Anda di halaman 1dari 6

Tujuan, peraturan dan persediaan pengembaraan:

Pengenalan:

berkayak, dan sebagainya. dilalui sama ada susah mahupun mudah memandangkan setiap pengembaraan akan melalui perkampungan, jeram, sungai, hutan pergunungan, bukit-bukau, pesisiran pantai, dan sebagainya.

pelbagai cabaran dan rintangan.

Jenis-jenis pengembaraan :

al.

Tujuan pengembaraan:

mematangkan diri.

gga, jenis-jenis tumbuhan, bentuk muka bumi, penempatan penduduk dan banyak lagi yang dapat dipelajari.

alam sekeliling yang dilalui dan mengesan tanda-tanda alam semula jadi apabila aktiviti mendaki dijalankan.

unggas, serangga bahkan binatang-binatang yang lain ai tenaga, sabar, lasak, tabah, cekal dan memiliki pelbagai sifat positif. ani dan berdikari.

Persiapan dan perancangan sebelum pengembaraan:

Setiap aktiviti yang dilakukan seharusnya hendaklah dibincang dan dirancang antara ahli terlebih dahulu. Perbincangan itu hendaklah mencakupi persiapan sebelum, semasa dan selepas pengembaraan.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira: 1. Kebenaran daripada pihak-pihak tertentu: Memohon kebenaran daripada pihak-[ihak tertentu seperti polis, pesuruhjaya, sekolah, ibu bapa, pemilik atau pihak berkuasa tempat yang hendak dituju. 2. Tarikh dan masa pengembaraan: Pengembaraan boleh dilakukan pada musim panas ataupun musim hujan. Pada musim hujan pengembaraan lebih mencabar dan

menyeronokkan. Tetapi mesti pastikan musim hujan itu tidaklah berbahaya seperti berlakunya banjir besar, tanah runtuh, dan keadaan-keadaan jelas dapat menjejaskan keselamatan. Tarikh hendaklah ditetapkan supaya pihak-pihak tertentu seperti pihak polis mengetahui anda sedang melakukan aktiviti tersebut. 3. Pakaian mengembara dan peralatan mengembara: Pemilihan pakaian yang sesuai penting bagi membolehkan pengembara itu dapat melakukan aktiviti dalam keadaan selesa dan selamat. Kasut yang sesuai juga penting, jangan menggunakan selipar ketika mendaki. Tapak kasut hendaklah mencengkam supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan. Hidup dalam hutan adalah berbeza daripada kehidupan di rumah. Oleh itu tidak perlu membawa makanan dan peralatan yang mewah.

4. Kemahiran dan latihan: Ahli kembara hendaklah serba sedikit menyiap dan melengkap diri dengan beberapa kemahiran tertentu mengenai ilmu kehutanan. Antara latihan-latihan penting adalah : a) Pengiraan skala dalam peta topo b) Mengenal petunjuk peta dalam peta topo c) Cara membaca peta dan grid d) Cara menggunakan kompas dan cara membaca kompas e) Pemilihan pakaian, peralatan, makanan yang sesuai f) Cara memasak makanan yang ringkas g) Beberapa peraturan seperti peraturan di jalan raya, pejalan kaki, keselamatan di air, bukitbukau dan sebagainya h) Mengetahui cara cara memberi asas pertolongan cemas kepada rakan sepasukan i) Menulis dan membuat laporan j) Disiplin sebelum, semasa dan selepas perkhemahan 5. Alat pertolongan cemas: Setiap perjalanan hendaklah dilengkapi dengan alat bantuan asas pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas penting bagi setiap kumpulan pengembara. Secara terperinci rujuk bahagian ubatan bagi mengetahui serba sedikit mengenai perubatan pertolongan cemas ini. 6. Peralatan yang dibawa: topo yang lengkap dan kemas

riadah dan baju tidur

Peraturan/Perkara diambil kira:

1. Pengembara perlu menunjukkan disiplin yang tinggi 2. Berpakaian sopan dan selesa sepanjang pengembaraan 3. Menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi. Hendaklah mengagihkan tugas dengan adil kepada setiap ahli. 4. Pengembara hendaklah membuat sketch perjalanan dengan menandakan penempatan, bentuk muka bumi, tanaman dan sebagainya.Ini bertujuan bagi memudahkan laporan dibuat di akhir pengembaraan. 5. Pastikan setiap ahli yang mahu mengadakan pengembaraan sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa seperti pihak polis, penghulu, ketua kampung, ketua-ketua di jabatan kerajaan dan swasta. Surat kebenaran hendaklah dibawa bersama-sama sepanjang perjalanan bagi memudahkan perjalanan. 6. Sebelum pengembaraan dilakukan, ahli hendaklah terlebih dahulu menentukan arah, matlamat dan tempat yang hendak dituju sepanjang hari tersebut. 7. Semasa berjalan dalam kumpulan, pastikan jarak tidak terlalu jauh daripada setiap ahli kumpulan lain. Selain itu peta topo dan kompas hendaklah ada pada setiap orang ahli. Semua ahli bertanggungjawab menjaga ahli yang sakit. Sekiranya ada ahli yang sakit, jangan dibiarkan bersendirian.

Prosedur Pengembaraan
1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran daripada ibubapa ataupun penjaga Melakukan aktiviti luar tidak boleh dirahsiakan, malahan ia perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui. 2. Laporkan Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa anda akan melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerjakerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan.

Prosedur Pengembaraan
3. Kawasan Siapa? Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itumerupakan kawasan orang contohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda disana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupun ketua kampung untuk bermalam dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda memasuki satu perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai adat resam yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk memperolehi maklumat daripada mereka mengenai suku kaum & kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan dan keselamatan kampung tersebut. Ini adalah untuk memastikan anda selamat menetap di kampung tersebut serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak mengganggu. 4. Peraturan. Pertauran yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan. Namun begitu, anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Memilih Kawasan Perkhemahan

Memilih Kawasan 1. Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebelah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda. Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akanmenghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah. Namun begitu, anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh. 3. Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.