Anda di halaman 1dari 4

ISL MINGGU 1 : KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA 1.

Maksud Etika Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. 2. Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. 3. Skop Etika Profesional Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benarbenar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. 4. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.

Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.

4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat & profesion keguruan

1. Tanggungjawab terhadap pelajar

Etika perguruan

3. Tanggungjawab masyarakat & negara

2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa

BIL.

ETIKA PERGURUAN Tanggungjawab terhadap pelajar

HURAIAN

1.

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktorfaktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seorang murid dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anakanak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3.

Tanggungjawab masyarakat & negara

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna , menghormati orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan budaya, keturunan dan agama.

4.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat & profesion keguruan

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanyamereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan

Anda mungkin juga menyukai