianggap sangat

penting dalam hubungan sosial kerana ia dapat menentukan hubungan seterusnya. Ia juga

sukar untuk diubah kerana apabila kita membuat ‘first impression’ ia akan memberi kesan

dan mempengaruhi pemikiran dan perlakuan sosial kita. Oleh sebab klien juga akan

4
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
membuat persepsi terhadap kaunselor samada positif atau negatif. Jika persepsi yang

diberikan bersifat positif, maka sesi kaunseling akan berjalan dengan lancar dan mungkin

tiada gangguan yang berlaku. Tetapi apabila berlaku sebaliknya, klien akan membuat

kesimpulan bahawa kaunselor tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat

terhadapnya. Ini akan menyebabkan rasa kecewa kerana pertemuannya dengan kaunselor

untuk mendapatkan sesuatu berakhir dengan kehampaan. Oleh itu, kaunselor haruslah

peka terhadap keadaan klien dari segi ekspresi muka dan perlakuan non-verbal yang lain.

Kontak Mata

Kaunselor yang berkesan juga pandai mengekalkan kontak mata dengan klien

semasa sesi kaunseling. Kontak mata dalam konteks kaunseling membantu dalam

membina perhubungan peribadi antara kaunselor dan klien, menunjukkan bahawa

kaunselor bersedia dan tidak takut untuk mendekati persoalan yang dihadapi oleh klien

serta membolehkan kaunselor memerhatikan tingkah laku non-verbal klien. Namun,

kontak mata yang lama akan menyebabkan klien merasa tidak selesa. Klien merasa

seolah-olah dirinya diperhatikan oleh kaunselor. Oleh itu, kaunselor haruslah

mengekalkan kontak mata untuk beberapa saat sahaja pada masa yang tertentu supaya

klien berasa selesa sepanjang sesi kaunseling dijalankan.

Kaunselor juga perlu peka kepada kontak mata yang ditunjukkan oleh klien.

Adakah klien memandang tepat padanya atau mengelak dari bertembung pandangan. Jika

ini berlaku kemungkinan klien tidak suka atau merasa malu terhadap kaunselor. Jika

5
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
gerak-geri mata klien sentiasa beralih-alih ia ingin memperlihatkan bahawa seolah-olah ia

ingin mencari jalan keluar dari bercakap hal yang sedang dibincangkan. Jika matanya

kerap terbuka-tertutup, ia seolah-olah menggambarkan perasaan tidak tenteram dan tidak

dapat membuat keputusan.

Bahasa Badan

Tingkah laku non-verbal yang berikutnya adalah bahasa badan – ia adalah isyarat

(gesture), kedudukan (posture) dan pergerakan badan ini memperlihatkan perasaan dan

emosi seseorang. Bahasa badan ini merangkumi gerak-geri tangan, cara duduk,

kedudukan kaki dan sebagainya. Bahasa badan ini tidak dapat dibuat-buat kerana ia

berlaku secara semula jadi. Emosi biasanya dilahirkan dengan sebebas-bebasnya

sehingga kita dapat membaca dan melihatnya dengan jelas. Di tempat-tempat pertemuan

sosial seperti di lapangan terbang kita dapat lihat pelbagai gelagat dan gerak-geri badan

manusia yang mempamirkan emosi ketika itu. Kerana di sinilah tanpa berselindung

manusia menunjukkan keghairahan, ketidaksabaran dan banyak lagi emosi yang lain

melalui gerak-geri mereka.

Gerak-geri menutup mulut, mengangkat bahu, menunjukkan ibu jari ke atas dan

sebagainya semuanya menunjukkan maksud yang tersendiri. Oleh itu sebagai seorang

kaunselor yang bijak haruslah peka kepada maksud yang ingin disampaikan oleh klien

melalui bahasa badan ini. Tingkah laku mencekak pinggang menunjukkan seseorang itu

merasa lebih berkuasa, lebih hebat atau lebih marah. Memasukkan tangan ke dalam saku

6
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
seluar menandakan orang yang suka memendam perasaan dan memencilkan diri, yang

suka mengkritik orang lain tetapi hanya sedikit atau tidak langsung memperlihatkan hal-

hal peribadinya. Jika disertakan pula dengan cara berjalan yang perlahan dan tidak

menentu serta kepala tertunduk, lagak ini menunjukkan kerunsingan. Sekiranya pula

kerunsingan itu disebabkan oleh perasaan marah, ia akan menyepak objek yang kecil

malah ada kalanya objek yang hanya wujud dalam khayalannya semasa berjalan.

Berjalan sambil berpeluk tubuh menunjukkan rasa hati yang defensif dan kerap

kali dilakukan oleh wanita yang berjalan berseorangan di jalan yang penuh sesak. Tangan

yang didakap ke badan memberi keyakinan jasmani yang menandakan ketidakpuasan dan

kurang yakin pada diri sendiri. Berjalan mundar-mandir seperti pengawal yang sedang

bertugas, sambil mengelamun, kepala tertunduk dan kerap kali mata melihat ke bawah,

tetapi berjalan perlahan-lahan untuk berfikir dengan lebih jelas kerana mindanya

berserabut dengan proses pemikiran dan oleh itu ia hendak membuat suatu keputusan. Di

samping itu, kegiatan seperti ini boleh membantu membakar adrenalin dan merupakan

cara yang amat berkesan untuk membebaskan ketegangan yang dialaminya akibat

menganalisa masalah tersebut.

