Anda di halaman 1dari 35

PALANG MERAH/ BULAN SABIT MERAH DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. PERSATUAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN UNDANGUNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA. PRINSIP PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH HUBUNGANNYA DENGAN KONVENSYEN GENEVA. DAN

PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN PENYEBARAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA. PERUNTUKKAN KHAS BERKAITAN DENGAN KEGIATAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN ANGGOTA TENTERA DALAM MASA PERANG/KONFLIK BERSENJATA. BACAAN TERPILIH (DALAM BAHASA INGGERIS). BIBLIOGRAFI

5. 6.

KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN

Pendahuluan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa mengandungi Undang-undang Antarabangsa yang usul asalnya sama ada konvensional atau mengikut adat dan rekabentuk khas untuk menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan akibat daripada konflik bersenjata. Undang-undang ini menghadkan, atas sebab-sebab kemanusiaan, hak-hak pihak yang bersengketa untuk menggunakan kaedah dan cara peperangan mengikut pilihan mereka sendiri dan melindungi orang-orang atau objek-objek yang terlibat atau mungkin terlibat dalam sengketa tersebut. Undang-undang Kemanusiaan boleh dikatakan suatu perkara baru dalam Undang-undang Antarabangsa. Dalam awal tahun 50an, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa mula-mula menggunakan perkataan ini untuk melambangkan undang-undang Konvensyen Geneva, yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada undang-undang peperangan. Undang-undang peperangan secara kasar, bermaksud untuk mengawal keadaan permusuhan dan mengurangkan kesengsaraan akibat daripadanya. Konvensyen The Hague menetapkan hak-hak dan kewajipan pihak-pihak yang sedang berperang dalam menjalankan operasi permusuhan dan menghadkan pilihan cara-cara melakukan kerosakan ke atas musuh. Konvensyen Geneva melindungi anggota-anggota tentera, orang-orang yang tidak upaya berjuang dan orang-orang yang tidak mengambil bahagian dalam permusuhan. Konvensyen ini adalah perjanjian antarabangsa yang mengikut semua Negara yang mengiktirafkannya bagi maksud melindungi mangsamangsa peperangan dan akibat-akibatnya. Latar Belakang Sejarah Pengalaman seorang warganegara Geneva bernama Henry Dunant, telah memulakan penubuhan Palang Merah dan Konvesyen Geneva yang asal. Dunant telah menyaksikan kengerian. Menjaga dan merawatnya. Kesan buku ini membawa kepada penubuhan, dalam bulan Feb 1863, satu Jawatankuasa Berlima, terdiri daripada Dunant, Gustave Mouynier, General Guillame Dufour, Dr. Louis Appia dan Dr. Theodire Mauncir. Jawatankuasa ini, pelopor ICRC, dalam tahun 1864 memujuk Kerajaan Swiss supaya mengadakan suatu persidangan antarabangsa yang disertai oleh 16 negara. Wakil-wakil ke persidangan bersetuju mewujudkan persatuan-persatuan

Kebangsaan bertaraf antarabangsa dan menggunakan lambing Palang Merah di atas latar belakang warna putih sebagai lambing institusi baru tersebut. Konvensyen juga mengesyorkan satu rancangan yang lebih mantap untuk memberi pelindungan antarabangsa, kepada orang-orang yang cedera, hospitalhospital tentera da kakitangan perubatan. Cadangan-cadangan ini telah dipakai di dalam Konvensyen Geneva bagi pemulihan keadaan orang-orang yang cedera dalam tentera-tentera di medan, pada 22 Ogos 1864 di Geneva. Konvesyen mengandungi 10 artikel dan memperkenalkan sifat berkecuali. Doktor-doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai pejuang dan dikecualikan daripada ditawan. Orang-orang awam yang membantu orangorang yang cedera hendaklah dihormati. Anggota tentera yang cedera dan sakit hendaklah dirawat tanpa mengira bangsa mereka. Ambulan dan hospital tentera hendaklah diiktiraf sebagai berkecuali. Palang Merah hendaklah menjadi lambang pengenalan supaya bebas daripada serangan. Konvensyen Geneva Konvensyen 1864 telah dikaji semula dalam satu Persidangan Diplomatik dalam tahun 1906. Daripada pengalaman perang Dunia Pertama Konvensyen ini seterusnya dikaji semula dan diperbaiki di dalam Konvensyen Geneva tahun 1928 khususnya berhubung dengan tawanan perang. Perlindungan ke atas orang-orang yang sakit dan cedera dalam peperangan tentera laut telah diberi melalui Persidangan The Hague tahun 1899 dan 1907. Persidangan The Haque ke III tahun 1899 meluaskan kepada peperangan tentera laut peruntukan Konvesyen Geneva 1864 dan apabila Konvensyen The Hague ke III dikaji semula dalam tahun 1906, prinsip-prinsisp telah diperluaskan kepada peperangan tentera laut oleh Konvensyen The Hague ke X tahun 1907. Satu lagi perkembangan yang besar dalam peperangan kemanusiaan ialah aktiviti Palang Merah berhubung dengan tawanan perang. Konvesnyen The Hague ke- IV tahun 1907 berkaitan dengan undang-undang dan Adat Peperangan di darat adalah menjadi asas undang-undang bagi tugas ini. Selaras dengan Konvesyen ini, Palang Merah telah menubuhkan dalam Perang Dunia Pertama sebuah Agensi Antarabangsa bagi tawanan perang di Geneva yang mewujudkan indeks lebih daripada lima juta kad yang mengandungi butirbutir pengenalan dan lokasi tawanan perang. Prinsip Konvensyen 1864, 1899 dan 1907 telah disahkan semula dan dipertingatkan selanjutnya dalam tahun 1929. Pengalaman Perang Dunia Ke Dua memaparkan keperluan mengkaji semula dan membuat tambahan kepada Konvensyen Geneva. Draf-draf disediakan oleh

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dengan kerjasama pakar-pakar dan setelah beberapa mesyuarat diadakan, telah diambil sebagai asas bagi kerjakerja Persidangan Diplomatik di Geneva dari 21 April hingga Ogos 1949. Persidangan ini menerima empat Konvensyen yang telah ditandatangani 61 negara. Konvensyen ini adalah: a) Konvensyen Pertama Konvensyen Geneva bagi pemulihan keadaan orang-orang yang cedera dan sakiit dalam angkatan tentera di medan.

b) Konvensyen Kedua Konvensyen Geneva bagi pemulihan anggota-anggota angkatan tentera yang cedera, sakit dan terkandas di laut.

c) Konvensyen Ketiga Konvensyen Geneva yang berkaitan dengan layanan tawanan perang.

d) Konvensyen Keempat Konvensyen Geneva yang berkaitan dengan perlindungan orangorang awam semasa perang.

Pengiktirafan Palang Merah sebagai lambang rasmi adalah satu langkah yang wajar. Konvensyen ini yang mengandungi hamper 400 artikel, melambangkan satu kejayaan undang-undang yang bersejarah dan merupakan benteng undangundang yang hamper 37 tahun telah memberikan perlindungan kepada mangsamangsa konflik bersenjata yang tidak terkira ramainya. Protokol Pengalaman dalam beberapa dekad ini menunjukkan betapa perlunya undangundang konflik bersenjata dikaji semula pada keseluruhannya. Dengan demikian Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang ke-20 di Vienna 1965, menggesa Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa supaya menyusul Perkembangan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Dalam bulan Mei 1968, Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kemanusiaan di Teheran, Iran menjemput Setiausaha Agung BangsaBangsa Bersatu supaya berhubung dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa untuk membuat kajian usahasama. Persidangan Palang Merah

