Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP AMBILAN JANUARI 2010 IPG KAMPUS

KENINGAU DEWAN KULIAH IPG KAMPUS KENINGAU 04 OKTOBER 2013 1 Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau, Sabah. 2 Tuan-tuan dan puan-puan, nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia. 3 Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. Selamat pagi dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau. Yang Dihormati Encik Baharom Bin Mohd. Nor Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau. Yang Berusaha Encik Mohd Naim Bin Abd. Rahim Ketua Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Yang Berusaha Saudara Awang Norsyam Bin Awang Kadir Pengerusi Seminar Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari 2010 Para Ahli Jawatankuasa Seminar seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, rakan-rakan guru pelatih PISMP ambilan Januari 2013 sekalian. Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutupan Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Ambilan Januari 2010.

5 Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati. Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpinkan oleh Saudara Asdar Bin Siri. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Asdar Bin Siri atas bacaan doa itu tadi. 6 Indah mekar si bunga kiambang Mekar mewangi di taman larangan Seminar Penyelidikan Tindakan harapannya gemilang Melahirkan mudarris mumtaz lagi berketrampilan. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Ambilan Januari 2010 IPG Kampus Keningau telahpun bermula sejak semalam. Dengan tema Seminar Penyelidikan Pencetus Transforasi Pendidikan, para penyelidik telah selesai membentang hasil penyelidikan mereka dalam usaha mentranformasi amalan pengajaran melalui inovasi yang dilakukan seterusnya melahirkan guru yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri mudarris, malahan mu`allim, mursyid, mu`addib dan murabbi. 7 Hadirin sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara. Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha, Saudara Awang Norsyam Bin Awg Kadir, Pengerusi Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Ambilan Januari 2013 menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

8 Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutupan Seminar Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPG Kampus Keningau Ambilan Januari 2013. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Puan Rujinah Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. 9 Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan video yang berkisarkan tentang gelagat dan ragam sepanjang seminar penyelidikan ini. Untuk pengetahuan hadirin, persembahan video ini telah disediakan oleh ________________________. 10 Tuan-tuan dan puan-puan, Acara selanjutnya ialah penyampaian sijil dan cenderamata penghargaan. Justeru, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Puan Rujinah Binti Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau diiringi ______________ untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian cenderamata ini. Dipersilakan, 1) Encik Vijayen Gopal, wakil ahli jawatankuasa penilai pembentangan. 2) Saudara Ag. Norsyam Bin Awg Kadir, Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Seminar Penyelidikan. 3) Saudara Tuan Mohd Isfahanif, wakil seluruh pembentang untuk menerima sijil penyertaan. 4) Saudara ______________________, wakil Ahli Jawatankuasa Pangerusi Panel. 5) Saudara __________________________, selaku wakil Ahli Jawatankuasa Kerja. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengarah atas kesudian beliau dalam menyempurnakan acara penyampaian hadiah sebentar tadi. 10 Tanam langguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar penyelidikan tindakan ni serta memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

11 Hadirin dan hadirat sekalian, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi. Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. 12 Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini. Untuk makluman semua, sesi bergambar akan dijalankan selepas majlis ini. Bagi melabuhkan tirai majlis pada hari ini, para hadirin dijemput untuk berdiri bagi menyanyikan Lagu Guru Malaysia dan Lagu Negaraku. -----LAGU GURU MALAYSIA -----LAGU NEGARAKU

Anda mungkin juga menyukai