Anda di halaman 1dari 10

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali-1 2011/2012 Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort 81700 Pasir Gudang, Johor.

TARIKH HARI TEMPAT MASA : : : : 30 Disember 2011 Rabu Bilik Mesyuarat 8.00 pagi 12.30 tengahari

Kehadiran : Rujuk lampiran 1. Ucapan Pengerusi Majlis 1.1 En. Mohd Jaafar bin Abd. Rahim selaku Guru Besar memulakan majlis dengan ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 1.2 Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Tn. Hj. Muhammad Rauf bin Mat Jusah. Tindakan : Guru Besar 2. Program 2011 2.1 Pn. Zarinawati mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dalam pelaksanaan program kokurikulum 2011. 2.2 Pn. Zarinawati juga mengingatkan supaya program-program boleh dibuat penambah baikkan jika ianya kurang berkesan. Manakala program-program yang baik pula perlu diteruskan. Tindakan: Semua guru 3. Program 2012 3.1 Pn. Zarinawati memberitahu bahawa semua panitia telah menghantar perancangan pengurusan strategik, SIP 2012 dan laporan aktiviti. 3.2 Bagi program kecemerlangan akademik UPSR 2012 pula, semua ketua panitia perlu merancang bersamasama penyelaras tahun 6, guru bimbingan dan juga semua guru tahun 6. 3.3 Program-program hendaklah diatur dan disegerakan pelaksanaannya terutama jemputan guru-gurur pakar luar. Setiap laporan yang telah dilaksanakan nanati diingatkan supaya disertakan dengan laporan dan gambar. Tindakan: Semua ketua panitia dan guru-guru tahun 6

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

4.

Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2011 4.1 Tahap 1; 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.2 Tahun 4; 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4 Anggerik, murid lulus adalah 28 dari jumlah 41 orang dengan 68.79% 4 Bakawali, murid lulus adalah 7 dari jumlah 39 orang dengan 17.95% Secara keseluruhannya, pencapaian tahun 4 untuk murid lulus adalah 35 dari jumlah 80 orang dengan 43.75% Pn. Zarinawati meminta guru-guru mempertingkatkan usaha bagi mencapai peratus yang lebih tinggi kerana keputusan UPSR 2012 disasarkan untuk mencapai band 2 bagi perjanjian baru Baiah. Pn. Zarinawati memperingatkan bahawa surat tunjuk sebab perlu ditunjukkan oleh pihak sekolah sekiranya pencapaian peperiksaan tidak memuaskan. 4.3 Tahun 5, 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 5 Anggerik, murid lulus adalah 31 dari jumlah 36 orang dengan 86.11% 5 Bakawali, murid lulus adalah 13 dari jumlah 35 orang dengan 17.95% 5 Cempaka, semua murid gagal. Secara keseluruhannya, pencapaian tahun 5 untuk murid lulus adalah 44 dari jumlah 103 orang dengan 42.72% Tindakan: Semua guru Untuk tahun 2, murid lulus adalah 74 dari jumlah 94 orang dengan 79.57% Untuk tahun 3, murid lulus adalah 69 dari jumlah 100 orang dengan 69.79% Secara keseluruhannya, pencapaian tahap 1 adalah kurang memuaskan kerana peratus yang sepatutnya dicapai adalah melebihi 85%

5.

UPSR 2011 5.1 Pn. Zarinawati mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru di atas kejayaan yang diberikan kepada sekolah. Walaupun terdapat penurunan dari segi kuantiti tetapi dari segi kualiti tetap meningkat. 5.2 Analisis sepanjang 5 tahun, Tahun Murid Peratus GPS Bil 5A 2007 75 60% 2.41 5 2008 102 62.2% 2.44 5 2009 57 75.4% 2.36 5 2010 70 67.1% 2.33 6 2011 82 75.6% 2.23 4 2012 103 ? ? ?

