Anda di halaman 1dari 1

KEMELUT JIWA

Dalam melayari kehidupan ini


Tiada apa yang tidak kita lalui
Pahit manis percintaan insani
Maupun alam rumahtangga yang penuh berduri
Tapi kita masih mampu lalui bersama
Walaupun ku tahu hatimu
Penuh dengan rasa curiga
Dalam gerakgeri diriku

Tapi ketahuilah olehmu


Aku tidak lagi mampu
Mengubah suatu takdir
Yang terjadi di antara kita
Diriku tidak lagi layak bersamamu
Selagi aku pendam segala rahsia ini
Semakin sarat rasa bersalahku padamu
Maafkan diriku kerana melukakanmu

Betapa kemelut jiwa


Yang melanda rumah tangga kita
Umpama api dalam sekam
Secara perlahan ianya membakar
Tanpa disedari dan akhirnya
Ia menjadi abu berterbangan
Ditiup angina petang
Berlalu pergi meninggalkan kesan
Sangat pedih membara terbakar

Jiwaku sakit derita yang ku rasai


Tiada yang dapat kita lakukan lagi
Demi sebuah rumah tangga
Yang kita bina apa lagi dengan
Hadirnya tiga orang cahaya mata kita
Ianya lebih lagi membuat aku rasa bersalah
Padamu, keluarga dan rakan-rakan kita
Aku tahu betapa beratnya kau
Menanggung semua bebanan ini
Sekali lagi ku pohon pada mu
Maafkan diriku

Nukilan rasa: Roza A. R.


Tarikh: 13 Ogos 1997