Anda di halaman 1dari 4

5.2.

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA Sektor industri pendidikan negara mengalami perubahan dan pembaharuan secara dinamis. Matlamat menjadikan Melaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan ( centre for academis excellence) di Rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad 21 ini nanti memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya bertaraf dunia atau memperoleh status World Class Education. Pendidikan bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu : Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraaf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarkat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

'Pendidikan Bertaraf Dunia' merupakan satu komitmen dan usaha Kememterian Pendidikan bagi memperbaik kualiti pendidikan negara- dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Pendidikan juga merupakan satu langkah yang penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. 5.2.1 Cabaran Ke arah Menuju Pendidikan Bertaraf Dunia Penghijrahan Pensyarah ( brain drain) - Keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini. - Pendidikan pensyarah ini menjadi ancaman kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Sektor swasta biasanya menawarkan skim gaji dan kemudahan yang lebih baik berbanding institusi pengajian tinggi awam. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan - Trend yang berlaku ; profesyen perguruan kini dimonopoli oleh kaum wanita pada masa ini. - Kesan : membawa kepada perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang kian meningkat disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

- Tambahan pula, beban kerja yang semakin meningkat dan masyarakat akan menyalahkan pihak guru jika para pelajar gagal dalam pelajaran atau berlakunya masalah sosial. Peperiksaan Mengikut Keupayaan - Konsep baharu peperiksaan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran akan memeberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

5.2.2 Langkah- langkah Menjadikan Pendidikan Bertaraf Dunia Pengkorporatan Universiti -Semua pihak negara perlu meningkatkan komitmen supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan unutk kemajuan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini. - motif : mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tangunggan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan menjadikan sektor pendidikan negara ini lebih dinamis perkembangaannya. -Kerenah birokrasi dan pelbagai 'red tape' yang mengekang perjalanan universiti akan dapat diatasi. Dengan ini universiti akan bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat. -Pasaran pendidikan tinggi akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan bertaraf dunia. Reformasi Pelbagai Aspek Organisasi Pendidikan -Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan pada semua peringkat sekolah. Perubahan Sistem Pendidikan -Perubahan yang dibuat hendaklah sesuai dengan tuntutan masa. -Sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan Wawasan 2020 terutamanya pembangunan sumber dari segi kuantitatif dan kualitatif. -Perubahan yang dijalankan hendaklah menyeluruh, holistik,

bersepadu serta komprehensif. Penggredan Universiti -Untuk menigkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Pihak universiti akan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan professor masing- masing. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta -Mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. -Pelaksanaan program berkembar oleh institusi- institusi swasta akan mewujudkan pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus- kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar dengan universiti- universiti luar negara. Melonggarkan Sistem Pendidikan -Menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang kemiskinan dalam masyarakat. -Memberi peluang dan ruang kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pelajaran mereka pada peringkat yang lebih tinggi pada masa yang singkat. Menigkatkan Profesionalisme Perguruan -Golongan pendidik hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi dalam menghadapi cabaran- cabaran baharu di samping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik. -Budaya mengajar yang masih usang hendaklah dipinggirkan dan digantikan dengan perubahan inovasi dan kreatif dari segi teknologi untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran menarik dan ditunggu- tunggu oleh pelajar. -Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat, profession perguruan ini perlu direformasikan supaya benar-benar menjadi agen kepada budaya literasi teknologi khususnya masyarakat yang celik komputer dan bersifat terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik. -Profession perguruan harus berkembang pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat, dan negara. Mengatasi Masalah Penghijrahan Pensyarah (Brain Drain) -kebanyakan pensyarah memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan tugas yang dilakukan seperti penyelidikan. -Skim gaji dan kenaikan pangkat yang lebih menarik hendaklah diberikan kepada golongan pensyarah yang mempunyai kepakaran yang sama tidak kira pensyarah tempatan atau luar negara. -Geran penyelidikan hendaklah diberikan kepada mereka yang

berminat membuat penyelidikan untuk menghasilkan inovasi baharu kepada negara. Memperbaik Kualiti Sistem Peperiksaan -Sistem peperiksaan bukan sahaja menguji kebolehan akademik semata- mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara. -Konsep peperiksaan berterusan perlu diambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat di samping memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri. -Kegiatan kokurikulum juga diambil kira untuk memasuki universiti awam iaitu sebanyak 10 peratus.

Kesimpulan Dalam menuju ke arah pendidika dan pendidikan bertaraf dunia, setiap lapisa masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing- masing. Kita perlu bekerjasama dan beganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berpengetahuan, inovatif, kreatif, bertanggungjawab dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai