Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dalam masa

yang telah ditetapkan. Kesempatan dan masa yang diberikan oleh-Nya amatlah diucapkan dengan kata kata yang penuh kesyukuran. Tanpa izin- Nya tidak dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Refleksi ini bertujuan untuk mengimbas kembali pengalaman sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Adat resam perkahwinan masyarakat India merupakan salah satu tugasan yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. India merupakan masyarakat yang mempunyai identiti yang kuat dan personaliti tersendiri dan unik. Tambahan pula, cara hidup mereka banyak dipengaruhi dengan adat resam yang telah lama mereka amalkan sejak dahulu kala. Perkahwinan merupakan salah satu acara yang mempunyai adat resam yang banyak dan pelbagai. Sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya dapat mengenal pasti akan beberapa kekuatan mengenai tugasan ini. Kekuatan yang pertama ialah saya dapat menambah pengetahuan dan pengalaman secara langsung dan tidak langsung dalam mencari maklumat mengenai perkahwinan ini. Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurtta kaal dan lain-lain. Melalui maklumat ini, saya secara tidak langsung mampu memahami akan adat resam mereka. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi mengenai cara perkahwinan mereka. Tambahan pula, hubungan saya dan rakan India saya menjadi lebih rapat kerana saya cuba mengenali budaya beliau. Kekuatan kedua ialah saya boleh berkongsi maklumat mengenai adat resam ini dengan rakan- rakan saya yang lain. Melalui perkongsian maklumat, saya dapat mengenal pasti sama ada maklumat yang saya perolehi sama ada betul atau salah. Saya juga yakin dapat membuat perbincangan dengan rakan India saya yang lain mengenai maklumat ini. Selain itu, saya juga

mampu menilai maklumat saya sama ada berkualiti mahupun tidak. Perkongsian maklumat juga dapat memberikan kesan yang positif dalam memantapkan kualiti tugasan yang diberi. Seterusnya ialah penggunaan teknologi pada masa ini mampu membantu saya dalam meningkatkan kemahiran mencari maklumat dengan lebih baik dan banyak. Selain itu, kemahiran mengguna teknologi dapat ditingkatkan kepada tahap yang lebih tinggi dan lebih memberangsangkan. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam cara mngguna video maker dengan lebih baik dan menarik. Saya juga boleh menambah pengalaman dan pengetahuan dalam melaksanakan tugasan ini. Namun begitu terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang saya hadapi dalam melaksanakan tugasan ini. Masalah saya yang pertama ialah saya kekangan masa dalam menyiapakan tugasan ini. Hal ini kerana saya mesti memberikan sepenuh komitmen saya sebagai seorang guru, ibu, isteri dan juga pelajar. Oleh itu, saya mengahadapi masalah dalam pengurusan masa yang bagus dan sesuai dengan komitmen saya. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya membuat jadual kerja saya bagi melaksanakan komitmen saya kepada tahap yang lebih baik. Saya juga meminta pertolongan daripada rakan rakan saya untuk membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Melalui pertolongan dan bantuan yang diterima, saya mampu melaksanakan tugasan ini dengan lebih baik dan berkualiti. Tambahan pula sikap tolong menolong merupakan amalan yang baik dan terpuji. Kelemahan yang kedua yang saya alami adalah kekurangan maklumat daripada buku dan juga artikel melayu mengenai adat resam ini. Kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah dmaklumat dalam Bahasa Inggeris dan ini menyukarkan saya untuk memahami teks artikel yang ingin saya kaji. Tambahan pula teks yang diperolehi kekurangan ilustrasi untuk saya lebih faham.Oleh itu, saya mengambil masa yang lama untuk menganalisis teks yang diperolehi. Untuk mengatasi masalah masalah berikut, saya memberi cadangan pada masa akan datang iaitu, saya mengumpul maklumat terlebih dahulu. Saya akan cuba mencari masa untuk ke perpustakaan untuk mengakses maklumat dengan lebih baik dan tepat. Saya juga boleh membuat kajian dengan artikel artikel yang telah disimpan oleh perpustakaan untuk dijadikan rujukan. Selain itu, saya boleh menggunakan jurnal sebagai salah satu sumber yang sah dan tepat. Untuk

mengatasi masalah ilustrasi, saya boleh menonton video adat resam perkahwinan India. Melalui video ini, saya akan lebih faham dan lebih mudah untuk saya melaksanakan tugasan ini. Kesimpulannya, saya berharap pada masa akan datang, saya mampu memenuhi kehendak KPM dalam menjadi guru yang berwawasan. Saya juga berharap saya mampu menyandang jawatan guru dan melaksanakan tugas yang diberi dengan ikhlas tanpa mengaharap balasan duniawi. Saya juga akan memegang prinsip untuk menjadi guru murabbi di dalam komuniti pendidikan pada masa akan datang. Saya juga sangat berharap segala ilmu dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalani latihan mampu memberikan panduan dan juga tunjuk ajar pada saya dalam menjadi guru yang beretika dan profesional.