Antarabangsa yang ke-21 pada bulan September 1969 di Istanbul, Turkey menggesa Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa supaya meneruskan usahanya merangka peraturan-peraturan yang konkirt sebagai tambahan kepada Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang ada sekarang, dan menjemput pakar-pakar kerajaan bertemu untuk berunding dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Hasil daripada itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa mengadakan Persidangan Diplomatik pada 24 Mei 1971 dengan dihadiri oleh pakar-pakar dari 39 negara. Ini diikuti pula dengan sessi kedua pada 3 Mei hingga 3 Jun 1972 dan seramai 400 pakar dari 77 negara telah mengambil bahagian. Hail dariapda kerj-kerja persiapan ialah dua draf protokll sebagai tambahan kepada Konvensyen Geneva tahun 1949. Draf protokol pertama adalah berkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa dan yang kedua berkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata dalam negeri. Kedua-dua draf protocol telah dikemukakan dalam Persidangan Palang Merah Antarbangsa ke-22 di Teheran pada 1973. Dalam tahun1973, Kerajaan Switzerland, negara penyimpan bagi Konvesnyen Geneva telah menghantar jemputan ke Persidangan Diplomatik yang akan dihadiri oleh wakil-wakil yang berkuasa dari negara-negara yang menjadi ahli Konvensyen Geneva 1949 untuk membincangkan draf protokol tersebut. Persidangan yang diadakan di Geneva mempunyai 4 sessi: 20 Feb. hingga 29 Mac 1974, 3 Feb. hingga 8 April 1975, 21 April hingga 11 Jun 1976 dan 11 Mac hingga 10 Jun 1977. Persidangan ini disertai oleh 124 negar, 11 pergerakan pembebasan Negara dan 51 orangisasi antara Kerajaan dan bukan Kerajaan. Pada 8 Jun 1977 Persidangan Diplomatik menerima 2 protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva. Perlindungan Warisan Kebudayaan Manusia. Sehingga Konvensyen Geneva 1949, tidak ada peruntukan dibuat atau difikirkan perlu untuk membincangkan kesan-kesan permusuhan ke atas warisan Kebudayaan Manusia. (Perkara ini termasuk di bawah Konvensyen The Huges). Perkembangan yang berlaku pada awal abad ke 20 dalam teknologi dan teknik tentera, khususnya perkembangan luar biasa dalam peperangan udara menyebabkan perlu mempertingkatkan dan menjadikannya lebih khusus undang-undang konflik bersenjata yang ada sekarang. Konvensyen Geneva keIV (1949), Artikel 53 adalah percubaan pertama untuk melindungi harta benda, tetapi dalam keadaan yang amat umum dan terhad. Dalam Konvensyen The Hague (1954) peruntukan untuk melindungi harta benda kebudayaan telah dipertingatkan sepenuhnya. Keseluruhan Konvensyen telah ditumpukan kepada subjek ini. Dalam tahun 1977, Protokol I dan II diperluaskan selanjutnya hingga termasuk:

a) Objek yang sangat mustahak dalam kehidupan penduduk awam, misalnya kerja-kerja pengairan, binaan air minuman, tanaman dan binatang ternakan. b) Kerosakan yang merebak, berpanjangan dan teruk ke atas persekitaran. c) Membuka kuasa-kuasa tenaga yang bahaya yang boleh mengakibatkan kerugian besar di kalangan penduduk awam misalnya empangan , dike. Penyebaran Liputan Konvensyen Geneva ini tidak akan lengkap tanpa menyentuh tentang kepentingan penyebaran. Sebagaimana pentingnya peruntukan dalam aspek boleh buat dan jangan buat, begitu juga peruntukan dimasukkan di dalam Konvensyen bagi menentukan penyebaran Konvensyen ini. Negara-negara yang memihak kepada Konvensyen Geneva ini, melalui tandatangan mereka, berikrar untuk menyebarkan kandungan Konvensyen ini seberapa luas yang boleh di negara masing-masing, dalam masa aman ataupun masa perang, supaya prinsip-prinsipnya dapat diketahui oleh seluruh penduduk, khususnya kepada angkatan tentera. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan utama kerajaan-kerajaan negara untuk menyebarkan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Penyebaran juga adalah kewajipan semua warganegara, yang mungkin satu hari nanti akan dikehendaki mengamalkan peraturan Undangundang Kemanusiaan Antarabangsa. (Penyebaran Undang-undangan Kemanusiaan Antarabangsa oleh Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah, yang bertindak sebagai pasukan bantuan pihak berkuasa awam, menokok tambah tindakan yang dijalankan oleh Kerajaan. Pernyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa membantu mengelakkan pelanggaran prinsipprinsip kemanusiaan dan juga menggalakkan kewujudan refleks kemanusiaan.

JADUAL 1 Sejarah Konvensyen Geneva dan Konvensyen Hague Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva 1864 1868 1899 Penyemakan Konvensyen 1906 Geneva 1907 Penyemakan Konvensyen 1929 Geneva Konvensyen Geneva Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat 1949 1954 Konvensyen Hague (Warisan Kebudayaan Manusia) Pengumuman St. Petersburg Persidangan Keamanan Antarabangsa Hague Konvensyen Hague Konvensyen Hague

Protokol Tambahan I, II

1977

JADUAL 2 Senarai Konvensyen-Konvensyen Geneva dan Protokol-Protokol Tambahan Konvensyen Pertama Bagi pemulihan keadaan orang-orang yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan. Bagi pemulihan anggota-anggota angkatan tentera yang cedera, sakit dan terkandas di laut. Yang berkaitan dengan layanan tawanan perang. Yang berkaitan dengan perlindungan orangorang awam semasa perang. Yang berkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa. Yang berkaitan dengan perlindungan mangsamangsa konflik bersenjata bukan antarabangsa.

Konvensyen Kedua

Konvensyen Ketiga Konvensyen Keempat Protokol I

Protokol II

PRINSIP PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN HUBUNGAN DENGAN KONVENSYEN GENEVA Prinsip-prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah telah hanya diisytiharkan dalam tahun 1965 tetapi prinsip ini telah sentiasa menjadi asas kewujudan Palng Merah/Bulan Sabit Merah dan kerja-kerjanya. Dalam Persidangan Palang Merah Antarabangsa ke-20 (Vienna 1965) tindakan telah diambil untuk mengisytiharkan dengan rasminya Asas-asas Panduan Prinsip Palang Merah dan telah juga diputuskan bahawa prinsip ini dibaca dengan penuh istiadat di setiap pembukaan Persidangan Antarabangsa. Prinsip-prinsip tersebut adalah: Kemanusiaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, diwujudkan dengan hasrat memberi bantuan tanpa diskriminasi kepada orang-orang yang cedera di medan perang, mencuba dalam kedudukannya pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa mencegah dan meringankan penderitaan manusia walau di mana ia berada. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati sesame manusia. Ia memupuk sifat saling persefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan antara manusia. (Ditubuhkan atas dasar hormat menghormati sesame manusia, ini adalah prinsip yang utama sekali yang kaitannya tidak boleh dipisahkan daripada idea kedamaian, prinsip yang merumuskan hasrat dan cita-cita Pergerakan ini dan menjadi teras semua prinsip yang lain. Melihat dan sama-sama merasa penderitaan orang lain, mencegah dan meringankan ketika menghadapi kekerasan adalah satu tugas menyambung nyawa. Ia juga adalah satu tugas kea rah mencegah dan menghapuskan peperangan: Kemanusiaan adalah factor penting dalam kedamaian sebenar antara manusia dan negara. Melalui Kemanusiaan ke arah kedamaian). Kesaksamaan Ia tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik. Ia cuba meringankan penderitaan individu, berpandukan semata-mata oleh keperluan mereka, dan memberi keutamaan kepada kes-kes kesusahan yang paling memerlukan. (Prinsip positif dalam membantu orang lain tanpa diskriminasi mengingatkan kita bahawa perbezaan tidak harus dikenakan kepada orang-orang dalam kesusahan. Prinsip ini adalah bertentangan dengan perasaan tinggi diri, atau tindakan diskriminasi yang selalu menjadi punca konflik).

Kebebasan Palnga Merah/Bulan Sabit Merah adalah ssebuah pertubuhan yang bebas. Persatuan-persatuan Kebangsaan, yang menjadi pertubuhan tambahan dalam perkhidmatan kemanusian kerajaan masing-masing dan tertakluk kepada undang-undang negra masing-masing, hendaklah sentiasa memelihara antonomi mereka supaya mereka sentiasa dapat bertindak menurut Prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah. (Kebebasan Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah daripada kuasa awam adalah penting demi kegiatan kemanusiaan dari segi Panduan Asas Prinsip. Ia membolehkan semangat kedamaian, yang menjadi sifat Pergerakan ini, bersemarak di sanubari setiap orang. Tanpa mengasingkan Palang Merah/Bulan Sabit Merah daripada pergerakan yang lain, ia memberikan pergerakan ini antonomi yang diperlukan untuk kerja-kerja kemanusiaannya mereka yang menjadikannya suatu kuasa menyatupadukan sesama manusia). Perkhidmatan Sukarela Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah satu badan bantuan sukarela yang diwujudkan bukan dengan hasrat mengaut keuntungan. (Untuk memberi bantuan kepada sesama manusia, dengan sukarela dan tanpa mementingkan diri sendiri, membuktikan kerelaan berkhidmat dan persaudaraan yang membuka pintu ke arah perdamaian). Perpaduan Hanya terdapat satu Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah sahaja dalam sesebuah Negara. Ia adalah terbuka kepada semua yang ingin menjadi ahli. Ia hendaklah menjalankan kerja-kerja kemanusiaannya di seluruh wilayahnya. (Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah menyatupadukan semua rakyat dalam lingkungan sempadan negara yang berkenaan dan menjadi satu faktor keamanan dalam negeri). Kesejagatan Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah sebuah institusi antarabangsa. Semua Persatuan mempunayi status yang sama dan berkongsi tanggungjawab dan tugas yang sama dalam membantu antara satu sama lain.

(Sifat kesejagatan Pergerakan ini adalah hasil daripada kesedaran ahli-ahli terhadap nilai-nilai bersama. Oleh kerana salah satu daripada sifat ini ialah kewajipan saling bantu membantu antara satu sama lain, maka ia menggalakkan penyebaran nilai-nilai ini di semua negara dan dengan demikian menggalakkan tali persahabatan dan kedamaian sesama insan. Ketujuh-tujuh prinsip ini mencerminkan cita-cita kemanusiaan dan sentiasa dijadikan sebagai panduan kepada aktiviti-aktiviti Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Pada hakikatnya, ia dikendalikan seperti berikut: Kemanusiaan dan Kesaksamaan Kekecualian dan Kebebasan Menentukan objektif pergerakan. Menentukan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan. Membolehkan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah bekerja dengan berkesan di seluruh dunia.

Perkhidmatan Sukarelam, Perpaduan Perpaduan dan Kesejagatan

Peraturan Konvensyen Prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah aalah juga menjadi asas prinsip Konvensyen Geneva. Konvensyen ini adalah dokumen yang panjang dan komplikated mengandungi kira-kira 429 artikel, tetapi prinsip yang menjadi asas Konvensyen boleh dinyatakan dengan mudah sebagai: Maruah semua individu mestilah sentiasa dihormati. Segala yang mungkin hendaklah dipalukan, tanpa sebarang diskriminasi, untuk mengurangkan penderitaan mereka yang tidak menyertai secara langsung dalam peperangan atau mereka yang tidak dapat bertindak kerana jatuh sakit, cedera atau ditawan. Persamaan pada asas prinsip kedua-dua Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Konvensyen Geneva bukannya secara kebetulan, Pergerakan inilah yang melahirkan Konvensyen Geneva. Bolehlah dikatakan bahawa peruntukanperuntukan Konvensyen Geneva adlah penyataan Undang-undang kepada prinsip-prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Konvensyen Geneva adalah pada hakikatnya satu siri boleh buat dan jangan buat yang dipakai ketika berlaku konflik untuk melindungi individu yang terdedah kepada serangan dan juga lemah. Asas Panduan Peraturan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang Digunakan dalam Konflik Bersenjata.

1.

Orang-orang yang tidak berupaya untuk berjuang dan mereka yang tidak menyertai secara langsung dalam permusuhan adalah berhak dihormati nyawa dan keutuhan fizikal dan moral mereka. Mereka hendaklah, dalam keadan apa jua pun, dilindungi dan dilayani dengan berperi kemanusiaan tanpa sebarang perbezaan. Adalah dilarang membunuh atau mencederakan musuh yang menyerah diri atau yang tidak berupaya untuk berjuang. Orang-orang yang cedera dan sakit hendaklah dikumpul dan dirawat oleh pihak yang bersengketa yang berada di bawah kuasanya. Perlindungan juga meliputi anggota-anggota perubatan, pertubuhan, pengangkutan dan bahan-bahan. Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah tanda perlindungan tersebut dan mesti dihormati. Anggota-anggota pejuang dan orang awam yang ditawan di bawah kuasa pihak lawan adalah berhak dihormat dari segi nyawa, maruah, hak-hak peribadi dan kepercayaan mereka. Mereka hendaklah dilindungi daripada segala tindakan keganasan dan pembalasan. Mereka berhak berutus dengan keluarga mereka dan menerima bantuan. Setiap orang adalah berhak menikmati faedah daripada asas panduan jamnan perundangan. Tidak seorang pun boleh dituduh bertanggungjawab di atas tindakan yang tidk dilakukannya. Tidak siapapun boleh disiksa dari segi fizikal atau mental, hukuman dera, atau layanan yang zalim atau yang menjatuhkan maruah. Pihak-pihak yang bersengketa dan anggota-anggota angkatan mereka mempunyai pilihan kaedah dan cara peperangan yang terhad. Adalah dilarang menggunakan senjata atau kaedah peperangan yang menyebabkan kerugian yang tak munasabah atau penderitaan yang melampau. Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengenal pasti pendudukpenduduk awam dan anggota-anggota pejuang untuk menyelamatkan penduduk-penduduk awam dan harta benda. Penduduk-penduduk awam atau mana-mana orang awam tidak boleh menjadi sasaran serangan. Serangan hendaklah ditujukan semata-mata kea rah objektif tentera.

2. 3.

4.

5.

6.

7.

Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Konvensyen Mematuhi dengan keras dan mengambil perhatian tentang prinsip-prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah oleh ICRC, Liga dan Persatuan Kebangsaan, tidak dapat dinafikan lagi, telah menjadi passport yang bukan sahaja diterima oleh pihak-pihak yang bersengketa tetapi juga membolehkan ICRC dan Persatuan

Kebangsaan dimasukkan ke dalam Konvensyen, satu-satunya badan kemanusiaan yang mempunyai nama. ICRC khususnya telah diberikan keistimewaan ini dalam rangka bidang Konvensyen Geneva. a. ICRC, dengan kerjasama kerajaan yang berkenaan, boleh mengawasi perlaksanaan Konvensyen Geneva dan Protokol. Pengawasan sedemikian termasuk misalnya, pemeriksaan khemah Tawanan Perang dan Khemah tahanan orang awam. b. ICRC dijamin untuk mengendalikan Agensi Pusat Pengesan untuk merkod maklumat tentang orang-orang yang hilang, mendaftar tawanan-tawanan perang dan memajukan mesej-mesej keluarga. ICRC dijamin hak menguruskan bantuan (makanan, pakaian dan bekalan perubatan) bagi semua mangsa peperangan dan konflik. ICRC adalah dijamin berhak menguruskan rawatan perubatan, bekalan, hospital dan pengangkutan anggota-anggota angkatan tentera yang sakit dan semua orang awam.

c. d.

Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Keamanan Dengan 149 Persatuan Kebangsaan dan 250,000,000 ahli, satu status yang unik berhubung dengan Konvensyen Geneva dan usaha-usaha yang tidak berhenti-henti dalam penyebaran dan penggunaan peruntukan Konvensyen di seluruh dunia, Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah memberikan peluang yang unik dalam mana aktiviti kemanusiaan mengambil tempat yang penting dalam memelihara keamanan. Peluang untuk meningkatkan keamanan dunia melalui aktiviti kemanusiaan, semasa dalam peperangan serta juga semasa aman, telah membuka pintu kedua dalam aktiviti Palang Merah/Bulan Sabit Merah iaitu Palang Merah sebagai factor keamanan, hanya mula ketara semenjak 1919 sungguhpun petandanya telah dibayangkan dalam award Novel Peace Prize lebih awal lagi. Dalam tahun 1901, Hendry Dunant (dan Frederic Passy, seorang pendamai Perancis) telah dikurniakan hadiah tersebut dan dlam 1917, ICRC. Dalam 1944, ICRC sekali menerima award tersebut dan dalam 1963, Seratus Tahun Pertama Penubuhan Palang Merah, Nobel Prize tersebut dimenangi bersama ICRC dan Liga. Mulai daripada aktif perang dunia pertama Palang Merah mengambil pendirian yang kukuh tentang keamanan. Dengan tekanan keadaan dan oleh kerana ahli-ahli Palang Merah/Bulan Sabit Merah seluruh dunia menjadi bertambah yakin bahawa kewajipan moral mereka adalah lebih meluaskan daripada mas perang, semangat pergerakan menjadi bertambah berkobarkobar untuk berkhidmat demi keamanan dan memutuskan tentang peranan yang akan dimainkan dalam membina dunia yang aman. Persidangan Antarabangsa yang telah diadakan sejak daripada itu telah mengulangi tema

yang sama dan mengundi resolusi seperti itu. Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang ke XVII (Stockholan, 1948) memutuskan: Peranan utama Palang Merah/Bulan Sabit Merah dalam mengekalkan keamanan ialah menjalankan aktiviti di mana orang-orang dewasa dan kanak-kanak di seluruh dunia bertindak untuk membantu dan mencegah kesengsaraan manusia baik di dalam negeri mahupun di seberang laut. Tindakan seperti ini adlah satu ara menggambarkan cita-cita insan ke arah keamanan yang berkesan.

PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN PENYEBARAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Pertimbangan Am Penyebaran pengetahuan Prinsip-prinsip Palang Merah dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa termasuk semua aktiviti yang bertujuan mengenalkan orang awam khususnya tentera darat, golongan universiti dan belia dengan prinsip Palang Merah, Konvensyen Geneva dan Protokolprotokolnya. Negara-negara pihak Konvensyen Geneva tahun 1949 dan Protokol Tambahan 1977 berikrar, melalui tandatangan mereka, untuk menyebarkan kandungan Konvensyen mereka seberapa luas yang boleh di negara masing-masing dalam masa aman dan juga masa perang, supaya prinsip mereka diketahui oleh seluruh penduduk, khususnya kepada angkatan tentera. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan kerajaan menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Penyebaran adalah juga menjadi tanggungjawab semua warganegara, dan sesiapa sahaja mungkin dipanggil pada bila-bila masa untuk mempraktikkan peraturan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa oleh Persatuan Kebangsaan, yang bertindak sebagai pembantu pihak berkuasa awam, menambahkan lagi penyebaran yang dijalankan oleh kerajaan. Disebaliknya pula, Persatuan Kebangsaan adalah semata-mata bertanggungjawab di atas penyebaran prinsip dan cita-cita Palang Merah. Walau bagaimanapun, adalah menjadi hasrat agar persatuan Kebangsaan menyatukan penyelarasan prinsip Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan prinsip dan cita-cita Palang Merah, menjadi satu operasi tunggal, menunjukkan betapa banyaknya keamanan mereka. Penyebaran pengetahaun tidak boleh dilihat berasingan daripada penyebaran semangat keamanan oleh semua ahli keluarga Palang Merah. Melalui penyebaran pengetahuan jangan sekali-kali menganggap bahawa peperangan boleh diterima. Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa menolong mencegah pelanggaran prinsip kemanusiaan kerana ia mewujudkan suasana yang baik dan sesuai ke arah penggunaannya. Dalam erti kata lain, setiap individu hendaklah digalakkan bertindak dengan berperi kemanusiaan walau di mana dan dalam apa jua keadaan, dengan itu memalukan mereka yang tidak yakin dalam

penggunaan sebenar prinsip kemanusiaaan dalam konflik bersenjata. Memang benar, di dalam Perang Dunia Ke-2 dan konflik-konflik yang berlaku akhir-akhir ini telah meninggalkan kesan dan parut yang dalam di dalam fikiran ramai orang. Penyebaran akan menggalakkan keengganan melakukan keganasan dan mengelakkansikap ketidakacuhan terhadap kesengsaraan. Mendorong masyarakat bertindak dengan berperi kemanusiaan dan memastikan prinsip kemanusiaan dihormati. Pada amalanya, setiap Persatuan Kebangsaan haendaklah menjadikan penyebaran sebagai sebahagian penting daripada aktiviti supaya dapat menekankan prinsip yang menjadi dasar tindakannya. Salah satu objektif pertaman program penyebaran, tidak kira kepada siapa ditujukan, ialah untuk mengukuhkan lagi perasaan menghormati lambang perlindungan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sekiranya berlaku konflik bersenjata. Adalah perlu ditekankan khususnya, bahawa tembakan tidak boleh dilakukan ke arah orang-orang atau harta benda yang mempamerkan lambang perlindungan ini. Setiap orang akan kemudiannya memahami betapa pentingnya menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dengan betul supaya ia dapat memelihara keberkesanan dalam situasi di mana hanya lambang ini sahaja dapat menyelamatkan nyawa dan kesihatan. Penyebaran: Cara Pendidikan ke Arah Keamanan Palang Merah berusaha keras untuk mewujudkan kaedah penggunaan Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahannya di mana-mana sahaj dengan berkesan, sekiranya berlaku konflik bersenjata, untuk mempertingkatkan situasi tawanan perang dan tahanan-tahanan awam, memastikan orang-orang yang sakit dan cedera dijaga dengan baik, dan memastikan orang-orang awam di negara musuh dan penduduk-penduduk wilayah yang ditakluki adalah diberi layanan dengan hormat dan berperi kemanusiaan. Aktiviti ini dan penyebaran prinsip kemanusiaan merupakan salah satu sumbangan Palang Merah ke arah kedamaian dan keamanan. Pengalaman Persatuan Kebangsaan mengesahkan bahawa penyebaran prinsip dan cita-cita Palang Merah dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa memainkan peranan pendidikan, menyedarkan dunia bahawa hanya dengan memelihara keamanan sahaja boleh menjamin hak asasi manusia hak untuk hidup. Kesedaran ini dan tindakan yang diambil hasil daripadanya dan galakkan perpaduan di kalangan individu dan Negara merupakan sumbangan Pergerakan Palang Merah yang khusus dan konkrit ke arah kamanan. Ekoran surat dan sokongan badan berkanun Palang Meraeh Antarabangsa yang jelas Program Tindakan Palang Merah sebagai factor Keamanan, berikut ini adalah antara aspek-aspek sumbangan Palang Merah ke arah keamanan:

Peningkatan kerjasama di antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan dengan kerajaan masing-masing untuk mencapai penyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang lebih baik. Pergabungan prinsip-prinsip dan cita-cita Palang Merah di dalam program pendidikan.

Apakah hubungannya orang mungkin bertanya, terutama sekali orang-orang muda di antara penyebaran undang-undang yang hanya dipakai dalam kes konflik bersenjata dengan sumbangan Palang Merah ke arah keamanan? Jawapannya ialah, dalam menggesa pihak-pihak yang sedang berperang supaya mengambil sikap yang sejajar dengan peraturan kemanusiaan, Palang Merah menyumbang kepada menghadkan kesan-kesan paksaan dan keganasan yang tidak terbatas, dan menggalakkan keamanan mengikut undang-undang. Pembahagian Kerja Di antara Persatuan-Persatuan Kebangsaan dan Institusi Palang Merah Antarabangsa Hasrat untuk mewujudkan perasaan hormat yang lebih bagi prinsip undangundang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip Palang Merah teleh membawa ICRC, Liga dan Institusi Henry Dunant menyelaraskan kegiatan penyebaran dan mereka telah mengisytiharkan diri mereka bersedia untuk membantu Persatuanpersatuan Kebangsaan dalam usaha-usaha mereka. Untuk mencapai matlamat ini, mereka telah merangka satu Program Tindakan Palang Merah berhubung dengan penyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip serta cita-cita Palang Merah bagi 1982 hingga 1985. Program ini yang ke dua dari jenis ini memaparkan pelbagai projek dan mengingat kembali pembahagian kerja-kerja dalam penyebaran. Menurut statut Palang Merah Antarabangsa: ICRC Mengekalkan asas panduan dan prinsip-prinsip tetap Palang Merah kerja-kerja dalam peningkatan dan penerapan Konvensyen Geneva. (Cabutan daripada statut Palang Merah Antarabangsa, Artikel VI, perenggan 2 dan 7).

Dengan kerjasama liga dan dengan bantuan Institut Henry Dunant, ia juga membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk mencapai objektif Negara mereka dalam penyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinisp serta cita-cita Palang Merah. Khususnya, ia menyokong PersatuanPersatuan Kebangsaan dalam usaha mereka mendorong kerajaan mereka menyebarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam golongan yang berkenaan.

LIGA

Membantu ICRC dalam memajukan meningkatkan undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan bekerjasama dengannya dalam penyebaran undang-undang ini dan Asas Panduan Prinsip Palang Merah di kalangan Persatuan Kebangsaan. Ia menggalakkan dan menyelaraskan usaha bertukar-tukar fikiran di antara PersatuanPersatuan Kebangsaan untuk menanamkan cita-cita kemanusiaan di dalam sanubari kanak-kanak dan belia dan untuk membangun dan menjalinkan perhubungan persahabatan di antara belia semua negara. Ia membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk mengambil ahli-ahli baru dari kalangan penduduk pada keseluruhannya dan menanamkan ke dalam diri mereka Prinsip dan cita-cita Palang Merah. (Cabutan daripada statut Liga, Artikel 5.1;g,h).

Selain daripada itu, Liga juga membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan memasukkan penyebaran ke dalam program pembangunan mereka, khususnya program bagi latihan pegawai dan anggota sukarela. Tujuan Institut Henry Dunant ialah untuk mendedahkan ahli-ahli perstuan (ICRC, Liga, Palang Merah Swiss) peralatan untuk kajian dan penyelidikan, latihan dan mengajar di semua cawangan Persatuan Palang Merah dan dengan demikian menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan dan kesejagatan Palang Merah. (Cabutan daripada statut HDI, Artikel 3). HDI dengan itu membantu ICRC, Liga dan Persatuan Kebangsaan dalam penyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip serta citacita Palang Merah dengan membuat kajian dan penyelidikan serta mengajarkan kursus-kursus latihan. Tujuan bersama ICRC, Liga dan Persatuan Kebangsaan adalah untuk menjadikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip serta citacita Palang Merah diketahui dan dipakai di merata dunia, dan dengan itu memupuk semangat kedamaian di kalangan masyarakat antarabangsa. (Statut Palang Merah Antarabangsa, Artikel VI; Statut Liga, Artitel 5; Statut Institut Henry Dunant, Artikel 3). Aktiviti penyebaran Persatuan-persatuan Kebangsaan adalah dilakukan kea rah dua hala: Pertama, kepada kakitangan mereka sendiri dan semua anggota sukarela. Kedua, dikalangan masyarakat Negara mereka sendiri, dengan perkataan lain di kalangan:

a. b. c. d. -

Anggota Angkatan Tentera Penasihat Undang-undang Anggota organisasi para tentera Anggota pejuang yang lain

Pegawai-pegawai Kerajaan: a. Pegawai-pegawai pentadbiran kerajaan b. Orang-orang yang berkelayakan

Masyarakat Akademik: a. Profesor Universiti b. Pelajar-pelajar c. Sekolah-sekolah berpengkhususan

Golongan Perubatan: a. Perkhidmatan Perubatan dan Para-perubatan b. Orang-orang yang berkelayakan

Anak-anak Muda: a. b. c. d. e. Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sekolah dan Maktab Latihan Kanak-kanak dan anak-anak yang muda tidak bersekolah Pertubuhan Belia Kebangsaan

Pihak Awam: a. Media Massa b. Kategori Sosial dan Pekerjaan c. Penyebaran di kalangan pihak awam dari segi krisis

Bagaimana Hendak Melakukan Penyebaran Menyediakan dasar untuk menjalankan penyebaran. Penyebaran adalah satu proses yang tetap dan berterusan yang perlu dirancang dengan bersistem, sama seperti aktiviti-akvititi lain Persatuan Kebangsaan. Penyebaran hendaklah diperkenalakan ke dalam Statut Persatuan Kebangsaan sebagai salah satu daripada tugas-tugas asasnya. Peranan Persatuan Kebangsaan dalam melaksanakan aktiviti penyebaran sebagai tambahan kepada pihak berkuasa awam, antara lainnya, perlu disebut di dalam perjanjian

berhubungan dengan kaedah kerjasama dengan perkhidmatan kerajaan dan/atau organisasi yang berkenaan. Pelaksanaan program penyebaran pada peringkat kebangsaan memerlukan penubuhan segera sebuah jawatankuasa antara kementerian, terdiri daripada: a. Wakil daripada Kementerian-kementerian atau jabatan awam yang berkenaan, khususnya: Pertahanan Luar Negeri, Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Pendidikan, Dalam, Negeri, Kehakiman, Penerangan. Wakil-wakil Persatuan Kebangsaan yang pakar atau berminat dalam penyebaran.

b.

Tugas jawatankuasa antara kementerian ini adalah untuk menyediakan program penyebaran kebangsaan dan disusuli dengan perlaksanaannya. Jawatankuasa ini akan terlibat khususnya dalam memastikan penyelarasan yang memuaskan di antara perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan dengan Persatuan Kebangsaan. Kepentingan Perancangan yang Teliti Program penyebarn hendaklah dirancang dengan cukup berhati-hati jika mahu berjaya. Dengan ringkasnya, rancangan hendaklah termasuk tujuh peringkat berikut: a. Memutuskan objektif yang hendak dicapai. (dalam jangka pendek, pertengahan dan panjang). b. Senaraikan kategori orang-orang yang perlu dihubungi dan tetapkan susunan keutamaan mengikut objektif yang dihasratnya. c. Pastikan, mengikut kategori orang yang berkenaan, banyak mana maklumat yang hendak diberi (mesej). Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 Peringkat 4 Prinsip Pertama Pengetahuan Am Pengetahuan Khas Pengetahuan Pakar

d. Pilih media yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej kepada kumpulan sasar. Kata-kata lisan (seminar, mesyuarat, program radio, dsb).

Kata-kata tulisan (penerbitan, poster dsb). Teknik pandang dengar (filem, slaid, program video dsb).

e. Anggarkan sumber-sumber manusia dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan program penyebaran. Benarkan juga sumbangan luar. f. Rancang jadual masa bagi pelbagai aktiviti yang hendak dijalankan. Pastikan operasi pada keseluruhan diselaraskan dengan baik. g. Sediakan belanjawan dan menyediakan kewangannya. Apabila perancangan telah selesai, program penyebaran hendaklah dikemukakan ke seksyen Persatuan Kebangsaan yang berkenaan untuk mendapat kelulusan. Adalah baik jika program tersebut juga dimajukan kepada ICRC dan Liga dan jika perlu ke Institut Henry Dunant untuk mendapatkan nasihat mereka dan memastikan pembekalan bahan-bahan yang standard. Sebaik sahaja program penyebaran telah dilulusakan oleh Jabatan yang berkenaan, maka bolehlah dimulakan operasi. Langkah pertama ialah menggerakkan penggunaan sumber-sumber manusia dan bahan yang diperlukan. Kemudian daripada itu, adalah baik jika dilakukan penilaian berkala ke atas kejayaan yang dicapai berbanding dengan objektif asal. Beberapa pelarasan mungkin perlu dilakukan. Kerjasama dengan Golongan Bukan Palang Merah Persatuan Palang Merah Kebangsaan seharusnya membangkitkan minat penyebaran di kalangan golongan bukan Palang Merah. Ini boleh dilakukan secara tidak langsung dengan meminta bantuan jabatan kerajaan bersabit dengan penyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan Persatuan Palang Merah Kebangsaan. Satu cara lagi ialah dengan cara tindakan langsung iaitu Persatuan Palang Merah sendiri merancang dan melaksanakan aktiviti penyebaran. Program penyebaran adalah berasaskan kepada tiga elemen: a. Mesej asas Palang Merah HORMATI NYAWA DAN MARUAH MANUSIA, dijelaskan dengan lima situasi: Merawat yang sakit dan cedera Memberi perlindungan kepada yang tiada tempat tinggal. Memberi makan kepada orang yang lapar Menyatukan semula keluarga yang telah berpecah Melindungi orang tawanan

b. c.

Cogan kata: MARILAH KITA MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN. Simbol Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Beberapa Aktiviti Penyebaran Palang Merah dan Negaraku untuk kanak-kanak sekolah. Sejumlah lebih daripada dua juta naskah telah dicetak dalam 25 bahasa. Buku-buku ini telah diedarkan kepada 65 buah Negara di seluruh dunia. Dalam tahun 1977, 30,000 naskah lagi telah dicetak dan diedarkan kepada 5 buah negara di Afrika. Dalam bulan September 1977, ICRC turut serta dengan Liga dalam menerbitkan satu panduan mengajar, kali ini direkabentuk bagi guru-guru Sekolah Menengah, berjodol Buku Panduan Mengajar Palang Merah. Buku Panduan ini mengandungi satu siri dokumen-dokumen bebas, tiap satunya berkaitan dengan subjek tertentu, dibahagikan kepada tiga seksyen utama; fail maklumat (mengimbas kembali sejarah Palang Merah dan menerangkan jenisjenis institusi yang terdedah kepadanya, Konvensyen Geneva dll), Dosies kajian (tentang topik seperti Palang Merah dan Peperangan, Palang Merah dan Keamanan, Palng Merah dan Bencana Alam, Palang Merah dan Kesihatan, dsb), dan Dosier Ringkasan (Palang Merah, suatu idea dan tindakan Palang Merah keadaan rohani, suatu sikap dll). Selain daripada dosier ini, buku panduan ini mengandungi garis panduan mengajar, menunjukkan bagaimana Palang Merah boleh diperkenalkan sebagai subjek dalam pelbagai mata pelajaran seperti sejarah, geografi, matematik dll. Akhirnya, perlu diambil perhatian bahawa Persatuan Palang Merah Kebangsaan boleh menyesuaikan setiap panduan supaya lebih sesuai dengan keperluan dan keadaan negara masing-masing. Sebagai langkah pertama, Buku Panduan Mengajar telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Perancis, dengan hasrat bahwa, berasaskan kepada edisi asal, Persatuan-persatuan Kebangsaan dan Kerajaan yang berminat akan dengan sendiri menghasilkan edisi Kebangsaan yang memenuhi keperluan negara masing-masing. Pada akhir tahun 1977, Palang Merah Sepanyol telah menterjemahkan buku panduan tersebut ke dalam Bahasa Sepanyol. Kursus Latihan serantau untuk mengajar Belia Palang Merah Kebangsaan telah dianjurkan oleh Liga pada 10hb. Hingga 21hb. Disember 1977 di Porto Novo, Benin. Sebahagian besar jadual waktu kursus ditumpukan kepada kaedah

