Anda di halaman 1dari 15

SURYATI BT.

UDAI 701016135770002

1.

PENGENALAN Mata Pelajaran Pendidikan Seni telah lama diajar di sekolah-sekolah di

Malaysia. Mata pelajaran ini telah mula diperkenalkan semenjak zaman British lagi dan telah berkekalan hingga ke hari ini. Ketika itu mata pelajaran ini dikenali sebagai Lukisan. Mata pelajaran ini kemudiannya dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan Tangan dan pada masa ini ia disebut sebagai mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini jelas menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah melalui beberapa perubahan dan akan terus berubah. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. 2. PENDIDIKAN SENI VISUAL MENURUT BERSOON (1982). Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002) Bertolak dari hasrat inilah pengajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) tidak harus dipandang ringan. Pendidikan Seni Visual adalah program pendidikan yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan merentas nilai pembangunan manusia khususnya kanak-kanak. Dalam penghasilan seni, selalunya kanak-kanak akan melukis apa yang dilihat, dirasakan dan kepercayaan mereka dalam tempoh yang tertentu. Aktiviti seni seperti mewarna adalah menjadi perkara biasa. Apabila kita melihat lukisan kanak-kanak, ia adalah menjurus kepada kebebasan dalam kehidupan khayalan dan pemahamannya. Menerusi pengalaman yang mereka

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

peroleh itu akan membolehkan mereka mengenali diri mereka sendiri dan hubungannya dengan alam sekitar. Imej-imej yang digambarkan oleh kanak-kanak bertaburan dan menggunakan simbol-simbol yang mereka sahaja mengetahui. Jadi ini akan menimbulkan kesulitan dalam pengamatan objek yang dilukis. Bersoon (1982) berpendapat galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. Oleh yang demikian, boleh dikatakan hasil seni kanak-kanak adalah ilham yang Tuhan berikan kepada mereka. Maka sejajar dengan ini Pendidikan Seni Visual boleh membantu meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam pengamatan dan menambahkan pengetahuan tentang adanya perbezaan antara benda-benda ataupun imej-imej tampak yang terdapat dalam kehidupan persekitaran mereka. Latihan begini akan menyempurnakan lagi kualiti pengetahuan mereka pada alam dan secara langsung menjurus ke arah pencapaian objektif yang digaris di dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual. 2.1. Aspek-aspek utama organisasi kurikulum Pendidikan seni Visual Setelah dinyatakan matlamat seni visual di dalam pendidikan sekolah rendah dan kaitan kepentingannya menurut pandangan Bersoon (1982) selanjutnya dibincangkan tentang bidang-bidang dan aspek-aspek seni yang terdapat di dalam kurikulum sekolah rendah dan bagaimana ia dapat membantu guru menjadikan pengajarannya lebih berkesan dan bersepadu. Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah KBSR di susun di dalam empat bidang kegiatan. Empat bidang tersebut ialah menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat bahan-bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai murni. Aspek-aspek utama yang dipentingkan dalam organisasi kurikulum ini dihuraikan seperti berikut:

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

2.1.1. Pemerhatian

secara

aktif

yang

merangkumi

kesedaran

pemerhatian

keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. 2.1.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. 2.1.3. Apresiasi seni visual secara mudah. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Secara tidak langsung murid diperkenalkan dengan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. 2.1.4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

2.2.

Perkaitan aspek-aspek utama dalam organisasi kurikulum Pendidikan Seni Visual berdasarkan pernyataan Bersoon (1982). Seni Visual dalam pendidikan meletakkan pandangan Bersoon (1982) sebagai

asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Pandangan beliau ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi. Di bawah dihuraikan perkaitan aspek-aspek utama dalam organisasi kurikulum Pendidikan Seni Visual berdasarkan pandangan Bersoon (1982). 2.2.1. Aspek pemerhatian secara aktif. Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Dalam hal ini adalah tidak dapat dinafikan pendidikan seni mempunyai perkaitan rapat dengan kognitif. Ini disebabkan pengajaran dan pembuatan seni adalah berasaskan ilmu pengetahuan. Mengetahui melalui pemerhatian adalah suatu mode pengetahuan dan suatu cara untuk belajar tentang realiti. Cabaran yang guru hadapi adalah menggunakan pemerhatian dengan bijak dalam pengajaran seni, dengan kata lain guru ingin pelajar menjana ilmu pengetahuan dengan menggunakan mata. Semasa menyediakan aktiviti, guru perlu memberi perhatian kepada pengetahuan sedia ada murid. Pengetahuan sedia ada murid perlu dikenal pasti supaya seseorang murid tersebut bersedia sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Adalah disarankan juga guru menggunakan benda-benda konkrit dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni. Ia boleh dilakukan dengan meminta murid-murid memerhati, merenung dan membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya yang ada pada alam. Seterusnya perbincangan murid dengan guru dibuat bagi mencetus idea dan imiginasi mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Benda konkrit pada alam secara tidak langsung dapat membantu murid itu memberi tindak balas yang sesuai berdasarkan rangsangan yang diterima. Dengan ini juga proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah. Contohnya guru mengajar tajuk `kereta, muridmurid pernah melihat contoh-contoh kereta sama ada dalam bentuk gambar ataupun
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

murid pernah melihat rupa bentuk kereta melalui pengalaman hidup mereka. Pengetahuan sedia ada ini dapat membantu murid-murid melakukan aktiviti yang disarankan oleh guru. Maka dengan ini, faktor pengetahuan sedia ada dan benda konkrit bertujuan menggalakkan kanak-kanak menggunakan deria dari pengalaman dalam membuat penaksiran dalam pelbagai kegiatan seni sejajar dengan pandangan yang dikemukakan oleh Bersoon (1982). 2.2.2. Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Kritis dikaitkan dengan keadaan murid boleh memberi pendapat dan kritikan. Kreatif pula membawa maksud sesuatu yang asli dan berdaya cipta. Setiap murid itu pula mempunyai tahap kreativiti yang berlainan antara satu sama lain. Menerusi kegiatan yang disediakan oleh guru seni dalam bilik darjah, maka banyak kegiatan yang boleh menggalakkan potensi kritis dan kreatif di kalangan murid. Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Guru seni perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa menyediakan aktiviti. Semasa aktiviti penerokaan, guru seni boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid-murid misalannya dalam aktiviti cuba mencuba dan suaikenal dengan bahan. Semasa aktiviti ini guru memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang asas mewarna. Guru seni boleh menggunakan pelbagai jenis kertas yang memberi kesan yang berlainan apabila dibubuh warna air. Pengalaman estetika muridmurid itu menjadikan murid-murid lebih mampu memanipulasi bahan dalam situasi yang berlainan. Aktiviti seumpama ini menjadikan sesuatu kegiatan seni itu menjadi lebih menyeronokkan. Dalam penerokaan juga murid-murid adalah bebas daripada jawapan tetap. Ini bermaksud melalui aktiviti seni, kanak-kanak belajar membuat pernyataan diri dengan meluahkan perasaan melalui hasil seni mereka.Melalui lukisan murid-murid juga memberi gambaran tentang latar belakang dan keadaan emosi yang dihadapi. Dalam konteks ini guru harus memahami murid-murid mempunyai emosi, kepuasan dan keinginan yang berlainan. Minat dan kecenderungan pada sesuatu kerja seni tertakluk kepada kepuasannya. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya memaksa atau mengawal kreativiti dan imginasi murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran seni sebaliknya guru seni seharusnya bertindak sebagai pembimbing
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

dan memberi tunjuk ajar dalam semua kegiatan seni. Sehubungan dengan ini murid senang dan ingin mencuba segala jenis kegiatan dan aktiviti seni. Aktiviti seni yang berunsurkan penemuan oleh murid sendiri boleh memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha menemukan sesuatu yang baru, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan yang bakal diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan. Misalannya lawatan ke gua-gua batu dapat memberikan murid penemuan yang mereka tidak sedari sebelum ini seperti keindahan lanskap yang terdapat dalam gua dan hidupan di dalamnya. Dalam aktiviti penghasilan atau pembuatan pula, guru hendaklah mengambil kira tatacara, langkah dan proses membuat. Dalam hal ini ia merangkumi peraturanperaturan bagi menghasilkan sesuatu ciptaan yang baik. Prosedur ini berkaitan dengan disiplin ilmu, yang menerangkan bagaimana dan mengapakah perlunya mengetahui prosedur bagi sesuatu tindakan ataupun amalan tertib kerja dalam menghasilkan sesuatu ciptaan atau rekaan. Sesuatu prosedur itu perlu dipatuhi aturan dan tata caranya. Misalannya, sebelum seseorang tukang ukir hendak mengukir, beliau perlulah mengetahui cara-cara menyediakan peralatan dan tahu menggunakannya. Selain daripada itu beliau juga harus tahu cara mengasah alat mengukir seperti pahat dan pisau wali. Dalam masa yang sama tukang ukir perlu faham bagaimana hendak membuat penyeliaan bahan, bagaimana cara dan kaedah mengukir yang pelbagai, dan bagaimana membuat kemasan pada karya. Melanggar sesuatu prosedur bermakna akan memberikan kesan kepada kualiti karya yang dihasilkan. 2.2.3. Aspek apresiasi seni visual secara mudah. Apresiasi melibatkan penyataan dan unsur afektif. Ada dua jenis aktiviti apresiasi, iaitu aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Guru seni menyediakan aktiviti mudah, dengan memberi perhatian kepada unsur penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan. Apabila dilihat pada kebanyakkan aktiviti seni, murid-murid akan melalui proses mental yang membantu proses pendidikan. Misalannya pengetahuan tentang seni, budaya, tokoh ataupun artis, sejarah serta sains dan teknologi adalah antara kandungan kurikulum yang diperoleh murid-murid dalam pembelajaran pendidikan seni di sekolah. Penguasaan pengetahuan dalam tajuk-tajuk di atas menunjukkan peningkatan ilmu seni mereka.Ini bagi membolehkan mereka
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam urusan hidup mereka serta menghargai dan membanggai warisan dalam kebudayaan kebangsaan. Aspek apresiasi juga mengambil kira perasaan, penghargaan dan refleksi diri murid-murid. Dalam konteks ini guru harus memberi penghargaan yang bertujuan meningkatkan lagi penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran serta menanam keyakinan diri. Misalannya menampalkan karya murid di sudut seni ataupun papan kenyataan. Ini meningkatkan harga diri pelajar dan memberikan keyakinan kepada pelajar akan kebolehan mereka, dengan kata lain murid boleh membuat refleksi diri dari penghargaan yang diberi gurunya. 2.2.4. Aspek menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Kegiatan seni mampu menanam perasaan mencintai alam kehidupan di kalangan murid. Misalannya ilmu estetika akan mendidik murid-murid menyedari dan memahami apa yang dikatakan keindahan. Keindahan pula lazimnya dikaitkan dengan alam yang diciptakan oleh Allah. Justeru pendidikan seni dapat memupuk muridmurid dengan mencintai alam sekitarnya serta berusaha memelihara keindahan yang dianugerah Allah kepada manusia. Kemahiran dan pengetahuan seni mampu menjana idea dan membolehkan pelajar mengaitkan kandungan dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian.Murid-murid yang kreatif boleh memanipulasi bahan dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid-murid memberi idea bersama-sama bagi mengembangkan bakat mereka sendiri. Guru membentuk beberapa kumpulan di kalangan murid-murid, kemudian meminta mereka menggunakan bahan yang terbuang untuk dijadikan sesuatu bahan yang baru, yang bolah digunakan semula. Secara tidak langsung kreativiti murid-murid akan berkembang dan dapat mencipta idea yang baru. Melalui pendidikan seni juga guru dapat menjana minda murid-murid untuk berfikir secara logik. Secara tidak langsung bahan yang terbuang boleh digunakan semula dan ini dapat mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar secara berleluasa dan pembaziran. Dari perbincangan aspek-aspek utama organisasi kurikulum Pendidikan Seni Visual di atas dan hubungkaitnya dengan pernyataan Bersoon(1982) ialah guru-guru seni perlu melihat sesuatu aktiviti seni itu pada sudut yang lebih luas yang mana ia bukan sahaja membina kemahiran dan intelek melalui deria penglihatan, sentuhan dan
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

sebagainya tetapi juga memantapkan aspek emosi seseorang murid. Guru seni adalah sebagai role model kepada murid-murid perlu memberi galakan dan bimbingan serta menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam usaha melahirkan murid-murid yang berkualiti. 3. PENDIDIKAN SENI VISUAL MENURUT HILDA TABA Menurut Hilda Taba, kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan struktur minda manusia. Struktur ini berkaitan dengan kognitif, ingatan, ingatan dan luahan semula (Memory and Retention), pemikiran bercapah, pemikiran bertumpu dan penilaian. Pandangan Hilda Taba ini menyokong salah satu bidang seni visual iaitu bidang membentuk dan membuat binaan. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. 3.1. Aktiviti membentuk dan membuat topeng berdasarkan aspek-aspek struktur minda manusia menurut pandangan Hilda Taba. 3.1.1. Tajuk. Pemilihan tajuk ialah Haiwan Liar. Semua haiwan ini mempunyai skala dan tekstur muka yang berlainan menyebabkan kanak-kanak harus memikirkan tentang bentuk apabila membuatnya. Kanak-kanak perlu membentuk dan membina serta menyelesaikan masalah skala dan bentuk dengan bimbingan daripada guru. Kanak-kanak juga akan mengenali jenis-jenis haiwan liar dan kepentingannya kepada manusia.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

3.1.2. Tema dan subjek. Pemilihan tema adalah berdasarkan perkara seperti alam semulajadi dan objek persekitaran, imaginasi dan khayalan, aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman harian manusia. Sesuatu tema yang dipilih mengikut fungsi yang tertentu seperti sebagai perlambangan nenek moyang, simbol dewa-dewi dalam kepercayaan masyarakat tertentu, pelengkap upacara, penyingkap sejarah, media pendidikan dan sebagai hiburan. Tema yang dipilih dalam aktiviti membentuk dan menbuat binaan topeng muka ini ialah haiwan. Penghasilan topeng lebih menumpukan kepada tajuk haiwan liar. Muka topeng yang dilakarkan memaparkan muka haiwan liar seperti harimau, orang utan, singa, buaya, gajah dan sebagainya. 3.1.3. Pemilihan alat dan bahan. Pemilihan alat dan bahan bergantung kepada jenis topeng yang akan dihasilkan. Ini penting bagi menentukan ketahanan dan daya penarik kepada topeng tersebut. Alatan yang perlu disediakan ialah gunting, gelang getah atau tali, gam. Bahan seperti kertas keras saiz A4/kad manila, warna air/warna poster, marker pen, bahan guna semula untuk hiasan pada muka topeng (seperti bulu ayam, daun kering, benang bulu dan sebagainya). 3.1.4. Teknik penghasilan. Setiap topeng yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa penghasilannya bergantung kepada jenis-jenis topeng yang akan dibuat. 3.1.5. Proses membuat topeng muka.

Langkah 1 Melakar bentuk muka topeng berdasarkan tema yang dipilih pada kertas tebal/manila kad.Gunting permukaan kertas tersebut untuk mendapatkan bentuk rupa haiwan liar.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

Langkah 2 Lukis rupa muka haiwan liar berdasarkan sifatnya iaitu mata, telinga, mulut, hidung dan lain-lain yang berkaitan dengan muka.

