Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN LAWATAN MELAKA-KUALA LUMPUR KELAS DEWASA ORANG ASLI DAN PENAN (KEDAP) BAGI TAHUN 2012

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

LAPORAN LAWATAN BERMAKLUMAT PELAJAR KEDAP KE MELAKA-KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2012

TAJUK MATLAMAT

BUTIRAN / PENERANGAN

1. Pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari misalnya membaca nama-nama tempat yang dilawati dan mengenali tempattempat yang dilawati.

OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan tentang keunikan budaya masyarakat yang dilawati kepada pelajar dewasa orang asli. 2. Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang persekitaran dan pembangunan negara. 3. Memberi pendedahan tentang bidang kerjaya yang pelbagai sebagai panduan masa hadapan untuk anak-anak pelajar Kedap. 4. Membolehkan pelajar-pelajar mengetahui dan menghayati peninggalan sejarah negara. 5. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap kebudayaan yang berbeza dalam sesebuah negara majmuk

TARIKH PELAKSANAAN 17 Oktober hingga 19 Oktober 2012 TEMPAT-TEMPAT LAWATAN Kota Afamosa, River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium Istana Melaka, Taman Buaya Melaka, Putra Jaya Kuala Lumpur, Istana Negara, Petrosains KLCC dan Aquaria KLCC. SASARAN Semua pelajar KEDAP dan tenaga pengajar

m/s 2

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

PERSONALIA KOS/SUMBER/ PERBELANJAAN SEBENAR PENGISIAN

Rujuk Kertas Kerja Kos lawatan dari KEDAP manakala lagi sumber kewangan datangnya dari sumbangan kerjasaama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gerik.

Rujuk Tentatif (* tetapi terdapat beberapa pindan lokasi semasa lawatan yang sebenar)

LAPORAN HARI PERTAMA LAWATAN DI MELAKA 17/10/2012

Semua pelajar Kedap bertolak ke pekan Gerik pada pukul 8.00 pagi dari Dala secara berkonvoi ke Wisma Persekutuan Gerik. Di situ kami berkumpul dan bergabung bersama peserta lawatan dari JAKOA seramai 26 orang yang juga turut serta bersama-sama rombongan kami.

Kami bergerak pada pukul 11.00 pg ke Melaka dengan menaiki dua buah bas yang terdiri daripada peserta rombongan KEDAP dan peserta rombongan dari JAKOA.

Setibanya kami di Melaka ialah pada pukul 6.30 ptg. Sejurus ketibaan kami di Melaka, kami terus ke tempat penginapan di Hotel Explorace Melaka. Di situ tenaga pengajar KEDAP telah membahagikan pelajar kepada bilik masing-masing. Di mana setiap satu bilik ditempatkan seramai dua orang sahaja.

Sejurus selesai pembahagian bilik kepada peserta barulah kami ke tempat makan malam pada pukul 7.00 mlm.

Pada sebelah malamnya pula, sebenarnya tiada sebarang aktiviti. Tetapi kami telah ditawarkan oleh pemandu bas, untuk membawa kami membeli- belah di Maidin Melaka pada pukul 8.30 mlm sehingga pukul 10.30 mlm.

Selepas pulang dari membeli-belah, semua peserta

m/s 3

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

masuk ke bilik masing-masing dan berehat secukupnya.

LAPORAN HARI KEDUA LAWATAN DI MELAKAKUALA LUMPUR 18/10/2012

Pada pukul 7.00 pg semua peserta rombongan bersarapan pagi di Cafe Explorace.

Kami keluar dari Hotel Explorace pada pukul 8.00 pagi, dan semua peserta berkumpul untuk bergerak bersama-sama ke destinasi lawatan yang ingin dituju.

Oleh kerana Hotel yang dinginap itu berdekatan dengan tempat yang dituju, kami pun bergerak secara berkumpulan dengan berjalan kaki ke Kota Afamosa. Sepanjang perjalanan hendak menuju ke Kota Afamosa itu kami berpeluang menaiki bukit kubu ke Gereja St.Paul. Selain itu juga, kami dapat mengamati pandangan yang cantik dari atas kubu itu. Walaupun kepenatan menaiki bukit itu, namun semua peserta kelihatan gembira dan seronok.

Setelah turun dari kubu itu, barulah kami ke kota Afamosa untuk melihat sendiri keuntuhan dinding dan keunikan Kota Afamosa itu sendiri. Dalam masa itu juga kami bertuah dan berkesempatan kerana dapat melihat penari-penari tradisional Portugis yang kebiasaannya terkenal dengan lagu Jingkling Nona. Sungguh mengasyikkan sekali jika dilihat secara langsung. Kelihatan pelajar-pelajar KEDAP juga agak teruja dan seronok. Setelah selesai melawat di Kota AFamosa kami pun bergerak ke tempat lawatan yang berhampiran iaitu Muzium Istana Melaka. Di dalam Muzium itu kami berpeluang menyaksikan adat istiadat Sultan di Istana. Barang-barang peninggalan yang bersejarah misalnya Keris, pedang, dan sebagainya. Selain itu dapat juga menyaksikan pameran jenis-jenis istana dan rumah yang di bina di Melaka pada zaman

m/s 4

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

kesulatanan Melaka dahulu. Sejurus selesai di Muzium Istana itu, kamipun bergerak pula ke River Cruise. Di situ kami semua teruja dengan melihat panorama sepanjang perjalan bot yang kami naiki menyusuri sungai. Sungguh mengagumkan apabila cerita-cerita Hikayat

Kesultanan Melayu Melaka di lukiskan di setiap dinding-dinding bangunan lama yang terdapat di sepanjang laluan River Cruise. Selain itu juga kami dapat melihat sendiri perkampungan-perkampungan lama yang masih berdiri teguh di situ. Memang mengagumkan. Selesai di River Cruise kami bergerak pula ke tempat lawatan seterusnya iaitu Menara Taming Sari. Inilah di antara banyak-banyak tempat yang dilawati sangat menggayatkan. Tidak kesemua peserta rombogan kami yang menaiki menara ini. Kerana ada di antara mereka yang tidak sanggup berada di tempat yang tinggi. Tetapi apabila sudah dinaiki kebanyak dari mereka berasa seronok dan teruja kerana dapat melihat kecantikan panorama bandar Melaka serta berpeluang melihat selat Melaka juga. Tempat lawatan seterusnya pula ialah Taman Buaya Melaka yang juga merupakan tempat lawatan akhir di Melaka. Di sini kami dapat melihat model bangunan yang menjadi simbolik dan kemegahan negara kita Malaysia misalnya, Masjid Putra Jaya, Kota Afamosa, Menara Berkembar Petronas, KLCC, arca Satu Malaysia dan sebagainya. Selain itu juga terdapat pameran pelbagai jenis reptilia iaitu buaya yang di perolehi daripada seluruh pelusuk dunia dapat disaksikan di sini. Kami juga turut menikmati pakej lain seperti permainan Rumah Hantu dan Rumah Dinasour yang terdapat di dalam Taman

m/s 5

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

Buaya itu. Memang ternyata sungguh menghiburkan dan seronok. Akhir tempat lawatan yang terakhir bagi hari kedua ini pula ialah Putra Jaya Kuala Lumpur. Di sini kami berpeluang melihat keindahahan Putra Jaya yang tersergam indah. Selesai semua lawatan pada hari kedua ini kami pun bergerak ke Hotel Flaminggo di Kuala Lumpur untuk penginapan. LAPORAN HARI KETIGA LAWATAN KE KUALA LUMPUR 19/10/2012 Semua peserta bangun seawal pagi dan bersarapan pada pukul 7.00 pagi. Kami bergerak keluar dari Hotel Flaminggo adalah pada pukul 8.30 pg. Tempat pertama yang kami tujui pada hari ini ialah Istana Negara. Di situ kami berada selama 45 minit sahaja. Kami berpeluang menyaksikan Istana Negara yang sangat indah dah besar. Selain itu juga pengawal kota istana juga turut menjadi perhatian kami dan tarikan kepada semua pelancong yang hadir di situ. Selesai melawat di Istana Negara kami pun bergerak pula ke tempat lawatan seterusnya iaitu Petrosains Klcc. Di sini pelajar-pelajar KEDAP berpeluang

mempelajari beberapa perkara yang baru atau yang tidak pernah dilihat atau didengari sebelum ini. Kami banyak didedahkan dengan beberapa ilmu sains yang sebenarnya sentiasa berada di sekeliling kita dan di dalam kehidupan kita seharian. Tarikan yang paling diingati di sini ialah pengangkutan massa yang berbentuk separuh bujur. Selain itu juga pelajar kami juga berpeluang menyaksikan permainan sains. Tempat lawatan seterusnya pula ialah di Aquaria Klcc. Kalau tadi kami berada di tempat lawatan paling atas sekali kini kami berada di bahagian

m/s 6

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

banguanan KLCC paling bawah pula. Terdapat pelbagai jenis hidupan akuatik yang boleh

disaksiakan di sini. Pelajar-pelajar KEDAP juga kelihatan dikalangan begitu teruja sekali walaupun ada

mereka

yang

aktiviti

hariannya

menangkap ikan di sungai. Tetapi kali mereka dapat menyaksikan pelbagai jenis hidupan lain yang terdapat di dalam air dengan secara langgsung. Memang kelihatan begitu seronok sekali di wajah mereka walaupun sudah penat dan keletihan berjalan sepanjang lawtan. Selesai melawat Aquaria tadi maka berakhirlah destinasi lawatan kami. Kami bertolak balik ke Gerik pada pukul 5.00 ptg dan sampai pada pukul 11.30 mlm. Di pekan Gerik semua pelajar dan tenaga pegajar KEDAP bermalam di Hotel Tmenggor Gerik. Ke esokan paginya barulah pelajar KEDAP bergerak pulang ke perkampungan Dala. PENUTUP Secara keseluruhanya objektif serta matlamat

lawatan ini berjaya dicapai oleh semua pelajar. Kami juga selaku tenaga pengajar KEDAP ingin

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas lawatan muhibah ini, di mana julung-julung kalinya kami dari dua jabatan iaitu sekolah dan pihak JAKOA bergabung dan membuat lawatan secara bersama serta turut dibantu yang ini. dari segi kos untuk ingin

perbelanjaan menjayakan

lawatan

agak Kami

besar juga

rombongan

melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana dengan berkatnya rancangan lawatan ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan baik. Selain itu juga kami ingin mengucapkan jutaan

m/s 7

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

terima kasih kepada tuan Guru Besar kerana membenarkan lawatan ini dijalankan dan setinggi penghargaan juga kepada Pengusaha Dewan Makan Asrama iaitu EN.Hamid yang telah menyumbangkan sedikit sebanyak wang tunai bagi membantu kos lawatan kami. Kesimpulanya matlamat dan objektif lawatan tercapai.

24 OKTOBER2012

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

( CIK PADMINI A/P PADOM ) Guru KEDAP SK RPS Dala, Gerik 33300 Gerik Perak.

m/s 8

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

LAMPIRAN AKTIVITI LAWATAN

1. Tempat pameran Kapal Perang dan Kereta Api Tanah Melayu

2. Sekitar kawasan kubu Gereja St.Paul

3. Sekitar Kota Afamosa

m/s 9

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

4. Sekitar Istana Kesultanan Melaka

5. Kenangan bersama River Cruise

6. Taman Buaya Melaka

m/s 10

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

7. Putra Jaya Kuala Lumpur

8. Istana Negara Kuala Lumpur

9. Petrosains KLCC

m/s 11

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

10. Aquaria KLCC

11. Bergambar kenangan di Hotel Explorace Melaka dan Hotel Flaminggo KL.

m/s 12

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR / LAWATAN BERMAKLUMAT PELAJAR KEDAP KE MELAKA- KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2011 1. NAMA PROGRAM Lawatan Sambil Belajar / Lawatan Bermaklumat b TEMPAT DILAWATI Sekitar Melaka dan Kuala Lumpur 3. TARIKH LAWATAN 17-20 Oktober 2012

2.

4.

RASIONAL

4.1 Pelajar Kedap dapat melihat kesan sejarah untuk mendalami pengetahuan dan menambahkan pengalaman mereka. 4.2 Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung dalam membentuk dan membantu memperkayakan pengetahuan pelajar Kedap. 4.3 Pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam negeri Perak dan negeri yang dilawati. 4.4 Memberi pengalaman sebenar kepada pelajar Kedap merasai suasana di ibu negeri Malaysia dan Bandar bersejarah. 5. OBJEKTIF DAN MATLAMAT 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Memberi pendedahan tentang keunikan budaya masyarakat yang dilawati kepada pelajar dewasa orang asli. Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang persekitaran dan pembangunan negara. Memberi pendedahan tentang bidang kerjaya yang pelbagai sebagai panduan masa hadapan untuk anak-anak pelajar Kedap. Membolehkan pelajar-pelajar mengetahui dan menghayati peninggalan sejarah negara. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap kebudayaan yang berbeza dalam sesebuah negara majmuk

m/s 13

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

6.

KUMPULAN SASARAN 6.1 Pelajar Guru Jumlah : : : 60 orang 15 orang 75 orang

7.

ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN ( Rujuk Lampiran )

8.

SENARAI NAMA PESERTA ( Rujuk Lampiran )

9.

JAWATANKUASA PENGELOLA Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari AJK :Tn.Hj Ahmad Rashid B. Zakaria (GB, SK RPS Dala) :En. Aminudin Bin Ishak ( PK1, SK RPS Dala) :En. Khairul Syazwan B. Zamri :Cik Padmini a/p Padom :Cik Muniratul Azlin B. Osman :Cik Norini Bt. Razak :Pn. Nani Bt. Ali

10. 10.

JADUAL LAWATAN ( Rujuk Lampiran ) PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran kerana ia dapat menyemai rasa bangga dan yakin dengan kemajuan dan kemakmuran negara seiring dengan seruan memartabatkan pendidikan negara.

Disediakan Oleh :

Disahkan Oleh:

.
( EN KHAIRUL SYAZWAN B. ZAMRI )

( TN.AHMAD RASHID B. ZAKARIA)

Setiausaha, Lawatan Sambil Belajar Kedap,


m/s 14

Guru Besar, Sk RPS Dala, Gerik.

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

SK RPS Dala.

33300 Gerik, Perak.


JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA- KUALA LUMPUR ( 17,18,19 & 20 OKTOBER 2012 ) - Rabu,KhamiS,Jumaat & Sabtu -

Tarikh

Masa 9.00 Pg 10.00 Pg 5.00 ptg

17 Okt 2012 Rabu

Aktiviti - Berkumpul Di Bangunan Persekutuan JAKOA untuk mendengar taklimat - Pelajar Kedap bertolak keluar dari Gerik ke Melaka. -Dijangka sampai ke Hotel Melaka

18 Okt 2012 Khamis

6.00 6.30 7.00 8.30

Pg Pg Pg pg

12.30 tgh 1.30 ptg

7.00 mlm 8.30 mlm 10.30 mlm 6.00 6.30 8.00 12.30 1.00 3.30 4.00 6.00 7.30 8.00 3.00 Pagi pagi Pagi tgh tgh ptg Ptg Ptg ptg mlm pg

- Sembahyang Subuh - Persiapan diri & Sarapan Pagi di RnR berdekatan lokasi - Dijangka sampai di Melaka - Melawat zoo Melaka - Melawat Taman Buaya - Makan tengah hari dan solat - Melawat Menara Taming Sari - Melawat Kota Afamosa - Makan malam - Pengurusan diri - Bergerak ke Kuala Lumpur untuk ke tempat penginapan - Dijangka sampai ke Hotel Kuala Lumpur Bangun dan sembahyang subuh Persiapan diri dan Sarapan Pagi Melawat Petrosains dan sekitar KLCC Makan tengah hari Melawat Aquaria KLCC Melawat Menara Kuala Lumpur Membeli belah di Pasar Raya Maidin Melawat Putrajaya Makan malam bertolak pulang ke Gerik Pulang ke Tempat Penginapan di Hotel Gerik.

19 Okt 2012 Jumaat

20 Okt 2012 Sabtu

6.00 Pg 6.45 Pg 9.00 pg

- Bangun , solat Subuh Dan sarapan pagi. - Bertolak pulang ke SK RPS Dala - Dijangka sampai di SK RPS Dala

# Sebarang pindaan / perubahan adalah tertakluk pada keadaan semasa Program dilaksanakan. # Sebarang masalah / Pertanyaan semasa lawatan boleh di maklumkan kepada Ketua Rombongan di talian 012 5944642 @ 013 4901264 @ 019 5421635

m/s 15

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

ANGGARAN SUMBER KEWANGAN PROGRAM A ) MURID 30 Orang X RM 50.00 B ) GURU 5 Orang X RM 50.00 C ) SUMBANGAN PIBG & AGENSI SETEMPAT D) SUMBANGAN JAKOA E) WANG LEBIHAN KEDAP JUMLAH = = = = = = RM 1500.00 RM 250.00 RM RM RM RM 1750.00

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM a) Makan/Minum : Sarapan Pagi RM2.00 X 35 Orang X 3 Hari Makan Tengah hari RM5.00 X 35 Orang X 2 Hari Makan Malam RM5.00 X 35 Orang X 3 Hari

= = =

RM 210.00 RM 350.00 RM 525.00 RM1085.00

b)

Bas

RM 2800.00

3 hari X 2 malam

= RM2800.00

c)

Penginapan di Hostel Kuala Lumpur RM 50 X 35 X 2 hari

= RM 3500.00

d)

Bayaran-bayaran Masuk/ Tiket i) Petrosains klcc ii) Aquaria Klcc iii) Zoo Melaka iv) Taman Buaya v) Istana Melaka RM 25.00 X RM 35.00 X RM10.00 X RM 10.00 X RM 2.00 X 35 = RM 875.00 35= RM 1225.00 35= RM 350.00 35= RM 350.00 35= RM 70.00 RM 2870.00

JUMLAH KESELURUHAN

= RM 10 255.00

m/s 16

KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PERIBUMI/12

CATATAN

BIL

1 2

TEMPAT LAWATAN/ PERKARA Kota AFamosa River Cruise

ALAMAT

NO.TEL/FAKS

HARGA TIKET Free RM 25

Melaka Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Aras 9 Bangunan Graha Maju Jln Graha Maju

T:606-288 3599 F:606-2814325 T:606-2883599

Zoo Melaka

Ayer Keroh, 75450 Melaka

F: 606-2325859 T:606-2324053

RM 10

Taman Buaya

Ayer Keroh, 75450 Melaka


Petrosains Sdn.Bhd, level 4, klcc Kuala Lumpur

F: 606-2319136 T:606-2324054

RM 10

Petrosains Klcc

T: 603-23318787

RM 25

Aquaria Klcc

Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur Malaysia

T: 603-2051 5000 F: 603-20265050 T: 603-2020544 F: 603-2034 2609

RM 35

Menara Kuala Lumpur

Jalan Punchak, off jalan P.Ramlee,50250 Kuala Lumpur Malaysia

RM 29

m/s 17