mengajar anak-anak muda tentang prinsip Palang Merah, khususnya di sekolah. Atas jemputan Liga, ICRC menghantar seorang wakil untuk membantuk mengendalikan seminar yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada 14 negara Afrika yang bertutur bahasa Perancis. Buku Panduan Askar adalah salah satu cara yang digunakan oleh ICRC untuk menyebar pengetahuan tentang Konvensyen Geneva di dalam angkatan tentera. Dalam tahun 1977, 70,000 naskah telah dicetak dan diedarkan. ICRC memainkan peranan yang aktif dalam Kursus Antarabangsa bagi pegawaipegawai berhubung dengan Undang undang Konflik Bersenjata, yang dianjurkan oleh Institut Antarabangsa bagi Undang-unang Kemanusian San Reno. Sessi pertama, di mana Bahasa Perancis menjadi bahasa pengantar telah diadakan di San Reno dari 15 hingga 22 Jun. Sessi ini dihadiri oleh pegawai tentera dari Negara-negara berikut: Belgium, Cameroon, Kanada, Iran, Sepanyol dan Switzerland. Sessi Kedua, yang menggunakan Bahasa Itali, diadakan di Florence pada 7hb. Hingga 14hb. September dan dihadiari oleh kira-kira 40 orang bangsa Itali. Kursus yang termasuk latihan teori dan amali mengendalikan kajian implikasi Undang-undang The Hague, Konvensyen Geneva dan Protokol serta permusuhan. Seminar juga diadakan di Amerika Syarikat dan Malaysia di mana ramai pegawai tentera menghadiri dan menyertainya. Memandangkan Persatuan-persatuan Kebangsaan bekerja rapat dengan Liga dan Liga bertanggungjawab di atas pembangunan dan kejayaan, segala usaha oleh Persatuan Kebangsaan ini dalam penyebaran pengetahuan tentang Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah disokong penuh dan digalakkan oleh Liga.

PERUNTUKKAN KHAS BERKAITAN DENGAN KEGIATAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN ANGGOTA DALAM MASA PERANG/KONFLIK BERSENJATA

Pendahuluan Palang Merah/Bulan Sabit Merah dilahirkan, kerana perang atau kerana kengerian perang yang dilihat oleh Henry Dunant di medan perang Solferino. Tujuan asal Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah untuk mengurangkan kezaliman perang. Tidak timbul soal menjadikan peperangan dapat diterima, tetapi sekadar mengurangkan kezaliman dan meringankan penderitaan: mereka yang tidak boleh atau tidak lagi berupaya memudaratkan musuh hendaklah dihormati dan jangan diapa-apakan dan orang-orang yang menolong mereka hendaklah dilindungi. Untuk maksud ini Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah mengambil berat di atas kebajikan mereka dan menawarkan mereka bantuan bahan-bahan dan perllndungan di bawah Konvensyen Geneva dan ICRC. Tidak syak lagi peranan ICRC dalam Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah penting dalam masa perang. Tanggungjawab utamanya menyalurkan bantuan daripada Palang Merah/Bulan Sabit Merah kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata, tidak kira siapa mereka itu. Persatuan Kebangsaan pula adalah menjadi bahagian tambahan pihak berkuasa awam dan dengan itu menawar bantuan kepada bangsa mereka sendiri sahaja sungguhpun jika ada kesempatan, mereka memberi bantuan kepda pihak musuh yang tidak lagi boleh memudaratkan mereka. Persatuan-persatuan Kebangsaan negara-negara yang aman kerapkali menghantar bantuan ke persatuan-persatuan seperjuangan negara yan sedang menghantar bantuan ke persatuan-persatuan seperjuangan negara yang sedang berperang dan ICRC menyelaraskan operasi yang penting dan genting ini. Bantuan dan pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bukannya sahaja aktiviti Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Dalam situasi bencana bukan kerana konflik misalnya, gempa bumi, kebuluran, dll, Palang Merah adalah juga bersedia menghulurkan bantuan dan pertolongan. Perkhidmatan kebajikan dan kemajuan masyarakat adalah juga di antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Palang Merah/Bulan Sabit Merah dalam masa aman. Walaupun ICRC terlibat sematamata dalam aktiviti yang berkaitan dengan situasi konflik, tetapi Liga dan Persatuan Kebangsaan adalah terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan situasi bukan konflik.

Konvensyen Geneva dan Konflik Bersenjata Perlu diingatkan bahawa Palang Merah cuba membantu mangsa-mangsa berbagai macam konflik bersenjata. Konvensyen Geneva 1946 pada keseluruhannya adalah hanya dimaksudkan kepada konflik antarabangsa. Kadangkala, kerana resolusi PBB menetapkan bahwa pengisytiharan perang itu adalh salah di sisi undang-undang, kerajaan-kerajaan barasa keberatan untuk mengakui wujudnya situasi konflik bersenjata antarabangsa. Kadangkala mereka memberi alasan bahawa ia bukannya konflik bersenjata antarabangsa kerana mereka cuma mengambil balik hak wilayah mereka atau telah dijemput ke seluruh negara untuk membantu kerajaan menumpaskan puak-puak disiden. Dalam hal-hal demikian, salah satu atau lebih pihak yang berkonflik tidak akan bersetuju untuk menggunakan Konvensyen Geneva. Walaupun telah dipersetujuai untuk menggunakan Konvensyen Geneva, tetapi ia hanya meliputi kategori orang yang tertentu sahaja. Orang-orang awam dalam zon peperangan dan keluarga orang-orang pelarian tidak dilindungi tetap memerlukan bantuan dan perlindungan. ICRC tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk membantu mereka. Sebahagian besar konfiok sekarang merupakan konflik dalam negeri, sekurangkurangnya pada bahagian-bahagian tertentu dan hanya Artikel 3 yang mempuntukkan hak asasi sahaja boleh dipakai. Walau bagaimanapun, kerajaan yang berkenaan tidak mahu mengakui bahawa Artikel 3 digunakan, kerana ini bermakna mengaku kewujudan keadaan konflik bersenjata dan bukan aktiviti jenayah oleh disiden. Dalam hal-hal sedemikian, ICRC melaksanakan hak inisiatifnya mengikut Artikel 3 dan statutnya sendiri, dan menawarkan perkhidmatannya mengikut semangat Konvensyen Geneva. Kebanyakkan kerajaan menerima tawaran tersebut dan kerapkali menyatakan bahawa sungguhpun mereka tidak bersetuju bahawa Konvensyen Geneva atau Artikel 3 dipakai, mereka bertindak seolah-olah mereka bersetuju. Dalam kebanyakkan hal, ICRC menjalankan kerja-kerjannya tanpa kebenaran Konvensyen. Mereka juga kerap perlu berunding dengan angkatan tentera selain daripada kerajaan yang telah menandatangani perjanjian. Lambang yang Istimewa dan Nilainya. Lambang istimewa pergerakan ini ialah Palang Merah atau Bulan Sabit Merah atau latar belakang putih.

Sekiranya berlakku konflik bersenjata, penggunaan lambang ini oleh anggotaanggota perubatan dan agama, tentera dan awam yang diiktiraf sebagai sedemikian oleh pihak yang menyebelahi mereka, adalah dibenarkan. Perkara yang sama juga digunakan untuk unit-unit dan pertubuhan perubatan dan kenderaan-kenderaan perubatan, peralatan dan material. Dalam hal-hal sedemikian ini adalah satu tanda perlindungan: orang-orang dan objek-objek yang mempamerkan lambang ini tidak boleh diserang tetapi sebaliknya hendaklah dihormati dan dilindungi. Persatuan Palgn Merah dan Bualn Sabit Mereah Kebangsaan adalah dibenarkan menggunakan lambang tersebut: mereka berhak mempamerkan lambang ini dalam masa aman dan dalam masa perang apabila terlibat dalam aktiviti perikemanusiaan mereka, tetapi hendaklah mengikut undang-undang kebangsaan. Dalam hal-hal sedemikian, lambang istimewa ini tidak memberikan perlindungan Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan; nilainya semata-mata sebagai penanda, menunjukkan bahawa orang dan objek yang bertanda sedemikian adalah kepunyaan Persatuan Kebangsaan. Dalam masa perang, penanda itu hendaklah kecil saiznya untuk mengelakkan kekeliruan dengan tanda/lambang perlindungan. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Liga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan anggota-anggota mereka yang diberi kebenaran adalah dibenarkan pada setiap masa, lambang istimewa ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah telah dikenali umum seluruh dunia maka lambang yang dipamerkan oleh Persatuan Kebangsasan dalam apa cara jua pun telah meletakan tanggungjawab tertentu ke atas Persatuan supaya sentiasa bertindak mengikut semangat Konvensyen dan menegakkan prinsip kemanusiaan yang menjadi asas Konvensyen Geneva dan Pergerakkan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Penggunaan oleh individu persendirian, persatuan atau firma-firma perdagangan selain daripada mereka yang berhak dengannya, lambang atau gelaran Palang Merah, Bulan Sabit Merah atau Palang Geneva atau mana-mana tanda atau nama yang menunjukkan hasrat itu atau untuk apa-apa tujuan pun adalah dilarang pada sebilang masa. Adalah menjadi tanggungjawab negara dan Persatuan Kebangsaan yang berkenaan untuk menentukan peraturan ini dipatuhi. BEBERAPA PERATURAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA YANG BOLEH DIPAKAI OLEH ANGGOTA-ANGGOTA PERTOLONGAN CEMAS Keempat-empat Konvensyen Geneva 1949 adalah sebahagian daripada Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan memberi perlindungan serta juga tugas dan tanggungjawab kepada anggota-anggota angkatan tentera atau orang-orang awam musuh yang cedera, sakit atau tertawan.