Langkah 3 Mewarna muka topeng yang telah dilukiskan sifatnya dengan warna air/warna poster.

Langkah 4 Menampal bahan guna semula sebagai hiasan pada muka topeng. Marker pen digunakan bagi menambahkan hiasan pada muka topeng.

Langkah 5 Menebuk lubang bagi memasukkan tali atau gelang getah yang akan melekatkan topeng dengan muka manusia. Akhir sekali membuat kemasan pada topeng yang dihasilkan.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

10

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

3.1.6. Persembahan hasil kerja. Sesuatu karya membuat topeng muka seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut: a) Watak topeng mesti menepati tema dan tajuk. b) Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian dan relevan dengan fungsinya. c) Topeng tersebut pastikan tahan dan selamat digunakan terutama semasa persembahan. d) Penggunaan pelbagai bahan yang diadun untuk membentuk suatu gubahan yang menarik dan dapat memikat penonton apabila digunakan dalam persembahan. e) Mempunyai sifat ketulenan agar mempunyai daya tarikan yang tersendiri. f) Mempunyai prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, harmoni, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik. 3.1.7. Perkaitan aktiviti menghasilkan topeng dengan aspek struktur minda manusia. a) Kognitif. Aktiviti membuat topeng memerlukan seseorang murid atau pengkarya mempunyai pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tema dan tajuk yang hendak dipersembahkan melaui penghasilan topeng. Selain itu pengkarya juga seharusnya menggunakan pengetahuan mereka tentang cara untuk menghasilkan sebuah topeng muka dengan menggunakan alat dan bahan yang sepatutnya. b) Ingatan dan luahan semula. Apabila seseorang murid itu hendak menghasilkan topeng muka, mereka cuba mengingat kembali segala pengalaman dalam pelbagai perkara berkaitan kemahiran menghasilkan sesuatu. Kemahiran-kemahiran yang dimiliki seseorang itu digabungjalin dan diaplikasikan bagi menghasilkan topeng. Contohnya ialah semasa hendak melakar bentuk muka haiwan murid menggunakan kemahiran matematik dan sains. Penghasilan topeng merupakan luahan semula segala pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang subjek yang dipelajari. Maka dapatlah kita melihat seni tampak dalam penghasilan topeng yang kreatif. c) Pemikiran bercapah. Pemikiran bercapah memerlukan seseorang berfikir lebih subjektif, secara terbuka dan luas. Menghasilkan topeng menggalakkan pemikiran
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

11

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

bercapah dengan aktiviti merekacipta rupa bentuk topeng muka yang bertemakan haiwan liar. Murid cuba sedaya upaya untuk memindahkan pengetahuan mereka tentang muka haiwan liar pada kertas yang akan menggambarkan kepada sesiapa yang melihatnya akan mudah mengenali dan memahami tentang apa yang dihasilkan. Sebarang tindakan dalam penghasilan topeng itu adalah berdasarkan pemikiran perekanya. Misalnya penggunaan warna yang memberikan kesan estetika dalam karya adalah melalui pemikiran bercapah. d) Pemikiran bertumpu. Pemikiran bertumpu menghadkan seseorang berfikir kepada perkara yang difokuskan dan secara objektif. Dalam aktiviti membuat topeng ini, seseorang itu tertumpu kepada menghasilkan rupa bentuk muka seekor haiwan liar. Maka pemikiran dikerah untuk mengolah permukaan kertas keras/kad manila menjadi sebuah topeng yang menarik dan tidak lari dari tema dan tajuk yang dikehendaki. e) Penilaian. Aspek penilaian menentukan setiap aktiviti menghasilkan topeng ini mencapai dan memenuhi kehendak objektif penghasilan topeng muka. Ia menitikberatkan kepada setiap proses yang dijalankan untuk membuat topeng. Topeng yang telah disiapkan dinilai bagi menentukan kaitannya terhadap tajuk dan tema, alat dan bahan serta teknik penghasilan yang digunakan. 3.2. Penilaian aktiviti membuat boneka. Berpandukan kepada aktiviti membuat boneka penilaian dapat dibuat dengan menjawab tentang persoalan berkaitan tajuk dan tema yang sesuai. Tema dan tajuk seharusnya menepati kehendak pengkarya. Misalnya tajuk menghendaki hasil yang bertemakan haiwan kesayangan maka hasil boneka perlu menjurus kepada pilihan haiwan seperti sapi, arnab, kucing serta pelbagai lagi bentuk muka haiwan. Alat dan bahan yang digunakan diambil kira dalam penilaian bagi menentukan kesesuaiannya mengikut proses membuat boneka. Kesesuaian watak bergantung kepada stail boneka yang dihasilkan. Begitu juga dengan pilihan reka bentuk, warna dan padanan imej mengikut jenis boneka. Penilaian akhir dilihat secara keseluruhan karya dihasil bagi
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

