Anda di halaman 1dari 11

_______________________________________________________________ SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, JALAN NURI 34, BANDAR PUTRA, 81000 KULAIJAYA, JOHOR.

KERTAS KERJA
PROGRAM SEIRING SEJALAN TAHUN 6

Oleh : Norhidayu bt. Abd. Razak Syazana bt. Abdul Razak

Projek Internship 2013 Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor.

1.0 Pendahuluan Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional siswa guru dengan tugas guru permulaan. Siswa guru dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, siswa guru perlu menunjukkan sifat kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor di sekolah. Dalam menjayakan program internship ini, kami telah mengenalpasti satu program yang boleh dijalankan. Program ini dinamakan Program Seiring Sejalan Murid Tahun 6 yang melibatkan kami sendiri iaitu siswa guru semester 8 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya. 2.0 Rasional

Program ini dirancang untuk meningkatkan motivasi ibu bapa dan murid sekali gus berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meningkatkan keberkesanan disiplin dan pembelajaran anak-anak di rumah.

3.0 Matlamat

Meningkatkan semangat dan motivasi ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar lantas menjadikan ibu bapa lebih peka serta memantau anak-anak secara langsung atau tidak langsung bagi membantu pelajar mengurus diri dengan lebih berkesan sekali gus dapat meningkatkan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan UPSR.

4.0 Objektif

4.1 Merapatkan hubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga. 4.2 Memberi pendedahan mengenai kemahiran keibubapaan dengan lebih berkesan terutama di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan. 4.3 Membentuk disiplin anak-anak dalam aspek pembelajaran. 4.4 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme guru. 4.5 Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi siswa guru dengan warga sekolah. 4.6 Melengkapkan siswa guru dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan, perancangan dan pelaksanaan program di sekolah.

5.0 Tarikh / Masa / Tempat Tarikh Masa : 19 Julai 2013 20 Julai 2013 : 8.00 pagi 10.00 pagi

Tempat : Dewan Terbuka, SK Bandar Putra, Kulaijaya

6.0 Sumber Kewangan

Peruntukan daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya. (Rujuk Lampiran 1)

7.0 Sasaran

Ibu bapa/penjaga dan murid tahun 6.

8.0 Personalia

En. Abdullah Bin Yusof, Penolong PPD Perhubungan, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

9.0 Tentatif Program 07.30 08.00 08.00 10.00 Pendaftaran ibu bapa/penjaga Bacaan doa Ucapan Guru Besar Pembentangan UPPM 2 Sesi ceramah Bersurai

10.0

Jawatankuasa Pelaksana

Rujuk Lampiran 2

11.0 12.0

Strategi Pelaksanaan

TARIKH 10/7/2013

PERKARA Perbincangan tentang program meliputi tentatif program dan ahli jawatankuasa program.

TINDAKAN Guru Bimbingan dan Kaunseling

11/7/2013 12/7/2013 16/7/2013 20/7/2013

Menghasilkan kertas kerja Penyemakan kertas kerja Pelaksanaan Program SEBELUM Menghantar surat jemputan kepada penceramah. Mengedarkan surat jemputan kepada para ibu bapa murid Tahun 6. Memberi taklimat kepada murid Tahun 6 mengenai tentatif program. Menghasilkan brosur untuk diedarkan kepada ibu bapa. Menyediakan tempat untuk ibu bapa.

Penolong Setiausaha Mentor Siswa guru

SEMASA Mengedarkan brosur kepada ibu

bapa. Mengambil kedatangan ibu bapa yang hadir. Menjadi pengacara majlis.

SELEPAS 20/7/2013 23/7/2013 Mengemas kerusi dan peralatan yang digunakan. Membuat post mortem. Siswa guru

Menulis laporan

13.0

Penutup Diharapkan melalui program ini dapat mengeratkan kerjasama antara siswa guru

dengan guru-guru di SK Bandar Putra. Kami juga berharap agar dapat mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang perancangan program dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar kelak. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan daripada pihak pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan program ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

____________________________ (SYAZANA BT. ABDUL RAZAK) Penolong Setiausaha, Program Seiring Sejalan Murid Tahun 6, Program Internship, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

Disemak oleh,

______________________________ (CIK SHUBASHINI A/P SREEDHARAN) Mentor, Program Internship, Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya, Johor.

Ulasan: ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan / tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini. Disahkan oleh,

_____________________________________ (TUAN HAJI MOHAMED NOOR BIN IBRAHIM) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya, Johor.

Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SEIRING DAN SEJALAN MUID TAHUN 6 Bil 1 Bahan Bayaran Penceramah Unit diperlukan 2 Harga seunit RM 300.00 Jumlah harga RM 600.00 RM 600.00

JUMLAH KESELURUHAN

Lampiran 2

PROGRAM SEIRING DAN SEJALAN MURID TAHUN 6 SK BANDAR PUTRA, KULAIJAYA 2013

Pengerusi

: Tn. Hj. Mohamed Noor bin Ibrahim ( Guru Besar SKBP )

Timbalan Pengerusi

: Pn. Hjh Rozita binti Abd Majid ( GPK Pentadbiran SKBP)

Naib Pengerusi

: Pn. Norliza binti Ahmad ( GPK HEM SKBP ) : En. Mohamad Jafri bin Abd. Jalil ( GPK Kokurikulum SKBP ) : Pn. Intan Junizah binti Abd. Hamid ( GPK Petang SKBP)

Setiausaha

: Pn. Faizah bt. Ismail ( Guru Bimbingan dan Kunseling SKBP)

Penolong setiausaha Bendahari

: Cik Syazana bt. Abdul Razak : Cik Norhidayu bt. Abd. Razak

Ahli Jawatankuasa kerja AJK Persiapan Tempat AJK Teknikal AJK Pendaftaran AJK Protokol AJK Fotografi AJK Buku Program AJK Cenderahati : Encik Awalludin b. Md. Yusop : Encik Muhammad Najib b. Mokhtar : Cik Siti Norsyazwani bt. Salleh : Puan Mahani bt. Hanipah : Puan Hajjah Najdah bt. Ahmad : Puan Rasidah bt. Abu Talib : Puan Azliah Maya bt. Sukir

Anda mungkin juga menyukai