Peraturan Am bagi Perlindungan: Terdapat beberapa peraturan am bagi perlindungan mangsa-mangsa konflik Antarabangsa, iaitu, anggota-anggota angkatan tentera atau orang-orang awam musuh yang cedera, sakit atau tertawan. Barang siapa yang melanggar atau memerintah orang lain melanggar peraturan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah bersalah melakukan kesalahan dan mesti dibawa ke muka pengadilan. Dalam keadaan tertentu, peraturan am adalah juga dipakai dalam perang saudara dan konflik dalam negeri. Orang-orang tertentu, peraturan am adalah juga dipakai dalam perang saudara dan konflik dalam negeri. Orang-oang yang dilindungi di bawah Undang-undang Antarabangsa. Semua orang yang dilindungi hendaklah: Kemanusiaan

dilayan dengan berperikemanusiaan dirawat, jika sakit atau cedera dibenarkan akses kepada wakil kuasa yang melindungi (Negara berkecuali yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pihak yang bersengketa) atau Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, atau mana-mana badan lain yang berkelayakan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Mereka tidak bolah: diserang dibunuh dicacatkan (mutilate) disiksa digunakan untuk ujian perubatan atau saintifik dijadikan tebusan dihina atau dijatuhkan maruah dibeza-bezakan disebabkan oleh bangsa, agama, jantina, kelahiran atau kekayaan.

Dijadikan mangsa pembalasan.

Setiap satu daripad empat Konvensyen Geneva mengandungi artikel yang meliputi keperluan tertentu orang-orang yang dilindungi. Konvensyen Geneva Pertama adalah bagi memperbaiki keadaan anggota angkatan tentera yang cedera atau sakit di medan. Konvensyen Geneva Kedua adalah bagi memperbaiki keadaan anggota angkatan tentera yang cedera, sakit atau karam di laut. Kedua-dua Konvensyen ini adalah serupa, tetapi yang pertama melikputi peperangan di darat dan kedua peperangan di laut. Perkataan karam juga termasuk keadaan terpaksa mendarat di laut dengan atau daripada pesawat udara. Mana-mana anggota angkatan tentera yang cedera atau sakit, dan dalam keadaan tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam permusuhan tidak lagi menjadi sebahagian daripada angkatan berjuang dan ia dianggap seorang yang memerlukan perlindungan dan rawatan. Konvensyen Geneva Ketiga adalah berhubung dengan layanan ke atas tawanan perang. Ini meliputi anggota-anggota angkatan tentera yang jatuh ke tangan musuh dan menjadi tawanan perang. Konvensyen Geneva Keempat adalah berhubung dengan perlindungan orang awam dalam masa perang. Ini meliputi semua individu yang bukan anggota angkatan tentera, tidak menyertai dalam permusuhan dan mendapati diri mereka di tangan musuh atau kuasa yang menakluki. Ia meletakkan orang-orang awam yang di tangan musuh ke dalam dua kategori: orang-orang yang dilindungi di wilayah mush dan mereka yang di wilayah yang ditakluki. Orang-orang yang dilindungi di wilayah musuh. Semua orang yang mendapati diri mereka berada di wilayah musuh apabila permusuhan berlaku adalah berhak meninggalkan wilayah itu, kecuali jika pemergian mereka itu difikirkan bertentangan dengan kepentingan negara yang berkenaan. Jika orang-orang ini tidak dibenarkan meninggalkan wilayah tersebut, mereka menjadi orang-orang yang dilindungi dan hendaklah diberi rawatan perubtan yang sama dan layanan yang sama seperti warganegara negera terlibat.

Jika orang-orang di wilayah musuh, atas sebab-sebab keselamatan, dikurung atau ditempatkan di kediaman yang telah ditetapkan, kes mereka ini hendaklah kerapkali disemak dan butir-butiri tentang penahan mereka ini diberi kepada kuasa yang melindungi. Orang-orang yang dilindungi di wilayah yang ditakluki Sejauh mana yang obleh, penduduk awam hendaklah dibenarkan meneruskan kehidupan harian mereka seperti biasa. Kuasa yang menakluki adalah bertanggungjawab memelihara ketenteraman awam. Penguisran dan pertukaran penduduk pada amnya adalah dilarang. Setiap langkah pengambilan tenaga manusia yang wajib hendaklah tertakluk kepada peraturan yang ketat. Pemudapemuda bawah umur lapan belas tahun adalah dibenarkan diambil dan pekerjapekerja yang diambil tidak boleh dipaksa membuat kerja-kerja yang melibatkan mereka menyertai operasi tentera. Rompakan dan pemusnahan harata benda tanpa instifikasi tidak dibenarkan. Kuasa yang menakluki hendaklah bertanggungjawab di atas kebajikan kanakkanak, penyenggaraan perkhidmatan perubatan dan kesihatan dan memberi makan penduduk. Kuas tersebut hendaklah membenarkan kemasukan barangbarang bantuan dan menyediakan pengangkutan untuknya. Pada amnya, pihak berkuasa, pentadbiran dan pusat pengajaran awam dan persendirian hendaklah terus berfungsi. Kuasa yang menakluki berhak mempertahankan diri mereka daripada tindakantindakan terhadap pentadbirannya dan anggota-anggota angkatan tenteranya. Dalam aspek ini kuasa tersebut mungkin memperkenalkan undang-undang khas. Ia boleh membicarakan pesalah-pesalah di hadapan tribunalnya sendiri, tetapi hukuman tidak boleh dijatuhkan tanpa perbicaraan yang lazim. Mungkin atas sebab-sebab keselamatan yang penting, orang-orang tertentu perlu dikurung. Walau bagaimanapun, semua langkah ini adalah tgertakluk kepada peruntukkanperuntukkan yang nyata dan tertakluk kepada pengawasan kuasa yang melindungi. Orang-orang awam di wilayah musuh dan penduduk wilayah yang ditakluki mempunyai hak-hak tertentu yang sama. Mereka adalah berhak dihormati bagi diri mereka, maruah mereka, hak keluarga, kepercayaan dan amalan agama dan adapt istiadat mereka. Mereka hendaklah sentiasa dilayan dengan berperikemanusiaan; mereka tidak boleh dipaksa. Kaum wanita khasnya hendaklah dilindungi daripada sebarang serangan ke atas kehormatan mereka, khususnya daripada dirogol dan sebarang bentuk serangan lucah. Orang-orang awam berhak meminta pertolongan percuma daripada kuasa yang melindungi, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan di Negara di mana mereka berada.

Wakil kuasa yang melindungi dan Jawatankuasa Antarabangsa hendaklah bebas melawat mereka. Kerajaan musuh hendaklah bertanggungjawab di atas layanan yang diberi oleh pegawai-pegawai awam atau anggota tentera. Akhirnya, sekiranya mereka dikurung satu langkah yang tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk hukuman mereka adalah berhak kepada layanan, dengan mengambil kira bahawa mereka itu orang awam, sama seperti yang diberi kepada tawanan-tawanan perang. ANGGOTA-ANGGOTA PERUBATAN Definisinya dan status anggota perubatan dalam masa konflik bersenjata. Anggota-anggota perubatan dan agama termasuk: a) Anggota (doktor, orderly, jururawat, pembawa usungan) yang ditugaskan sama ada secara tetap atau sementara, khususnya untuk tujuan perubtan (mencari, memungut, mengangkut, menentukan penyakit dan rawatan orang-orang yang cedera, sakit dan karam dan untuk mengelakan penyakit) Anggota (pentadbir, drebar, tukang masak dll) yang ditugaskan khusus, sama ada tetap atau sementara, kepada pentadbiran atau operasi unit-unit perubatan atau pengangkutan perubatan. Anggota-anggota agama termasuk orang-orang sama ada tentera atau awam, seperti paderi, yang berdedikasi semata-mata dalam melaksanakan tugas mereka.

b)

c)

Anggota-anggota perubatan, termasuk anggota pertolongan cemas Palang Merah/Bulan Sabit Merah atau pertubuhan bantuan yang lain, bukannya anggota pejuang. Mereka mestilah jangan diserang dan mestilah dibenarkan merawat orang-orang yang sakit dan cedera tanpa dihalangi. Perkataan Anggota Perubatan adalah termasuk anggota pertolongan cemas yang dikehendaki menentukan rawatan yang mencukupi ke atas orang-orang yang cedera dan sakit hendaklah diliputi di bawah perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota perubatan, asalkan mereka menjadi sebahagian penting Perkhidmatan Perubatan. Tukang masak hospital, pentadbir atau mekanik yang bertanggungjawab di atas penyenggaraan kenderaan perubatan juga termasuk dalam golongan orang-orang ini. Anggota-anggota ini hendaklah memakai lencana Palang Merah atau Bulan Sabit Merah yang terang di atas latarbelakang putih dan membawa kad

pengenalan. Mereka boleh membawa senjata untuk mempertahankan diri sendiri dan orang-orang yang cedera atau sakit. Jika anggota-anggota perubatan dan agama jatuh ke tangan musuh mereka hendaklah dibenarkan meneruskan tugas-tugas mereka ke atas orang-orang yang cedera dan sakit. Tidak seorang pun boleh dipaksa melakukan tindakan yang bertentangan dengan peraturan etika perubatan atau menjauhkan diri daripada melakukan tindakan yang diperlukan oleh peraturan ini. Semua anggota perubatan dan agama yang penahanan mereka tidak begitu diperlukan untuk merawat atau memberi bantuan kepada tawanan hendakalah dihantar pulang ke negara asal mereka. Mereka yang ditahan tidak akan dianggap sebagai tawanan perang dan mempunyai kemudahan meluas dalam kerja-kerja mereka. Di wilayah yang ditakluki, perkhidmatan anggota perubatan awam tidak akan diminta selagi mereka perlu memberikan perkhidmatan perubatan yang mencukupi bagi penduduk-penduduk awam dan bagi rawatan orang-orang yang cedera dan sakti. Penduduk-penduduk awam hendaklah menghormati mereka yang cedera, sakit atau karam, walaupun jika mereka itu daripada pihak lawan, dan jangan melakukan tindakan keganasan ke atas mereka. Orang-orang awam dibenarkan mengambil dan merawat orang-orang cedera dan sakit, tidak kira apa bangsa, dan tidak boleh dihukum kerana berbuat demikina. Mereka hendakalh sebaliknya dibantu dalam kerja-kerja ini. Hak dan Tanggungjawab Anggota Perubatan Adalah perlu ditekan bahawa hak dan tanggungjawab anggota-anggota perubatan telah pun ditetapkan supaya membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas kemanusiaan yang diamanahkan kepada mereka, iaitu untuk membantu mangsa-mangsa konflik bersenjata apabila konflik sedemikian berlaku. Tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka adalah secara langsung dihubungkaitkan dengan hak orang-orang yang dilindungi yang diletak di bawah jagaan mereka. Oleh yang demikian, apabila mereka menuntut hak yang diiktiraf, anggotaanggota perubatan termasuk anggota pertolongan cemas, mestilah sentiasa menyedari tentang tugas-tugas yang diperlukan.

Unit-unit perubatan, sama ada tentara atau awam, hendaklah termasuk semua bangunan atau binaan tetap (hospital dan unit-unit lain seperti itu), pusat pemindahan darat dan ubat-ubatan mencega, depot dan setor perubatan, atau unit bergerak (hospital medan, khemas, binaan terdedah) yang dibina bagi tujuan perubatan. Tempat-tempat ini tidak boleh diserang atau dirosakkan, atau dihalang daripada beroperasi, walaupun jika pada masa itu, tempat-tempat itu tidak ada orangorang cedera atau sakit. Peralatan perubatan (usungan, perkakas-perkakas perubatan dan pembedahan, bekalan perubatan, pembalut luka, dll) jangan sekali-kali dimusnahkan, tetapi hendaklah dibenarkan diguna oleh anggota-anggota perubatan, walau di mana mereka berada. Perlindugnan yang sama hendaklah diberi kepada pengangkutan perubatan darat, laut atau udara; ambulans lori atau trak, kapal hospital, kapal penyelamat, pesawat udara perubatan. Peranan Persatuan Kebangsasan dengan kerjasama dan penyelarasan perkhdimatan perubtan rasmi, adalah termasuk membuat senarai orang-orang yang dibawa, menyediakan bekalan dan langkah-langkah kebersihan semasa dalam perjalanan dan menyediakan pekerja-pekerja pertolongan cemas. BEBERAPA TUGAS PEKERJA PERTOLONGAN CEMAS Yang cedera dan sakit Sekiranya beban perkhidmatan hospital tentera di kawasan pertempuran terlampau berat, Persatuan Kebangsaan hendaklah menempatkan anggotaanggota perubatannya dengan angkatan tentera, iaitu: pekerja-perkaj pertolongan cemas, pembawa usungan, drebar dan ambulans, kebenaran segera untuk berbuat demikian telah diperolehi daripada pihak berkuasa tentera yang sesuai. Dengan kebenaran pihak berkuasa yang layak, Persatuan Kebangsaan akan membantu dalam memindahkan daripada kawasan pertempuran bukan sahaja orang-orang yang cedera dan sakit tetapi juga orang-orang yang lemah tubuh badan, orang-orang tua, wanita hamil, kanak-kanak dan ibu-ibu mereka, pendek kata semua orang yang difikirkan akan terdedah kepada bahaya serangan. Anggota-anggota Pejuang yang telah Terbunuh Sekiranya pekerja pertolongan cema menemui anggota pejung yang telah terbuhun, ia hendaklah mengambil ceper pengenalannya atau setengah dari dua

cepel pengenalan si mati dan menghantarkannya ke Ibu Pejabat Persatuan Kebangsaan yang kemudiannya akan menghantar butir-butir kepada pihak berkuasa dan dalam hal anggota tempur musuh yang terbunuh, hendaklah juga menghantar butir-butir kepada Agensi Pusat Pengesan ICRC di Geneva. Ini adalah satu-satunya cara supaya keluarga tidak menunggu dengan keraguan bertahun-tahun mengenai nasib saudara mara yang hilang. Jika tidak ada ceper, mayat hendaklah dikenalpasti dengan apa cara lain yang mungkin. Tawanan Perang Anggota Persatuan Kebangsasan hendaklah membantu ICRC menyediakan bekalan bantuan dan rawatan perubatan, serta memberi bantuan lojistik dan pentadbiran kepada ICRC dalam membantu, menghantar surat, pertukaran wang, suratkuasa wakil dll. Penyediaan bungkussan yang standard dan pusatan surat-surat yang akan dihantar melalui ICRC akan dilakukan oleh Persatuan Kebangsaan. Persatuan Kebangsaan akan menganjurkan upacara menyambut tawanan yang dihantar pulang. Orang Awam yang Cedera Pekerja pertolongan cemas akan memberi perkhidmatan pertolongan cemas dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab (dispensary, ambulans, unit perubatan bergerak, pembawa usungan). Pemindahan orang-orang yang dianggap terdedah kepada bahaya serangan (orang-orang yang lemah tubuh bdan, orang-orang tua, kanak-kanak, wanita hamil) akan dilakukan oleh anggota Persatuan Kebangsaan dengan kebenaran pihak berkuasa, orang-orang dalam pelarian yang dihantar pulang kenegara asal, orang-orang yang tiada rumahtangga, keluarga yang berselerak, orangorang yang kurang upaya. Pekerja-pekerja pertolongan cemas dengan berkerjasama dengan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah, membantu pengagihan kain selimut, pakaian dan makanan kepada kumpulan-kumpulan yang terdedah kepada bahaya serangan. PENUTUP Supaya dapat menerima tanggungjawab dan tugas-tugas dan dapat memahami hak-hak anggota perubatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Konvensyen Geneva, maka Bulan Sabit Merah Kebangsaan menerima arahan yang mencukupi tentang Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, sentiasa mematuhi Asas Panduan Prinsip Palang Merah dan menunjukkan melalui tindakannya sifat berkuecuali dan kesaksamaannya.

Tambahan pula, Persatuan Kebangsaan mempunyai tanggungjawab membantu kerajaan dalam menyebarkan Konvensyen Geneva, bukan sahaja supaya peraturan-peraturan ini dapat diketahui, difahami, diterima dan dihormati tetapi juga agar seluruh penduduk memahami dan menyokong Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya ia menjadi lebih efektif, demi faedah semua, dalam masa berlaku konflik serta juga dalam masa aman. HANYA APABILA ORANG AWAM mengetahui hak-hak mereka, boleh mereka menuntutnya. HANYA APABILA ASKAR-ASKAR mengetahui peraturan-peraturan, boleh mereka menghormatinya. HANYA APABILA PEKERJA PERTOLONGAN CEMAS mengetahui asas hak dan tanggungjawab mereka, boleh mereka diharapkan menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai