Anda di halaman 1dari 5

PROSA TRADISIONAL

PETA MINDA
DEFINISI
Merupakan sejenis cerita rakyat yang berdasarkan kehidupan masyarakat. Sastera ini dianggap milik bersama
masyarakat dan kelompok masyarakat yang tertutup.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT

CERITA CERITA CERITA CERITA CERITA LIPUR


MITOS LEGENDA JENAKA BINATANG LARA

CERITA JENAKA.
. Kisah-kisah lucu
. Berfungsi sebagai hiburan, petunjuk dan sindiran
. Bertujuan untuk memberi pengajaran
CERITA LIPUR LARA
. Struktur cerita yang panjang , sukar difahami.
. Masa yang agak lama untuk dihabiskan
. Cerita disulam dengan puisi lama
. Wira atau wirawati mempunyai sifat-sifat yang luar biasa
CERITA MITOS
. Cerita zaman dahulu, tergolong dalam sastera sejarah, juga dianggap dongeng atau direka-reka
. Mungkin juga dianggap benar
CERITA BINATANG
. Melibatkan watak binatang, membri pengajaran, berfungsi sebagai hiburan & sindiran

PAK KADUK
SINOPSIS

1. Pak Kaduk tinggal berhampiran dengan sebatang sungai di hujung kampung negeri Chempaka Seri.
2. Raja negeri itu bernama Indera Sari yang amat gemar melakukan kerja-kerja maksiat seperti berjudi
dan menyabung ayam hingga menyebabkan seluruh rakyat terikut-ikut oleh perangai baginda.
3. Ajaran Islam tidak lagi dipatuhi kerana raja dan para pembesar negeri begitu asyik dengan kerja-
kerja yang dilarang oleh ajaran Islam.
4. Pesta menyabung ayam yang diadakan di istana telah menarik minat Pak Kaduk untuk turut mengadu
nasib dalam pertandingan menyabung ayam jantan peliharaannya yang bernama Biring Si Kunani.
5. Pak Kaduk menyatakan hasratnya itu kepada isterinya yang bernama Mak Siti. Pak Kaduk bercadang
untuk menjadikan kampung mereka sebagai taruhan.
6. Pak Kaduk menyuruh Mak Siti menjahitkan pakaian yang diperbuat daripada kertas. Oleh sebab
ingin cepat siap, dia mengarahkan isterinya melekatkan sahaja kertas itu dengan gam.
7. Apabila sampai di istana, Pak Kaduk menyatakan hasratnya kepada Raja Indera Sari. Baginda begitu
asyik memerhatikan ayam Pak Kaduk , iaitu Biring Si Kunani. Baginda mendapati bahawa ayam Pak
Kaduk lebih handal daripada ayamnya yang bernama Jalak Putih Mata.
8. Lantas raja pun mencadangkan kepada Pak Kaduk agar menukarkan ayam masing-masing dengan
memberi alasan bahawa ayam Pak Kaduk kurang bertuah atau handal berbanding ayamnya, Jalak Si
Putih Mata.
9. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk terus bersetuju untuk menukarkan ayamnya dengan ayam raja.
10. Sebagai wang pertaruhan, Pak Kaduk menggadaikan kampungnya kepada raja dengan jumlah 50 rial.
11. Apabila sabungan diadakan, ayam Pak Kaduk yang telah menjadi milik Raja Indera Sari menang
manakala ayam raja yang menjadi kepunyaan Pak Kaduk kalah.
12. Tanpa menyedari bahawa ayamnya telah ditukarkan dengan ayam raja , Pak Kaduk bersorak
keriangan. Akibatnya, baju kertas yang dipakainya koyak-rabak hingga menyebabkan Pak Kaduk
telanjang bulat.
13. Orang ramai terus mentertawakan Pak Kaduk yang telanjang itu lalu dia terus berlari pulang ke
rumahnya dengan perasaan amat malu.
14. Pak Kaduk bernasib sungguh malang kerana ayamnya sekarang menjadi milik raja walaupun
ayamnya itu menang. Keadaan ini mengakibatkan kampungnya turut tergadai.