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

5.3 Analisis mata pelajaran, BM 1 BM 2 BI MT SN 2007 93.3% 94.7% 60.0% 90.70% 82.70% 2008 90.53% 85.26% 62.77% 83.51% 88.30% 2009 89.47% 87.72% 77.19% 87.72% 85.96% 2010 95.30% 81.20% 68.60% 85.70% 88.60% 2011 97.60% 93.90% 75.60% 91.50% 90.20% 2012 ? ? ? ? ? Tindakan: Semua Guru 6. Pengurusan Panitia 6.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan mempunyai 7 fail utama. 6.2 Ketua Panitia diingatkan supaya menguruskan sistem fail dengan baik. Semua isi kandungan fail dilengkapkan mengikut label yang telah ditampal. Fail-fail perlu sentiasa dikemaskini untuk mengelakkan pengurusan fail di saat-saat terakhir. 6.3 Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun (SPSK) dengan teratur. Mesyuarat pertama perlu dijalankan sebelum cuti Tahun Baru Cina dan dimaklumkan kepada pihak pentadbir. 6.4 Kertas kerja untuk setiap program panitia perlu dibuat dan disemak oleh guru penolong kanan dan guru besar. 6.5 Ketua Panitia perlu memastikan perkara-perkara di bawah tekah disedian (SPSK) :6.5.1 6.5.2 6.5.3 6.5.4 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Rancangan Pelajaran Tahunan. Anggaran perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerani kewangan Pn. Rahayu bt. Razali. Segala program serta aktiviti yang dirancang oleh panitia perlu dijalankan. Laporan pelaksanaan program perlu disediakan sebaik sahaja program selesai. Pn. Zarinawati mengingatkan supaya program yang bakal dijalankan perlulah sebaiknya bukan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. 6.5.5 Program minda pagi perlu dijalankan seperti biasa mengikut giliran setiap panitia. Diingatkan supaya tidak memulakan program minda pagi terlalu lewat supaya tidak mengganggu waktu pertama P&P. Untuk mengelakkan keadaan yang kelam kabut, Pn. Zarinawati meminta guru bertugas menyiapkan PA sistem. Paparan putih juga telah disediakan dihadapan dewan untuk mana-mana guru yang mahu membuat tayangan pendek cuma LCD projektor adalah urusan panitia sendiri. 6.5.6 Ketua Panitia juga diingatkan supaya mengemaskini buku stok serta inventori. 6.6 Pn.Zarinawati memberitahu bahawa Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dipecahkan kepada Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Tindakan: Semua guru-guru KSSR 7. Jadual waktu

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

7.1 Guru-guru kelas perlu memastikan jadual waktu kelas ditampal di dalam kelas dan buku rekod. Perubahan jadual dari semasa ke semasa juga perlu direkodkan. 7.2 Pn. Zarinawati memesan bahawa semua mata pelajaran adalah penting maka guru-guru diingatkan supaya jangan melengah-lengah waktu masuk kelas. Apa yang diperkatakan adalah dari pemerhatian yang lepas. 7.3 Waktu persekolahan tahun 2012 :7.3.1 Hari Isnin hingga Khamis, Tahap 1 Mula 7.20 pagi hingga 12.40 tengahari Tahap 2 Mula 7.20 pagi hingga 1.10 petang 7.3.2 Hari Jumaat, Tahap 1 Mula 7.20 pagi hingga 11.10 pagi Tahap 2 Mula 7.20 pagi hingga 11.10 pagi 7.3.3 Walau bagaimanapun, menurut Pn. Wan Juriana selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam, sekiranya terdapat murid tahap 1 yang dikehendaki ke kelas Tasmik maka murid berkenaan perlu pulang pada 1.10 petang. 7.3.4 Pn. Zarinawati mengingatkan bagi murid tahun 6 pula, waktu pulang adalah pada 2.10 petang kerana perlu menghadiri kelas tambahan mata pelajaran teras UPSR. 8. Jadual Ganti (Relief) 8.1 Jadual-jadual relief yang diterima seelok-eloknya ditampal di dalam buku rekod. 8.2 Guru-guru kelas yang mendapat relief kelas berkenaan diingatkan supaya masuk ke dalam kelas tersebut bukan menyuruh pengawas sekolah membantu menjaga kelas. 8.3 Guru-guru juga diingatkan supaya menandatangani buku relief dengan dakwat biru atau hitam. 8.4 Guru-guru juga diingatkan apa sahaja yang berlaku dalam kelas sewaktu ganti (relief) adalah tanggungjawab guru berkenaan. Tindakan: Semua Guru 9. Pengajaran dan Pembelajaran 9.1 Pn. Zarinawati mengingatkan supaya Borang Penyelesaian Tugas 2011 dilengkapkan dengan tandatangan penerima sebelum dihantar kepada beliau. 9.2 Pn. Zarinawati mengingatkan alamat dan nombor telefon yang ditinggalkan di sekolah perlulah yang lengkap, terkini dan mudah dihubungi. Tindakan: Semua Guru 10. Pengajaran dan Pembelajaran 10.1Pn. Zarinawati mengingatkan tanggungjawab guru terhadap Co-Business kita sebagai warga pendidik bahawa sistem pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan dengan kaedah yang terbaik dan kreatif. Pelaksanaan PPSMI masih perlu diteruskan di mana proses P&P perlu dijalankan dalam dwibahasa untuk

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

mata pelajaran Matematik dan Sains sebagaimana yang diputuskan di dalam mesyuarat yang lepas walaupun telah diperkenalkan sistem baru MBMMBI. 10.2Menurut Pn. Norlaili selaku Guru Penyelaras SPBT, buku-buku teks Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu telah pun tiba semasa cuti sekolah bulan Disember. Isi kandungannya sama seperti buku dalam Bahasa Inggeris cuma ditukarkan sepenuhnya ke Bahasa Melayu. 10.3Pn. Zarinawati mengingatkan mengenai kawalan kelas di mana terdapat segelintir kelas agak huru-hara dan tidak terkawal walaupun terdapat guru di dalam kelas tersebut. 10.4Guru-guru yang telah memilih buku-buku aktiviti untuk murid beli, diingatkan supaya merancang penggunaan buku-buku tesebut sebaik mungkin. 10.5En. Mohd Jaafar selaku Guru Besar mengingatkan jika terdapat murid yang masih belum membeli bukubuku aktiviti tersebut maka guru-guru berkenaan perlu mencari usaha untuk menyelesaikan masalah murid tersebut; contohnya fotostat latihan tersebut. En. Jaafar juga mengingatkan bahawa guru-guru yang perlu perkhidmatan rezo di pejabat perlulah menghantar lembaran kerja mengikut aliran. Jika bukan mengikut aliran maka guru berkenaan perlu menggunakan kewangan sendiri. 10.6Buku-buku aktiviti tahap 1 di bawah SPBT perlulah digunakan sebaik mungkin. 10.7Guru-guru perlu mematuhi tatacara penulisan pengajaran harian seperti yang telah dipersetujui dalam panitia masing-masing. Impak setiap kelas perlu ditulis dengan jelas. Bagi kelas yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza maka digalakkan menulis objektif pengajaran yang berbeza juga. Tindakan: Semua Guru 11. Penyemakan Buku Tulis 11.1Pn. Zarinawati mengingatkan guru-guru perlu menyemak dan menanda buku-buku murid. Tarikh penandaan juga perlu ditulis. Guru-guru juga perlu peka untuk memberi latihan pengukuhan dan latihan pemulihan. 11.2Guru-guru perlu menyemak buku-buku aktiviti dan latihan murid untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga bagi kaedah pemantauan murid yang berterusan. 11.3Guru-guru tahap 1 perlu peka terhadap apa sahaja kemahiran termasuk penggunaan gam, cara tulisan dan lain-lain kemahiran. Guru-guru perlu latih murid-murid berulangkali dan memantau supaya mendapat hasil yang terbaik. Guru-guru juga perlu menggalakkan murid mengikut prosedur yang betul bagi penulisan tarikh, hari dan sentiasa mementingkan kekemasan. Bagi guru-guru tahun 1 dan 2 terutama kelas Cempaka untuk membantu menulis nama murid pada buku mereka. Guru-guru juga perlu tegas dalam pelaksanaan membuat pembetulan supaya mendapat murid yang lebih berkualiti. Tindakan: Semua Guru 12. Kerja / Tugasan Sekolah 12.1Pn. Zarinawati mengingatkan guru-guru supaya memberi kerja sekolah murid mengikut keupayaan kemahiran murid tersebut pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Guru-guru diminta mula memberi kerja sekolah pada setiap hari Khamis dan Jumaat untuk setiap minggu.
No. Keluaran 01 Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012 No. Pindaan 00 Tarikh Pindaan 00 Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

12.2Pn. Zarinawati juga menegaskan, jika terdapat pihak ibu bapa yang sangat prihatin dan menitikberatkan soal tugasan anak mereka maka perkara ini akan melibatkan prestasi semua guru SKTPR. 13. Pencerapan Guru / Buku Tulis 13.1Pn. Zarinawati memutuskan bahawa pencerapan untuk guru dijalankan 2 kali setahun. Oleh itu, guru dikehendaki sentiasa bersedia dan menjalankan tugas dengan bersungguh. Manakala markah yang perlu dicapai adalah 85% ke atas. Markah pula akan dimasukkan ke dalam SKPM yang mana akan mempengaruhi markah keseluruhan SKPM sekolah. Guru juga akan diberikan borang tindak ikut pencerapan dan hendaklah mengisi dan menghantar kepada pemantau. Guru-guru juga digalakkkan untuk berbincang tentang tarikh, masa dengan pemantau. 13.2Pn. Zarinawati mengingatkan buku tulis murid pula perlu dihantar pada bila-bila masa dengan menggunakan slip yang disediakan. Setiap buku yang digunakan oleh murid hendaklah dihantar kepada pemantau berkenaan. 13.3Guru Besar memberitahu yang buku tulis murid dihantar kepada pemantau 2 bulan sekali untuk disemak. Tindakan: Semua Guru 14. Peperiksaan 14.1UPSR bagi tahun ini dijangka pada 3 September 2012. Pn. Zarinawati meminta guru-guru mematuhi setiap prosedur sebelum, semasa dan sesudah peperiksaan yang disediakan. 14.2Manakala bagi tarikh ujian penilaian pula dirancang sepertin berikut : 14.2.1 14.2.2 14.2.3 14.2.4 14.3.1 14.3.2 14.3.3 14.3.4 14.3.5 UPPM1 6 Mac 2012 (Selasa) PKSR 1 14 Mei 2012 (Isnin) UPPM 2 7 Ogos 2012 (Selasa) PKSR 2 2 Oktober 2012 (Selasa) Tulisan bagi tahun 3 adalah century gothic bersaiz 14 Tulisan bagi tahap 2 adalah century gothic bersaiz 12 Guru perlu menyediakan ruangan disediakan oleh, disemak oleh, disahkan oleh dan tandatangan ibubapa. Kertas ujian tidak boleh dihantar lewat untuk diperbanyakkan di pejabat. Sekiranya lewat maka guru perlulah diperbanyakkan di luar dan dalam perbelanjaan guru berkenaan. Muka surat perlu ditulis dan bahan yang difotostat perlu dipastikan dalam keadaan yang kemas. Ketua Panitia diminta menyemak semua kertas ujian yang dihantar dan diingatkan supaya meminta guru dibawah pemantauannya untuk membuat semula sekiranya tidak menepati piawaian ! 14.3.6 14.3.7 Bagi markah pula, perlu dimasukkan ke dalam SAP/SAPS sebelum tarikh tutup. Guru-guru diminta untuk menyerahkan kertas / markah ujian / peperiksaan kepada murid sebaik sahaja selesai analisis item dibuat.

14.3Bagi ujian dalaman cara penyediaan seperti berikut :

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

14.4En. Shaikh Ismail bertanya sama ada kemasukan markah ke dalam SAP/SAPS adalah tanggungjawab guru kelas, Pn. Zarinawati menjelajkan kemasukan markah ke dalam SAP/SAPS adalah tugas setiap guru mata pelajaran. Tindakan: Semua Guru 15. Fail Analisis Item / Headcount 15.1Pn. Zarinawati memberitahu ada guru yang tidak menghantar fail analisis item pada akhir tahun lepas dan nama-nama guru tersebut di dalam simpanannya. 15.2Pn. Zarinawati mengingatkan supaya guru membuat analisis item setiap kali selesai ujian dan peperiksaan. 15.3Guru diminta mencetak senarai markah SAP/SAPS dan dibuat tindakan berdasarkan analisis item masingmasing. 15.4Guru juga diminta untuk menyusun bahan fail iaitu bahan paling atas adalah peperiksaan/ujian yang terkini. Tindakan: Semua Guru 16. KSSR / SPPK 16.1Pn. Zarinawati mengingatkan agar perlaksanaannya dijalankan dengan baik. Segala pencapaian murid perlu dimasukkan ke dalam sistem. 16.2Guru diminta mengeluarkan laporan sumatif 2 kali setahun iaitu pada pertengahan tahun dan juga akhir tahun. Guru-guru juga diingatkan supaya memntingkan perbincangan mengikut aliran bagi perlaksanaan berjalan lancar. Penyelaras diingatkan supaya memastikan fail-fail sentiasa dikemaskini. Pn. Zarinawati mengharapkan pengurusan KSSR tahun 2012 dilaksanakan lebih baik dan sentiasa bersedia. 16.3Bagi laporan sumatif 2011 pula, hendaklah diedarkan kepada ibubapa pada minggu pertama persekolahan 2012. Tindakan: Semua Guru 17. Fail PLBS / SPBOA / PEKA / PAFA 17.1Pn. Zarinawati memberitahu guru-guru perlu menyediakan fail bagi PLBS / SPBOA / PEKA / PAFA dan dihantar pada akhir tahun. 17.2Porgram ini perlu dilaksanakan satu penggal 2 kali. Perlaksanaannya juga perlu dicatatkan dalam buku rekod P&P.Untuk Tahun 2012 slip keputusan perlu dikeluarkan untuk murid pada pertengahan dan akhir tahun. Tahun 6 pula perlu diberikan sijil. Manakala Ketua Panitia membantu bagi pemantauan kemasukan markah dalam komputer dimakmal komputer dan rumusan juga perlu dicetak. 17.3Pn. Latifah memberitahu bahawa tandatangan ibubapa hanya terdapat pada slip pertengahan tahun tetapi tidak pada akhir tahun. Guru Besar memaklumkan pada akhir tahun guru perlu mencetak slip sebanyak 2

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

kali iaitu satu salinan yang disimpan guru tiada tandatangan kerana slip yang pertama telahpun diberikan kepada ibubapa murid. Tindakan: Semua Guru 18. Pemulihan Khas / PINCH 18.1Pn. Zarinawati mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru pemulihan dan linus bagi melaksanakan program pemulihan khas dan PINCH. 18.2Pn. Zarinawati mengingatkan bahawa guru pemulihan dan linus memainkan peranan yang amat penting bagi melahirkan murid yang menguasain 3M apabila beradsa di tahun 4. Pn. Zarinawati meminta kerjasama supaya guru pemulihan menerima semula murid tahun 6 yang masih pada tahap kritikal. Tindakan: Semua Guru 19. Program Tasmik 19.1Pn. Zarinawati memaklumkan bahawa semua dari tahun 1 hingga 6 terlibat dalam JQAF. 19.2Manakala bagi program tasmik pula dijalankan mengikut tahun. Tasmik untuk tahun 1 2012 perlu dijalankan kerana program tersebut tidak berkesempatan dijalankan untuk tahun 1 2011. 19.3Pn. Zarinawati mengingatkan supaya Ketua Panitia memaklumkan kepada ibu bapa murid yang berkenaan kerana difahamkan hanya murid tertentu sahaja yang akan teroibat dengan porgram tasmik. Tindakan: Semua Guru 20. Plan-J 20.1Pn. Zarinawati mengingatkan bahawa Plan-J bagi tahap 2 masih berjalan seperti tahun sebelumnya. 20.2Semua Ketua Panitia diingatkan supaya merancang plan-J di dalam mesyuarat masing-masing. Tindakan: Semua Guru 21. LINUS 21.1Pn. Zarinawati mengingatkan supaya linus perlu dijalankan seperti yang dirancang. Beliau juga mengucapkan tahniah di atas kesungguhan guru yang berada di kelas linus 2012 Kohort 3. Penyelaras linus diingatkan supaya memaklumkan kepada penjaga tarikh saringan 1 dan keputusan bagi saringan tersebut. Tindakan: Semua Guru 22. Program Segak 22.1Ketua Panitia diingatkan supaya program segak dirancang dengan baik dan perlaksanaannya dijalankan dengan segera. KP diingatkan tidak melaksanakan program ini pada saat-saat terakhir.
No. Keluaran 01 Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012 No. Pindaan 00 Tarikh Pindaan 00 Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

22.2Pn. Zarinawati mengumumkan bahawa En. Shaikh Ismail dilantik sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani 2012. Tindakan: Semua Guru 23. PROTIM 23.1Pn. Zarinawati memberitahu, pra protim akan bermula mengikut kebiasaannya iaitu bermula bulan Februari untuk tahap 2. Perlaksanaan protim adalah bermula dari tahun 4 dan berterusan hingga tahun 6. Guru-guru dingatkan bahawa murid tahun 4 2012 yang masih lemah Matematik dan Bahasa Melayu akan menduduki ujian pra protim. 23.2Seterusnya pasca protim pula akan dijalankan pada bulan Oktober. Oleh tiu, guru yang berkaitan diingatkan supaya berusaha untuk mengurangkan bilangan murid protim dari yang tersenarai. Tindakan: Semua Guru 24. MBMMBI 24.1Pn. Zarinawati memberitahu bahawa MBMMBI merupakan salah satu dasar KPM dalam pemansuhan PPSMI secara berperingkat. Oleh itu semua guru diminta sedia maklum. Maka berdasarkan pekeliling MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2010. Pihak sekolah pula telahpun mengambil keputusan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tahun 3 hingga 6 bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dijalankan dalam dwibahasa. Oleh itu, satu jawatankuasa MBMMBI akan diwujudkan. 24.2Walau bagaimanapun, menurut Pn. Nor Aziah MBMMBI masih belum mempunyai butiran lengkap bagi perlaksanaannya. Tindakan: Semua Guru 25. Bilik-bilik Khas 25.1Ketua-ketua Panitia yang mempunyai bilik khas diingatkan supaya bertanggungjawab menjaga bilik-bilik khas mereka dengan dibantu oleh guru-guru mata pelajaran. 25.2Ketua-ketua Panitia perlu menitikberatkan keceriaan, inventori serta bahan-bahan di dalam bilik- khas masing-masing. Tindakan: Semua Guru 26. Pembentangan Jawatankuasa Kurikulum 26.1Guru diminta untuk merujuk kepada edaran yang dilampirkan. Tindakan: Semua Guru

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

27. Lain-lain Hal 27.1Sehingga kini, sekolah masih kekurangan 4 orang tenaga pengajar. Oleh itu, guru-guru diingatkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran terus seperti biasa. Guru-guru tahun 1 dan 2 juga diingatkan juga perlaksanaan MBMMBI dalam proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing. 27.2Menurut Guru Besar, tiada perhimpunan pada hari pertama persekolahan. Walau bagaimanapun, perhimpunan yang sebentar boleh dijalankan jika perlu. Guru Besar mengingatkan yang ibubapa murid tahun satu hanya dibenarkan menunggu di kantin sekolah sahaja sehingga hari Jumaat dan diharapkan perjalanan persekolahan murid tahun satu 2012 tiada masalah. Guru yang bertugas diingatkan supaya mengawasi perjalanan murid pada waktu rehat agar berjalan lancar. 27.3Pn. Zarinawati mengingatkan supaya guru yang mengajar tahun 1 sebelum rehat mengikut murid pada waktu rehat sepanjang minggu orientasi tahun 1. Manakala guru selepas waktu rehat pula mengatur murid di hadapan prasekolah sebelum naik ke kelas sebaik sahaja selesai waktu rehat tahun 1. Tindakan: Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.40 petang dengan Tasbih Kafarah. Disediakan oleh: ( PN. NORLAILI BINTI ABDULLASIM ) Setiausaha Kurikulum, SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. Disemak oleh: ( PN. ZARINAWATI BT. ISMAIL ) Guru Penolong Kanan 1, SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. Disahkan oleh : ( EN. MOHD JAAFAR BIN ABD. RAHIM ) Guru Besar, SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor.

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran 2 JANUARI 2012

No. Pindaan 00

Tarikh Pindaan 00

Tarikh Kuatkuasa 2 JANUARI 2012

Anda mungkin juga menyukai