12

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

menentukan kejayaan hasil boneka tersebut seterusnya memungkinkan ia digunakan dalam persembahan dengan sempurna. Terdapat lima kriteria yang akan dinilai terhadap hasil kerja murid (boneka). Kriteria ini ditetapkan khusus untuk mengetahui sejauh mana sesebuah karya seperti boneka mempunyai ciri-ciri kreativiti yang amat diutamakan dalam bidang seni tampak. Bagi karya yang mendapat skor penuh iaitu 25 markah maka ia dianggap memenuhi kriteria karya yang berkualiti dan kreatif. Begitu juga sebaliknya jika skor di bawah 20 markah adalah karya yang sederhana. Skor yang tidak mencapai 10 markah dikira sebagai lemah daripada segi kualiti dan kreativiti. 3.2.1. Borang Pemarkahan Hasil Kerja Murid SEKOLAH KEBANGSAAN GITA, KUCHING BORANG PEMARKAHAN HASIL KERJA MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL Nama murid : ______________________ Kelas : ______________ Tarikh: ______________ Bidang: ___________________________________________ Tajuk : ____________________________________________

Bil A

Kriteria Bersifat Fleksibel. Berupaya menghasilkan karya mengikut keadaan dan kesesuaian. 1 2

Skor 3 4 5

Sensitif Dan Peka. Mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap persekitarannya dan deria yang sensitif terhadap persepsi estetik dalam menghasilkan karya.

Gagasan Idea Yang Asli Dan Tulen. Menghasilkan karja mengikut cetusan rasa dan berbeza daripada yang biasa dihasilkan.

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

13

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

Logik. Menghasilkan karya secara logik dan rasional dengan membezakan antara kebaikan dan keburukannya.

Berfikiran Bebas. Menghasilkan karya dengan daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. JUMLAH SKOR

/25

4.

PENUTUP Kesimpulannya, kedua-dua pandangan tokoh barat, Bersoon(1982) dan Hilda

Taba ini amat penting untuk diterapkan oleh guru di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual. Amat penting untuk kita mengetahui dan memelihara seni visual yang telah lama kita ketahui. Selain itu, perlulah juga kita menghargainya dan melihat betapa indahnya seni visual. Peranan guru di sini amat penting untuk memberikan sesuatu aktiviti seni yang menyeronokkan kepada muridnya agar mereka tahu dan dapat menghayati keindahan seni visual yang mana kita tahu tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Pusat
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

14

SURYATI BT. UDAI 701016135770002

Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual: KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Pendidikan Seni Visual: Modul Pengajaran dan Pembelajaran KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni: Untuk Maktab & Universiti. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Rousliluddin, et. al (2007). Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Pengenalan PSV. Available at: http://www.sksenai.com/blogs/index.php? blog=11&title=pengenalan-psv&more=1&c=1&tb=1&pb=1 4 bidang PSV KBSR. Available at: http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidangpsv-kbsr.html Pendidikan Seni. Available at: http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/pendidikanseni.html

HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

15