Sentuhan

7
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_

Tingkah laku sentuhan menunjukkan tanda kemesraan yang intim dan dapat

menenangkan emosi orang yang disentuh. Banyak faktor yang mempengaruhi tingkah

laku sentuhan ini antaranya siapa yang melakukan sentuhan itu iaitu adakah rakan karib,

orang yang tidak dikenali, jantina yang sama atau berlainan dan lain-lain lagi. Bentuk

sentuhan juga perlu diambil kira, sebentar atau lama, kasar atau lembut. Bahagian badan

yang disentuh seperti tangan, bahu, kepala, pipi dan lain-lain lagi. Walau apa pun bentuk

dan bahagian badan yang disentuh, sentuhan mungkin membawa pelbagai pengertian

seperti kemesraan, penguasaan, agresi, ketenangan dan sebagainya.

Sentuhan seorang kaunselor mestilah memberi ketenangan emosi kepada klien.

Tetapi kaunselor mestilah pandai menggunakan teknik ini kerana tidak semua klien boleh

diaplikasikan teknik seumpama ini. Contohnya seorang kaunselor lelaki tidak seharusnya

menyentuh klien wanita kerana ini telah menyalahi batas-batas agama dan adat. Teknik

sentuhan ini hanya boleh diamalkan oleh kaunselor terhadap klien yang sama jantina.

Bagi kaunselor yang sama jantina juga tidak boleh menyentuh klien dalam jangkamasa

yang panjang. Untuk menggunakan teknik sentuhan ini juga seorang kaunselor perlulah

melihat situasi dan keadaan diri klien itu. Adakah klien menerima sentuhan itu dan berasa

tenang apabila disentuh atau sebaliknya. Jika klien berada dalam kesedihan ada

setengahnya ingin disentuh untuk mendapatkan sokongan dan empati kaunselor tetapi ada

juga sesetengah klien yang tidak suka disentuh apabila berada dalam keadaan tersebut.

Oleh itu, kaunselor haruslah bijak dan peka untuk membaca bahasa badan klien yang

lain.

8
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_

Pembentukan Impresi

Pembentukan impresi adalah satu proses seseorang itu menyatupadukan pelbagai

maklumat dari banyak sumber dan membentuk tanggapan, penilaian dan pentafsiran

keseluruhan mengenai orang lain. Impresi pertama sangat penting dalam menentukan

hubungan seterusnya. Sebagai seorang kaunselor adalah penting untuk memberi impresi

yang baik terhadap semua klien yang datang kepadanya. Ini sejajar dengan perintah Allah

menyuruh hamba-Nya mempunyai sangkaan yang baik terhadap saudaranya. Dalam

membentuk impresi, seorang kaunselor perlulah menerima seadanya diri klien itu selaras

dengan etika kaunseling iaitu penerimaan tanpa syarat. Impresi yang dibuat juga tidak

boleh bias hanya dengan mendengar cerita atau khabar angin tentang diri seseorang

individu itu. Contohnya apabila seorang murid yang bermasalah dirujuk oleh guru

kelasnya kepada kaunselor. Seorang kaunselor yang bijak dan berkesan tidak hanya

meletak atau mengambil keseluruhan cerita guru tersebut sebagai batu penilaian untuk

menilai pelajar itu sendiri. Beliau seharusnya meneroka sendiri apa permasalahan dan

punca kepada berlakunya masalah itu sendiri.

Seorang kaunselor haruslah mempunyai imej diri yang bersih dan baik dari segi

penampilan dan tingkah lakunya. Kaunselor juga haruslah menjaga cara berpakaian, stail

rambut, gaya bercakap dan lain-lain lagi. Nada suara seorang kaunselor penting apabila

membuat tindakbalas. Nada suaranya perlulah menunjukkan titik beratnya (show

concern) kepada mesej klien. Seorang kaunselor yang berkesan akan selalu memberikan

9
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
reaksi dan mood yang positif kepada orang lain terutama sekali kepada kliennya.

Kadang-kala dengan memberi pujian dan bersetuju dengan pandangannya akan

membuatkan dirinya lebih dihargai dan secara tidak langsung akan memberikan satu

reaksi yang positif ke atas dirinya.

PENUTUP DAN KESIMPULAN

Dalam membuat persepsi dan membentuk impresi seorang kaunselor harus sedar

siapa dirinya yang sebenar. Sebagai seorang manusia biasa kaunselor yang mempunyai

banyak ilmu dan menerima latihan yang cukup haruslah mengaplikasikan dalam tugasnya

seorang kaunselor. Beliau haruslah mengetepikan persoalan emosi dan haruslah bertindak

secara professional dan rasional. Seorang kaunselor yang berkesan haruslah menjadi

‘role-model’ yang baik kepada masyarakat umum dalam mempamerkan tingkah laku

yang baik.

Pada asasnya seorang kaunselor yang berkesan adalah seorang manusia yang

berkesan – yang peka kepada ciri-ciri kemanusiaan yang pelbagai ragam serta menyedari

sifat-sifat kemanusiaannya sendiri, tabah, berani dan bersedia menghadapi sebarang

kemungkinan. Walaupun manusia bertanggungjawab kepada dirinya sendiri tetapi

sebagai seorang kaunselor bertanggungjawab untuk menolong kliennya membantu

dirinya sendiri, iaitu dengan mengenalpasti tanggungjawab klien supaya dapat

mengambil tindakan yang berkesan dan wajar.

Bibliografi

1
KKS 2013 – Psikologi Sosial Persepsi Sosial Dan Pembentukan Impresi

_______________________________________________________________________________________________
_
Ishammudin Hj Ismail. 2002. Panduan Asas Kaunselor Muslim. Midmodal Industries

Sdn Bhd.

Ma’rof Redzuan. 2001 . Psikologi Sosial. Universiti Putra Malaysia Serdang


Mohd Fauzi Jaafar. ( ). Memahami Gerak-Geri. Laser Press Sdn Bhd

Saporan Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh, Hapsah Md Yusof. 2002. Kaunseling Individu.

Prentice Hall.

11