TEMA Sikap sesetengah manusia yang bersikap terburu-buru dalam membuat sesuatu tanpa
memikirkan akibatnya.
PERSOALAN Keburukan berjudi dan menyabung ayam
Berjudi merupakan amalan yang menyebabkan kemiskinan dan kepapaann. Berjudi
menyebabkan kita berhutang, akibatnya banyak barang kita tergadai untuk
melangsaikan hutang kita. Berjudi tidak memberi sebarang manfaat, malah
menyusahkan hidup.
Menzalimi orang yang lemah
Menipu atau menganiaya golongan yang lemah merupakan persoalan yang cuba
diterapkan dalam cerita ini. Sikap zalim golangan yang berkuasa terhadap rakyat
yang lemah merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Golongan rakyat
sudah tentu menghormati dan mempercayai pihak yang berkuasa.
Sikap tamak
Sikap tamak menyebabkan kerugian. Pak Kaduk mengharapkan kemenangan yang
besar hingga sanggup mengadaikan kampungnya sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang
menanggung rugi dan raja pula yang untung.
Orang jahil dan bodoh senang ditipu
Orang jahil dan bodoh merupakan sasaran bagi orang yang cerdik. Kebodohan diri
akan digunakan oleh orang yang cerdik untuk menindas orang yang bodoh. Justeru,
pelajarilah ilmu supaya tidak mudah ditipu oleh golongan yang bertanggungjawab.

WATAK PERWATAKAN
PAK KADUK 1. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan pertengahan tahun.
2. Hidup miskin dan mempunyai seorang isteri bernama Mak Siti . Digelar juga Pak Siti.
3. Bodoh, bersikap terburu-buru dan lurus bendul.
4. Gemar menyabung ayam kerana memiliki ayam jantan yang handal bernama Birng Si
Kunani.
5. Taat kepada perintah raja walaupun raja berniat tidak baik terhadapnya.
6. Bernasib malang akibat kebodohan diri dan jahil tentang menyabung ayam.
7. Mangsa kezaliman golongan orang yang berkuasa seperti Raja Indera Sari.
Raja Indera 1. Raja negeri Chempaka Seri .
Sari 2. Gemar berjudi dan menyabung ayam.
3. Tidak menunaikan perintah ajaran Islam yang sebenarnya.
4. Suka menipu dan menganiayai rakyat yang lemah
5. Mahir tentang menyabung ayam serta menggalakkan rakyat melakukan maksiat.
6. Memiliki ayam jantan yang bernama Jalak Putih Mata.
Mak Siti 1. Isteri Pak Kaduk, taat dan patuh pada arahan suami.
2. Menangis mengenangkan nasib yang menimpa diri dan suaminya.
3. Berleter apabila melihat Pak Kaduk pulang dalam keadaan bertelanjang bulat. Tambahan pula,
mereka turut kehilangan kampung halamannya akibat kekalahan Pak Kaduk sewaktu
pertaruhan dengan raja.
Biring Si 1. Ayam jantan kepunyaan Pak Kaduk.
Kunani 2. Menang dalam pertaruhan dengan mengalahkan Jalak Putih Mata.
(haiwan) 3. Menjadi milik Raja Indera Sari setelah ditukarkan oleh Pak Kaduk.
Jalak Putih 1. Ayam jantan kepunyaan Raja Indera Sari.
Mata 2. Kalah semasa menyabung dengan Biring Si Kunani.
(haiwan) 3. Menjadi kepunyaan Pak Kaduk setelah ditukarkan oleh Raja Indera Sari.

PLOT
PERMULAAN (EKSPOSISI)
Cerita bermula dengan penegnalan negeri Chempaka Seri, iaitu negeri yang diperintah oleh Raja Indera Sari dan juga
kampung halaman Pak Kaduk serta isterinya, Mak Siti. Diceritakan juga tentang rakyat negeri tersebut yang suka
berjudi dan menyabung ayam termasuklah Raja Indera Sari dan para pembesar negeri.
PERKEMBANGAN
Berita Pertandingan menyabung ayam yang diadakan di istana raja menarik minat Pak Kaduk untuk turut menyabung
ayam jantannya yang bernama Biring Si Kunani. Pak Kaduk menyuruh isterinya, Mak Siti menjahit pakaian daripada
kertas. Namun, disebabkan ingin cepat, Pak Kaduk menyuruh isterinya hanya melekatkan kertas tersebut dengan
menggunakan gam. Mak Siti menurut suruhan suaminya. Pak Kaduk terus ke istana untuk menyabung ayam.
KONFLIK / PERUMITAN
Bermula apabila Pak Kaduk telah diminta oleh raja untuk menukarkan ayamnya (Biring Si Kunani) dengan ayam raja
(Jalak Putih Mata). Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam raja. Wang
pertaruhan pula ialah kampung halaman Pak Kaduk sendiri dengan nilai sebanyak 50 rial.
KEMUNCAK / KLIMAKS
Pertaruhan atau sabungan dimulakan. Ayam Pak Kaduk yang menjadi milik raja menang, manakala ayam raja yang
menjadi milik Pak Kaduk kalah. Pak Kaduk yang terlupa akan pertukaran yang telah dibuat olehnya, terus melompat
kegembiraan tanpa menyedari bahawa baju kertas yang dipakainya telah koyak-rabak sehingga dia bertelanjang dan
orang ramai sedang mentertawakannya.
PELERAIAN
Pak Kaduk melarikan diri pulang ke rumah dengan perasaan amat malu. Dia kecewa kerana tertipu dan bodoh kerana
tidak berfikir panjang . Akhirnya, dia dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan bertelanjang dan menyebabkan
kampung halaman mereka tergadai.
GAYA BAHASA
PARADOKS Pernyataan yang berlawanan dengan kejadian yang sebenarnya berlaku. Paradoks biasanya
bertujuan untuk menyindir.
 Contohnya:
• Ayamnya menang kampung tergadai.
SIMILE Gaya bahasa perbandingan yang menggunakan perkataan seperti, macam, laksana, bagai,
umpama, dan bak. Contoh:
• “Apa kena awak Pak Siti, seperti orang gila ni?”
• “Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maha faham pada sabung-
menyabung”
BAHASA ISTANA Cerita ini menyelitkan banyak bahasa istana sesuai dengan cerita rakyat.
 Contohnya:
• Beta, patik, tuanku, titah, duli
BAHASA ARAB Penggunaan bahasa Arab juga dapat ditemukan dalam cerita ini.
 Contohnya:
• Sallallahu alaihi wassalam
SIMPULAN Penggunaan simpulan bahasa juga ada dalam cerita ini.
BAHASA  Contohnya”
• Bertelanjang bulat
BAHASA KLASIK Penggunan bahasa Melayu klasik mengesahkan ciri-ciri prosa klasik.
 Contohnya:
• Bena- endah, hirau, peduli
• Tuntung- hujung yang tajam
• Bulang- mengikatkan taji pada kaki ayam dengan tali
• Roman- raut wajah
• Sedondon- sama warna atau corak

LATAR MASA LATAR TEMPAT LATAR MASYARAKAT


 Zaman dahulu, iaitu  Negeri Chempaka Seri  Masyarakat Melayu
zaman masyarakat  Kampung Pak Kaduk, iaitu di tradisional yang masih
Melayu tradisional. pinggir sungai di hujung negeri berpegang kuat pada amalan
 Zaman feudal yang mana Chempaka Seri. tradisi.
raja berkuasa mutlak  Gelanggang menyabung ayam  Masyarakat petani yang
terhadap rakyat jelata.  Rumah Pak Kaduk miskin.
 Peristiwa sabungan ayam  Masyarakat yang suka
berlaku pada waktu berjudi dan menyabung ayam
siang hari. serta melupakan ajaran
agama Islam.
 Golongan raja dan pembesar
yang suka menipu dan
menganiayai rakyat.
PENGAJARAN
PATUH KEPADA Patuh pada perintah Tuhan merupakan amalan atau sifat yang terpuji. Kita sebagai
PERINTAH TUHAN makhluk ciptaan Tuhan harus taat pada segala larangan dan suruhan-Nya. Jangan
sekali-kali mengingkari syariat Islam dengan berjudi atau menyabung ayam.
TAAT KEPADA SUAMI Mentaati perintah suami juga merupakan amalan yang mulia. Suami harus dipatuhi
walaupun perintah itu kadangkala sukar untuk dilaksanakan.

BERTANGGUNGJAWAB Seseorang pembesar atau pemimpin mestilah menjalankan tanggungjawab dengan


& AMANAH amanah dan bertanggungjawab. Jangan menganiayai golongan yang diperintah demi
kepentingan diri sendiri.
BIJAKSANA Setiap orang mestilah bijaksana samaa ada dalam membuat keputusan atau melakukan
sebarang kerja . Sifat bijaksana menjadikan diri sentiasa berada dalam keadaan
selamat.
PENGAJARAN

 Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum bertindak atau melakukan sesuatu.


 Jangan menipu atau menganiayai orang yang lemah,
 Jangan menyeksa binatang seperti menyabung ayam.
 Janganlah berjudi dan menyabung ayam.
 Jangan sekali-kali meninggalkan perintah Tuhan.
 Hendaklah menghormati dan menyayangi antara satu dengan yang lain.