Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Nama : KALAIVANAN A/L LOGANATHAN T1MT1 2011272310139

Kumpulan Akademik : Angka Giliran :

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Rimba Camp, Pulau Pangkor pada 24 September 2013 hingga 27 September 2013 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti. Sepanjang BIG ini, saya sentiasa patuh akan masa dan menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu, kursus BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolongmenolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya. Malah daripada BIG ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan tepat pada masanya. Oleh itu, kursus BIG ini telah berjaya memupuk nilai-nilai moral yang

baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih sempurna dan menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam semua aspek. Saya juga sedar bahawa kita haruslah bertanggungjawab dalam semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita. Hal ini demikian kerana kami akan bertukar peranan ataupun jawatan secara bergilir-gilir. Malah, setiap orang berpeluang menyandang jawatan tersebut dan merasai kesenangan dan kesusahan jawatan tersebut. Namun, saya sentiasa berwaspada, bertanggungjawab, berhati-hati dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada saya. BIG ini telah melatih saya untuk menjadi seorang yang tidak mudah pecah amanah dan melakukan yang terbaik dalam semua perkara. Saya turut dapat memahami tentang flora dan fauna serta lautan dengan lebih mendalam melalui BIG ini. Sementara aktiviti berkayak di laut semasa aktiviti air merupakan sesuatu yang baharu kepada saya kerana ia merupakan kali pertama saya berkayak di laut. Semua ini adalah sebagai persiapan kepada saya selepas menamatkan pengajian sekiranya saya ditempatkan di tempat pedalaman. Walaupun agak susah dan penat, tetapi ia telah membakar semangat saya untuk tabah meneruskan kehidupan dan lebih memahami hutan rimba dan lautan. Di samping itu, saya berpendapat bahawa kursus BIG ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri seseorang. Sebagai contoh, saya baru perasan bahawa saya mempunyai bakat untuk berlakon selepas menghadiri kursus ini apabila saya dikehendaki untuk mewakili kumpulan saya dalam drama pada malam persembahan. Selain itu, semasa sesi pembentangan pada slot moral, saya juga berpeluang untuk membentang salah satu bahagian pada hari yang ketiga, iaitu mengenai kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Dari situ, bakat membentang dan juga berdebat dengan pendapat kumpulan-kumpulan lain dapat terbentuk. Selain itu, saya juga mendapati bahawa saya agak lemah dari segi mental dan fizikal. Dari segi mental, dahulu saya sering mengambil alternatif mudah dengan memutus asa apabila berhadapan dengan masalah yang meruncingkan. Saya sedar bahawa semua aktiviti yang dirancang dalam BIG adalah bertujuan untuk memupuk, menguji, dan meningkatkan ketabahan dan keberanian diri sebagai seorang guru melalui semua aktivti tersebut. Mengetahui kelemahan saya itu sekarang, jadi saya bertekad

menjadi seorang yang sentiasa sihat dan kuat dari aspek mental dan fizikal. Saya juga akan sentiasa melatih dan meningkatkan aspek fizikal dan mental saya , seperti bersenam pada masa lapang, membaca buku-buku motivasi, sentiasa berbual-bual dan mendapatkan nasihat yang berguna dan padat dengan senior ataupun guru pensyarah saya. Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya, program BIG ini akan menjadi lebih menarik jika sesetengah slot dan sesi diisi dengan aktivitiaktiviti IQ yang mencabar, seperti stesen games, dilemma konflik, main peranan, dan sebagainya. Permainan berbentuk stesen games merupakan salah satu cadangan yang sangat digalakkan. Tambahan pula, slot moral boleh ditambahbaikan dan dimurnikan dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Contohnya semasa slot moral, kita bukan sahaja akan membuat pembentangan, tetapi juga boleh melakukan aktivti-aktiviti yang lebih menarik seperti berinteraksi, forum, perbahasan, public speaking, dan sebagainya. Sememangnya peruntukan 4 hari 3 malam bagi kursus BIG ini adalah sedikit mendesak dan tidak mencukupi. Oleh itu, saya ingin mencadangkan bahawa alangkah baiknya jika kursus BIG ini diadakan selama 5 hari dan 4 malam supaya masa untuk setiap aktivti yang dirancang mencukupi, tidak terdesak dan kesannya para peserta akan dapat belajar dan memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan pada tahap yang maksima. Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Diharapkan agar aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi kerjasama yang jitu dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.